Alhamdulillah tiba kita kembali kepada hari Jumaat, penghulu segala hari. "Banyakkan selawat," pesan saya kepada isteri di muka pintu sebelum berlepas ke ofis pagi ini. Pemanduan pagi ini saya rasa terisi kerana dapat berbual dengan anak perempuan yang balik bermalam di rumah dan pagi ini saya menghantar baliknya ke UIA Gombak. Semalam saya dikhabarkan berita gembira oleh anak saya ini kerana telah ditawarkan tempat untuk menjalani kursus praktikalnya selama 6 bulan di salah sebuah organisasi korporat tersohor negara. Alhamdulillah. Sesungguhnya segala nikmat dan rezki itu kurniaan Allah belaka.
Saya bertanya perihal sebuah majlis wacana ilmu yang di hadirinya pada minggu lalu iaitu sebuah forum yang membicarakan bahaya fahaman syiah. Kenapa masih ramai orang di Malaysia ini yang terpengaruh dengan ajaran syiah ini? Rasa saya jawabannya jelas iaitu jika lah ajaran sesat Ayah Pin dan Rasul Melayu dulu pun bisa mengajak dan mempengaruhi ramai orang termasuk kelompok 'intelek', maka apatah lagi ajaran sesat syiah ini yang lebih berstruktur dan penuh strategi halus itu.
Amalan nikah mutaah umpamanya adalah satu tarikan yang hebat pada persepsi untuk menghalalkan yang haram iaitu amalan seks bebas. Begitu juga tafsiran tentang solat fardu yang sekadar 3 kali sahaja sehari semalam. Sudah tentu kelompok besar manusia yang memang pun jahil daripada ilmu agama yang benar akan bisa terpengaruh dan tunduk pada imaginasi akal tanpa berpandu sumber Al-Qur'an dan Hadith yang sahih. Ayat Al-Qur'an dan hadith terus di manipulasi ulama syiah demi memprioritikan kehendak nafsu dan akal dengan sokongan padu iblis dan syaitan yang memang tidak pernah jemu pun untuk menyesatkan aqidah manusia.
Sejarah sudah menunjukkan betapa agama kristian pun satu masa dulu begitu di manupulasi oleh manusia yang hanya memprioritikan kehendak nafsu dan akal hingga hanya mengambil apa yang sesuai dan meninggalkan apa yang mereka tidak selesa. Hinggalah kini apa yang luarbiasa dalam agama kristian suatu masa dulu itu sudah menjadi biasa dan menjadi amalan rutin mereka dalam masyarakat contohnya amalan sek luar nikah, minum arak dan makan babi. Justru pendinding utama untuk segala ajaran sesat ini ialah ilmu agama. Maka hadirlah ke majlis2 ilmu dan cintailah majlis2 ilmu, taman2 Syurga ini. InsyaAllah itu adalah jalan2 utama untuk mencapai redha Allah untuk ke Syurga-Nya.
Ibni Adam iaitu manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Manusia diberi akal dan nafsu berbeza dengan haiwan yang hanya diberi nafsu tanpa akal. Jangan pelik jika nafsu haiwan sangat hebat contohnya nafsu mengawannya dan nafsu makannya. Kalah manusia. Nafsu itu baik jika dipandu dengan akal dan iman. Dunia ini tempat kita bercucuk tanam. Akhirat nanti ialah tempat kita menikmati hasil tuaian daripada segala tanaman ini.
Berfikir menggunakan akal kurniaan Allah adalah satu ibadah yang besar di sisi Allah. Mentadabbur Al-Qur'an itu adalah ibadah. Membaca Al-Qur'an dan merenungi terjemahan-Nya. Memahami isinya dan maksud ayat2 Allah itu. Gunakan akal ini untuk mengenali Allah. Jika akal itu dapat dikalahkan oleh nafsu maka manusia ini statusnya menjadi lebih teruk daripada haiwan.
Semasa memandu ke masjid untuk solat maghrib, kita lihat anjing2 dan kambing2 masih berkeliaran. Adakah kita kecewa? Tapi bila melihat anak2 muda, orang2 kita, masih relax bersembang, lepak2 atau berkepit atas motor tika itu, adakah kita kecewa? Sesiapa yang tidak menghiruakan laungan azan, di akhirat besok telinganya akan di curahi dengan cairan timah yang menggelegak panas. Apakah haiwan itu lebih baik daripada manusia? Sesiapa yang dapat memandu nafsu dengan akalnya maka dia boleh menjadi lebih baik daripada malaikat. Tu dia, hebat rupanya peranan akal kurniaan Allah ini ya. Jika sebaliknya akal dipandu oleh nafsu maka manusia boleh menjadi lebih teruk daripada binatang.
