Pada semangat ibadah korban itu, Allah tidak menilai dengan jumlah lembu atau kambing yang ditumbangkan jika tidak mendekatkan diri taat dengan Allah. Jika kalah dengan bisikan syaitan. Kalau sibuk melapah hingga terlepas solat zohor berjemaah atau hanya datang ke masjid untuk ambil agihan daging. Semangat ibadah korban itu ialah untuk menghampirkan diri dengan Allah bukan menghampirkan diri dengan bisikan iblis dan syaitan.
Setiap kali kita menjalani ibadah korban watak utama yang sentiasa di tazkirahkan ialah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail, idola utama kita pada karekter ketaatan mutlak kepada perintah Allah tanpa mengira natijah hasil baik dan buruknya pada diri sendiri. Jika itu perintah Allah maka no question ask.
Semalam para jemaah haji berkumpul di Arofah. Kemudian melontar di tiga jamrah iaitu mambaling batu kepada batu. Apa hakikat amalan ini? Ia adalah simbolik merejam iblis dan syaitan dengan batu. Di kala Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedang hendak menunaikan perintah korban daripada Allah, maka iblis dan syaitan pun giat mengacau. Maka Nabi Ibrahim melontar iblis dan syaitan ini dengan batu. Itulah simbolik amalan melontar di jamrah itu sebagai salah satu rukun ibadah haji yang kita warisi daripada perlakuan Nabi Ibrahim itu. Simbolik melontar musuh kita yang paling utama iaitu iblis dan syaitan.
Apa kerja iblis dan syaitan? Mereka pengacau besar umat ini. Mereka menghasut pada kejahatan. Mereka cukup benci pada hamba yang taat kepada Allah. Kalau ada spesis manusia yang bersifat begini yang mengajak manusia buat keburukan, maka lontar mereka dengan batu.
Nabi menyayangi umat mengatasi segalanya. Kita sebagai umat Nabi mengharapkan syafaat Nabi. Syafaat yang bukan murah harganya. Maka kenalah taat pada segala ajaran Nabi dan sunnahnya demi untuk mendamba syafaat Nabi di Akhirat nanti.
Antara sunnah Nabi yang sangat di benci oleh iblis dan syaitan ialah berwangi-wangian. Amalkan berwangi-wangian contohnya dengan haruman kasturi syifa setiap kali ke masjid atau untuk tidur malam. Ia bisa menghindar bisikan syaitan. Sesungguhnya iblis dan syaitan sangat suka pada tempat busuk contohnya bau jamban. Jadi jangan dok rehat cari idea lama-lama atas mangkuk jamban ye.
Bila kita nak beramal dengan amalan yang besar2 maka iblis dan syaitan ini akan kacau giler. Sebab itu cepat2lah bersegera dengan amalan kepada Tuhan mu. Usah bertangguh lagi kerana dikhuatiri akan digagalkan oleh bisikan halus syaitan. Begitu juga setiap kali melakukan kesilapan atau perbuatan dosa maka segeralah mohon keampunan Allah. Sesungguhnya Allah sangat suka mengampunkan dosa hamba-hamba Nya.
Kita lihat pada seorang hamba yang jatuh sakit, maka Allah memerintahkan empat malaikat untuk mendatangi pesakit tadi dan menarik empat nikmat daripadanya. Pertama nikmat makan sebab itulah si pesakit selalunya tak selera makan, rupanya nikmat makan telah ditarik. Kedua, Allah memerintahkan malaikat menarik nikmat rezki. Kalau dulu boleh kerja overtime tapi bila sakit tak mampu lagi. Ketiga, malaikat menarik nikmat seri muka. Padan la muka orang sakit ni tampak lesu dan tidak bermaya. Dan akhirnya Allah perintahkan malaikat menarik nikmat dosa daripada si pesakit. Rupanya banarlah sakit itu sebagai penebus dosa.
Bila si pesakit sudah sihat, maka Allah merintahkan empat malaikat untuk mengunjungi dan mengembalikan semula nikmat makan, rezki dan seri muka kepadanya. Tapi Allah tidak memerintahkan malaikat untuk mengembalikan dosa orang itu. Nampak tak? Itulah Maha Pemurah nya Allah. Allah Maha Pengampun dosa hamba-hamba-Nya. Allah sentiasa memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mengampunkan segala dosa. Jika buat salah maka bersegerakan menyesali perbuatan itu dan mohon keampunan Allah dengan penuh keiikhlasan.
