Ustaz Irwan Shah pada kuliah maghrib malam tadi ada menyatakan tiga musibah yang sering manusia lupa. Pertama, usia yang semakin hari semakin berkurang. Kenapa tidak bersedih? Tidak sebagaimana harta atau wang kita berkurang, sedih dan runsing kita. Sedangkan harta itu boleh dicari ganti. Tapi usia yang berlalu tidak mungkin berganti kerana ia sudah berlaku. Itulah musibah pertama yang manusia selalu lupa.
Keduanya ialah perihal rezki yang Allah kurniakan. Rezki yang halal akan dibalas dengan barokah dan balasan yang baik. Sedangkan rezki daripada sumber yang haram akan mendapat balasan buruk iaitu bakaran api neraka Allah. Acap kali manusia lupa akan musibah ini. Hindarkan diri dan ahli keluarga kita daripada terjebak dalam gejala rezki yang haram. Ya Allah jauhi aku dan keluarga ku daripada azab api neraka Mu dan redhakan aku dan ahli keluargaku untuk mendapat nikmat Syurga Mu.
Ketiga, tidaklah berlalu satu hari melainkan semakin mendekatkan kepada kematian dan mereka tidak tahu pengakhirannya samada mendapat nikmat Syurga atau dibakar api Neraka. Ini musibah besar yang sering kita lupa. Kita biasa biarkan hari itu berlalu sekadar begitu saja tanpa banyak pengisian bermakna sedangkan setiap hari yang berlalu itu mendekatkan kita pada detik kematian yang ada di hadapan sana.
Apa hikmah Allah rahsiakan tarikh ajal maut kita? Seandainya kita dapat tahu detik kematian kita pada sekian haribulan maka tentulah kita akan bersedih berterusan dan hilang sudah rasa happy. Andai tahu dia masih panjang umur, maka enjoy dia hingga lupa segala. Situasi ini juga memberi kesempatan kepada kita untuk berdoa kepada Allah untuk berterusan taat kepada Allah. Jadikan umurmu itu lebih mahal dari dinar dan emas kerana umur itu amat singkat.
Hijrah yang utama ialah hindari maksiat. Syaitan sentiasa menggoda untuk menjauhkan manusia daripada mentaati Allah. Siapa Syaitan? Golongan jin dan manusia yang menentang perintah Allah. Maknanya syaitan juga terdiri daripada manusia. Jin dan manusia yang kafir dan membuat maksiat di panggil Syaitan. Mereka jauh dari rahmat Allah.
Siapa Iblis? Makhluk daripada kalangan jin yang derhaka kepada Allah dengan tidak mahu tunduk hurmat kepada Nabi Adam. Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga ke akhir umur dunia.
Dalam kesibukan kita menyerang kelompok syiah atas alasan ajaran sesat, maka jangan lupa satu lagi kelompok iaitu kelompok berfahaman sekular yang lagi bahaya. Bahaya kerana dia mengasingkan agama dengan kehidupan. Mereka bina masjid besar2 dan membiarkan masjid kosong tanpa ada pengisian.
Kalau golongan Syiah terkenal dengan sifat berpura-pura mereka maka golongan sekular ini pun sama seolah-olahnya Allah hanya ada di Masjid. Keluar saja Masjid segala perintah dan hukum hakam Allah tidak dipatuhi lagi. Sifat sekular yang berpura-pura ini sangat bahaya. Tidakkah pelik bila harimau katakan serigala itu bahaya?
@@@
No comments:
Post a Comment