Monday, January 02, 2012

Tuan Mutlak Pemilik Budi

Alhamdulillah saya khatam Al-Qur'an dan Terjemahannya pada 1/1/2012. Dan Alhamdulillah saya juga khatam buku Telaga Budi karya TGNA susunan Annual Bakri Haron terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd (cetakan 2009).

Pada m/s 109 dalam bab 'Apa Erti Menjadi Abdi Kepada Budi' diceritakan sebuah analogi oleh Imam al-Ghazali - kisah orang kaya yang membeli anjing dan dijaga oleh budak suruhannya. Dalam jangka panjang anjing itu tidak kenal tuannya. Yang ia kenal ialah budak yang memberinya makan dan mandikannya setiap hari. Jadi apabila tuanya mendatangi sekali sekala, ia akan menyalak, kejar dan terkam tuannya. Ini ialah kerana ia tidak kenal 'tuan sebenarnya'. Ia tidak sedar yang tuan yang dia sayang itu cumalah kuli yang menjaganya sahaja. Di sini anjing itu tersalah kenal, siapa yang menjadi punca kepada budi.

Manusia pun begitu juga. Manusia yang tidak mengenal Tuhannya, tidak akan mempedulikan Tuhannya. Tidak peduli apa2 mengenai perkaitan dengan Tuhan kerana dia melihat sesuatu itu selapis sahaja. Pokok padi -> beras -> nasi. Nelayan -> ikan -> peniaga di pasar -> resipi isteri. Majikan/Kerajaan -> gaji. Semuanya makhluk, orang dan tidak Tuhan Yang Maha Memiliki. Itu sahaja yang dia kenal dan kerana itulah orang itu dihormati. Dalam keadaan serba tersasul memahami 'Tuan Mutlak Pemilik Budi' iaitu Allah itulah 'manusia dunia' akan terus memuja manusia. Allah SWT yang membuat air, api, udara, susu getah, kelapa sawit, ikan, daging, ayam dia tidak kenal. Inilah kejahilan. Rata-ratanya, inilah yang membelenggu fikiran manusia Islam dan non-Islam di akhir zaman ini.

Bagi orang yang sungguh-sungguh kenal Tuhan, nikmat yang paling besar ialah nikmat mengenali Allah termasuk segala anugerah ciptaannya. Ustaz Tarmizi pada kuliah maghrib pengajian tasauf di as-Salam tadi menyatakan bahawa segala puji-pujian adalah hakmilik Allah semuanya. Termasuklah puji Allah pada diri-Nya, puji Allah pada makhluk, puji kita kepada Allah, dan puji kita kepada makhluk.

Apabila kita faham hakikat ini maka sifat takabbur, sifat riak dan ujub akan dapat dihindari, insyaAllah. Allah menutup aib kita maka kembalikan pujian pada Allah. Seorang chef yang pakar dalam seni makan teliti pada deria rasa akan dapat merasa kelazatan atau kekurangan pada makanan. Manis gula yang tidak sama dengan manis rambutan atau manis pisang. Begitulah nikmat dan kelazatan dalam beribadah akan rasa seronok di depan Allah bagi manusia yang memiliki nikmat deria rasa ini. Allah memperkenalkan diri-Nya melalui deria rasa ini.

Tempat pandang Allah pada makhluk ialah pada Qalbu/hati kamu tidak pada zahir/jasad sahaja. Kalau ibadah betul tapi tak ikhlas, Allah tak terima. Kalau ibadah ikhlas tapi tak betul, Allah tak terima. Solat itu mesti betul feqahnya dan dipagar dengan hati. Kalau di tengah solat pun tidak ingat Allah maka apatah lagi di luar solat. Orang yang hidup hatinya, taat kepada Allah bukan ketika di atas tikar sejadah sahaja, mana-mana ada Allah sebab hati hidup dengan Allah SWT. Maka membersih hati itu lebih penting dari membersih zahir. Tiada yang dilihat sebagai keburukan daripada Allah.

Fikir kebesaran Allah pada setiap degup jantung. Semoga tahun baru masihi ini menjadi medan juang untuk pembersihan hati bagi mencapai maqam kemanisan ibadah dan mengenal Tuan Budi Yang Hakiki.

@@@

2 comments:

zul permatang badak said...

manis buah pun berbeza-beza itulah ciptaanNYA....
dari alam lahir pelbagai ciptaan,kita olah dari sumber yang di cipta oleh Allah....terbit dari alam.....
kediaman/makanan/pakaian/wangiwangian.....malah apa saja....

siapalah kita .....tapi kita kadang2 besar diri....
seharusnya kita bersyukur......

School Of Tots said...

Manis buah ada pelbagai rasa. Hati yang hidup ada deria rasa. Hati yang hidup dapat rasa Allah nak perkenalkan diriNya. Tiap perkara yang berlaku dirasakan ada hikmah dan hidayah dari Allah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...