Berhati-hatilah setiap masa dengan bisikan syaitan. Semua kita ini bakal-bakal jenazah belaka. Percayalah satu hari nanti kita akan berpeluang menaiki van jenazah secara exclusive. Mati ialah permulaan kehidupan baru. Berushalah untuk menghidupkan sunnah Nabi. Tadi kita dah di ingatkan supaya sentiasa berwangi-wangian. Seterusnya Nabi mengamalkan makan kurma, maka jadikan ini amalan. Setiap rumah perlu ada bekalan kurma setiap masa. Janganlah Yusof Taiyob hanya famous tika Ramadan sahaja. Amalkan makan sebiji kurma sebelum menghadapi hidangan makan pagi, tengahari atau makan malam.
Nabi juga mengamalkan makan garam bukit. Ustaz Omar Jaafar ada berpesan supaya mengamalkan setiap pagi bila bangun tidur sebelum gosok gigi untuk meminum secawan air yang dicampur sedikit garam bukit (contohnya keluaran Halagel) dengan berkumur-kumur sebelum menelannya. In sya Allah ia dapat menyerlahkan kesihatan yang baik.
Tentang tabiat merokok, fatwa peringkat kebangsaan dan negeri semenjak 1989 lagi telah menyatakan hukum merokok itu haram. Antaranya kerana ia memudaratkan kesihatan akibat terdapat lebih 4,000 jenis racun tersirat dalam setiap batang rokok itu. Ia juga perbuatan membazir yang nyata. Penghasilannya juga melibatkan pencampuran ram (ibu arak) yang direnjiskan kepada tembakau kering bagi menghasilkan 'kick' pada setiap dos hisapan rokok.
Akhirnya bisnes rokok juga merupakan penjana ekonomi yahudi di mana penyumbang kepada dana kerajaan haram Israel yang agenda utama mereka untuk menguasai Baitul Maqdis dan membunuh umat Islam di Palestin. Dua syarikat rokok terbesar dunia ialah Philip Morris dan British Tobacco.
Tabiat merokok adalah satu lagi bisikan syaitan. "Lepas sarapan nasi lemak ni hang mesti pekena rokok sebatang," itulah bisikan syaitan. Merokok juga menghasilkan bau busuk yang memang menjadi kesedapan iblis dan syaitan.
Tanyalah isteri mana pun maka jawaban mereka ialah tentu tidak suka tabiat suami yang merokok. Bau busuk perokok juga sangat menganggu ahli jemaah semasa solat berjemaah. Hembusan asap rokok bukan saja merosakkan kesihatan si perokok tapi yang sadis ia juga memudaratkan orang sekeliling yang tidak merokok terutamanya ahli keluarga sendiri. Tips utama untuk berhenti merokok ialah azam mesti kuat, buang terus rokok dan hindari daripada bercampur dengan kawan2 perokok.
Berhentilah segera daripada tabiat merokok. Tanyalah mana2 pakar kesihatan contohnya pakar jantung, pakar paru2 atau pakar otak, semuanya akan menyatakan habit merokok sangat membahayakan kesihatan dan emosi seseorang. Rokok adalah satu agenda yahudi untuk memusnahkan umat Islam.
Agenda yahudi termasuklah mitos tidak elok makan daging kambing atau minum susu kambing sedangkan itu adalah antara sunnah Nabi. Orang yahudi sendiri mengamalkan sunnah Nabi ini sebab itulah mereka termasuk dalam kelompok manusia yang bijak, tapi yahudi tidak mahu orang lain bijak seperti mereka. Contoh lain strategi jahat Yahudi ialah mempromosikan riba ke seluruh sistem perbankan dunia tapi di Israel tidak diamalkan pun amalan riba ini. Partner in crime utama yahudi ialah bisikan syaitan.
Ustaz Omar Jaafar pada kuliah maghrib malam tadi juga ada berkongsi tips awet muda. Pertama amalkan baca al-Qur'an kerana Allah. Bacalah setiap hari walaupun sekadar satu mukasurat atau satu surah pendek. Jangan tunggu masa tertentu sahaja. Ada ruang saja terus baca walaupun tanpa mushaf. Baca surah2 hafazan semasa memandu ke tempat kerja contohnya.
Kedua, bangun mendirikan solat malam terutamanya solat tahajjud. Itulah petua utama awek muda. Keheningan malam punyai aura hebat hubungan hamba dengan Penciptanya. Petua ketiga untuk awet muda ialah jarakkan atau lewatkan minum air selepas makan. Cubalah amalkan tiga petua ini dan saksikan hasilnya dengan izin Allah.
Sebagai konklusi, setiap kali anda di datangi idea bernas untuk melakukan keburukan atau kejahatan maka pahatkan di minda dan bisikkan di telinga anda, "Bisikan Syaitan" (sebut dalam nada misteri nusantara). Di susuli bibir terus istighfar dan zikrullah. Nyahkan bisikan syaitan dari hidup manusia beriman. Pagarkan dirimu daripada terus digoda oleh Bisikan Syaitan.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
1 comment:
Mona Ali...what r u trying to say?
I say, "Be the best u can be.
The best is Live in Paradise."
Post a Comment