Allah mengajarkan ilmu kepada Nabi Adam hingga mendapat respek daripada para malaikat untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam. Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang engkau tidak tahu. Iblis dengan egonya itu telah engkar kepada perintah Allah dan berjanji untuk tidak putus asa mencari fan club di kalangan manusia bagi menemaninya meramaikan penghuni Neraka.
Seorang guru agama di Serendah mendapati anak muridnya membawa CD lucah ke sekolah. Pabila di tanya anak ini menjawab CD itu ayahnya yang punya. Ramai budak2 rusak. Bapak2 budak pun lagi ramai yang rusak. Maksiat dipandang indah melainkan untuk orang2 yang ikhlas tunduk kepada perintah Allah.
Pabila hendak membuat sesuatu amalan yang baik pun contohnya nak mengaji Al-Qur'an kita disuruh membaca. "Au'zubillah..." memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan yang dilaknat. Apatah lagi untuk membuat kerja2 lain. Lebih2 lagilah kita mohon perlindungan Allah daripada gangguan iblis dan syaitan ini. Mohon jauh daripada disesatkan mereka. Jangan bangga aku ini alim aku ini waraq kerana iblis dan syaitan tidak pernah jemu dalam tugasan mereka. Orang2 alim atau tokoh2 agama akan di goda oleh syaitan yang alim dan tinggi pula pangkat dan jawatan atau ranking mereka. Ramai yang sudah kecundang hatta ulama besar sekali pun. Mohon Allah jauhkan dari kecundang dalam sesat akibat usha syaitan ini dan mohon Allah beri kesudahan yang baik kepada kita, insyaAllah.
Syaitan itu lembik tiada kekuatan ke atas orang2 yang beriman yang sentiasa berserah diri dan tawaqqal kepada Allah. Orang yang kaya-raya, kuat tenaga, tinggi pangkat, banyak harta, hebat fisikal jika tidak beriman akan tetap menjadi mangsa syaitan. Jangan bergantung harap apapun kepada makhluk. Bergantung haraplah kepada Allah SWT. Ya Allah, bantulah aku menjadi hamba-Mu yang sentiasa mengingati-Mu, bersyukur dan sentiasa memperbaiki amalan ku.
Kalau dulu sakit telinga aku mendengar ceramah agama di corong2 speaker masjid, kini timbulkan keseronokan untuk aku mendengar setiap majlis ilmu agama ini. Kalau dulu aku malas untuk ke masjid, kini rajinkan aku untuk ke masjid. Wahai hati yang berbolak balik, ya Allah jadikan hatiku ini cinta pada agama Mu. Arahkan hatiku ini agar sentaisa taat dan mengingati Mu.
Mencerna akal di pagi Jumaat, semoga afiat ruh dan jasad. Afiat iaitu keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Afiat yang punyai 10 rupa iaitu 5 untuk dunia dan 5 untuk akhirat. Pertamanya ilmu agama untuk tidak tersesat dan tertipu oleh godaan dunia. Keduanya ibadah iaitu jadikan semua prilaku ini punyai nilaian sebagai ibadah di sisi Allah, ibadah 24jam setiap hari. Ketiganya halal iaitu mencari yang halal itu fardu, pastikan segala yang di makan di minum dibuat semuanya halal bukan haram atau syubahah. Keempat syukur iaitu sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat kurniaan-Nya ini. Kelima ialah sabar tika dilanda susah dan ujian.
Keenam afiat untuk lembut tika sakratul maut untuk ditarik oleh malaikat maut memisahkan ruh daripada segala kelazatan hidup dunia. Ketujuh untuk tenang menjawab segala soalan munkar dan nakir di alam barzakh. Kelapan untuk relax dan selesa di huru hara Padang Mahsyar nanti. Kesembilan mohon afiat supaya segala amalan di terima Allah dan tidak menjadi sia-sia atau tiada nailaian di sisi Allah. Dan akhirnya dapat pula meniti titan sirat sepantas kilat.
Ibni Adam, rajin2lah mencerna akal terutamanya di hari Jumaat yang mulia ini. Berbezalah dengan haiwan yang tiada akal itu walaupun dia sangat ingin mencernakannya.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment