- Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.
- Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.
- Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.
Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:
- Wasatiyyah Dalam Akidah: Ust Dr Zulkiifli Mohamad al-Bakri dan Ust Mohd Aizam Mas'od
- Wasatiyyah Dalam Dakwah: Ust Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Ust Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang dan Xifu Abdul Naser Abdul Rahman
- Wasatiyyah Dalam Turath/ Kefahaman Khazanah Ilmu Islam: Ust Ahmad Fauwaz Fadzil dan Ust Abdul Basit Abd Rahman
- Wasatiyyah Dalam Muamalat Harta: Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Ust Muhd Ramadhan Fitri Elias
- Pidato Ilmuan Antarabangsa: Sheikh Mufti Menk
- Wasatiyyah Dalam Penyucian Jiwa/ Tazkiyatun Nafs: Ust Mohammad Nidzam Abd Kadir
- Wasatiyyah Dalam Ibadah: Ust Ahmad Husni Abd Rahman dan Dr Roslan Mohamed
- Wasatiyyah Dalam Kefahaman Teks Al-Qur'an Dan Hadis: Ust Abdullah Bukhari Abd Rahim, Ust Dr Zahzan Mohamad dan Ust Mohd Sukki Othman
- Wasatiyyah Dalam Siasah/ Politik: Ust Dr Maszlee Malik dan Ust Mohd Khairuddin Aman Razali
- Wasatiyyah Dalam Gaya Hidup: Imam Muda Asyraf dan Ust Mohd Izhar Arif Mohd Kashim.
Alhamdulillah barisan 21 Asatizah (Ustaz dan Ilmuan) yang hebat belaka. Bagi saya konvensyen ini adalah wacana yang berjaya memberi pengisian yang mantap pada para peserta semua yang berjumlah 3000 lebih itu.. Wasatiyyah ilmu yang harus di sebarluas kepada umat seluruhnya.
Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman selaku Penasihat Konvensyen Fiqh ummah 2012 pada kata2 aluan di booklet aturcara program menjelaskan, "Fokus kami lebih kepada membincangkan kaedah untuk memperkenalkan satu kefahaman ilmu2 Islam berteraskan disiplin yang sederhana pada penghayatan namun jitu pada prinsipnya."
Saya petik ungkapan di mukasurat 3 pada kertaskerja Wasatiyyah dalam akidah, Maksud wasatiyyah secara istilah ialah:
Iaitu 'udulun khiyaran, bererti adil dan terpilih atau terbaik.
*****
Saya petik dari blog Ust Zaharuddin perihal pendekatan yang diambil adalah seperti berikut:
@@@
Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman selaku Penasihat Konvensyen Fiqh ummah 2012 pada kata2 aluan di booklet aturcara program menjelaskan, "Fokus kami lebih kepada membincangkan kaedah untuk memperkenalkan satu kefahaman ilmu2 Islam berteraskan disiplin yang sederhana pada penghayatan namun jitu pada prinsipnya."
Saya petik ungkapan di mukasurat 3 pada kertaskerja Wasatiyyah dalam akidah, Maksud wasatiyyah secara istilah ialah:
- Al-I'tidal - kesederhanaan
- Al-Khairiyyah - kebaikan
- Al-Inshaf - keadilan
- Ar-Rif'ah - ketinggian
dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu rigid (ifrath) dan tidak terlalu longgar (tafrith).
Apabila istilah wasatiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka ia membawa maksud: Umat Islam yang mencapai sifat2 mahmudah yang terbit daripada kedudukan syariaat Allah dalam kesederhanaan, kebaikan, keinsafan, dan ketinggian yang menjadikannya sebagai penghulu segala umat, ketua segala bangsa dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari Kiamat.
Justeru, wasatiyyah bukan bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan sederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu atau pekerjaan sehingga tidak menjadi seorang yang terkehadapan atau cemerlang dalam kehidupannya. Bahkan makna wasatiyyah adalah yang benar, yang terbaik, paling utama, paling sempurna dan paling adil sesuai dengan ungkapan sebaik-baik perkara ialah pertengahannya bererti yang paling adil.
Surah al-Baqarah ayat 143 maksudnya:
"Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat wasathan."
Iaitu 'udulun khiyaran, bererti adil dan terpilih atau terbaik.
*****
Saya petik dari blog Ust Zaharuddin perihal pendekatan yang diambil adalah seperti berikut:
Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat) DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada yang boleh dianggap halal di atas dunia ini DENGAN mereka yang melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.
- Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.
@@@
6 comments:
arrayah.info : Adakah Benar Akidah Perdana Menteri Dijaga ketika Jadi Pemimpin Islam?
Salam..Alhamdulillah, saya pun berkesempatan menyertai konvensyen tersebut. Banyak perkara baru yang dipelajari sepanjang program.
seronok nmpak bila bersama alim ulama,
adakah awak pelajar jurusan agama.
TQ Anak Pendang Sekeluarga. Sewajarnya saya pelajar jurusan Agama kerana tanpa agama manusia hilang arah tujuan hidup untuk mencari redha Allah. Semua kita selayaknya menjadi pelajar jurusan Agama, cinta ilmu dan beramal dengannya, insyaAllah.
TQ pencinta bahasa. Alhamdulillah K-Fiqh itu berjaya menarik dan mengumpul lebih 3000 orang menghayati wacana ilmu daripada lebih 20 Asatizah yg alim lagi faqeh. Semoga tempias ilmu yg diserap bisa menggarap hidup yg lebih taqwa.
TQ abu idris. Siapalah kita untuk mempersoal iman dan ketaqwaan manusia lain. Serahkan pada Allah, kerana Dia Pencipta manusia itu. Bersangka baiklah sesama manusia. Yang lebih utama ialah memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, dan umat mengikut keutamaannya.
Post a Comment