Tuesday, December 31, 2013

Ambang 2014

Bagaimana pencapaian anda pada tahun 2013? Puas hati, kecundang lagi atau aiman tak kisah. "Saya tak pernah sambut tahun baru. Saya juga tak pernah set azam tahun baru," kata Zul kawan seofis saya. "Saya nak buat, maka saya buat, tidak perlu pasang azam tahun baru," tambahnya lagi.

Pasang azam tahun baru ini maknanya ada niat atau ada rancangan untuk buat sesuatu pada tahun baru nanti. Yang lebih afdal ialah di tulis atau dipahatkan supaya jelas apa perancangan itu. Yang utama lagi ialah usha atau perlakuan untuk menjayakan apa yang di rancangkan itu. Maka pada penghujung tahun sebegini bolehlah di muhasabah balik. Apakah aku ini hanya pandai tanam azam tapi gagal membajainya, menjaganya, dan menuai buahnya. Analisa yang masing2 boleh buat sendiri.

"Saya nak lihat satu sahaja sebelum saya memejamkan mata saya sebelum mati iaitu negara kita ini mengamalkan sistem ekonomi Islam," tiba-tiba Zul bersuara lagi. "Sebabnya sistem ekonomi yang kita ada ini ialah berdasarkan riba. Kita kena buang penggunaan matawang kertas ini kerana kewujudannya itu pun adalah berlandaskan riba. Pakar ekonomi sudah menyatakan bahawa nilai matawang kini akan berkurangan berbanding dengan nilai terdahulu, justru untuk mengimbangi nilai berkenaaan maka nilai tertentu mestilah di tokok tambah. Inilah dia kadar faedah atau bunga atau riba itu," jelas Zul dengan sebaiknya.

"Kalau nak buat sesuatu kena ada perancangan dan keikhlasan dalam perlaksanaannya," kata saya. Yang penting pihak berkuasa kenalah merancang untuk melaksanakan sesuatu inisiatif itu dan berusaha gigih untuk mendidik masyarakat, menyediakan segala kemudahan dan sistem infra bagi melaksanakannya pada sesuatu jangkawaktu yang ditetapkan. Contoh kita akan laksanakan sistem ekonomi Islam sepenuhnya di negara ini pada tahun 2020. 

"Sebab itu kita kena bagi peluang Kerajaan yang mahu melaksanakannya untuk memerintah negara," kata Zul. Dengan kata lain Zul cuba menjelaskan Kerajaan sedia ada tidak bercadang untuk melaksanakan apa yang dia hajati tadi. Fahamlah saya.

Saya teringat kisah perlaksanaan hukum hudud di Brunei. Ia sudah di istiharkan sekitar beberapa tahun lepas oleh Sultan Brunei untuk melakasanakan hukum hudud di Brunei. Maka perancangan teliti telah di buat termasuklan memberikan pendidikan dan kesederan kepada rakyat, penyediaan modal insan, sistem penguatkuasaan, struktur infra dan kumpulan sokongan bagi kejayaan perlaksanaannya menjelang masa yang telah ditetapkan. Bila tiba tarikh sasarnya maka perlaksanaan dapat di lakukan dengan jaya. Maknanya langkah pertama ialah kena ada iltizam yang kuat, perancangan, pendidikan, persediaan dan perlaksanaan.

Kita lihat di Malaysia ada tak perancangan untuk implemen undang2 Hudud ini? Jawapannya agak jelas iaitu tidak. Bila ditanya kenapa tidak dilaksanakan hukum hudud? Maka jawapan standardnya ialah, "Kita belum bersedia." Jika di tanya 20 tahun akan datang soalan yang sama, saya hampir pasti jawapan yang sama akan tercetus. Kerana hakikatnya tiada rancangan pun nak laksanakannya. Kalau ada sudah tentu pihak pemerintah akan menghebahkan supaya orang ramai tahu kita nak laksanakan sistem Hudud pada tahun sekian-sekian sebagaimana yang berlaku di Brunei itu.

Sesuatu ibadah itu bermula dengan niat. Pada setiap tahun baru (walaupun tahun masehi) sangat afdal untuk menyediakan azam baru atau niat atau rancangan untuk dilaksanakan. Tanpa perancangan semuanya menjadi samar dan berlaku secara kebetulan atau ad-hoc sahaja. Bagi saya tidak salah untuk memasang azam tahun baru. Malah dapat menyumbang pahala jika di niatkan kerana Allah atau untuk mengikuti sunnah Rasulullah.

Saya bertanya seorang kenalan, "Apa azam tahun baru?" Dia menjawab, "Nak jadi lebih baik." Saya kata itu general sangat. Sepatutnya kena lebih terperinci. Contohnya jadi baik dengan banyak sedekah ke tabung masjid, kalau tahun 2013 dulu sedekah RM2, maka tahun 2014 ini saya azam sedekah RM3. Contoh lain mungkin kita berazam untuk belanja kawan makan sekali seminggu menggantikan sekali setahun sekarang ini.

Ustaz Hazwan dari Darul Ulum tempoh hari ada menyebut dalam kuliah maghribnya bahawa kita membuat sesuatu yang harus atas niat kerana cintakan Rasul kerana ia adalah perlakuan Rasul contohnya makan nasi, minum air, mandi, tidur dan sebagainya maka kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

Sangat utama lagi untuk mengambil berat segala hadis Rasulullah. Turuti sunnah Rasulullah pada setiap hukum-hakam, perbuatan, atau laranganya. Solat sunat sebelum subuh itu lebih besar daripada dunia dan seisinya. Maka afdal sangat untuk tanam azam baru untuk melaksanakan solat sunat sebelum subuh itu. Mendirikan solat berjemaah di sof pertama itu sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Maka janganlah kita tengok saja, berushalah untuk mara ke depan mendirikan solat di sof pertama itu. 

Melebihkan orang lain dalam urusan ibadah itu, hukumnya makruh. Sebaliknya mendahulukan orang lain dalam urusan dunia, hukumnya sunat. Kita kadang tidak perasan kerana pahala ini tidak nampak dek mata kasar. Bila nampak? Di Akhirat nanti. Di Akhirat pahala kita akan di imejkan. Baru tau banyak atau sedikit, besar atau kecil saiz nya.

Segala amalan2 sunat hendaklah diushakan semaksima mungkin. Ibarat orang berniaga tentu mahu untung besar. Segala amalan sunat tadilah keuntungan besar kita semua di Akhirat nanti. Jarang orang berniaga sekadar nak balik modal. Kita buat segala amalan2 yang wajib pada hakikatnya sekadar nak balik modal sahaja. Apatah lagi bila meninggalkan amalan2 wajib itu maka hakikatnya anda menuju rugi besar dalam perniagaan anda tadi. 

Ibadah solat witir itu Nabi tidak pernah tinggal. Menunjukkan betapa utamanya ibadah ini. Maka sebagai salah satu azam tahun baru sangatlah bermanfaat untuk menjadikan solat sunat witir ini sebagai salah satu perkara rutin harian. Hukum solat witir ini ialah sunat muakad iaitu ibadah yang sangat dituntut dan ditekankan. Nabi suruh buat, maka kita buat. Bagi perkara2 harus, berushalah untuk memasukkan ciri2 yang mengikut sunnah Rasulullah supaya ada nilaian pahala di sisi Allah.

Jangan pula sampai menyalahi sunnah Nabi contohnya menyakiti orang. Tika ibadah haji atau umrah ramai yang berebut untuk mencium Hajarul Aswad. Hukum menciumnya sunat. Tapi yang ramai terlepas perkiraan ialah berebut2 hingga menolak atau menyiku orang kerana mengejar untuk ke depan Hajarul Aswad sebenarnya sudah jatuh kepada benda haram iaitu menyakiti orang. Maka berjaga-jagalah daripada melanggar apa-apa larangan Nabi.

Sekiranya mentaati Nabi maka kita akan mendapat petunjuk. Pernahkah atau mampukah orang mengikut cara hidup Nabi? Pernah dan boleh. Para sahabat dan ulamak terdahulu sudah mebuktikannya. Kisah2 Nabi dan orang soleh banyak di ceritakan dalam Al-Qur'an untuk kita contohi dan ambil iktibar.

Tanamlah azam yang menjurus kepada menjadi manusia yang beriman dan bertakwa. Itulah yang membezakan kaca dengan permata. Ingatlah mati dan jangan terlalu cinta dunia. Hakikatnya segala yang kita miliki ini hanya pinjaman semata daripada Allah SWT. Hakikat hidup sebenar yang kekal abadi ialah di Akhirat nanti. Dunia dijadikan Allah untuk manusia, namun manusia dijadikan untuk Akhirat. Bijaksana jangan sekadar bijaksini. 

Selamat menyambut tahun baru 2014.

@@@

Saturday, December 28, 2013

Kaki Masjid

Orang beriman yang cinta masjid ibarat ikan masuk ke air, kerana nalurinya ke situ, ingatannya sentiasa untuk ke Rumah Allah. Hatinya lega dan seronok setiap kali dapat duduk di masjid, dapat niat iktikaf, dapat mendirikan solat2 sunat, dapat zikrullah dan membaca al-Qur'an. Pernah lihat ikan bila di lepaskan ke dalam air kolam? Gembira dia tidak terkata.

Bersiap siaga untuk ke masjid walaupun saban hari mungkin sampai hampir senja ke rumah dari tempat kerja. Hatinya terikat di masjid. Terasa rugi benar jika tidak menghadiri kuliah2 maghrib yang diadakan setiap malam di masjid. Segala ilmu yang dia dapat di catit, di pahat di dada, di amalkan dan disebarkan. 

Teruja sungguh dia menatap jadual kuliah dengan slot2 ceramah penuh setiap bulan tertampal di papan kenyataan masjid. Sibuk dia menyemak ustaz mana yang tertera namanya di situ. Tenang jiwanya.

