Ada juga kita lihat komen berbentuk negatif iaitu satu usaha David Teoh sebagai penerbit Metrowealth untuk mengambil kesempatan daripada kepopularan Ustaz Azhar Idrus untuk mengaut keuntungan box-office. Mereka menuduh UAI terjerat dalam perangkap si kapitalis ini walaupun UAI hanya muncul sebagai cameo sahaja.
Begitu juga ada yang komen pelbagai kelemahan Pierre Andre terutamanya kerana gagal memberi plot yang lebih kukuh dan bermakna kepada watak UAI itu sendiri sedangkan UAI merupakan daya penarik utama filem ini. Malah ada pula yang rasa tertipu kerana slot UAI hanya sedikit sangat.
Apa pun saya tabik spring kepada saudara Pierre Andre seorang pengarah muda yang sangat berbakat yang faham kehendak anak muda kerana berjaya menghasilkan UMTAD yang mencetus fenomena baru industri filem tempatan. Saya doakan beliau dapat memperbaiki sedikit sebanyak kekurangan yang ada untuk terus meningkatkan kualiti filem2nya pada masa depan.
Filem UMTAD ini sangat hidup dengan watak2 seperti Dadu (Shahrol Shiro), Muiz (Ajak Shiro), Hamzah (Along Eyzendy), dan Ali (Irwan Shahrir). Gaya lakonan mereka yang natural dan ikhlas telah memberi kepuasan kepada para penonton. Yang penting isi dan content yang terbit pada setiap dialog mereka berjaya menyampaikan mesej dakwah secara langsung atau pun tidak kepada para odion.
Ustaz Hasrizal ada memberi komen, "Dialognya tidak kaku, dekat dengan bahasa sebenar hidup di alam nyata, usik mengusik yang secukup rasa, tiada lawak bodoh, malah kelakarnya bijak hingga sebaik sahaja rasa mahu ketawa, penonton diheret ke emosi sayu yang bertentangan."
Saya ingin memberi perhatian kepada watak Ali seorang ahli jemaah tabligh yang berhemah dan sabar dalam usahanya. "Ini ahli Syurga. Allah telah temukan dengan tuan hari ini, bagi masa sedikit?" Soalan cepumas daripadanya, "Boleh tak tuan jamin, tuan dan saya dapat hidup dan jumpa lagi seperti hari ini?" tika Dadu cuba mengelak daripada meluangkan sedikit masa untuk mendengar mesej dakwah daripadanya.
Antara lain katanya lagi, "Allah yang memberi kemuliaan untuk kita dalam agama-Nya. Jangan berterima kasih kepada saya, tetapi bersyukurlah kepada Allah." Dan dialog akhir Ali, "Kalau nak merempit, merempitlah ke Masjid."
Saya beri gred 5 bintang kepada lakonannya. Khabarnya nama sebenar beliau ialah Irwan Shahrir Dato' Hj SM Sharifuddin. Beliau pernah menjadi DJ radio KLFM dan dikenali sebagai DJ Irwan Syah sebelum berhenti pada tahun 2007 dan membawa haluannya ke jalan yang lebih diredhai Allah.
"Kejayaan Pierre Andre mempamerkan imej positif kepada usaha jemaah Tabligh, yang sepanjang sejarahnya memang banyak menjadi asbab hidayah untuk anak muda seperti Dadu dan Muiz. Keikhlasan usaha jemaah itu melalui dialog anak orang kaya, Ali, ditonjolkan dengan baik, tanpa 'over do'. Demikian juga mehnah dihalau semasa mengetuk pintu rumah, elemen ukhuwwah, kerjasama, dan istiqamah mereka," komen Ustaz Hasrizal di dalam blognya.
Saya terhibur dan mendapat banyak pengajaran melalui filem UMTAD ini. Tahniah kepada Pierre Andre dan seluruh para pelakon dan petugas yang menjayakan filem ini. Semoga asbab filem ini berbondong-bondonglah anak2 muda yang akan mendapat hidayah daripada Allah untuk kembali solat, cintai majlis2 ilmu dan berhijrah menjadi manusia yang beriman dan bertakwa.
Bak kata Hamzah, "Dadu, Muiz, bukan ana yang menyentuh hati kamu, tapi Allah yang membuka hati kamu dan memberi sedikit hidayah kepada kamu."
Bak kata Hamzah, "Dadu, Muiz, bukan ana yang menyentuh hati kamu, tapi Allah yang membuka hati kamu dan memberi sedikit hidayah kepada kamu."
@@@
8 comments:
terbaek cte ni..byk mesej yg d smpikan..suke dgn lakonan dj irwan,mmg berkesan dlm menyampaikan dakwah
TQ pacak. Ya benar, watak Ali memang cool. DJ Irwan memang nampak sesuai dan selesa tanpa di buat2. Mungkin sebab dia sudah lama aktif dlm jemaah tabligh? Apapun UMTAD memang ada klas tersendiri. Saya sendiri dah nonton 3x.
cerita ni mmg x muak d tonton..salah 1 sbb lg mgkin dj irwan dh biasa berceloteh semasa jd dj radio dlu..mnt btol la cite ni,hrp2 dj irwan akan berlakon lg d msa akan dtg dlm islamic movie,thumb ub!
TQ pacak. Bak kata Dadu, "Kita kena tengok isi atau content."
Terima kasih kerana membawa cerita ini untuk tatapan mereka yang menziarahi blog saya
https://www.facebook.com/photo.php?v=680442481976085
TQ Al-Manar. Semoga ada manfaatnya.
TQ Hamba Allah. Semoga terus taat pada Allah.
Post a Comment