Tika memandu ke ofis saban pagi, saya jarang gagal untuk mendengar slot motivasi pagi di radio Ikim yang disiarkan jam 7:30am sekadar 10 minit itu. Ustaz atau pakar motivasi yang dijemput selalunya diberi slot ini selama 7-10 hari sebelum diganti dengan Ustaz yang lain pula. Alhamdulillah, ini adalah antara program yang saya rasa sangat boleh mendatangkan manfaat kepada para pendengar sekelian.
Cukuplah kita di sogokkan dengan program2 hiburan dan nyanyian, lawak bodoh, dan celoteh DJ yang tiada manfaat apa pun untuk meningkatkan iman seseorang atau mengajak manusia taat pada Allah yang memonopoli puluhan stesen radio di negara ini. Berapa banyak masa siaran (airtime) yang dibazirkan pada setiap detik. Sesungguhnya dihadapan Allah besok semua ini akan di persoal dan dipertanggung jawabkan. Para pendengar juga akan dipertanggung jawabkan.
Ustaz pagi ini mengutarakan tazkirah ringkas bertajuk Pesanan Nabi Adam AS iaitu kumpulan lima mesej penting untuk dapat kita renung dan fikir bersama.
1. Janganlah
kamu berpuas hati dengan dunia
Aku telah
berpuas hati dengan syurga yang di dalamnya terdapat kehidupan yang kekal, akan
tetapi ALLAH SWT tidak menyukainya, maka aku telah dikeluarkan dari
dalamnya.
2. Janganlah
kamu berbuat sesuatu atas kehendak isterimu semata-mata
Aku telah
menuruti keinginan isteriku, iaitu makan buah khuldi dan sebab itu aku
menderhakai ALLAH SWT.
3. Berfikirlah
dahulu sebelum kamu berbuat sesuatu
Jika dahulu
aku memikirkan tentang akibat perbuatanku (makan buah kuldi), tentu aku tidak
akan menyesal di hari kemudian.
4. Janganlah
kamu melakukan sesuatu perbuatan yang kamu merasa ragu atasnya
Ketika aku
makan buah khuldi, aku pun berasa sangat ragu. Namun kerana tidak berhati-hati,
maka aku telah menyesal.
5. Bermusyawarahlah
mengenai hal-hal yang penting
Jika dahulu
aku bermusyawarah dengan para Malaikat, tentu aku tidak mengalami kesulitan.
Subhanallah, sebuah pesanan
yang hebat dari arwah datok kita kepada sekelian zuriat keturunannya termasuk
kita untuk sama2 ambil pengajarannya. Lima pesanan yang hebat yang sangat
sering kita terlepas pandang dalam kehidupan ini. Inilah ilmu bermanfaat yang
saya dapat pagi ini pada slot motivasi pagi di radio Ikim.
Maka sangat benarlah tidak
sama antara orang yang ada ilmu dengan orang yang tiada ilmu iaitu orang yang
jahil. Wajarlah hukum menuntut ilmu itu wajib di dalam Islam. Tuntutan menuntut
ilmu ini berlaku sepanjang masa untuk setiap individu iaitu bermula dari hari
pertama kelahirannya ke muka dunia ini hingglah ke akhir hayatnya. Jangan jemu
untuk mencari ilmu. Ilmu bukan sekadar untuk pas periksa semata. Ilmu yang
lebih utama ialah untuk memandu kehidupan di jalan yang lurus menuju redha
Allah.
Dalam kehidupan ini, jangan
terlalu merasa selesa berada dalam 'confort zone' iaitu suasana hidup yang
penuh kenikmatan seolah-olahnya aku ini selamat hingga tidak memikir langsung
segala pancaroba yang bakal mendatang. Hidup umpama dunia ini aku yang punya.
Sedangkan hari pembalasan menanti di mana setiap sesuatu yang dilakukan di
dunia ini akan di nilai dan di beri pembalasannya. Ketahuilah azab siksa neraka
teramatlah sakit, siksa, sengsara dan pedih. Lakukan setiap sesuatu
dengan kesedaran bahawa 'Allah is watching'. Semoga pahala yang di raih bukan
dosa yang di cari. Janganlah kamu berpuas hati dengan dunia. Akhirat itu
matlamat kita sebagai seorang muslim.
Janganlah tertipu dengan
muslihat wanita. Berfikirlah dengan rasional. Jangan mudah mengikuti segala
kehendaknya. Ditakuti timbul musibah akibat perbuatan kita itu dibelakang hari
nanti. Sebab itulah sangat utama seorang yang bergelar suami untuk melengkapkan
diri dengan ilmu agama supaya dapat membimbing isteri dan anak2 ke jalan yang
benar bagi mencari redha Allah, bukan redha makhluk. Setiap permasalahan atau
keinginan yang berdasar kepada panduan akal atau nafsu semata bisa menjerumus
diri dan ahli keluarga ke lembah derita. Janganlah kamu berbuat sesuatu atas
kehendak isterimu semata-mata.
Sesuatu perbuatan yang
berdasarkan kepada keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa boleh mengundang
masalah. Justru buatlah pertimbangan sewajarnya dengan berfikir dan melihat
kepada pelbagai sudut dan perpektif supaya kesan dari perbuatan kita itu tidak
pula mendatangkan mudarat. Sebelum buat sesuatu fikir dulu akan akibatnya.
Dalam diri manusia ada
seketul daging yang jika baik ia maka baiklah manusia itu. Itulah hati, iaitu
naluri perasaan manusia. Uniknya hati ialah ia punyai rasa yang bukan berbentuk
fisikal tapi lebih menyentuh kepda ruhani kita. Sangat benarlah sekiranya ada
terdetik gerak hati yang tidak enak atas sesuatu perkara maka afdalnya
dibatalkan daripada terus meneruskan hajat untuk berbuat sesuatu perkara itu.
Tika ingin berbuat sesuatu tapi gerak hati tidak mahu mengizinkan maka batalkan
sahaja.
Dan yang akhir sekali datok
kita Nabi Adam AS berpesan bermusyuwarahlah sebelum mengambil sesuatu keputusan
penting. Jangan pandai2 sendiri sahaja, ditakuti hawa nafsu dan cucukan syaitan
menguasai diri. Bermusyuwarhlah pada hal-hal yang penting. Ajak berbincang
mungkin dengan ahli keluarga sekelian, rakan2 seofis, atau di kalangan ahli
jawatankuasa dan seumpamanya. Mintalah nasihat dan pandangan para alim ulama,
para ustaz dan orang2 yang alim.
Semoga hari kita lebih baik
daripada semalam, dan hari kita esok lebih baik daripada hari ini. Teruskan
pencarian ilmu. Cintai ilmu, amalkan ilmu yang kita dapat dan sebarkan
seluas-luasnya di muka dunia untuk manfaat umat sejagat jauh dan dekat.
@@@
No comments:
Post a Comment