Nama2 regular seperti Ust Hafizi Hussen, Ust Kamal Azhari, Ust Irwan Syah, Ust Fazlur Rahimi, Ust Zahidi Abdullah, Ust Hazri Hashim, Ust Sidek Nor dan Ust Wan Shamsuddin, semuanya menjadi pencerah penyuluh jalan belaka dengan ilmu tasauf, tauhid, feqah, tafsir, hadith dan sirah. Pelajaran dan pengajian ilmu yang percuma. Kenapa tidak menyahut nya? Rugi Tuan2. Jadilah kaki masjid bukan kaki lepak atau kaki pancing.

Syukur benar dia bila dipilih Allah untuk dapat mendirikan solat2 fardu secara berjemaah di masjid. Itulah ibaratnya seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa untuk sentiasa taat kepada Allah. 

Begitu teruja dia untuk ke rumah Allah menyambut pelawaan Allah bertandan pada setiap kesempatan masa yang ada. Tika laungan iqamat keluar dari celah bibir muazzin maka dia terus bersegera untuk memenuhi sof pertama kerana faham sangat dia akan fadhilat berdiri di sof pertama pada setiap perlakuan solat berjemaah itu. Ibarat ikan puyu masuk ke air. 

Tambahan lagi dia tidak kedekut untuk menyebarkan salam dan mengukirkan senyuman kepada setiap tetamu Allah bila bertentang mata atau berselisih bahu. Begitu juga ringan tangannya bersedekah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap malam untuk di masukkan ke dalam tabung bergerak masjid. Atau peluang khidmat pada setiap kesempatan yang ada. Bahagia nya dia seperti ikan pulang ke air atau sireh pulang ke ganggang.

Berbeza pula dengan orang yang munafik atau tiada keikhlasan di hati. Datang dia ke masjid itu boleh diumpamakan sebagai burung masuk ke sangkar. Terasa terpenjara jiwa, hati berkecamuk, minda tidak tenang dan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membebaskan diri dari sangkar yang mencengkam itu. Sekejap berlunjur, sekejap berpusing, kerap ke bilik air, sekejap menguap, acap kali tertidur. Keluh kesah dia. Mata menyudut pada kelemahan dan kekurangan.

Pantang ada sebutan daripada Ustaz yang berceramah yang terkena batang hidungnya atau menyentuh soal2 kebenaran walaupun pahit maka punggungnya terasa panas macam duduk atas bara api dan cuping telinganya terasa pedih dan dia pun tidak segan untuk bangun berlalu pergi dan terus keluar dari masjid. Ada makhluk sebegini. Rajinlah memerhati. Yang sedihnya ramai dari kelompok ini ialah golongan veteran yang rumah kata pergi kubur kata mari, namun hidayah masih terhijab untuknya.

Ada pula ramai jemaah yang usai solat terus bangkit macam kuih bangkit pergi entah kemana terutamanya tika solat jumaat. Begitu sombong dengan Allah hingga kan tiada kesempatan untuk zikrullah barang sebaris dua atau menadah tangan untuk berdoa bergantung harap pada Yang Esa? Sibuk sangatkah? Hingga masa 24 jam yang Allah bagi ini tidak cukup buatmu? Janganlah jadi manusia jahil yang tidak kenal diri. Begitu banyak nikmat yang Allah bagi dengan percuma, tapi engkau jadi angkuh, sombong dan lupa diri.

Ada juga manusia yang tidak ikhlas untuk beribadah di rumah Allah. Pergi ke masjid membawa nawaitu yang tidak jelas. Apakah kerana jawatan aku sebagai AJK, atau kerana menghabiskan masa lapangku, atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Wallahu'alam. 

Ketidakikhlasan ini kadang2 terserlah jua dengan izin Allah. Pelbagai penyakit hati menguasai dirinya. Maka tergolonglah mereka di kalangan orang2 yang rugi. Kenapa rugi? Kerana segala amal ibadahnya tadi tiada nilaian walau sekupang di sisi Allah SWT. Kekedang tu dia jadi asing atau segan untuk ke masjid kerana sifat dendam kesumat atau rasa tidak puas hati yang terbuku di hati.

Sebagai konklusi pilihlah untuk berada dalam kategori mana. Janganlah di sia2kan masa yang ada. Usahlah lagi dibazirkan baki usia yang tinggal ini. Ya Allah berkati sisa2 usia ku ini. Aku kah ikan yang terjun ke air itu atau aku kah burung yang terperangkap dalam sangkar emas? Tepuk dada tanya iman. Tuan suluh diri Tuan, saya suluh diri saya. Ya Allah, pilihlah aku jadi Kaki Masjid yang tegar, tidak mudah goyah.

@@@

Saturday, December 21, 2013

Pencetus Fenomena Baru - Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang !!

Saya sekeluarga begitu teruja selepas menonton filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang (UMTAD) arahan Pierre Andre. Ini usaha berani untuk meneroka genre komedi Islamik yang punyai mesej dakwah secara santai. Harapnya ia menjadi pencetus bagi para penggiat filem untuk lebih meneroka jauh medium ini sebagaimana yang telah lama berjalan di Indonesia.

Ada juga kita lihat komen berbentuk negatif iaitu satu usaha David Teoh sebagai penerbit Metrowealth untuk mengambil kesempatan daripada kepopularan Ustaz Azhar Idrus untuk mengaut keuntungan box-office. Mereka menuduh UAI terjerat dalam perangkap si kapitalis ini walaupun UAI hanya muncul sebagai cameo sahaja. 

Begitu juga ada yang komen pelbagai kelemahan Pierre Andre terutamanya kerana gagal memberi plot yang lebih kukuh dan bermakna kepada watak UAI itu sendiri sedangkan UAI merupakan daya penarik utama filem ini. Malah ada pula yang rasa tertipu kerana slot UAI hanya sedikit sangat.

Apa pun saya tabik spring kepada saudara Pierre Andre seorang pengarah muda yang sangat berbakat yang faham kehendak anak muda kerana berjaya menghasilkan UMTAD yang mencetus fenomena baru industri filem tempatan. Saya doakan beliau dapat memperbaiki sedikit sebanyak kekurangan yang ada untuk terus meningkatkan kualiti filem2nya pada masa depan.

Filem UMTAD ini sangat hidup dengan watak2 seperti Dadu (Shahrol Shiro), Muiz (Ajak Shiro), Hamzah (Along Eyzendy), dan Ali (Irwan Shahrir). Gaya lakonan mereka yang natural dan ikhlas telah memberi kepuasan kepada para penonton. Yang penting isi dan content yang terbit pada setiap dialog mereka berjaya menyampaikan mesej dakwah secara langsung atau pun tidak kepada para odion.

Ustaz Hasrizal ada memberi komen, "Dialognya tidak kaku, dekat dengan bahasa sebenar hidup di alam nyata, usik mengusik yang secukup rasa, tiada lawak bodoh, malah kelakarnya bijak hingga sebaik sahaja rasa mahu ketawa, penonton diheret ke emosi sayu yang bertentangan."

Saya ingin memberi perhatian kepada watak Ali seorang ahli jemaah tabligh yang berhemah dan sabar dalam usahanya. "Ini ahli Syurga. Allah telah temukan dengan tuan hari ini, bagi masa sedikit?" Soalan cepumas daripadanya, "Boleh tak tuan jamin, tuan dan saya dapat hidup dan jumpa lagi seperti hari ini?" tika Dadu cuba mengelak daripada meluangkan sedikit masa untuk mendengar mesej dakwah daripadanya. 

Antara lain katanya lagi, "Allah yang memberi kemuliaan untuk kita dalam agama-Nya. Jangan berterima kasih kepada saya, tetapi bersyukurlah kepada Allah." Dan dialog akhir Ali, "Kalau nak merempit, merempitlah ke Masjid." 

Saya beri gred 5 bintang kepada lakonannya. Khabarnya nama sebenar beliau ialah Irwan Shahrir Dato' Hj SM Sharifuddin. Beliau pernah menjadi DJ radio KLFM dan dikenali sebagai DJ Irwan Syah sebelum berhenti pada tahun 2007 dan membawa haluannya ke jalan yang lebih diredhai Allah.

"Kejayaan Pierre Andre mempamerkan imej positif kepada usaha jemaah Tabligh, yang sepanjang sejarahnya memang banyak menjadi asbab hidayah untuk anak muda seperti Dadu dan Muiz. Keikhlasan usaha jemaah itu melalui dialog anak orang kaya, Ali, ditonjolkan dengan baik, tanpa 'over do'. Demikian juga mehnah dihalau semasa mengetuk pintu rumah, elemen ukhuwwah, kerjasama, dan istiqamah mereka," komen Ustaz Hasrizal di dalam blognya.

Saya terhibur dan mendapat banyak pengajaran melalui filem UMTAD ini. Tahniah kepada Pierre Andre dan seluruh para pelakon dan petugas yang menjayakan filem ini. Semoga asbab filem ini berbondong-bondonglah anak2 muda yang akan mendapat hidayah daripada Allah untuk kembali solat, cintai majlis2 ilmu dan berhijrah menjadi manusia yang beriman dan bertakwa. 

Bak kata Hamzah, "Dadu, Muiz, bukan ana yang menyentuh hati kamu, tapi Allah yang membuka hati kamu dan memberi sedikit hidayah kepada kamu."

@@@

Friday, December 20, 2013

Share Ilmu

Bertemu lagi dengan hari Jumaat penghulu segala hari. Sayyidina Muaz ada menyebut mengajar benda yang baik itu adalah lebih baik daripada seisi dunia. Bagi orang yang dah tahu, kita ajar sebagai peringatan. Setiap kali orang beramal dengan ilmu yang bermanfaat itu maka akan dapat saham akhirat pada si pengajar ilmu. Pasanglah niat ilmu yang aku dapat hari ini aku nak ajar kepada orang lain.

