Mari kita suloh diri masing2, berapa kali hari ini kita berselawat kepada Rasulullah dengan kasih. Kita patut malu kerana perihal urusan dunia, urusan nafsu kita peruntukkan berjam-jam masa, tapi untuk mengingati Allah, mengingati Rasulullah tak sampai sejam pun.
Mana2 tempat, mana2 hati, mana2 individu yang berselawat khususan kepada Rasulullah SAW maka insyaAllah akan dihindar dari kemarau, penyakit, kebakaran, bala-bencana, kebencian, dan kecurian. Di permudahkan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir. Akhirnya dapat berada di tempat yang mulia di sisi Allah. Istiqamahlah berselawat 1000 x sehari semalam. Paling malas pun 100 x. Bertindak sekarang. Jangan tunggu lagi. Jangan tertipu lagi oleh helah dunia. Tunjukkan kasih kepada Nabi SAW.
Ustaz meneruskan pengajian kitab pada m/s 73 perihal zuhud iaitu tiada kasih dunia dalam hati. Bukan tak nak harta tapi tidak kasih harta dalam hati. Tidak kasih harta tetapi kasih kepada pemilik hakiki harta iaitu Allah SWT. Sedekah apa yang kita kasih. Ada harta tapi jangan kasih harta.
Zuhud kerana takut api neraka Allah. Zuhud kerana gemar pada nikmat Akhirat. Dan harap2 dapat nikmat Akhirat. Orang puji tak berubah. Orang hina tak berubah. Yang diharap puji Allah. Agama bukan semua orang suka. Ramai yang hanya buat suka2. Yang kita bimbang Allah tak suka. Yang kita risau jauh dari rahmat Tuhan.
Makam pertama berbuat ibadah nampak pahala. Makam kedua buat sesuatu harap kasih Allah, tinggal dosa harap kasih Allah. Makam ketiga ialah nampak Allah dalam setiap sesuatu. Pandang laut nampak Allah, pandang gunung nampak Allah. Ibadah orang yang mengharap lebih afdal berbanding dengan ibadah takut. Lebih sebati. Bila tak bangun solat malam rasa sangat dukacita, rasa kekosongan, rasa tak cukup. Abu Hurairah RA tak akan tidur sebelum tasbih 12,000 x. Kita tak solat dhuha hari ni ada rasa apa2 tak?
Bukan Tuhan jangan dituhankan. Ada pula guru mengajar tauhid tapi tidak mentauhidkan Allah. Bersihkan hati. Selain Allah, hina. Segala-galanya Allah. Baru timbul pengakuan di hati, aku ini lemah, aku ini lalai, aku ini bodoh, aku ini fasik, aku ini hamba, aku ini hina. Maka bergantung harap hanya pada Allah. Aku tidak ada apa2. Semuanya Allah. Selamat berusaha menuju zuhud, mengharap redha Allah, harap kasih Allah.
@@@
4 comments:
cinta Allah, kasih rasul
Alhamdulillah Cikli...semoga berjaya.
moga Maulidur rasul kali ini akan menjadikan kita lebih akrab dgn Rasulullah SAW
TQ shameel Iskandar. Kecintaan Rasulullah pada umatnya tiada tara, melebihi ahli keluarga sendiri. Kalau tak malu mengaku kita ini umat Rasulullah, maka zahirkanlah kecintaan pada Rasulullah. Takut2 kita ini terkeluar dari kelompok umat Rasulullah. Ambil peduli sunnah Rasulullah walau sekecil2nya seperti minum sambil duduk. Bertindak sekarang, sekurang2nya selawat 100x setiap hari. Biar tidak malu di hadapan Allah untuk mengaku aku ini umat Rasulullah, aku dambakan syafaat Rasulullah, aku kasih dan cinta kpd Rasulullah.
Post a Comment