Sunday, January 29, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Antara Ribuan Muslimin Yang Memenuhi Masjid al-Ridhuan Hulu Klang - 28/1/12
Peka Mendengar Setiap Bait Ceramah UAI

Fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang melanda negara ini terutamanya di Selangor sudah tidak mampu dibendung lagi. Puluhan ribu umat menghadiri kuliah maghrib UAI saban malam. Senario amat jelas saya lihat malam tadi di masjid al-Ridhuan Hulu Klang. UAI dengan gaya santai tapi ilmu sampai berjaya memukau seluruh hadirin yang sebahagian besarnya adalah kelompok anak muda harapan bangsa. Sukar untuk menarik minat kelompok ini sebenarnya, namun fenomena UIA telah memecah kebuntuan itu dan mencipta sejarah baru negara. 

Antara isi2 yg dapat saya petik dalam ceramah UAI malam tadi ialah:
  • Niat sangat penting dalam beribadah. Jika ibadah kerana gaji atau habuan duit, maka dapat gaji/duit. Jika ibadah kerana Allah, maka dapat pahala walau pun dapat gaji/duit. Yang utama ialah niat ikhlas kerana Allah.
  • Solat adalah ibadah yang utama. Modalnya 24434 (solat fardu). Solat kerana Allah SWT. Aku berdiri ini kerana Mu ya Allah untuk mendirikan solat, bukan kerana Tok Bilal iqamat. Jangan beribadah melainkan kerana Allah.
  • Awas gangguan syaitan. Orang solat, orang pergi haji, orang bersedekah, semuanya akan diganggu syaitan. Syaitan sangat bijak dari kita dalam bab menggoda. Elakkan sifat riak atau menunjuk-nunjuk dalam beribadah. Nawaitu hanya kerana Allah, insyaAllah selamat.


Anak muda kembali mencintai majlis ilmu. Anak muda mula faham agama dan anak muda sudah mula bosan retorik dan kepura-puraan hiburan dunia. Sudah sampai masanya anak muda mengorak langkah mempersiapkan jatidiri untuk mengisi segala kekosongan dan suatu masa nanti akan menjadi tonggak penggerak umat dan pembela agama. Fenomena UIA telah mencetus semangat ambil peduli dan cinta ilmu ini. Alhamdulillah.

Anak-anak saya yang berusia 20, 19, dan 17 tahun tidak sabar2 lagi untuk ke Masjid Negeri Shah Alam malam ini bagi ceramah ke-2 UAI di Selangor pada bulan Jan ini (Ahad 29/1/12). Jom ramai2 kita berkampung di Shah Alam. Datang awal ya...untuk menyemarak Fenomena Ustaz Azhar Idrus, nawaitu kerana Allah.

@@@

2 comments:

Unknown said...

Salam,
Selalu ikuti kat youtube ...kalau ada kelapangan, nak dengar ceramah beliau secara live

School Of Tots said...

TQ luahfikiran. Ikuti ceramah UAI di youtube dapat menambah ilmu, insyaAllah. Ikuti secara live kalau ada peluang, baru benar2 teruja dan terasa auranya. UAI sangat diminati ramai terutamanya di Selangor. Ceramah di masjid negeri Shah Alam mlm tadi merekodkan kehadiran 30,000 jamaah. Dan 34,000 lagi mengikutinya secara live di internet. Alhamdulillah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...