Cara mudah buat pahala ialah dengan share ilmu. Sebarkan ilmu bermanfaat melalui blog, facebook, twitter, youtube, email, dan yang seumpamanya. Bagi kefahaman tentang agama. Untuk menyumbang pahala kepada orang tua kita yang sudah meninggal dunia, anak boleh sebarkan ilmu bermanfaat yang pernah di ajar mereka. Ajar satu ilmu dan bila ada orang beramal maka walaupun orang tua kita tadi yang sudah tiada tetapi pahala akan terus berjalan buatnya. Alhamdulillah.

Maka sangat afdal jika seorang bapa atau ibu mengajar sendiri anaknya solat. Bila anaknya menjadi bapa maka dia akan ajar anaknya pula, menjadikan amalan yang tidak akan putus dan pahala yang berterusan. Ajar ilmu yang ibubapa kita ajar kepada orang lain.

Seterusnya penyumbang pahala berterusan kepada si mati ialah sedekah jariah iaitu membuat waqaf kerana Allah. Waqaf dalam bentuk fisikal, menaja orang belajar ilmu agama, dan niatkan sedekah jariah kepada si mati. Dan yang ketiga ialah doa anak yang soleh kepada ibubapa.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, perbaharui iltizam untuk melazimkan diri membaca Al-Qur'an. Al-Qur'an ini sangat istimewa iaitu wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Jibril. Kalau wahyu Allah yang tidak melalui Jibril contohnya melalui mimpi atau ilham maka itu bukan Qur'an. Dengan perkataan lafaz dan maknanya dalam bahasa arab. Terjemahan Al-Qur'an dalam bahasa lain selain bahasa arab bukanlah di kira Al-Qur'an.

Jibril hanya menyampaikan sahaja. Menjadi ibadah membaca Al-Qur'an. Al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari iaitu 12 tahun 5 bulan 13 hari di Mekah dan 9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah.

Keseluruhan ayat Al-Qur'an berjumlah 6,236 ayat dalam 114 surah. 86 surah diturunkan di Mekah dan di kenali sebagai ayat Makiyyah iaitu sebanyak 4,475 ayat. Manakala selebihnya iaitu 28 surah diturunkan di Madinah dan dikenali sebagai ayat Madaniyyah berjumlah 1,761 ayat.

Antara fakta yang disebutkan dalam Al-Qur'an termasuklah:
  1. Bukit: Sofa, Marwa, Arofah, Sinai & Judiy
  2. Alat: Pen & Pisau
  3. Buah: Tin, Anggur, Kurma, & Delima
  4. Hari: Jumaat & Sabtu
  5. Logam: Emas, Gangsa, Besi & Tembaga
  6. Warna: Merah, Kuning, Putih, Hitam & Hijau
  7. Bulan: Ramadan & Muharram
  8. Nama Serangga & Binatang: 27 x
  9. Lafaz Allah: 2,697 x
  10. Muhammad: 4 x
  11. Al-Qur'an: 68 x
  12. Injil: 68 x
  13. Taurat: 18 x
  14. Yahudi: 8 x
  15. Nasaara: 14 x
  16. Musa: 136 x
  17. Adam & Isa: 25 x
  18. Daud & Ya'kub: 16 x
  19. Luth & Yusuf: 27 x
  20. Ishak & Sulaiman: 17 x
Empat sahabat yang ditugaskan oleh Saidina Uthman RA untuk menulis semula Al-Qur'an ialah Zaid B Tsabit, Abdullah B Zubair, Sa'id B Ash & Abudurrahman B Harith. Ulama pertama yang meletakkan tanda titik dan baris untuk membunyikan setiap ayat Al-Qur'an ialah Abu Al-Aswad Ad-Duwali di zaman pemerintahan Muawiyah B Abi Sufyan.

Nabi mengambil masa hampir 13 tahun di Mekah untuk menanam aqidah ke dalam jiwa umat. Maka afdal lah kita sebagai ibubapa menanamkan aqidah kepada anak2 kita selama 13 tahun juga iaitu bermula tika umur mummayizz anak iaitu sekitar umur 5 tahun hinggalah umur anak mencapai 18 tahun. Membina aqidah ini ialah misi nombor satu yang mesti diutamakan. Pendidikan agama yang ditekankan. 

Kalau aqidah tidak kuat maka seseorang itu akan mudah goyang. Hari ini terdapat 17 juta umat Islam di Malaysia iaitu sekitar 60% daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta itu. Macamana aqidah kita? 

Ustaz Ahmad Awang meletakkan daripada 10 juta umat Islam di Malaysia yang sudah akil baligh, paling tinggi pun anggaran hanya 25% yang solat fardhu cukup 5 x sehari semalam. Kerana apa? Kerana lemah aqidah. Pasal aqidah tidak di tanam, tidak begitu diajarkan. 

Sistem pendidikan arus perdana yang ada tidak menjurus ke arah itu, contohnya di sekolah rendah subjek pendidikan Islam hanya kurang daripada 15% jumlah masa kurikulum sukatan pelajaran. Itu pun tidak fokus kepada pengukuhan aqidah semata.

Aqidah yang dapat meyakinkan syahadah yang merupakan rukun Islam yang pertama. Ibarat membina sebuah masjid. Foundationnya itu sangat utama. Cerucuk yang dipasakkan ke bumi dan jeriji besi yang di konkritkan menjadi base yang kukuh dan padu. Kemudian barulah di sokong oleh tiang2 seri iaitu solat. Kita mesti pastikan keyakinan kebenaran yang mutlak hanya pada Allah. Allah sumber segala kebenaran. 

Kebenaran ini hanya di terima oleh sekitar 1,000 orang sahaja sepanjang 13 tahun dakwah Rasulullah di Mekah dan sekitar 2,000 orang tika Rasulullah berhijrah ke Madinah. Namun proses dakwah Rasulullah selepas hijrah dan kejayaan pembentukan kerajaan Islam Madinah telah mengubah segalanya dalam masa sekitar 10 tahun. Kuasa2 besar tika itu termasuk Quraish Mekah, Rom dan Parsi gagal menyekat kebangkitan Islam.

Justru bergerak ke hadapan dalam visi akhirat langkah terbaik ialah dengan melazimkan diri kita untuk membaca Al-Qur'an setiap hari. Jika kita target membaca satu mukasurat setiap hari maka in shaa Allah kita boleh khatam 604 surat Al-Qur'an itu dalam masa 604 hari iaitu sekitar 20 bulan. Jika kita dapat target satu juz setiap hari maka in shaa Allah dalam masa 30 hari kita dapat khatam 30 juzuk Al-Qur'an. Hendak seribu daya. Teguhkan azam, kuatkan semangat dan mohon kekuatan daripada Allah untuk melawan segala halangan yang ada.

Sempena hari  Jumaat yang mulia ini, kembalikan kegemilangan Islam iaitu dengan melazimkan diri dengan Al-Qur'an. Hari2 baca Al-Qur'an. Fahami, amalkan dan sebarkan mesej dakwah ke serata pelusuk dunia.

@@@

Monday, December 16, 2013

Tipudaya Dunia

Dunia ialah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Bila tiada taqwa manusia akan berani buat jahat. Abdullah Bin Ubai duduk di saf depan di zaman Nabi tapi dia terkenal dalam sejarah sebagai seorang munafik. Walaupun dia berada dalam masjid tapi hidayah Allah tidak sampai. Cuba perhati di kalangan kita yang berada di Masjid saban malam, ramai juga yang nampak blur dan gagal mendapat manfaat. Apatah lagi kelompok munafik yang sekadar bermuka-muka demi kepentingan diri tapi tiada nilai ibadahnya di sisi Allah.

Islam itu memerintah bukan di perintah. Nabi membina Masjid sebagai pusat dakwah. Islam bukan untuk diperintah. Pabila seseorang meletakkan Islam memerintah maka dia menjadi orang yang berguna. Sebaliknya pabila dia meletakkan Islam diperintah maka dia menjdai manusia yang tiada guna.

Tidak akan hilang melayu di dunia selagi mana dia berpegang kepada Islam. Mulia melayu kerana Islam. Di akhir zaman akan banyak orang jahat dan akan sedikit orang baik. Taqwa itu ialah mengikut perintah Allah iaitu buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. Orang yang tidak mendirikan solat maka kafir lah dia. 

Melazimi taqwa amat penting iaitu biasakan diri membuat baik dan membiasakan diri meninggalkan perkara buruk. Letak Islam sebagai memerintah. Hidup terpandu dengan Islam. Berpegang kita kepada al-Qur'an yang berteknologi tinggi itu. Dan berpegang kepada sunnah Nabi sebagai penerangannya. Hidup terpandu untuk menuju redha Allah. Mantapkan iman kita dengan Allah.

Tiada nikmat yang lebih mahal daripada nikmat iman dan Islam. Kemuliaan dan istimewa di sisi Allah. Bersungguhlah cintai, kasih dan taat pada Allah dan Rasul. Kenapa takut nak laksanakan Islam? Sepatutnya takut nak buat dosa. Sebaik-baik bekal ialah bekal taqwa. Ramai lagi manusia di luar sana tidak dipilih ke Rumah Allah, kenapa?

Ibarat pilih pemain untuk pasukan bola. Nak pakai 22 pemain. Yang datang selection 1,500 orang. Ada yang terror gelecek tapi tendang bola slow je. Coach reject. Ada yang tendang kuat tapi tak gheti gelecek. Ada yang kuat lari tapi tak pandai bawa bola sekali. Ada yang suka main semua position dan ada yang tak pandai nak positioning. Setelah ditapis akhirnya 1,478 orang kena reject, balik awal. Tak layak berada dalam barisan pemain. Yang terpilih cuma 22 orang sahaja. 

