Bebeza dengan sesetengah Ustaz yang kuliahnya banyak kulit daripada isi, lebih gemar membuat lawak basi, atau tidak fokus kepada sesuatu subjek hinggakan gagal memahatkan ilmu yang sepatutnya ke dada odion di depannya. Bila mengikuti penyampaian 30 ustaz pada 30 kuliah maghrib yang berbeza setiap bulan, maka saya tidak dapat lari daripada mula gheti dan faham style dan fe'il para ustaz ini. Sudah tentu apa yang di dalam hati tidak kita tahu tapi acap kali setelah berkenalan dalam ceramah bulanan mereka, kita juga dapat menilai kategori dan mutu nya kerana apa yang di hati terserlah jua pada luaran dan lisannya.
Mafhum Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 60-65:
- Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
- Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
- Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
- Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
- Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!
- Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
Syaitan dan Iblis akan sesatkan anak Adam kecuali mereka yang ikhlas. Bagaiamana Iblis ini begitu yakin dia boleh menyesatkan manusia? Dia yakin yang dia mampu. Sebab dia ini bijak dan punyai ilmu yang tinggi. Allah SWT tidak berhajat apa2 daripada makhluk. Sedangkan manusia sangat berhajat kepada Allah pada segala sesuatu. Manusia perlu sokongan baru boleh naik. Manusia perlu harta baru bolah kaya. Manusia perlu pangkat dan jawatan baru ada kuasa.
Iblis tengok ada peluang untuk sesatkan manusia. Sebab Allah tidak berhajat apa2 termasuk iman. Kerja Iblis ialah duduk di atas jalan yang lurus. Iaitu dia menyesatkan orang2 yang taat pada Allah. Semua diganggu gugat oleh Iblis. Iblis tidak perlu kacau manusia yang memang dikuasai nafsu, geng dia.
Apa itu jalan yang lurus? Jalan yang ada mula dan akhir, jalan yang paling selesa dan dekat ke destinansi jika nak dibandingkan dengan jalan yang bengkang bengkok penuh selekoh. Jaraknya dekat tetapi kenapa tidak terikut? Sebab dicampur aduk oleh Syaitan. Hingga menjadi jauh perjalanan kita dengan Allah SWT.
Antara tanda kasih ialah banyak beri korban (mahabbah). Atas dasar kasih maka Allah cipta manusia dan beri segala-galanya free of charge. Maka taat kepada Allah itu adalah untuk kepentingan diri kita sebenarnya. Yang paling hebat ialah taat atas dasar mahabbah iaitu kasih sayang yang tanpa harap balasan apa2 daripada Allah.
Aku kekasih mu. Sepatutnya mu jadilah kekasih Aku. Hati yang sibuk dengan Allah. Pencipta yang beritahu pasal ancaman dan tipu daya syaitan. Jangan jadi orang awam yang disibukkan dengan syaitan dengan suka mencari pintu2 untuk syaitan masuk.
Jangan sembah syaitan, musuh mu yang nyata. Jangan dikata belum ada peringatan. Layakkah orang kufur diazab? Ya, kerana mereka sudah sering diberi peringatan tapi masih buat tak endah. Aku telah berwasiat kepada kamu melalui lisan para Rasul yang kemudiannya diwariskan kepada para ulama' yang bertaqwa. Juga perjanjian yang termaktub di alam ruh.
Lihat apa saja dengan mata mu maka setiap satunya menjadi dalil dan hujah adanya Allah. Sebab itu Allah kurniakan kecerdikan akal supaya dapat berfikir merenung kebesaran Allah. Apa jenayah yang paling besar di dunia ini? Menyembah syaitan.
Pabila Abu Hurairah mendengar hadith Nabi yang mengatakan sesiapa yang menyebut "La illa ha illallah" akan masuk syurga, sehingga dia menceritakan kepada sesiapa saja yang dia temui. Umar menyekat Abu Hurairah kerana bimbang orang awam terkeliru atau silap faham sehingga tidak mahu lagi melakukan ibadah yang lain. Umar begitu cermat membuat tafsir. Jenayah apa sekali pun, tidak sebesar jenayah kufur dengan mengikut perintah daripada syaitan.
Syaitan bukan spisis yang tak cerdik. Dia faqeh dalam ilmu isi kandungan tanah dan api hingga dengan kehebatan ilmunya itu dia menidakkan perintah Allah untuk tunduk hurmat kepada Nabi Adam atas dasar komposisi elemen dalam kejadian api itu lebih tinggi daripada komponen dalam komposisi kejadian tanah. Makanya ana iaitu aku ini lebih hebat. Bila timbul rasa aku yang punya, aku yang buat benda ini, aku hebat, maka ini membawa kepada jatuh kufurnya seseorang iaitu mensyirikkan Allah secara sedar atau tidak.
Tiada eleman semulajadi dalam kehidupan dan kejadian alam ini dan segala isinya melainkan semuanya daripada Allah belaka. Ada cara hidup pada hakikatnya bukan hak kita cuma sekadar urusan yang Allah sandar pada kita. Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu. Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
@@@
No comments:
Post a Comment