Fenomena Ustaz Azhar Idrus |
Saya ingin syorkan Tuan2 membaca posting khas Ustaz Azhar Idrus oleh Mohd Sayuti Omar (MSO). Satu lagi posting beliau di sini perihal membawa anak muda menemui Tuhan selembut bayu.
Mengikut MSO, "Ustaz Azhar Idrus menjinak dan memesrakan anak-anak muda dengan Tuhan dan Nabi menurut kaedah dan kepakaran yang ada kepadanya".
Alhamdulillah, dua buah posting yg mantop perihal UAI yang saya anggap "Fenomena UAI", berjaya menarik puluhan ribu orang ke Masjid terutama di area KL & Selangor. Anak muda dahagakan pengisian seumpama ini untuk sekelian lama. Dan UIA telah berjaya meroboh tembok pemisah antara majlis ilmu dgn orang ramai terutamanya kelompok anak muda.
Sokonglah UAI dalam usaha dakwahnya, janganlah ada dengki dan irihati. Cara santai tapi ilmu sampai, bukan cara hebat tapi syok sendiri sebab hanya mampu menarik 70 org ke kuliah maghrib, itupun muka regular dan sebahagiannya terlena dalam majlis.
Bak kata UAI, "Yang penting menang besar iaitu apabila kita dapat patuh kepada Allah dan Rasulullah".
Saya petik kata2 MSO pada posting beliau, "Jadi biarlah dan berikan kebebasan kepada Ustaz Azhar untuk menangani dan melayani anak-anak muda semahunya. Biarlah ia basah muka anak-anak muda dengan wuduk dan mengajak mendekati Allah secara popular. Jangan diusik dan jangan didengki kepadanya. Juga jangan ada sesiapa yang cuba hendak menumpang pengaruhnya. Apa yang perlu semua pihak sokong dia."
@@@
No comments:
Post a Comment