Untuk muliakan agama Allah, Allah tapis. Ramai2 yang kat luar tu tidak layak untuk muliakan agama Allah. Yang terpilih berada di rumah Allah saban malam itu ialah hamba Allah yang terpilih mengangkat agama Allah. Orang lain tidak terpilih. Tidak payah isi borang kerana Allah akan pilih untuk Dia memberi hidayah. Jangan ada nawaitu selain daripada Allah.

Syaitan tidak pernah putus asa untuk menipu daya manusia. Syaitan paling kecewa bila orang jahat bertaubat. Syaitan sudah bersumpah akan menyerang manusia melainkan orang yang benar2 ikhlas sahaja. Terapi untuk melawan nafsu amarah yang berkonspirasi dengan syaitan ialah peranginya dengan mentaati Allah dan menjalankan senaman jiwa.

Senaman jiwa ini ialah pertamanya kurangkan tidur. Istiqamah solat subuh di awal waktu dan solat berjemaah di surau atau masjid berdekatan. Juga kena sering bangun solat malam. Kedua, kurangkan bercakap. Banyak cakap akan banyak salahnya. Kurang cakap tapi basahkan bibir dengan zikrullah. Rajin hadir ke majlis2 ilmu iaitu majlis2 zikir. 

Ketiga, kurangkan makan. Memadai makan itu jangan sampai kekenyangan. Kurangkan makan juga dengan perbanyakkan puasa2 sunat terutamanya puasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa itu cukup hebat dalam melatih jiwa seseorang menjadi sabar. Orang yang berpuasa juga tiada hijab antara dia dengan Allah untuk dimakbulkan doanya. 

Akhir sekali yang keempat ialah tanggung segala penganyaian orang iaitu tidak payah hendak berdendam atau membalas dendam. Sebaliknya sentiasa sabar dan membalasnya dengan kasih sayang. Moga2 Allah beri hidayah kepadanya. Cukuplah Allah sebagai pelindung. Semoga Allah lebih memantapkan akidah kita. Allah tidak memberatkan hambanya melainkan sekadar yang dia mampu menanggungnya.

Tadi saya sms kepada tiga orang Ustaz, "Salam Ustaz. Nelson Mandela tokoh dunia yang ulung dan disanjung kawan dan lawan telah selamat di kuburkan pada hari ini setelah mati minggu lalu. Mengikut sunatullah adakah dia akan masuk Syurga atau Neraka?" Tidak lama kemudian saya mendapat maklumbalas daripada seorang daripada Ustaz2 berkenaan, "Jika Nelson Mandela itu kafir maka tempatnya Neraka." Dua lagi Ustaz memilih untuk senyap dan diam.

@@@

Friday, December 13, 2013

Golden Age

Alhamdulillah dapat bertemu hari Jumaat penghulu segala hari. Johor pun dah tukar balik cuti hujung minggu ke hari Jumaat. Harapnya Selangor, Perak, Pahang dan Perlis akan menyusuli. Hidayah milik Allah. Sama-samalah kita berdoa. 

Ustaz Irwan Shah pada kuliah maghrib malam tadi ada menyatakan tiga musibah yang sering manusia lupa. Pertama, usia yang semakin hari semakin berkurang. Kenapa tidak bersedih? Tidak sebagaimana harta atau wang kita berkurang, sedih dan runsing kita. Sedangkan harta itu boleh dicari ganti. Tapi usia yang berlalu tidak mungkin berganti kerana ia sudah berlaku. Itulah musibah pertama yang manusia selalu lupa.

Keduanya ialah perihal rezki yang Allah kurniakan. Rezki yang halal akan dibalas dengan barokah dan balasan yang baik. Sedangkan rezki daripada sumber yang haram akan mendapat balasan buruk iaitu bakaran api neraka Allah. Acap kali manusia lupa akan musibah ini. Hindarkan diri dan ahli keluarga kita daripada terjebak dalam gejala rezki yang haram. Ya Allah jauhi aku dan keluarga ku daripada azab api neraka Mu dan redhakan aku dan ahli keluargaku untuk mendapat nikmat Syurga Mu.

Ketiga, tidaklah berlalu satu hari melainkan semakin mendekatkan kepada kematian dan mereka tidak tahu pengakhirannya samada mendapat nikmat Syurga atau dibakar api Neraka. Ini musibah besar yang sering kita lupa. Kita biasa biarkan hari itu berlalu sekadar begitu saja tanpa banyak pengisian bermakna sedangkan setiap hari yang berlalu itu mendekatkan kita pada detik kematian yang ada di hadapan sana.

Apa hikmah Allah rahsiakan tarikh ajal maut kita? Seandainya kita dapat tahu detik kematian kita pada sekian haribulan maka tentulah kita akan bersedih berterusan dan hilang sudah rasa happy. Andai tahu dia masih panjang umur, maka enjoy dia hingga lupa segala. Situasi ini juga memberi kesempatan kepada kita untuk berdoa kepada Allah untuk berterusan taat kepada Allah. Jadikan umurmu itu lebih mahal dari dinar dan emas kerana umur itu amat singkat.

Hijrah yang utama ialah hindari maksiat. Syaitan sentiasa menggoda untuk menjauhkan manusia daripada mentaati Allah. Siapa Syaitan? Golongan jin dan manusia yang menentang perintah Allah. Maknanya syaitan juga terdiri daripada manusia. Jin dan manusia yang kafir dan membuat maksiat di panggil Syaitan. Mereka jauh dari rahmat Allah. 

Siapa Iblis? Makhluk daripada kalangan jin yang derhaka kepada Allah dengan tidak mahu tunduk hurmat kepada Nabi Adam. Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga ke akhir umur dunia.

Dalam kesibukan kita menyerang kelompok syiah atas alasan ajaran sesat, maka jangan lupa satu lagi kelompok iaitu kelompok berfahaman sekular yang lagi bahaya. Bahaya kerana dia mengasingkan agama dengan kehidupan. Mereka bina masjid besar2 dan membiarkan masjid kosong tanpa ada pengisian. 

Kalau golongan Syiah terkenal dengan sifat berpura-pura mereka maka golongan sekular ini pun sama seolah-olahnya Allah hanya ada di Masjid. Keluar saja Masjid segala perintah dan hukum hakam Allah tidak dipatuhi lagi. Sifat sekular yang berpura-pura ini sangat bahaya. Tidakkah pelik bila harimau katakan serigala itu bahaya?

@@@

Wednesday, December 11, 2013

Air Minum

Apakah mukjizat? Mukjizat ialah sesuatu yang mencabar akal dan di luar pemikiran akal. Ia menongkah segala logik. Otak tak dapat nak kaji. Mukjizat itu bersifat arus perdana yang sesuai dengan keadaan semasa. Allah buang semua sebab. 

Tujuan mukjizat ialah untuk mencabar nafsu dan akal manusia yang bongkak dan sombong. Percaya kepada mukjizat adalah berkait dengan persoalan akidah iaitu ikatan kukuh simpulan tali agama Allah pada kehidupan. Putus tali agama maka berguguran segala nilai kehidupan lantas bergegas menuju kemusnahan.

Al-Qur'an adalah mukjizat yang hidup dan kekal wujud. Di dalam Al-Qur'an terkandung pelbagai mukjizat perubatan, mukjizat sejarah, mukjizat hukum-hakam, mukjizat sains, mukjizat ibadah, mukjizat ilmu dan seumpamanya. Allah mencabar minda supaya renung dan fikir akan kebesaran dan kekuasaan Allah. 

Cuba kita lihat mukjizat perihal air minuman yang Allah ceritakan dalam Surah Waqiah ayat 67-69:

[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

Dalam subjek geografi dulu kita diajar putaran kejadian hujan yang bermula daripada wap2 air laut berkumpul menjadi awan yang kemudiannya turun sebagai air hujan. Air inilah yang menjadi air minuman untuk manusia. Bersyukurlah Allah tidak turunkan air hujan itu masin macam air laut. Manusia tidak mampu membuat air minuman ini. Apa yang manusia buat ialah sekadar air kopi, air teh, dan seumpamanya. Tapi air minuman iaitu air puteh ini tidak mampu manusia buat. Itulah hakikatnya. Air hujan yang meresap ke bumi itulah di keluarkan untuk menjadi air minuman. 

Dua negara yang memang tidak cukup tadahan air hujan iaitu Oman dan Singapura pernah cuba memproses air laut dengan teknik sulingan demi untuk mencipta air minuman tapi mereka gagal. Apa yang terhasil tidak sesuai untuk dijadikan air minuman kerana pelbagai kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Air terhasil itu sekadar boleh digunakan untuk membasuh dan tujuan2 lain. 

Orang yang karam di laut, walaupun di kelilingi air laut tapi tidak dapat meminumnya. Jika banyak minum air laut akan termuntah balik. Air yang kamu minum? Kekal milik Allah. Al-Qur'an sebagai mukjizat sudah menceritakan ini lebih 1400 tahun dahulu. Kenapa kamu tidak patuh pada Al-Qur'an. Kenapa kamu tidak bersyukur?

Kita tahu perihal mukjizat para Nabi kerana diceritakan dalam Al-Qur'an. Cuba kita lihat salah satu mukjizat Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim telah memusnahkan seluruh berhala dan meletakkan kapak di berhala yag paling besar. Secara logiknya Nabi Ibrahim sepatutnya melarikan diri selepas kejadian itu untuk menyelamatkan diri. Tapi tidak malah bila di tanya baginda bertegas mengatakan tanyalah kepada berhala yang besar itu kerana kapak ada di tangannya. Baginda di tangkap. 

Orang kafir telah mengumpulkan segala berhala (tuhan2) mereka mengelilingi unggun api kerana tahyul kepercayaan mereka ialah tuhan2 mereka ini sudah tentu akan memastikan Nabi Ibrahim tidak terlepas daripada menerima balasan kerana menkhianati tuhan2 mereka. Segala kayu api terkumpul di bakar marak selama 40 hari. 

Pada logiknya Allah bisa menyelamatkan Nabi Ibrahim kekasih-Nya dengan menurunkan hujan bagi memadamkan api yang marak menyala itu. Tapi tidak. Itulah mukjizat, Allah buang semua sebab yang boleh dijadikan alasan untuk sesuatu itu daripada tidak berlaku. Allah telah memerintahkan api untuk menjadi sejuk dan tidak membakar hanya untuk Nabi Ibrahim. Itulah mukjizat.

Segala isi Al-Qur'an adalah wahyu Allah yang wajib kita patuh dan ikut. Kita lihat Surah Al-Fiil dan mukjizat Al-Qur'an ini:

[1] Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

[2] Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

[3] Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -

[4] Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -

[5] Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Tika Nabi SAW membacakan ayat ini, terpinga-pingalah Abu Jahal, Abu Lahab dan mereka yang seangkatan dengannya. Bagaimana Muhammad boleh tahu kisah serangan tentera bergajah ini secara begitu terperinci sedangkan tika peristiwa ini berlaku Nabi masih dalam kandungan ibunya? Tentu dia baca buku. Tapi Nabi tidak tahu membaca. Tentu ibu atau ayahnya atau datuknya bercerita kisah ini kepadanya. Tapi mereka sudah lama mati. Begitulah Allah buang semua sebab untuk lenyapkan segala ragu. 

Jadilah kita umat yang faham dan mengamalkan Al-Qur'an. Kukuhkan akidah. Hadiri majlis2 ilmu. Setelah Allah kurniakan kita Islam secara percuma, apakah kita nak jadi kafir? Apakah aku tidak mahu berpegang kepada tali Allah dan menyimpulkan kemas tali agama ini bagi memandu segala perlakuan dalam kehidupan bersyariat menuju redha Allah dan mencapai bahagia yang kekal di Syurga Firdaus?

@@@

Tuesday, December 10, 2013

Senandung Wau

Saya menaiki KTM Senandung Wau dari KL ke Kelantan pada 5/12/13 dan dari Kelantan ke KL pada 8/12/13. Jumlah penumpang agak penuh mungkin kerana musim cuti sekolah. Namun yang saya terkilan ialah tidak disediakan koc dengan kemudahan surau pada kedua-dua perjalanan Senandung Wau yang saya naiki ini. Apakah itu kebetulan atau kebiasaan? Saya kurang pasti. Namun pada pemerhatian saya kalau bukan keseluruhan pun mungkin 80% daripada ribuan penumpang telah tidak menunaikan ibadah solat. Sedih bukan?

Syafiq seorang pelajar peringkat sijil kolej perubatan hospital Sg Buloh yang duduk disebelah saya terpaksa solat sambil duduk di tempat duduk. Saya pula solat jamak maghrib dan isyak di bilik untuk guard dengan tidak ada ruang untuk sujud. Saya solat subuh di tempak duduk. Pada perjalanan pulang ke KL, saya solat di ruang dekat pintu di belakang kepala keretapi dengan menghampar kain pelikat untuk tempat sujud.

Justru saya mohon sangatlah pihak KTM peka dan menjadikan polisi untuk menarik koc yang ada kemudahan surau pada setiap perjalanan jarak jauh ini. Usahlah fikir soal keuntungan bisnes semata atau ambil sikap tidak peduli. Apalah nilai harta yang banyak jika destiansi akhir ialah neraka Allah.

Namun apa yang saya ingin ajak kita renungkan ialah sikap manusia yang mengaku Islam tapi gagal menunaikan perkara yang paling asas iaitu mendirikan solat lima waktu. Saya tidak mahu percaya bila ada beberapa Ustaz menyebut hasil kajian di sekolah2 menengah seluruh negara yang mendapati 80% pelajar tidak solat subuh. Jika inilah kualiti yang kita ada sebagai seorang muslim maka nampaknya tidak ada makna sibuk menyerang golongan syiah atau pelbagai ajaran sesat yang lain kerana umat Islam di Malaysia sendiri nampaknya lagi sesat walaupun bangga mengaku ahli sunnah wal jamaah. 

Islam itu bukan hanya pada nama. Ahli sunnah wal jamaah itu apa? Orang yang mengikut Al-Qur'an dan As-Sunnah. Jadi kalau mengabaikan solat, apakah itu mengikut Al-Qur'an dan As-Sunnah? Di akhirat besok fail pertama yang akan disemak ialah fail solat. Jika fail solat itu gagal maka tidak ada nilainya fail2 lain yang banyak itu. Manusia sebenarnya menzalimi dirinya sendiri untuk dibakar oleh api neraka Allah dengan setiap perlakuan dosa mereka.

Saya sudah lama tidak menaiki kapalterbang. Namun saya juga berharap agar syarikat2 penerbangan seperti MAS dan AirAsia supaya dapat menyediakan kemudahan surau atau musolla bagi kemudahan para penumpang muslim untuk menunaikan solat dalam penerbangan antarabangsa. Juga rasanya tidak terlambat terutamanya bagi MAS untuk tidak lagi menyediakan arak dalam penerbangan mereka. Sepatutnya tonjolkan identiti Islam dalam syarikat penerbangan nasional ini yang mewakili Malaysia yang kita war2kan sebuah negara Islam itu.

Luas perjalanan banyak pengalaman. Saya berjumpa dengan beberapa warga emas yang tekun ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Tapi yang peliknya solat2 lain tak pula ke masjid termasuklah maghrib dan isyak. Mungkin tanggapan mereka solat subuh berjemaah yang nilainya seperti solat sepanjang malam itu telah dapat cover segala kekurangan yang lain. Salah satu sebab lagi ialah tidak mahu menghadiri kuliah maghrib antara maghrib dan isyak itu. "Banyak sangat hal politik," katanya. Dia sekadar mahu solat.

Tidak dinafikan banyak Ustaz banyak ragam penyampaiannya dan berbeza tahap ilmunya. Janganlah kerana tidak minat kepada penyampaian atau karektor seorang dua Ustaz maka terus di boikot Ustaz2 dan majlis2 yang lain. Diri sendiri yang rugi. Kekal jahil dan tidak alim2 hingga kini. Atau beramal ibadah tanpa ilmu di dada atau gagal memahami walaupun perkara asas, beramal dengan sekadar ikut-ikutan.

Alangkah ruginya. Sebab itulah manusia tidak dapat keluar dari kepompong kejahilan. Sangat anti kepada majlis2 ilmu. Pengalaman saya menghadiri kuliah2 maghrib saban malam, hampir keseluruhan penyampaian para Ustaz adalah perihal ilmu agama dalam disiplin masing2. Ada majlis ilmu tauhid, feqah, sirah, hadith, tafsir dan tajuk2 am. Juga pengajian kitab2 muktabar. 

Janganlah mencari sebab untuk menolak majlis2 ilmu dengan bersandarkan sekali sekala sindiran atau teguran pedas yang mengena batang hidung. Bukankah peringatan dan teguran itu sangat utama demi untuk membetulkan atau menyedarkan para jemaah kearah menegakkan syariat Islam yang sebenar dalam kehidupan masyarakat.

@@@

Tuesday, December 03, 2013

Buku Belajar Seni Politik Nabi Yusuf

Buku setebal 345 mukasurat ini telah selamat saya khatamkan semalam. Buku ini karya Amru Khalid terbitan Syabab Book Link cetakan 2012. Penulis telah memaparkan kisah Nabi Yusuf AS dengan sederhana sebagai teladan dan iktibar. 

Pelbagai hikmah dan pengajaran berdasarkan Surah Yusuf dihuraikan bagi manfaat umat. Juga untuk menggerakkan minda dan hati kita agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Penulis juga mengharapkan para pembaca dapat mencontohi akhlak dan teladan Nabi Yusuf yang cekal menghadapi pelbagai ujian. Juga supaya dihilangkan segala kegelisahan dan kesedihan di hati kita. 

Antara dugaan yang dihadapi oleh Nabi Yusuf ialah menjadi sasaran kedengkian adik-beradiknya, terpisah dari  keluarga, dicampakkan ke dalam perigi, menjadi hamba sahaya, digoda dan dirayu wanita, dituduh memperkosa, dipenjarakan, memperoleh kekayaan dan kenikmatan yang banyak, memaafkan saudara-saudaranya, dan menghadapi ujian yang berterusan.

Di mukasurat 201 diceritakan Nabi Yusuf dan kaedah berdakwahnya. Antara ciri utama  dalam berdakwah ialah akhlak yang terpuji, penampilan yang menarik, memanfaatkan potensi dan bakat, yakin kepada diri sendiri, menyayangi manusia lain dengan sepenuh hati iaitu berdakwah dengan kasih sayang sepenuh hati demi untuk mengajak manusia taat kepada Allah dan mencapai redha Allah. 

Kesediaan menyelesaikan masalah orang lain, sikap tidak memaksa, mudah didekati dan kemampuan menarik perhatian (emosi) orang, sering memperingatkan mengenai nikmat Allah, serta kepakaran dan pengetahuan untuk bercakap mengenai sesuatu dengan adab yang baik.

Di mukasurat 277, dinyatakan dua kriteria utama yang perlu dimiliki oleh seorang petugas atau pemimpin yang dimanahkan terhadap sesuatu tanggungjawab iaitu sifat amanah dan mempunyai pengetahuan yang tinggi. 

Sekiranya ia silap memilih pemimpin yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tadi maka tugas yang hendak dipertanggungjawabkan itu akan menemui kegagalan dan tidak menepati sasaran yang diinginkan. 

Raja Mesir talah melantik Nabi Yusuf menjadi Menteri Kewangan untuk menjaga perbendaharaan dan hasil bumi Mesir.

"Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa." (Yusuf:56-57)

@@@

Wednesday, November 27, 2013

Siapa Dapat Masuk Syurga?

