Friday, January 27, 2012

Bergantung Harap Pada Rahmat Allah

Risau dan Usaha Sampai Mati 
Untuk Akhirat
Tiada seorang pun yang dapat memasuki syurga dengan amalannya. Kita disuruh tidak bergantung dengan asbab duniawi, begitulah kita di ajar untuk tidak bergantung dgn amalan, kebaikan, infaq, jihad, keluar di jalan Allah yg telah kita lakukan. Sebagaimana asbab2 duniawi, perbuatan2 duniawi adalah makhluk, begitu juga amalan2 kita juga adalah makhluk. Kita kena bergantung hanya kepada Allah.




Dgn amalannya, dia rasa dia layak mendapat pahala dan perhatian Allah. Akan datang satu keadaan menganggap dia telah berbudi kepada Allah SWT, bahawasanya amalan dia menyebabkan dia boleh memasuki Syurga. Sedangkan dia lupa hatta Rasulullah SAW hanya dapat masuk syurga dengan rahmat  Allah SWT. Kita kena sedar kita boleh solat dgn rahmat Allah, kita keluar di jalan Allah juga dengan rahmat Allah. Kita kena memandang kecil amalan disisi kita, supaya rasa perhambaan ada dalam diri.


Akan datang satu perasaan merendahkan pelaku2 dosa, yang Allah muliakan dia. Allah menghargai orang yg begitu jauh dari Allah SWT. Kesalahan itu ditakdirkan kepada si pendosa itu, maka tidak mustahil ia juga boleh berlaku kpd diri kita juga.  Kesalahan kita merendahkan orang lain akan menimpa kita suatu masa nanti. Dosa itu akan membawa dosa yang lain kpd dia.  Kita adalah manusia yang layak melakukan dosa. Hanya malaikat yg tidak melakukan dosa.


Bergantung kpd amalan sedangkan Rasulullah memasuki syurga dengan rahmat Allah, bukan dgn amalannya. Antara tanda manusia itu bergantung kpd amalan ialah apabila ia tergelincir melakukan dosa maka pengharapan dia kepada Allah berkurang. Kena imbangkan takutkan Allah dan mengharapkan rahmat Allah. Apabila dia melakukan kebaikan dia perlu lihat ehsannya Allah kpd dia bagi taufik untuk dia melakukan kebaikan. Begitu juga orang yang putus harap kepada rahmat Allah. 


Merasa Allah melihat kita pada setiap masa? Ada orang terperangkap dgn dosa walaupun telah buat usaha agama. Ada org tak sedar dia terperangkap dgn dosa. Ulamak kata dia terperangkap dengan dosa kerana dosa yg pernah dia buat dulu.  Syaitan akan datangkan dosa dlm bentuk perhiasan, beri haruman yg wangi. Sedangkan jika dosa itu dijelmakan dlm bentuk lembaga, kita pun tak mau sebab hodoh dan busuk. 


Bila ada  fikir, usaha pun ada. Rasa dapat pahala. Itu bisikan syaitan. Kita terperangkap dgn kelemahan amalan, tak mampu nak bergerak, tak mampu mengikut arahan akal dan hati. Akibat dosa burukkan orang dulu. Satu hari nanti dia akan kena ujian itu. 


Orang buat baik datang drp Allah, orang buat jahat pun datang drp Allah. Kita kena ada dua pandangan iaitu pandangan syariat dan pandangan hakikat. Dosa & kebaikan juga takdir drp Allah. Ini adalah kehendak drp Allah, tak ada siapa boleh menghalangnya. Kalau benda itu berlaku, ia tak akan mungkin berlaku sebaliknya. Itu takdir Allah. Tapi kena lihat dgn dua pandangan. Itu hakikat, tapi apa perintah Allah bila tengok orang buat jahat? Kena larang kemungkaran dgn tidak memandang hina orang yg buat kemungkaran tadi. Jangan kamu berputus asa dgn rahmat Allah. Org putus asa dgn rahmat Allah ialah org kafir. 


Syaitan datang dgn pelbagai cara. Datang dgn cara agama, perasaan takutkan Allah. Jika takutkan Allah tanpa ilmu, ia akan disesatkan oleh syaitan. Dia takutkan dia takutkan sehingga satu tahap berputus asa.


