Alhamdulillah pagi ini saya telah Berjaya menghabiskan bacaan sebuah buku bertajuk Bersyukur Saat Di Uji karya Muhd Kamil Ibrahim (Prof Kamil) keluaran
Galeri Ilmu Sdn Bhd cetakan ketiga 2012.
Dalam dunia penulisan, saya juga mempunyai pelbagai dugaan
dan cabaran. Semua ini adalah ujian Allah bagi menzahirkan hikmah yang pastinya
ada. Saya memulakan minat penulisan saya dengan mencatat kisah2 yang rapat
dengan saya dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Ia sekadar rekod
sejarah. Mungkin mengingatkan saya bila membacanya semula satu hari nanti.
Begitu juga sudah manjadi habit saya untut mencatit
poin-poin utama yang disampaikan oleh para penceramah di majlis2 ilmu yang
saya hadir saban malam di masjid berdekatan. Saya turut berkongsi semula
catatan saya itu supaya ilmu yang diperoleh tadi berkembang.
Saya juga
memaparkan pendapat atau cerita2 santai melalui posting dalam blog peribadi
saya iaitu School Of Tots yang kini usianya melebihi 8 tahun. Alhamdulillah setakat hari ini saya sudah berjaya menerbitkan
564 posting yang ditatapi oleh 99,847 pengunjung dari seluruh dunia.
Koleksi penulisan saya di tambah baik dan mendapat lonjakan lagi
bila buku pertama saya berjaya di terbitkan iaitu buku Ramadan Terakhir
keluaran Galeri Ilmu pada tahun 2011. Sambutannya boleh tahan dan saya cukup
berpuas hati memandangkan ini adalah cubaan pertama saya sebagai penulis baru.
Walaupun ianya tidak mencapai status ‘bestseller’ seperti buku2 tulisan Ustaz
Hazrizal atau pun Prof Kamil tetapi sekurang-kurangnya saya sudah berjaya merobohkan
benteng yang menyekat kelahiran buku sulong seorang penulis muka baru dalam
pesada pasaran buku tanahair.
Kemudian saya teruskan minat penulisan saya dan berhajat untuk
menerbitkan buku kedua. Harapnya buku yang lebih bermutu yang dapat memberi manfaat
kepada umat, buku yang juga dapat memperbaiki segala kelemahan yang kedapatan
pada buku pertama saya dahulu. Cita-cita saya ingin menghasilkan satu buku
untuk setiap tahun. Rasanya hajat yang agak realistik kepada seorang penulis ‘part-time’
seperti saya ini.
Beberapa manuskrip buku telah saya utarakan kepada pihak
penerbit. Pelbagai tindakan susulan dan nasihat profesyenal telah saya perolehi
melalui komunikasi dua hala antara saya dengan wakil pihak penerbit buku. Namun
buku kedua masih tertangguh dan belum menyusul. Maka sudah dua tahun tanpa buku
baru semenjak lahirnya buku pertama saya itu.
“Berkenaan manuskrip tempoh hari, saya dimaklumkan oleh
Puan Zulina tuan telah menggantikan dengan manuskrip lain. Bagaimanapun,
penerbit tidak dapat menerimanya kerana ia bukan manuskrip yang diluluskan oleh
Jawatan Kuasa Penerbitan (JKP) dahulu.
Seperti manuskrip terdahulu, manuskrip baru ini juga
kelihatannya memerlukan rombakan besar-besaran jika mahu dibawa kepada JKP.
Jika sudah dibuat pembetulan sekalipun, belum tentu diluluskan JKP kerana
penerbit kini meletakkan satu standard yang perlu dipatuhi.
Saya fikir ia sukar diterima oleh oleh mana-mana penerbit
kerana penulisannya tidak berfokus kepada suatu topik yang khusus.
Penulisan memerlukan banyak rombakan dan pembetulan.
