Antara 30,000 Jamaah Di Masjid Negeri Shah Alam Pada Kuliah Ustaz Azhar Idrus |
Alhamdulillah kami lima beranak adalah antara 30,000 hadirin yg diumumkan oleh pengerusi majlis yang mengikuti majlis secara live oleh penceramah tersohor negara iaitu Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam. Pengerusi majlis juga mengumumkan bahawa seramai 34,000 orang lagi mengikuti siaran langsung majlis ini di internet.
Fenomena Ustaz Azhar Idrus nampaknya sudah gagal dibendung lagi. Ia sudah menjadi kegilaan baru anak2 muda di Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia sudah menjadi anti-virus maksiat popular dalam negara. Jarang ada tokoh yang boleh menarik puluhan ribu umat ke masjid, tapi UAI adalah tokoh pendakwah unik itu. Video2 ceramah beliau di YouTube antara capaian paling popular anak muda di dalam dan luar negara.
Ustaz mengingatkan supaya kita menjaga setiap masa apa yang Allah tengok. Allah menengok zahir dan batin kita. Maka jadilah orang yang mencapai kemenangan. Siapa yang akan menang? Iaitu orang yang taat pada Allah dan Rasulullah. Siapa yang taat Allah dan Rasulullah maka dia telah menang besar. Orang yang menang besar, insyaAllah akan mendapat balasan syurga Allah. Seterusnya Ustaz menjelaskan untuk mendapat syurga Allah, manusia mestilah beriman, berilmu, beramal dan ikhlas.
Selain dari orang yang beragama Islam, tidak akan dapat masuk syurga. Orang bukan Islam walau sekaya mana pun, walau sehebat mana pun, walau sebaik mana pun, akan kekal dalam neraka Allah. Kerana apa? Kerana tidak beriman dengan Allah. Pra-syarat utama kunci menuju syurga Allah ialah mestilah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Yakin pada agama lain selain daripada Islam, adalah keyakinan yang sia-sia.
Kepentingan menuntut ilmu, menghadiri majlis2 ilmu adalah wajib. Tanpa ilmu rosak segala amalan. Nak dunia kena ada ilmu. Nak akhirat kena ada ilmu. Ilmu agama yang kita dapat mestilah pula di amal. Ilmu yang tidak di amal, ialah ibarat puluhan kitab2 berkulit tebal yang di susun di atas rak-rak buku, hanya suci dalam debu.
Amalan pula jika tidak ikhlas kepada Allah maka juga menjadi sia-sia. Tiada nilai di sisi Allah. Maka kesimpulannya untuk mendapat syurga Allah, segala ibadah yang kita buat mestilah nawaitu kerana Allah. Semoga ia menjadi asbab untuk kita mendapat Rahmat Allah yang melayakkan kita untuk dimasukkan ke syurga-Nya.
Syaitan tugasnya ialah menggoda manusia untuk membuat dosa dan maksiat. Jangan marah kepada syaitan kerana dia hanya menjalankan tugasnya. Kita mampu meminta perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan ini. Godaan syaitan sangat kreatif dalam pelbagai arah dan gaya. Godaan kepada orang waraq ialah dengan gaya orang waraq, contohnya memuji-muji kehebatan amal ibadahnya hingga boleh menimbulkan riak dalam hati. Yang penting ingat Allah, niat segala ibadah dan perlakuan itu kerana Allah.
Dua rakaat solat yang diterima Allah bakal menjadi perisai melindungi dari bakaran api neraka Allah. Sebelum bertakbir mendirikan solat, niatkan aku dirikan solat ini kerana Allah. Solat itu umpama tarbiyah atau kursus diri supaya di luar solat nanti kita dapat menghayati segala ayat2 dan lafazan2 solat itu dan mengamalkannya dengan sepenuh jiwa dan raga. Solat akan menjadi kursus yang berjaya apabila kita menghidupkan bacaan kita tadi di luar solat. Allah Hu Akbar, Allah Maha Besar maknanya yang lain itu (di dunia ini) kecil belaka.
Mohon pertolongan dengan Allah. Boleh mohon dengan makhluk tapi yang memberinya ialah Allah. Minta kesembuhan dengan Allah. Minta ubat dengan doktor, tapi bukan kesembuhan. Kesembuhan itu milik Allah. Makhluk tidak boleh menjayakan kehendak kita melainkan Allah. InsyaAllah jika Allah berkehendakkan berlaku maka berlakulah ia.