Siapakah yang akan dapat masuk ke Syurga Allah? Manusia dapat masuk Syurga jika dipilih Allah. Hanya Allah yang berhak memasukkan manusia ke dalam Syurga atau Neraka. Namun sebagai asas perkiraan atau ground rule maka ciri-ciri sunatullah haruslah terlebih dahulu dipenuhi. 

Jadi saya ingin mengajak untuk membuat satu analisa secara sedikit ilmiah bagi memberi gambaran kasar. Supaya kita tidak mengambil mudah persoalan Syurga Neraka ini. Jangan anggap kerana aku ini Muslim maka tempat aku di Syurga. Mari kita tapis dan geledah.


Di nyatakan kini kedapatan kurang lebih 7.1 Bilion umat manusia di muka dunia ini. 23% daripada jumlah ini adalah Muslim iaitu sekitar 1.62 Bilion.


Menjelang tahun 2030 populasi dunia akan berkembang ke jumlah mencapai angka 8 Bilion umat manusia yang mana 26% adalah kelompok Muslim iaitu kurang lebih 2.2 Bilion adalah Muslim.



******



The world population is 32% Christian, 23% Muslim, 15% Hindu, 7% Buddhist, and 0.2% Jewish, according to a new demographic study from the Pew Research Center’s Forum on Religion & Public Life.
The Pew Forum found that 157 countries have a majority Christian population, while 49 have a majority Muslim population. The five nations with the largest Christian population are the United States, Brazil, Mexico, Russia, and the Philippines.
The average Muslim (23) is younger than the average Christian (30): worldwide, the median age is 28.
******
By 2030 the global population is set to reach over 8 billion and 26.4% of that population will be Muslim.
A report by the Pew Forum on Religion & Public Life titled “The Future of the Global Muslim Population” projects that the number of Muslims in the world is set to double from 1.1 billion in 1990 to 2.2 billion in 2030.
While these are impressive numbers, it actually indicates that the worldwide growth of Islam is “growing but slowing” as it will drop from a growth rate of 1.7% between 2010 and 2020 to 1.4% between 2020 and 2030.
Pew project that Pakistan is set to overtake Indonesia as the country with the world’s largest number of Muslim’s as it’s Muslim majority population pushes to over 256 million. The number in the U.S. will double to over 6.2 million while Afghanistan’s Muslim population is set to rise by almost 74% as the number rises from 29 million to 50 million, making it the country with the ninth largest Muslim population in the world.
*****
Apakah semua muslim dapat masuk Syurga? Soalan yang relevan untuk dicerna. Perlu di ingat majoriti Muslim ini hanya Muslim pada nama. Berapa ramai yang engkar perintah Allah iaitu tidak mengikut suruhan Allah atau tidak meninggalkan larangan Allah. Setuju? Berapa ramai yang tidak solat? Berapa ramai yang rusak akidah? Berapa ramai yang mengikut ajaran sesat?

Berapa ramai pula yang beribadah namun tidak mendapat nilaian di sisi Allah? Betapa ramai pula yang amal buruknya lebih berat timbangannya daripada amal baiknya? Berapa ramai pula yang akan gugur tika melintas titian sirat nanti?


Jadi berdasarkan statistik populasi terkini, jika 1.62 Bilion daripada 7.1 Bilion manusia di dunia hari ini mangaku diri sebagai orang Islam maka berapa ramai sebenarnya yang dapat masuk Syurga Allah berdasarkan faktor asas iaitu memenuhi segala kriteria sunatullah sebagai pre-requisite untuk melayakkan diri bagi memohon dan diberi pertimbangan sewajarnya mendaftar keahlian untuk masuk ke Syurga Allah?


Di kalangan Muslim itu terpecah kepada banyak kumpulan dan yang selamat ialah kalangan ahli sunnah wal jamaah iaitu orang Islam yang berpegang dan beramal dengan al-Qur'an dan as-Sunnah. Berapa ramai daripada kalangan 1.62 Bilion ini ahli sunnah wal-jamaah? Katalah 50%. Maknanya 810 juta orang sahaja. Berapa ramai daripada kelompok ahli sunnah wal-jamaah ini yang amal soleh lebih banyak berbanding dengan amal dosanya? Katalah 50% maka yang tinggal hanya 405 juta orang sahaja. 


Malah setelah pelbagai checkpoint dan tapisan di buat, jumlah akhir yang lepas dan layak dipertimbangkan untuk dapat masuk Syurga mungkin angka yang jauh lebih kecil lagi. Ada statistik menyatakan 80% umat Islam tidak solat. Apa harapan yang ada? Itulah hakikatnya. Kelompok manusia yang dapat masuk Syurga hanya sedikit. Yang banyak ialah manusia yang dihumban ke api Neraka.


Banyak yang sangat perlu kita fikir dan risau. Apakah bekalan pahala aku cukup untuk hidup selesa di akhirat besok iaitu dapat masuk ke Syurga Allah? Masa makin suntuk. Perjalanan masih jauh. Bekalan kena banyak. Tiada masa untuk di sia-siakan lagi. Tiada ruang untuk bergelak ketawa lagi. Jadikan setiap detik itu pahala bukan dosa.


Ya Allah kekalkan aku di jalan yang lurus menuju redha Mu dan berikan aku pengakhiran yang baik. Ampunkan segala dosaku yang banyak ini. Terimalah segala amalku yang sedikit ini. Hindari aku dari azab Neraka Mu. Jadikan aku tergolong dalam kelompok yang sedikit. Redha kan aku untuk layak masuk ke Syurga Mu. Amiin.


@@@

Sunday, November 24, 2013

Buku Bersyukur Saat Di Uji

Alhamdulillah pagi ini saya telah Berjaya menghabiskan bacaan sebuah buku bertajuk Bersyukur Saat Di Uji karya Muhd Kamil Ibrahim (Prof Kamil) keluaran Galeri Ilmu Sdn Bhd cetakan ketiga 2012.

Dalam dunia penulisan, saya juga mempunyai pelbagai dugaan dan cabaran. Semua ini adalah ujian Allah bagi menzahirkan hikmah yang pastinya ada. Saya memulakan minat penulisan saya dengan mencatat kisah2 yang rapat dengan saya dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Ia sekadar rekod sejarah. Mungkin mengingatkan saya bila membacanya semula satu hari nanti.

Begitu juga sudah manjadi habit saya untut mencatit poin-poin utama yang disampaikan oleh para penceramah di majlis2 ilmu yang saya hadir saban malam di masjid berdekatan. Saya turut berkongsi semula catatan saya itu supaya ilmu yang diperoleh tadi berkembang. 

Saya juga memaparkan pendapat atau cerita2 santai melalui posting dalam blog peribadi saya iaitu School Of Tots yang kini usianya melebihi 8 tahun. Alhamdulillah setakat hari ini saya sudah berjaya menerbitkan 564 posting yang ditatapi oleh 99,847 pengunjung dari seluruh dunia.

Koleksi penulisan saya di tambah baik dan mendapat lonjakan lagi bila buku pertama saya berjaya di terbitkan iaitu buku Ramadan Terakhir keluaran Galeri Ilmu pada tahun 2011. Sambutannya boleh tahan dan saya cukup berpuas hati memandangkan ini adalah cubaan pertama saya sebagai penulis baru. Walaupun ianya tidak mencapai status ‘bestseller’ seperti buku2 tulisan Ustaz Hazrizal atau pun Prof Kamil tetapi sekurang-kurangnya saya sudah berjaya merobohkan benteng yang menyekat kelahiran buku sulong seorang penulis muka baru dalam pesada pasaran buku tanahair.

Kemudian saya teruskan minat penulisan saya dan berhajat untuk menerbitkan buku kedua. Harapnya buku yang lebih bermutu yang dapat memberi manfaat kepada umat, buku yang juga dapat memperbaiki segala kelemahan yang kedapatan pada buku pertama saya dahulu. Cita-cita saya ingin menghasilkan satu buku untuk setiap tahun. Rasanya hajat yang agak realistik kepada seorang penulis ‘part-time’ seperti saya ini.

Beberapa manuskrip buku telah saya utarakan kepada pihak penerbit. Pelbagai tindakan susulan dan nasihat profesyenal telah saya perolehi melalui komunikasi dua hala antara saya dengan wakil pihak penerbit buku. Namun buku kedua masih tertangguh dan belum menyusul. Maka sudah dua tahun tanpa buku baru semenjak lahirnya buku pertama saya itu.

“Berkenaan manuskrip tempoh hari, saya dimaklumkan oleh Puan Zulina tuan telah menggantikan dengan manuskrip lain. Bagaimanapun, penerbit tidak dapat menerimanya kerana ia bukan manuskrip yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa Penerbitan (JKP) dahulu.

Seperti manuskrip terdahulu, manuskrip baru ini juga kelihatannya memerlukan rombakan besar-besaran jika mahu dibawa kepada JKP. Jika sudah dibuat pembetulan sekalipun, belum tentu diluluskan JKP kerana penerbit kini meletakkan satu standard yang perlu dipatuhi.

Saya fikir ia sukar diterima oleh oleh mana-mana penerbit kerana penulisannya tidak berfokus kepada suatu topik yang khusus.

Penulisan memerlukan banyak rombakan dan pembetulan. Namun, hal ini boleh diatasi dengan meminta sesiapa melakukannya terlebih dahulu sebelum penulis menghantarnya kepada penerbit. Menyerahkan hasil penulisan dengan harapan editor melakukan segalanya menyebabkan penerbit berfikir banyak kali untuk menerima sesuatu manuskrip itu kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Kebanyakan manuskrip yang kami terima, penulisannya boleh dikatakan sudah hampir bersih dan hanya memerlukan penyuntingan yang minimum.

Sebenarnya, tuan mempunyai isi untuk disampaikan. Namun disebabkan faktor-faktor di atas, penerbit agak keberatan untuk menerbitkannya.