Namun, hal ini boleh diatasi dengan meminta sesiapa melakukannya terlebih
dahulu sebelum penulis menghantarnya kepada penerbit. Menyerahkan hasil
penulisan dengan harapan editor melakukan segalanya menyebabkan penerbit
berfikir banyak kali untuk menerima sesuatu manuskrip itu kerana ia melibatkan
kos yang tinggi. Kebanyakan manuskrip yang kami terima, penulisannya boleh
dikatakan sudah hampir bersih dan hanya memerlukan penyuntingan yang minimum.
Sebenarnya, tuan mempunyai isi untuk disampaikan. Namun
disebabkan faktor-faktor di atas, penerbit agak keberatan untuk menerbitkannya.
Tuan boleh menarik balik semua manuskrip tuan dan boleh
cuba hantar ke penerbit-penerbit lain.”
Saya menerima penjelasan daripada Editor Perolehan di
Galeri Ilmu ini sebagai penyuntik semangat untuk mempebaiki mutu karya saya. Teguran
ikhlas ini adalah ibarat ubat yang walaupun pahit rasanya tapi mujarab
khasiatnya dengan izin Allah.
In sya Allah ini antara ujian yang Allah berikan supaya
saya akan lebih matang dan berjaya dalam perjalanan sebagai penulis. Mungkin
kesucian niat saya menghasilkan buku ini masih dicemari oleh anasir2 yang
kurang sihat umpamanya lebih menumpu kepada mahu meraih sumbar kewangan dalam
kadar cepat. Saya wajar perbetulkan niat untuk menghasilkan sebuah karya bermutu
yang dapat terkelompok dalam kategori ilmu bermanfaat yang ada nilaiannya di
sisi Allah.
Berbalik kepada buku Bersyukur Saat Di Uji. Buku Prof Kamil kali ini meneruskan trademark travelog
amal kisah dan pengalaman yang beliau lalui dan dipaparkan dalam kontek luas
bahawa hidup di dunia ini ialah medan ujian Allah kepada hamba-Nya. Maka kita
diingatkan untuk bersyukur pada setiap ujian ini. Setiap ujian itu sudah tentu
ada hikmah di sebaliknya untuk kita sama2 sedari, insafi dan manfaatkan. Buku yang
berjaya memberi saya tarbiyah mantap dan dos berkhasiat untuk kesihatan rohani
dan motivasi diri.
Kelebihan Prof Kamil ialah sanggup bercerita soal2
peribadi untuk tatapan umum demi untuk meraih pengajaran dan pelajaran berguna.
Mungkin ada yang merasakan Prof Kamil suka masuk bakul angkat sendiri atau
tidak gemar tabiat beliau berkongsi cerita-cerita peribadi. Namun Allah yang
lebih layak menilai isi hatinya. Yang afdal kita sebagai pembaca kena bersangka baik dan
cuba menggali mutiara hikmah yang terkandung di dalamnya. Bagi saya itu lebih
utama untuk difokuskan. Penceritaan dari hati lebih terkesan sebenarnya.
Apakah ujian terbesar anda pernah anda hadapi?
Saya petik coretan pada mukasurat 66, seorang kontraktor yg faham agama menjawab, "Ujian terbesar pernah saya hadapi ialah memenangi kontrak perniagaan bernilai berjuta ringgit. Saya memberi rasuah, saya terlupa membayar zakat, masa solat saya terbatas, saya sukar berjemaah dan..."
Allahu Akbar, itu satu ujian Allah yang besar. Dan ujian ini lebih parah kerana ramai yang tidak menyedarinya. Jika ujian itu hanya tika berduka, maka sebahagian besar kehidupan manusia dipenuhi dengan rasa gembira. Tanpa sedar banyak ujian Allah kepada kita sebenarnya berlaku tika dalam suasana gembira atau leka mendapat sesuatu nikmat kesenangan.
Sebagai satu contoh, Prof Kamil menceritakan betapa bilangan orang yang mendirikan solat berjemaah terus berkurangan dengan ketara selepas berlakunya bencana banjir di Segamat. Sepatutnya makin ramai orang yang terus taat dan bergantung harap pada Allah memohon bantuan dan keringanan atas bencana yang menimpa diri.
