Makan Malam
Makan malam sambal udang
Terasa pedas pula di bibir
Petik rambutan di laman
Di makan sambil berzikir.
Fikir Dan Zikir
Tumbuhan Itu Makhluk Tuhan
Bertasbih Siang dan Malam
Memuji Keagungan Tuhan
Menyembah Pencipta Alam
Untuk Kita Jadikan Tauladan.
Di Ulik Mimpi
Igau Tidur Lena Semalam
Sudah Luput Dari Ingatan.
Kita Serupa
Aku Dengan Mu Sama
Tiada Yang Aku Punya
Cuma Menumpang Senafas Usia.
Nafas Cinta
Selagi Ada Nafas Cinta
Dalam Kita Meniti Usia
Entah Bila Entah Di Mana
Aroma Cinta Bergema Semula
Mungkin Tika Melutut Di Pusara.
Musim Bah
Timba Hanyut Dalam Perigi
Pagi-pagi Gosok Gigi
Musim Bah Datang Lagi.
Tempat Jatuh Lagi Di Kenang
Tempat Jatuh Terpahat Di Hati
Rindu Mengamit Syahdu Menjelma
Semuanya Samar Dalam Memori
Bawah Kelambu Berbau Asap Pelita.
Tempat Jatuh Bermain Di Jiwa
Abah Tercinta Sudah Lama Tiada
Kini Semuanya Sudah Tidak Sama
Yang Tinggal Hanya Kenangan Lama.
Arah Mana?
Haluan Mana Lagi Yang Di Cari?
Bukankah Kita Sepakat
Menuju Redha Illahi?
Musim Hujan
Harapan Pada Hujan
Turun Rahmat Tuhan.
Mencari Bahagia
Mencari Bahagia Entah Di Mana
Sedangkan Bahagia Ada Di Depan Mata.
Erti Rindu
Pimpinlah Tanganku
Kerana Aku Rindu Pada Mu
Berbicaralah Denganku
Kerana Aku Rindu Pada Mu
Bila Sudah Tiba Ajal Ku
Maka Tiada Lagi Aku Di Sini Menanti Mu.
Aku Tidak Takut Lagi
Lembu Ini Tidak Takut
Menunggu Kunjung Aidil Adha
Lembu Ini Bukan Penakut
Berkorban Nyawa Untuk Agama.
Sudah Lama Tak Jumpa
Pok Sudu Senor
Sudah Lama Tidak Berjumpa
Semoga Ceria Sokmo.
Syukur Nikmat
Anugerah Illahi Yang Banyak
Saban Malam Tidur Nyenyak.
@@@
10 comments:
Banyaknya kebulihan. Pandai pula berpantun. Iniyang dikata 'multiskill'
TQ Tn Al-Manar. Jangan dipuji sangat, takut2 naik semangat. Takleh cari makan Pak Samad.
saya hanya melukis kata2 diatas maya.....selain lontaran perasaan sendiri, saya juga cuba menyelami,berkongsi rasa....kut2 ada yang seirama.........
komen2 SOTS..terarah bicara ketuhanan,kemana kita...pada jalan yg satu...menuju redhaNYA....bersama rapatkan saf......
dihimpun komen2 itu....disusun menjadi bait2 yg sedap didengar...
dan direnung panjang.....ia menjadi tidak sia2 jika ditajamkan mata hati menyelaminya.....
tak salah memuji sots.....
terus penulisan.......
TQ Zul. Juga atas segala lontaran kata2 di atas maya. Kerana terselit banyak cerita dan perkongsian rasa. Moga2 dlm ceria ada sedia dan ada makna untuk dibawa jauh ke sana. Semoga diberi kekuatan untuk teruskan penulisan.
salam....
suka semua puisi2 dlm entri ni..
TQ Sekamar Rindu. Semoga menjadi penawar di kala merenung dan memikir.
pendek dan bernas
untuk mereka yang mahu berfikir
tq
banyak aku dapat dari sini
TQ tehr. Anugerah Illahi yg banyak. Saban malam tidur nyenyak.
setiap detik nikmat-NYA..alhamdullah =)
TQ Mohamadazhan.com sudi singgah kemari. Ada jalan tapi menyesatkan tak guna juga. Kalau tak ada jalan memang tak sampai. Maka cari ilmu & amal supaya jumpa jalan ke Syurga. InsyaAllah.
Post a Comment