Tuan boleh menarik balik semua manuskrip tuan dan boleh cuba hantar ke penerbit-penerbit lain.”

Saya menerima penjelasan daripada Editor Perolehan di Galeri Ilmu ini sebagai penyuntik semangat untuk mempebaiki mutu karya saya. Teguran ikhlas ini adalah ibarat ubat yang walaupun pahit rasanya tapi mujarab khasiatnya dengan izin Allah.

In sya Allah ini antara ujian yang Allah berikan supaya saya akan lebih matang dan berjaya dalam perjalanan sebagai penulis. Mungkin kesucian niat saya menghasilkan buku ini masih dicemari oleh anasir2 yang kurang sihat umpamanya lebih menumpu kepada mahu meraih sumbar kewangan dalam kadar cepat. Saya wajar perbetulkan niat untuk menghasilkan sebuah karya bermutu yang dapat terkelompok dalam kategori ilmu bermanfaat yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Berbalik kepada buku Bersyukur Saat Di Uji. Buku Prof Kamil kali ini meneruskan trademark travelog amal kisah dan pengalaman yang beliau lalui dan dipaparkan dalam kontek luas bahawa hidup di dunia ini ialah medan ujian Allah kepada hamba-Nya. Maka kita diingatkan untuk bersyukur pada setiap ujian ini. Setiap ujian itu sudah tentu ada hikmah di sebaliknya untuk kita sama2 sedari, insafi dan manfaatkan. Buku yang berjaya memberi saya tarbiyah mantap dan dos berkhasiat untuk kesihatan rohani dan motivasi diri.

Kelebihan Prof Kamil ialah sanggup bercerita soal2 peribadi untuk tatapan umum demi untuk meraih pengajaran dan pelajaran berguna. Mungkin ada yang merasakan Prof Kamil suka masuk bakul angkat sendiri atau tidak gemar tabiat beliau berkongsi cerita-cerita peribadi. Namun Allah yang lebih layak menilai isi hatinya. Yang afdal kita sebagai pembaca kena bersangka baik dan cuba menggali mutiara hikmah yang terkandung di dalamnya. Bagi saya itu lebih utama untuk difokuskan. Penceritaan dari hati lebih terkesan sebenarnya.

Apakah ujian terbesar anda pernah anda hadapi? 

Saya petik coretan pada mukasurat 66, seorang kontraktor yg faham agama menjawab, "Ujian terbesar pernah saya hadapi ialah memenangi kontrak perniagaan bernilai berjuta ringgit. Saya memberi rasuah, saya terlupa membayar zakat, masa solat saya terbatas, saya sukar berjemaah dan..." 

Allahu Akbar, itu satu ujian Allah yang besar. Dan ujian ini lebih parah kerana ramai yang tidak menyedarinya. Jika ujian itu hanya tika berduka, maka sebahagian besar kehidupan manusia dipenuhi dengan rasa gembira. Tanpa sedar banyak ujian Allah kepada kita sebenarnya berlaku tika dalam suasana gembira atau leka mendapat sesuatu nikmat kesenangan.

Sebagai satu contoh, Prof Kamil menceritakan betapa bilangan orang yang mendirikan solat berjemaah terus berkurangan dengan ketara selepas berlakunya bencana banjir di Segamat. Sepatutnya makin ramai orang yang terus taat dan bergantung harap pada Allah memohon bantuan dan keringanan atas bencana yang menimpa diri.

Selitan terjemahan ayat2 al-Qur’an dan hadis2 Nabi yang berkaitan dengan topik perbincangan menjadikannya bahan bacaan yang lebih bermanfaat. Gaya penulisan beliau yang santai tapi berjaya menarik minat pembaca untuk terus menyambung ke patah ayat seterusnya hingga habis adalah ciri terpilih untuk sebuah buku yang baik. Saya memulakan bacaan sekitar pukul 2:15 petang semalam dan berjaya menghabiskan buku setebal 188 mukasurat pada pagi ini sekitar pukul 10:30 pagi.

Pesanan Prof Kamil pada mukasurat 107 misalnya sangat relevan untuk kita amalkan iaitu bangun malam, solat, bertahajjud, dan bermunajatlah dengan-Nya. Jadilah manusia yang lebih mencintai, bersyukur dan tidak riyak, takbur dan bermegah-megah.

Cukuplah menjadi manusia bodoh dan dungu selama ini. Marilah kita menjadi manusia terpilih, agar kita hidup di dunia berpaksikan kepada menyembah dan beramal ibadat semata-mata kepada Allah. Supaya terpilih sebagai golongan beriman dan bukan golongan pendusta.

Bencana banjir yang melanda Segamat pada tahun 2011 yang melibatkan Prof Kamil sekeluarga dengan kerugian hartabenda mencapai angka RM100,000 dijadikan pencetus cerita perihal ujian demi ujian yang dilalui. Kemudian disudahkan dengan hikmah pada setiap ujian itu betapa melihat tabiat lama yang sukakan stok pakaian yang banyak atau kasut2 berjenama yang mahal2 bertukar untuk kembali mengenal diri dan meninggalkan ciri2 pembaziran dan menukarnya untuk lebih banyak bersedekah atau beramal jariah. Sesungguhnya itulah harta yang kekal abadi. 

Allah pemberi rezki dan percaturan Allah itu sangat hebat pabila dikisahkan tawaran untuk beliau bekerja dan menetap di Madinah menyusul dan memudahkan pula keputusan beliau sekeluarga untuk mewaqafkan rumah di Segamat itu kepada Perkim untuk tujuan kebajikan. Yang penting bersyukur saat di uji.

Buku Bersyukur Saat Di Uji adalah satu wacana ilmu yang bermanfaat untuk tatapan kita semua. Saya berdoa kepada Allah agar diberi hidayah kepada saya sebagai penulis baru supaya dapat melahirkan buku sebegini suatu hari nanti untuk tujuan memberi manfaat selayak tinggalan pusaka yang ada nilaian di sisi Allah.

@@@

Thursday, November 21, 2013

Pengurusan Akhirat

" Ustaz, saya sebagai warga emas nak bertanya. Apakah amalan yang terbaik untuk kami ini, maklumlah hidup pun dah tak lama lagi?" Tanya seorang pemanggil secara live pada sebuah program radio IKIM. 

Saya memasang telinga apakah jawaban yang akan di sampaikan oleh Ustaz untuk meraikan soalan yang begitu relevan itu. Ustaz tadi pun menjawab. Katanya ada tujuh perkara yang kita kena ambil tindakan:

  1. Kasi beres soal Rukun Iman. Kena pekemas kalau belum kemas.
  2. Kasi beres soal Rukun Islam. Ambil peduli dan tindakan sewajarnya berdasarkan ilmu.
  3. Kena selalu taubat. Setiap perlakuan dosa mesti disegerakan dengan taubat mohon keampunan dengan penuh rasa penyesalan dan keazaman sebenar untuk tidak mengulangi perlakuan dosa itu.
  4. Tinggalkan benda haram. Yang haram itu jelas. Tinggalkan. Yang samar dan syubahah pun tinggalkan.
  5. Solat yang khusyuk. Ushakan setiap solat kita masuk dalam kategori solat yang khusyuk ikhlas dan taat kepada Allah SWT.
  6. Menulis hutang. Tulis dan rekodkan segala hutang piutang yang ada dan beritahu kepada pewaris terutamanya isteri atau suami.
  7. Buat amal soleh yang kekal manfaatnya. maka sudah tentulah keutamaan kita ialah untuk berusha meninggalkan anak soleh yang akan mendoakan untuk kita yang berada di alam barzakh nanti. Keduanya banyakkan amal jariah yang merupakan bekalan untuk akhirat nanti. Seterusnya fokus untuk meninggalkan ilmu2 yang dapat memberi manfaat kepada umat ini, contohnya resepi ikan percik juga dapat memberi manfaat kepada ramai orang bila diguna pakai.

I think we all should learn Akhirat Management. It should be part of the curriculum. Kita kena mantop dalam skil pengurusan akhirat ni. Maklumlah setiap hari kita bangkit daripada tidur, mendekatkan satu hari lagi kepada akhirat dan memendekkan satu hari lagi hidup di dunia. Itu hakikat. Objektif seorang hamba ialah Akhirat bukannya dunia.

Ibarat pemanduan di lebuhraya PLUS daripada plaza tol Jln Duta menuju utara. Kita bergerak ke depan bukan undur ke belakang. Setiap detik akan mendekatkan kita kepada destinasi akhir. Perjalanan kita jauh. Di depan sana ada detik kematian. Perasan tak kat tepi lebuhraya ada di tanda km berapa. Jadi ibaratnya detik kematian itu bisa berlaku anytime. Kita tidak tahu tika nya, contohnya mungkin di km 105, km 185, km 378 dan seumpamanya? Yang pasti mati itu pasti pada satu detik di depan sana. Tidak boleh exit lagi.

Manusia sentiasa hijrah. Hijrah dari alam Ruh ke alam Rahim ke alam dunia, alam kubur, hijrah ke padang mahsyar, timbangan, titian sirat, dan akhirnya landing di Syurga atau Neraka. Apa persiapan? Kena buat amal soleh selagi denyutan jantung berjalan. 

Otak manusia punyai berbilion sel. Einstein yang diakui sebagai manusia genius itu pun hanya menggunakan 20 juta sel dalam otaknya. Maknanya potensi otak manusia itu sangat besar lagi. Siapa orang yang paling cerdik? Orang yang banyak ingat mati. Jadi orang alim bila ingat mati kerana cari ilmu cari bekal untuk akhirat.

Pengurusan akhirat yang cekap memerlukan kita untuk menntut ilmu, baca dan faham Qur'an, banyakkan zikir, menjaga silaturahim dan fikir permasalahan masyarakat. Kita kena ubah dan hijrah. Hijrah mata daripada melihat benda maksiat dan dosa kepada melihat tok2 guru, helaian kitab dan al-Qur'an, dan rumah Allah. Hijrah telinga daripada mendengar 33 stesen radio yang sepanjang masa menyiarkan irama dan lagu kepada mendengar kuliah2 agama bagi memenuhi iman di dada. Hijrah mulut yang rajin bercakap di ofis dan kedai2 kopi kepada ringan berzikir. 

Kalau kita sanggup berdiri bersesak-sesak berjam-jam kerana membeli tiket bola final Piala Malaysia, maka apa kata hijrah untuk sanggup berdiri mendirikan solat subuh secara berjemaah di rumah Allah. Kalau si suami sanggup membeli baju berharga RM300 kepada isteri tercinta, apa kata hijrah untuk beli tudung berharga RM30 untuk isteri dapat menutup auratnya demi iman. 

Kalau selalu naik moto besar konvoi ke sana ke mari hingga sampai ke Tg Tok Kong, maka apa kata hijrah naik moto besar itu ke masjid dan surau di kawasan perumahan kita untuk solat berjemaah pada setiap kali azan dilaungkan.

Kalau setiap pagi aku tidak miss baca newspaper cover to cover, maka apa kata aku hijrah untuk baca kalam Allah walau sekadar dua ayat setiap pagi. Aku selalu rasa RM50 itu cukup besar bila berada di masjid, tapi sangat kecil nilainya bila berada di supermarket. Apa kata aku hijrah untuk suka bersedekah dan beinfaq di jalan Allah kerana itulah harta yang bakal aku bawa ke akhirat nanti.

Renungkanlah hebat sangatkah kita ini? Hijrah diri kita sebelum bertemu dengan Allah. Mantopkan pengurusan akhirat kita supaya tidak kelam kabut bila berada di akhirat nanti. Bukankah kita akan kekal hidup di akhirat selama-lamanya? Jangan sekadar percaya. Tapi yakinlah. Setiap pagi bangkit daripada tidur mendekatkan aku satu hari lagi kepada Akhirat. Aku cerdik? Aku ingat mati.

@@@

Monday, November 18, 2013

Kat Mana Duduk Dapat Pahala?

Kat mana duduk dapat pahala? Masjid. Mengaji dapat pahala lain. Solat dapat pahala lain. Ikuti majlis ilmu dapat pahala lain. Cuma pahala ni tak nampak. Tu yang ramai manusia tak perasan. Pahala di tangguh dapat kat akhirat besok. Itu janji Allah. Asbab pahala ni tak nampak maka ramailah manusia tak berapa gemar pi masjid. Depa lebih gemar pi supermarkat atau pasar malam atau dok rumah tengok TV.

Mai kita perbetul pegangan. Segala sesuatu kena rujuk pada Allah. Ini asas tauhid asas aqidah kita. Kesihatan, rujuk pada Allah. Nak cari penawar kesusahan? Kena kenal dulu sapa yang uji kamu? Tuhan yang uji kamu. Tuhan yang kasih kamu, yang uji kamu.

Tok Wan melangkah masuk pintu rumah, tup...kena buah guli atas dahi. Benjol. "Sapa baling ni?" sergah Tok Wan. "Cucu tok la sapa lagi," sampuk Nenek Wan. Tok Wan marah tak? Tak marah. Sebab apa? Sebab dia kenal cucu dia. Tok Wan sayang kat cucu dia buah hati intan payung.

Bila Allah sayang kita, Allah akan uji. Bermacam ujian. Orang paling berat kena ujian ialah para Rasul dan Nabi. Mereka paling taat pada Allah dan paling Allah sayang, maka Allah telah berikan ujian tahap maut pada mereka. Nampak tak? Makin disayang makin dikasih, maka makin berat diujinya. Bila datang kesusahan, rujuk pada Allah. Bila datang kesenangan dan kemudahan, Alhamdulillah. Puji pada Allah. Bila naik sampan, tiba2 datang ribut, maka cepat2lah cari pulau, cari perlindungan. Ujian kita kecil saja jika mahu dibandingkan dengan orang lain. 

Apa-apa pun ingat azali. Allah sudah tentukan pada azali. Kita tiada upaya. Nikmat dan bala daripada Allah. Menentu pada azali. Hj Husen pesara tentera ada seorang anak bernama Mohd Iqbal belajar di pusat tahfiz. Mohd Iqbal jadi volunteer pada satu muktamar para ulama Kedah. Mohd Iqbal ditugaskan menghantar seorang Ustaz dengan motornya untuk pulang ke tempat penginapan di Pusat Tahfiz. Mohd Iqbal telah terlelap semasa memandu motornya itu dan terlanggar tiang lampu. Dia mati ditempat kejadian manakala Ustaz yang membonceng tadi cedera. 

Masa itu masih belum ada handphone, jadi Ustaz di pusat Tahfiz iaitu Ustaz Ayob bersama beberapa orang lagi berkunjung ke rumah ayah Mohd Iqbal iaitu Hj Husen untuk menyampaikan khabaran ini secara langsung. Sampai ke rumah Hj Husen sekitar pukul dua pagi. Masa itu Hj Husen dok ngaji Qur'an. Jarang nak jumpa orang ngaji Qur'an pukul dua pagi. 

"Assalamualaikum," Ustaz Ayob memberi salam. Hj Husen pun menutup Qur'an yang dibacanya dan membuka pintu sambil menjawab salam. "Hj maaf menganggu malam2 ni. Anak Hj iaitu Mohd Iqbal kemalangan motor dan meninggal dunia dalam pukul 12 malam sekejap tadi." Hj Husen bertanya, "Dia pi mana malam2 tu?" Ustaz menjawab,"Dia bertugas menghantar Ustaz balik ke tempat penginapan." Hj Husen terus menzahirkan kesyukurannya, "Alhamdulillah." 

Bolehkah kita menjadi setenang Hj Husen? Terkadang apa yang kamu benci itu baik untuk kamu dan yang kamu suka itu buruk untuk kamu. Ada sebab atau tidak ada sebab sesuatu yang berlaku itu, kita kena redha. Hj Husen redha ketentuan ajal maut anaknya itu. Besoknya Hj Husen bertugas di muktamar ulama Kedah itu seperti biasa, seolah tiada apa yang berlaku. Inilah seorang yang faham perihal apa-apapun, ingat azali. Kita tiada apa upaya pun.

Pabila kita berjuang, walau kita menang atau walau kita kalah, maka kena redha. Tika kita berniaga, ada kala dapat untung dan ada kala rugi. Tapi kita steady. Terima segalanya ini daripada Allah. Tak goyang sedikit pun. 

Ibarat angin kencang bertanding dengan angin lembut untuk menjatuhkan seekor kodok di atas pokok. Angin kencang yakin dia boleh jatuhkan kodok itu. Dia tiup angin kencang hingga bergoncang pokok itu. Tapi si kodok pegang kuat2 dahan pokok dan dia tidak jatuh. Tiba giliran angin lembut. Tiupan angin lembut yang sepoi2 bahasa itu telah memberi rasa dingin dan nyaman hinggakan kodok terlena. Apa lagi jatuhlah dia ke tanah kerana terlepas dakapannya di dahan pokok tadi.

Begitulah juga ibarat orang main bola. Kadang tu top striker tendang bola sikit punya kuat tapi penjaga gol tepis bola steady je, gagal gol. Tapi ada kala striker kuis slow je bola tapi berjaya menghasilkan jaringan. nampak tak? 

Orang berpangkat besar duduk bangunan tinggi2, bila depa tengok orang kat bawah nampak kecik semacam je, boleh dipijak2. Tapi dia lupa orang kat bawah tu pun bila pandang hala ke tingkat 88 tu, nampak mamat tadi kecik jugak, boleh di tenyeh2 anytime.

Yang besar adalah Allah. Maka janganlah putus asa. Jangan kecewa. Segala upaya manusia tidak akan bisa meroboh kota takdir Allah. Kalau kita bergantung kepada usaha kuat kita maka jika kita gagal memperolah apa yang dihajati, kita rasa kecewa. Bila kita dapat pula, kita akan rasa bangga diri. Rujuk pada Allah. Bila gagal kita tidak kecewa. Bila berjaya kita tidak sombong.

Satu hari Islam akan menang. Itu janji Allah. Pemuda al-Kahfi ditidurkan selama 300 tahun untuk dibangkitkan bagi menyaksikan kemenangan. Pemuda Kahfi bersembunyii di dalam gua itu tika semua manusia di luar sana tidak beriman. Selepas 300 tahun baru tampak hasil perjuangan mereka iaitu semua manusia di luar telah beriman. Maka jangan putus asa dalam perjuangan. Sesuatu perjuangan untuk menegakkan Islam memerlukan umur Nabi Nuh dan sabar Nabi Ayub. Satu hari Islam akan menang. Yakin sungguh2 macam tu.

Syed Qutb pernah berkata bahawa kezaliman ambil masa lama tapi tidak kekal, tapi kebenaran akan menang walaupun lemah dengan izin Allah. Kena pandang pada azali. Rujuk pada Allah. Kalau menang memanjang dalam perjuangan, akan mengundang leka. Jalan lurus kalau di selang seli sekali sekala dengan selekoh akan menyegarkan pemanduan. 

Masa makin suntuk. Umur semakin pendek. Kematian semakin hampir. Bekalan kena banyak. Kerana perjalanan sangat jauh. Rujuklah kepada Allah. Hidup dunia ini sekadar hiburan. Miliki pandangan jauh hingga Akhirat. Itu destinasi kita dalam perjalanan ini. Rajin2lah berkunjung ke Rumah Allah mengikuti majlis2 ilmu. Semoga kita mendapat ilmu dan petunjuk ke jalan yang lurus menuju destinasi hakiki itu.

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...