Allahu Akbar, itu satu ujian Allah yang besar. Dan ujian ini lebih parah kerana ramai yang tidak menyedarinya. Jika ujian itu hanya tika berduka, maka sebahagian besar kehidupan manusia dipenuhi dengan rasa gembira. Tanpa sedar banyak ujian Allah kepada kita sebenarnya berlaku tika dalam suasana gembira atau leka mendapat sesuatu nikmat kesenangan.
Sebagai satu contoh, Prof Kamil menceritakan betapa bilangan orang yang mendirikan solat berjemaah terus berkurangan dengan ketara selepas berlakunya bencana banjir di Segamat. Sepatutnya makin ramai orang yang terus taat dan bergantung harap pada Allah memohon bantuan dan keringanan atas bencana yang menimpa diri.
Selitan terjemahan ayat2 al-Qur’an dan hadis2 Nabi yang
berkaitan dengan topik perbincangan menjadikannya bahan bacaan yang lebih
bermanfaat. Gaya penulisan beliau yang santai tapi berjaya menarik minat
pembaca untuk terus menyambung ke patah ayat seterusnya hingga habis adalah ciri
terpilih untuk sebuah buku yang baik. Saya memulakan bacaan sekitar pukul 2:15 petang
semalam dan berjaya menghabiskan buku setebal 188 mukasurat pada pagi ini
sekitar pukul 10:30 pagi.
Pesanan Prof Kamil pada mukasurat 107 misalnya sangat
relevan untuk kita amalkan iaitu bangun malam, solat, bertahajjud, dan
bermunajatlah dengan-Nya. Jadilah manusia yang lebih mencintai, bersyukur dan
tidak riyak, takbur dan bermegah-megah.
Cukuplah menjadi manusia bodoh dan dungu selama ini. Marilah
kita menjadi manusia terpilih, agar kita hidup di dunia berpaksikan kepada
menyembah dan beramal ibadat semata-mata kepada Allah. Supaya terpilih sebagai
golongan beriman dan bukan golongan pendusta.
Bencana banjir yang melanda Segamat pada tahun 2011 yang melibatkan Prof Kamil sekeluarga dengan kerugian hartabenda mencapai angka RM100,000 dijadikan pencetus cerita perihal ujian demi ujian yang dilalui. Kemudian
disudahkan dengan hikmah pada setiap ujian itu betapa melihat tabiat lama yang
sukakan stok pakaian yang banyak atau kasut2 berjenama yang mahal2 bertukar
untuk kembali mengenal diri dan meninggalkan ciri2 pembaziran dan menukarnya
untuk lebih banyak bersedekah atau beramal jariah. Sesungguhnya itulah harta
yang kekal abadi.
Allah pemberi rezki dan percaturan Allah itu sangat hebat pabila dikisahkan tawaran untuk beliau bekerja dan menetap di Madinah menyusul dan memudahkan pula keputusan beliau sekeluarga untuk mewaqafkan rumah di Segamat itu kepada Perkim untuk tujuan kebajikan. Yang penting bersyukur saat di uji.
Allah pemberi rezki dan percaturan Allah itu sangat hebat pabila dikisahkan tawaran untuk beliau bekerja dan menetap di Madinah menyusul dan memudahkan pula keputusan beliau sekeluarga untuk mewaqafkan rumah di Segamat itu kepada Perkim untuk tujuan kebajikan. Yang penting bersyukur saat di uji.
Buku Bersyukur Saat Di Uji adalah satu wacana ilmu yang
bermanfaat untuk tatapan kita semua. Saya berdoa kepada Allah agar diberi
hidayah kepada saya sebagai penulis baru supaya dapat melahirkan buku sebegini
suatu hari nanti untuk tujuan memberi manfaat selayak tinggalan pusaka yang ada
nilaian di sisi Allah.
@@@
No comments:
Post a Comment