Urusan agama tiada yang kecil. Pabila mendengar seruan "Allah Hu Akbar" maka tinggalkan segala urusan lain kerana tiada yang lain yang lebih besar daripada Nya. Jadikanlah peristiwa Hijrah sebagai pembakar semangat.
Hijrah untuk melaksanakan segala perintah Allah. Sambutan Maal Hijrah yang bukan sekadar gah dengan perarakan demi perarakan tapi pengisian ruh Hijrah itu sendiri. Jangan dibibir basah dengan pengucapan sayang dan kasih pada Nabi tapi di hati terus mati tiada secubit rasa untuk mengikut segala ajaran Nabi.
Kadar jenayah di negara kita terus meningkat lagi dan lagi hingga mutakhir ini keresahan makin terasa apatah lagi untuk melepaskan anak2 perempuan berseorangan hatta untuk membeli bawang di kedai runcit berdekatan. Ini membuktikan bahawa selama 50 tahun lebih negara mengamalkan undang2 manusia yang telah gagal mengawal jenayah daripada terus berleluasa.
Ada satu kejadian baru2 ini di siang hari, seorang cikgu wanita memberhentikan keretanya pada simpang lampu isyarat betul2 di depan Balai Polis Panji, sebuah balai polis yang besar di Kelantan. Datang dua orang penjenayah dengan motor terus memecahkan cermin bahagian pemandu dan merampas beg tangan cikgu tadi. Maknanya penjenayah tidak takut pada polis atau undang2 sedia ada. Hanya undang2 dan hukum Allah sahaja yang boleh menyelesaikan masalah manusia kerana Allah sahaja yang faham perihal ciptaan-Nya.
Sayangnya para sahabat kepada Nabi diterjemahkan dengan perbuatan mereka iaitu melaksanakan segala ajaran dan sunnah Nabi. Bukti sayang para sahabat terbukti bukan sekadar kata2 di bibir mulut semata. Segala peristiwa besar dunia ini ada kaitan dengan peristiwa Hijrah Nabi. Umat Islam kena peka pada segala perkembangan dunia.
Kita lihat perkembangan di Mesir. Tidak lagi terpapar berita2 perihal kekejaman yang berlaku di Mesir seolahnya suasana sudah kembali normal. Sedangkan hakikatnya tidak begitu. Sudah lebih 6,000 oarng mati dibunuh. Kezaliman dan kekejaman rejim kudeta haram terus berlaku. Kini Dr Mursi di hadapkan ke mahkamah untuk di sabit kesalahan.
Mesir sudah menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan para ulama dan pemimpin Ikhwan Muslimin sejak daripada zaman Jamal Abdul Naseer lagi. Mesir adalah lambang pertembungan hitam dan puteh, yang haq dengan yang bathil, yang jahil dengan yang alim. Pertembungan personaliti Fira'un dan Qorun dengan Nabi Musa dan Nabi Ibrahim.
Hijrah Nabi adalah lambang kejayaan seruan dakwah Nabi. Dakwah Nabi selama 13 tahun di Mekah hanya berjaya menarik kurang lebih 300 orang pengikut. Namun 10 tahun dakwah di Madinah selepas hijrah Nabi berjaya mengumpul kurang lebih 130,000 orang yang mengiringi Nabi ke Mekah mengerjakan Haji terakhir.
Mendalami sirah Nabi itu sangat penting. "Jika tidak kerana aku di usir oleh ahlinya, nescaya aku tidak akan tinggalkan Mekah," antara yang Nabi luahkan bila menoleh ke Mekah untuk memulakah Hijrah Baginda ke Madinah. Ini menunjukkan cinta kepada tanahair tempat tumpah darah itu adalah satu tuntutan. Hijrah Nabi adalah satu proses kesempurnaan agama Islam itu sendiri.
Islam tidak sempurna sekadar syariaat shahadah, solat, puasa, zakat dan haji semata. Nabi telah membina masjid sesampainya di Madinah yang diperkasa dengan segala fungsi masjid termasuklah sebagai pusat ilmu, menghidupkan majlis2 ilmu, tempat menuntut ilmu, menyelesaikan masalah umat, dan mengishtihar jihad. Nabi meletakkan asas negara Islam dengan menyediakan perlembagaan negara yang pertama di dunia iaitu Piagam Madinah.
Ini menunjukkan kuasa pemerintahan adalah sangat utama dalam Islam. Tanpa kuasa dan kerajaan banyak hukum2 Allah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Undang2 Islam sudah dijalankan lama dulu di Tanah Melayu ini. Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702H adalah buktinya. Hukum hudud yang dilaksanakan di Melaka dapat kita saksikan sebagai bahan pameran di Muzium Melaka hari ini. Maknanya perlaksanaan hukum Islam telah dilaksanakan dan bukan asing. Namun kedatangan British telah memansuhkan segalanya itu pada tahun 1928. Selainnya hanya tinggal sejarah. Segala kes jenayah yang berleluasa hari ini ialah kerana kita telah membelakangkan hukum Allah.
Mesir kekal tanpa pilihanraya yang sebenar selama 60 tahun. Harta Mubarak tika digulingkan berjumlah USD670 Bilion yang menjadikan dia manusia terkaya di dunia, tapi semuanya hasil kekayaan negara yang dirompak daripada rakyat Mesir. Dr Mursi dipilih sebagai Presiden mengalahkan 12 calon Presiden yang lain pada pilihanraya demokrasi yang pertama di adakan namun hanya dibiarkan memerintah selama setahun sahaja sebelum di gulingkan. Jenayah Dr Mursi ialah kerana ingin melaksanakan keadilan pemerintahan Islam di bumi Firaun.
Dakwah Nabi berdepan dengan tiga golongan manusia. Pertama golongan jahiliyyah yang tidak kenal Tuhan dan membelakangi hukum hakam. Keduanya ialah kelompok ahli kitab di Madinah khususnya kaum yahudi. Mereka ini ada ilmu, tahu perihal Nabi2 namun lawan Nabi. Dan yang ketiga ialah golongan munafik di Madinah. Mereka ini menzahirkan Islam tapi dalam hati memusuhi Islam. Nabi menghadapi semua mereka ini dengan penuh bijaksana.
Begitu juga kita hari ini banyak berdepan dengan golongan jahil dan juga golongan yang tahu Islam serta orang2 yang menentang Islam. Kelompok orang beriman yang bertaqwa, orang kafir dan juga kelompok manusia munafik. Apa yang berlaku hari ini adalah gambaran orang2 munafik yang rusak akidah dan amal mereka. Penjajahan dari segi istilah berleluasa terutamanya di ruangan media. Bila bercakap mereka bohong. Bila berjanji mereka tidak tunaikan pun. Yang jahat ditonjolkan sebagai baik. Si pengkhianat dimomokkan sebagai pemegang amanah.
Kita kena menilai semua yang berlaku mengikut neraca Nabi. Pertama, dakwah Nabi berdepan dengan tiga kelompok manusia seperti yang kita ceritakan tadi. Kedua, Hijrah Nabi adalah sebahagian daripda jihad. Hijrah dipenuhi dengan ciri2 dan strategi jihad. Akhir sekali, Hijrah Nabi adalah mercu kemenangan umat Islam. Maka yakinlah Islam akan mencapai kemenangan kerana itu adalah janji Allah. Belajar dan hayatilah sepenuhnya peristiwa Hijrah Nabi untuk kita memacu ke depan bersaing dengan perubahan zaman dan segala cabarannya.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment