Tafaqquh Fiddin Syeikh Nuruddin di Masjid as-Salam 22/1/12 |
Sekecil apapun kebaikan jangan dipandang remeh atau kecil. Biasakan bibir menyebut kalimah Allah, Rasulullah, Basmallah dan kalimah zikrullah yang lain. Usah dipandang remeh. Betapa ramai manusia yang begitu susah untuk menyebut nama Allah. Kiamat tidak akan berlaku selagi ada kumpulan manusia yang menyebut nama Allah. Pernah suatu masa ketika Rasulullah berehat di bawah sebatang pokok selepas perang datang seorang musyrik mengangkat pedang untuk menikam Baginda seraya berkata, "Siapa yang sanggup menghalang pedang ini.." dan Rasulullah terus menjawab, "Allah". Dan berguguranlah si musyrik itu.
Muliakan apa yang mulia di sisi Allah. Apabila terlihat cebisan kertas bertulis kalimah Allah maka kutiplah ia dan muliakan ia dengan meletakkan di tempat yg seeloknya atau dihapuskan dengan sebaiknya. Pernah seorang sahabat terjumpa sekeping kertas yang bertulis kalimah Allah telah dicemari dengan najis dan kotoran, maka beliau pun membasuhnya, meletakkan wangian dan meletakkannya di celahan tembok. Susunan buku di rak juga perlu ada caranya iaitu rak pertama di isi dengan susunan Al-Qur'an dan kitab tafsir, rak kedua di susun dengan kitab2 hadis, dan rak seterusnya kitab2 agama, dan buku2 yang lain. Elakkan dari menyusun kitab2 ini secara bertindihan.
Betapa kita sering lupa ibadah2 yang sederhana sahaja seperti mendirikan solat dhuha, solat tahajjud, puasa isnin khamis, bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertasbih itu sangat besar ganjaranya di sisi Allah. Ia bisa mengangkat dosa kita dan kedua ibubapa kita. Memasuki rumah Allah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri itu adalah satu ibadah kecil yang besar nilaiannya. Menggambarkan hormat dan tunduknya hamba kepada Pencipta-Nya.
Mulakan setiap perbuatan positif dengan Basmallah. Ibarat satu produk canggih iaitu kacamata XX-ray yang pandangannya bisa menembusi segala halangan dan setiap manusia yang dipandangnya akan berkeadaan bertelanjang bulat. Sesungguhnya pandangan jin itu boleh menembusi ke setiap salur darah manusia, namun dengan memulakan sesuatu itu dengan kalimah Basmallah tadi bisa menghalang pandangan jin tadi dari terus menembusi. Jangan lekang bibir dengan ungkapan Basmallah pada setiap perlakuan.
Sekecil-kecil perkara sunnah, jangan dipandang enteng kerana ganjaran besar di sisi Allah. Setiap kebaikan itu punyai rangkaian manfaatnya. Apabila ingin bersama dengan isteri didahulukan dengan doa maka zuriat yang akan lahir nanti akan dilindungan dari ganggauan jin dan syaitan. Kemudahan untuk pengorbanan ke jalan Allah semakin mudah. Semakin bersedekah semakin lega. Begitu juga kejahatan itu juga punyai rangkaiannya, maka hindarilah dari perbuatan jahat. Dosa jangan dipandang ringan. Pahala jadi rebutan.
Muliakan makanan. Mungkin asbabnya demi senyuman, demi sedekah, demi Basmallah, atau mengutip butiran nasi itu menghindar diri dari sesuatu musibah. Jangan dilihat murahnya sesuatu nikmat Allah itu. Lihat lamanya proses untuk keluar buah itu, buah temikai, buah durian, sayur2an. Tika makan dengan lauk penuh meja, ingat nikmatnya makan tika tak ada lauk. Maka hargai sebutir nasi yang masih berbaki di atas pinggang itu. Siapa tahu akibat sebutir nasi di atas pinggang itu, menjadi asbab dijauhkan penyakit buah pinggang. Jangan sia-sikan nikmat Allah. Siapa yang bagi gula secukup rasa pada buah rambutan, buah durian, buah nangka? Semuanya manis sesuai dengan selera.
Teruskan istiqamah dalam ibadah. Jangan putus harap pada Allah. Bertaubatlah atas segala perlakuan dosa yang telah lalu dan menyesali segala perbuatan dosa itu dan berazam sungguh2 untuk tidak mengulanginya lagi. Bertaubat setiap masa. Jika masih melakukan dosa, bertaubatlah lagi. Jangan putus asa. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Pengampun.
@@@
No comments:
Post a Comment