Segalanya milik Allah. Seluruh makhluk tak dapat bagi apa2, melainkan dgn izin Allah. Tapi manusia sibuk dengan urusan dunia kerana apa? Kerana makhluk. Sepatutnya setiap urusan dan perlakuan ialah kerana Allah. Jika kita buat keputusan untuk pelihara agama Allah, setiap perintah Allah diamalkan, pastikan usaha, supaya menjadi nyata. Kamu peliharalah agama Allah. Pasti Allah akan berada di hadapan kamu. Yakinlah.


Yang menentukan manfaat untuk kita siapa? Allah. Mereka tidak sedikit pun memberi kemudaratan kepada kamu melainkan Allah. Apa saja rupa makhluk datang di depan kita, kita pegang "La ilaha illaallah". Hanya makhluk Allah, semua dalam pegangan Allah. Allah akan pelihara hati kita drp terkesan harap dan takut kepada makhluk tadi. Dunia ini bukan maksud dan tujuan, semuanya akan ditinggalkan, tak dapat apa2.


Risau kita untuk akhirat. Hanya Allah dapat selamatkan kita di akhirat dengan rahmat dan kasih sayangnya. Fikir risau saya ialah adakah aku, isteri aku, anak2 aku, saudara2 aku senang di akhirat nanti? Kesankan hati kita pada Allah SWT. Supaya hati kita hanya terkesan dengan janji Allah dan Rasul-Nya. Jangan terkesan dengan tuntutan nafsu kita, hingga tunduk dengan akal kita. Aku bukan hamba kamu, aku hamba Allah. Di sebalik susah payah di jalan Allah tersembunyi syurga Allah. Di sebalik keseronokan kelazatan yg bertentangan dengan perintah Allah, tersembunyi neraka Allah.


Akal kita faham, ambil riba harta bertambah, bagi sedekah harta berkurangan. Walaupun seluruh dunia berkata begitu, dan akal juga berkata begitu, tapi yakin lah dengan janji-Nya walaupun khilaf dan bertentangan dengan nafsu dan akal. Jarang perintah Allah yg bertentangan dengan akal, cuma akal tak mampu sampai. Tapi banyak perintah Allah yg bertentangan dgn nafsu. Ambil riba harta berkurang, bagi sedekah harta bertambah.


Walaupun kita tak faham tapi kita kena bermati-matian fikir,  risau dan usaha perihal agama.  Azam untuk mati di jalan Allah. Allah akan bina mahligai di syurga dari permata solid sebesar jarak dari kampung asal kita ke tempat kita mati tadi untuk kita. Azam mati jauh dari rumah kita keluar di jalan Allah. 


Asas kehidupan ialah kasih kepada Allah dan Rasulullah. Tanda kasih ialah mengamakan segala perintah Allah dan sunnah Rasulullah dan meninggalkan segala larangan Allah dan Rasulullah.


@@@ 

6 comments:

Anonymous said...

yupz suka ini "Asas kehidupan ialah kasih kepada Allah dan Rasulullah. Tanda kasih ialah mengamakan segala perintah Allah dan sunnah Rasulullah dan meninggalkan segala larangan Allah dan Rasulullah." syukran.. may ALLAH bless

zul permatang badak said...

bagus kan ada majlis ilmu.....hebat juga sambutannya.....
kebaikkan walaupun mengutip duri dijalanan dihitung amal baiknya......

nampak remeh,tapi berat untuk melakukannya......

dengan ada sikap...berpesan-pesan...kita segera dikejutkan....terima kasih......

School Of Tots said...

TQ mujahidah1413h. Stay focus. Usah harap pada makhluk.

School Of Tots said...

TQ zul. Awas pada bisikan syaitan dan godaan nafsu. Jangan tersungkur di pintu syurga.

Bijen M. said...

Ulama' kata orang yakin dengan solat pun dah salah dah.

Err.
Baca dan fahami betul-betul ayat di atas.
:)

School Of Tots said...

TQ Bijen M. Semoga segala ibadah kita diterima Allah dan menjadi asbab untuk mendapat redha Allah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...