Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam 31 Dec 2011 7ptg - 12mlm - boleh dijadikan pilihan keluarga. Dimulakan pada pukul 7:00ptg dengan solat maghrib berjamaah yang akan imamkan oleh Ust Syed NorHisham. Seterusnya sembang santai di antara Ust NorHisham & Imam Muda Asyraf. Solat berjamaah Isyak pada pukul 8:30mlm. Selepas itu persembahan solo dari Sham Kamikazee. Sila bawa sejadah dan tikar masing2.
Disusuli dengan program soal-jawab agama kendalian penceramah tersohor masa kini iaitu Ust Azhar Idrus dengan dibantu oleh Zizan Raja Lawak. Seterusnya pada pukul 11:00mlm diadakan konsert oleh Akhil Hayy, Shahir AF dan Ust Azhar Idrus. Dan countdown detik 12:00mlm bersama sesi terakhir Ust Azhar Idrus. Anak saya yang menuntut di UIA akan konvoi 30 kapcai ke Shah Alam dari kampus UIA Gombak. Hati2 berkapcai anak muda.
Antara sambutan lara tahun baru yang diwartakan yang saya petik daripada akhbar theSun ialah - Countdown to 2012 at The Curve, Garden Explore My Fiesta at Seri Kembangan, Mystical Eve 2012 at Encorp Strand in Kota Damansara, 2012 Countdown Concert party at Surf Beach, Sunway Lagoon, dan New Year Countdown at Bukit Bintang-KLCC. Tidak ketinggalan program tardisi di Dataran Merdeka. Maka berpusu-pusulah manusia di malam itu. Berapa banyakkah botol arak dan anak haram yang akan dikorbankan agaknya?
Pilihan alternatif yang ada ialah mengunjungi program di masjid2 seperti di Masjid Wilayah Jln Duta atau ramai2lah kita berkunjung ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam (seperti yang di war2kan di atas). Usah biarkan diri dan keluarga dalam lara berpanjangan.
Setahun lagi berlalu, tahun baru akan muncul. Bertambah lagi umur setahun, maka makin pendek baki umur. Kematian ada di depan sana. Mungkin setahun, mungkin dua tahun atau sepuluh tahun lagi. Berapa kali sambutan tahun baru lagikah yang bakal di rayakan?
Blog Kereta Mayat berfalsafah tentang kematian dimana katanya semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya. Dalam posting terbarunya Pepatah Kereta Mayat dimulakan dengan tagline "Mulakan azam tahun baru dengan ‘pepatah kereta mayat’ agar anda lebih dramatik dalam seni kehidupan-woha!" Terdapat 32 pepatah kereta mayat yang di senaraikan. Antara pepatah kerata yang mayat yang menarik perhatian saya ialah:
- "Tak kan lari kereta mayat di kejar."
(Bermaksud, tak perlu kita tergesa gesa dalam semua perkara, sabar itu sebahagian dari imam) - Terdengar siren kereta mayat, kereta sendiri di ketepikan"
(Bermaksud, Mendahului orang lain itu amalan yang mulia, inilah salah satu sifat ikram muslimin) - "Tarik mayat sorong mayat"
(Bermaksud, jika saling tolong menolong, sangatlah mulia, fardu kifayah tu!) - "Seperti mencurah air di badan mayat"
(Bermaksud, perbuatan yang tidak sia sia, kerana mencurah air di badan mayat mendapat pahala) - "Mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing"
(Bermaksud, saling kerja sama, jika pikul keranda, mayat berat ke ringan, tetap dapat upah kain tuala-merujuk adat melayu) - “Harapkan mayat, mayat makan tanah”
(Bermaksud, jangan mengharap pada orang yang tak boleh harap) - “Bagaikan mayat lupakan kereta mayat”
(Bermaksud, orang yang sering lupakan jasa orang lain, nasib baik waris kau ada, boleh pakcik claim duit minyak)
Maka isikan 24jam nikmat nyawa yang Allah kurniakan ini untuk perkara kebaikan, supaya mati kita nanti tidak sia2 tetapi penuh makna. Tanamlah azam baru untuk berhijrah manjadi orang yang kaya iman dan amal di tahun baru 2012 ini. Sama2lah kita melangkah keluar dari belenggu kemiskinan iman dan amal. Semoga Berjaya.
@@@
**Update: Sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi mencatat sejarah lingkungan 80,000 pengunjung yang 70% daripadanya adalah kelompok anak2 muda. Penampilan Ust Azhar Idrus dan Zizan sebagai sidekick cukup santai dan mendapat sambutan hangat para hadirin sekelian. Jangan lupa untuk menyaksikannya di You Tube anda !!
6 comments:
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SOTS DAN KELUARGA.....
SEMOGA 2012 lebih menceriakan...........
Sama sama lah kita menambahkan azam membuat bakti kepada makhluk Allah, dengan niat keran NYA.
SALAM,
Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.
TQ Zul. Kita mohon pada Allah dan kita tanam azam dalam diri untuk tahun baru yg lebih baik dari tahun lepas. Amiin. Ucapan selamat drpd SOT buat Zul sekeluarga. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia SOT.
TQ Tn Al-Manar. Itu adalah azam yg terbaik, Alhamdulillah. Bersegera dalam perlakuan kebaikan & Kita dambakan 2012 yg penuh barokah, InsyaAllah.
TQ luahfikiran, landasan menuju redha Illahi. Kita mohon hidayah Allah. SOT ucapkan selamat untuk LF sekeluarga.
Post a Comment