Thursday, January 05, 2012

Jom Ke Kubur

Malam tadi di Masjid as-Salam Bilal Ramli cerita soal kematian. Katanya kubur setia menanti tidak kira siapa, manusia lima bintang atau manusia tiada bintang. Kubur tetap terima. Selamat datang kata kubur ke rumah tanah, ke rumah ulat.

Mati ialah suatu perkara yang memusnahkan segala kelazatan. Namun bagi orang beriman diluaskan kuburnya dan dihiasi dengan wangi-wangian dari Syurga. Orang yang bijaksana ialah orang yang selalu mengingati mati dan berusaha ke arah mati, menyediakan segala bekalan amal kebaikan.

Bilal Ramli berpesan supaya cinta kepada masjid, ambil tahu siapa AJK masjid supaya bila ada kematian tahu siapa hendak dihubungi. Jika berlaku sesuatu kematian jangan panik. Sapu minyak urut untuk melembutkan otot2 tangan dan ikat di atas dada. Letakkan pemberat besi seperti pisau atau gunting supaya tak masuk angin. Tutupkan kelopak mata & tindihkan dgn duit syiling. Tutupkan jenazah dengan kain nipis dan kain batek. Hati2 serangan semut mayat.

Maka tidur dan berehatlah. Menunggu pagi, insyaAllah ahli2 khariat masjid akan berkunjung ke rumah untuk mengambil tindakan seterusnya. Bayaran kepada pihak masjid untuk pekej urusan jenazah ialah RM520, tapi boleh di bayar kemudian. Jangan risau fasal duit dulu. Pertama sekali pihak kena confirm berhajat untuk di kuburkan di mana? Di perkuburan setempat atau nak di bawa ke kampung asal?

Jika diputuskan secara muktamad untuk menyemadikan jenazah di tanah perkuburan berdekatan maka pihak masjid akan mengarahkan team Abu Jandal untuk menggali kubur. Jenazah akan di bawa ke Masjid untuk dimandi dan di kafankan. Maka waris dan kenalan akan berkumpul di Masjid. Solat jenazah biasanya berlangsung selepas solat berjamaah zohor atau asar.

Seterusnya keranda jenazah akan di usung masuk ke dalam van jenazah untuk menuju ke destinasi kubur. Anak2 dan waris akan masuk ke lubang kubur mengiringi jenazah dan tanah akan di timbuskan slow & steady. Selesai di tanam jenazah maka permukaan tanah akan di tinggikan sedikit dan di pacak kayu atau batu sebagai penanda.

Kemudian Pak Imam akan bacakan talqin bagi menjadi peringatan kepada sekelian pengiring jenazah yang berada di tanah perkuburan itu. Sesungguhnya ambillah iktibar dari sebuah kematian ini, kerana aku juga nanti akan mati dan di tanam di kubur ini. Sesudah itu semua yang hadir akan meninggalkan kubur ini.

Yang setia bersama si mati ialah amal baik dan amal buruknya. Bersemadilah dia di situ untuk masa yang lama dalam keadaan selesa jika amal baiknya banyak dan di luaskan ruang kuburnya dan di terangi cahaya dan bau-bauan syurga. Namun jika si mati ini seorang yang ahli maksiat maka tersiksalah dia bagi masa yang panjang di ruang kubur yang gelap dan menyempit itu ditemani ular2 berbisa. Persemadian ini berakhir apabila tiba hari kiamat, mungkin beribu-ribu tahun lagi. Wallahu'alam.

@@@

3 comments:

Wan Sharif said...

Tak ramai orang nak fikir tentang mati ;)

Wan Sharif said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...

TQ Wan Sharif. Mati ibarat jerat. Kijang selalu lupakan jerat. Tapi jerat mana pernah lupkan kijang, dan setia menanti.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...