Sunday, January 08, 2012

Goodbye Dato Dr Hassan Ali

Selamat jalan Dato Dr Hassan Ali. Amal itu bermula dengan niat. Niat itu di hati. Niat YB hanya YB dan Allah yg tahu. Namun tindak tanduk dan kenyataan yg dikeluarkan akan ditafsir sebagai jalan yg dipilih. Maka mungkin jalan itu YB berada kini. Kerana pabila sudah berada dalam jamaah, kataputus syura menjadi pemutus. Jika memilih untuk menongkah arus, maka eloklah berada di luar jamaah. Usah terkejut atau buat2 terkejut. Sudah terang lagi bersuloh. Sayonara YB Dato Dr Hassan Ali !!

SMS A: mintak mahap la ye...u r fired !! Hassan Ali
SMS B (peminat YB): really a mistake from pas.

Note: hmmm...come to think about it, YB selalu 'clean shave' & tak simpan janggut. Apakah itu petanda atau kebetulan?

*****

Profil:

YB Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang adalah:
  1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
  3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
  5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
  6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM
  8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.
Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan kini dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat di DUN Gombak Setia dan Exco Kerajaan Selangor.


*****

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

TG Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
8/1/2011.

@@@

1 comment:

School Of Tots said...

Hasan dipecat bukan sebab DSAI seperti dakwaannya, tetapi rentetan tindakan dan penyataannya yg melawan arus kepimpinan PAS. Sebagai analogi mungkin contoh yg agak relevan ialah Zaid Ibrahim yg juga punya pendirian tersendiri dan agak melawan arus, dan dia telah 'keluar' dari PKR dan meneruskan wadah perjuangan di platform sendiri iaitu KITA (yang setakat ini agak merangkak). Maka Hasan jika merasakan dirinya betul melebihi kepimpinan atau syura parti maka sangat eloklah untuk meneruskan perjuangan di luar sana. Sejauh mana keutuhan Hasan akan lebih teruji, insyaAllah. Cakap banyak pun tak guna.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...