CLICK n GO

Tuesday, October 15, 2013

Ibadah Korban di Masjid As-Salam

Ibadah korban di Masjid As-Salam berjalan lancar pagi tadi. Sebanyak 19 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah ditumbangkan. Setiap lembu korban dikerjakan dari A ke Z oleh satu pasukan petugas berjumlah 10 orang. Maknanya 19 ekor lembu dan 5 ekor kambing itu dikerjakan oleh 20 pasukan kesemuannya manakala petugas muslimah pula bergotong-royong menyediakan juadah untuk jamuan tengahari. Suasana kemeriahan begitu terasa dan semangat kerjasama antara ahli khariah juga begitu terserlah. Alhamdulillah, semoga ibadah korban di Masjid As-Salam mendapat nilaiannya di sisi Allah.








2 comments:

zul permatang badak said...

Haa...ada makan tengahari tu,.....hilang juga penat dapat makan sama2....

School Of Tots said...

TQ zul permatang badak. Lama tak dengar berita. Harapnya sihat sokmo dan limpah dengan rahmat Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...