Penyakit hati kena diubati dengan banyak bertaubat kepada Allah. Bertaubatlah agar hati bersih. Rasulullah dibelah dada dua kali oleh malaikat dan dibersihkan hatinya. Rasulullah adalah maksum bersih dari penyakit hati, bersih dari dosa. Kita pula kena belah sendiri dada dan bersihkan hati. Bagaimana? Dengan menyental dan membasuhnya dengan Qur'an dan Hadis.
Jangan putus asa memohon keampunan Allah walaupun sebesar mana atau sebanyak manapun dosa kita. Kerana manusia ini bukan maksum dan layak membuat dosa tidak seperti para malaikat. Ingatlah pintu keampunan Allah itu maha luas umpama langit dan bumi. Jika berbuat dosa bertaubat lagi. Dan bertaubat lagi. Keampunan Allah maha luas.
Snapshot Dari Kamera UAI (courtesy blog Kerabu Bersuara) |
Fenomena Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Negeri Shah Alam 29 Jan 2012 |
8 comments:
SOT...ado jugok semale...kalu tahu buleh minum2 lepas kuliah...insyaallah next time..lepas nih 2 bule sekali UAI maghi Shah Alae...ambo naik muto semale...naik muto pong nok cilok payoh punyo laa ramai oghe hok suko majlis ilmu...subhanallah
TQ Achu Tra, lamo tok dgr khabar. MasyaAllah, Shah Alam menjadi saksi kecintaan umat pada ilmu agama, kehausan ruhani masyarakat pada ilmu bermanfaat. Tahniah Achu Tra kerana menajadi sebahagian dari perancangan Allah ini. Semoga kita menjadi kumpulan yang menang besar, iaitu kelompok manusia yg kekal taat pada Allah dan Rasulullah. Amiiin.
Assalamualaikum...last week saya follow blog kat fiz...subhanallah...byk info2 dan ilmu yg saya dpat..then saya follow blog schooloftots ni...masyallah..tabarokallah...minta keizinan utk saya share info2 kat blog ni dalam blog saya yer...semoga ilmu yang bermanfaat ni dapat meluas lg..Kuliah maghrib UAI saya tgk secara live streeming je,tak dapat nak ke masjid shah alam,kat youtube pun hampir setiap hari saya menonton ceramah UAI...semoga hati saya tidak mati dengan mendengar ceramah2 agama ni....insyallah..:
TQ Wan Anita. Semoga mendapat manfaat dan sebarkan sebagai satu usaha dakwah. Nawaitu kerana Allah.
fonomena UAI memang dahsyat,tapi rata2 yang mengikuti kuliahnya,adalah mereka yg gemar ketawa dan lawak yg dibuatnya...
mungkin kita hari ini lebih suka figure yg suka buat lawak ,kemudian baru kita mengaji drnya..sedangkan ilmu bila dipelajari tanpa tawajuh/tumpuan,maka tidak akan dtg kesan /kekuatan utk nk amal..
ustaz azhar terbaikkkk...!!! mungkin disebabkan lawak dan ketawa menjadi penarik kepad pelbagai golongan khasnya golongan muda mendekati majlis agama dan ilmu..biar cket ilmu dapt dari xdpt langsung.. =) syukran ustaz azhar.. tahniah.. =)
TQ Anak Pendang Sekeluarga. Mesej dakwah kena disampaikan kepada umat walau dgn apa cara sekali pun. Setiap kita ada peranan berdakwah. We compliment each other bukan syok sendiri.
Kalau kuliah di masjid rata2 di hadiri oleh beberapa puluh org jamaah, yg kebanyakannya kelompok regular/biasa, maka UAI berjaya menarik kelompok luarbiasa, bukan ratusan orang tapi menjangkau puluhan ribu tanpa sempadan.
Di sambung lagi dgn rakaman video dan audio, siaran demi siaran di internet dan edaran VCD ke seluruh pelusuk.
Maka mesej dakwah mengajak kepada agama Allah insyaAllah sedikit sebanyak akan tersebar luas. Usaha dan ikhtiar yg penting dan selebihnya hidayah daripada Allah jua.
Bagi saya UAI telah berjaya memecah tradisi dan merobos kebuntuan, mungkin mencetus kontraversi, tapi berjaya menyentuh umat ini merentasi generasi gap termasuklah generasi-Y yg suka merempit, melepak, bersantai, berfacebook, beryoutube dan agak anti-masjid.
Alhamdulillah.
TQ Amir Acap. Tahniah anak muda kena cinta majlis ilmu. Yang penting iman, ilmu, amal & ikhlas. Teruskan perjuangan anak muda !!
Post a Comment