Monday, December 12, 2011

Hati Karat

Alhamdulillah saya mendapat anugerah daripada Allah untuk untuk berada di majlis taman syurga pada malam ini. Tak ramai orang yang mendapat anugerah ini. Ada juga yang dah masuk ke majlis ilmu tapi tak nampak sebab tertidur. Ada orang, rumahnya di tepi masjid tapi tidak mendapat anugerah ini.

Sudah agak lama saya tidak berkesempatan menghadiri majlis ilmu Ust Zahidi iaitu pengajian tasauf menggunakan kitab Penawar Bagi Hati. Pengajian malam ini pada mukasurat 72 baris 11 dari atas.

Hati kita ini berkarat. Hati kita sudah mati. Untuk hidupkan hati ialah ilmu. Maka kita kena sentiasa hadirkan diri di majlis ilmu. Ilmu menghidupkan hati. Supaya hati hidup. Hati yang dapat melihat yang mana baik dan yang mana buruk, membezakan dosa dan pahala. Mengenali mana makhluk dan mana Tuhan. Supaya makhluk itu dimakhlukkan dan Tuhan di Tuhankan.

Orang yang bodoh maka hatinya mati. Bodoh itu jahil. Bila sebut engkau bodoh, marah dia. Sebab bunyinya kasar. Bila sebut engkau jahil, tak marah dia. Walhal bodoh itu samalah dengan jahil. Bila sebut kafir marah dia. Bila sebut kufur tak apa pulak. Walhal kafir dengan kufur tu dua kali lima saja. Sebab itulah kena mengaji. Kena ada ilmu. Jauhi sifat bebal dan bodoh. Sesungguhnya kebodohan itu menghampirkan diri pada kekufuran.

Amalkan zikir Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim sebanyak 11x sebelum memulakan majlis ilmu sebagai pembersih hati nafsu. Supaya ilmu boleh masuk dan duduk bila hati nafsu bersih. Hati masih kasih dunia. Sebab itulah nak mengaji tak ada masa. Nak ibadat tak ada masa. Nak solat sunat tak ada masa. Nak solat fardhu pun tak sempat. Untuk Allah untuk agama tak ada masa. Bukan tak tau tutup aurat itu wajib tapi masih tetap dedah aurat. Hati berkarat. Ilmu akan kikis karat dan hidupkan hati.

Durian jatuh di tengah malam, boleh bangun kita ambil lampu suloh pergi suloh durian. Tapi nak bangun solat tahajjud malam mak datuk payah. Sebab kasih pada dunia. Ilmu dan amal itu adalah jalan menuju syurga. Jika tak ada jalan maka tak sampai. Jika ada jalan tapi menyesatkan pun tak guna juga. Dunia untuk diri sendiri senang. Tapi dunia dihalakan pada orang lain, belum tentu.

Dunia berubah tapi ibadah tak berubah. Solat sunat dua rakaat tak berubah, tak ada tambahan. Mengaji Qur'an malam jumaat je, tu pun surah Yaasin je, tak berubah-rubah. Dunia berubah, kos sara hidup pun berubah pangkat dah berubah gaji dah berubah, tapi sedekah ke tabung masjid tak berubah. Makan tu harus, tak makan pun tak apa. Tapi dah jadi wajib. Lauk apa pun tak kisah, ada lauk ke tak ada lauk, tapi soal lauk pilih macam-macam. Kasih kita pada dunia.

Di akhir zaman Allah sudah mengangkat nikmat cukup. Manusia lemas dengan sifat tak pernah cukup. Aku kalau ada motor buruk pun jadilah senang nak ke surau. Bila dah ada, aku kalau dapat kapcai sebijik best gak. Bila dah dapat, aku kalau ada superbike syok gak. Aku kalau ada kereta kancil pun jadilah, hujan tak basah. Dah ada kancil, nak pula wira, nak pula exora, nak pula inova. Manusia tak pernah cukup. Nikmat cukup sudah lama ditarik.

Bilakah manusia akan merasa cukup? Bila hati kata sudah memadai. Untuk itu hati yang berkarat mesti diasah siang dan malam. Hati yang mati kena dihidupkan dengan ilmu. Jika sanggup berkorban masa untuk Allah, sanggup meluangkan masa ke majlis2 ilmu, sanggup berkorban masa untuk agama, maka itu langkah pertama. Kemudian sanggup berkorban harta. Dan akhirnya sanggup berkorban nyawa untuk Allah dan agama. Tapi bila sifat tamak menjadi raja maka manusia akan sanggup berbohong dan sumpah dusta demi mengejar dunia. Nikmat rasa cukup sudah Allah tarik di akhir zaman ini.

Sebab itulah kena rajin ke majlis2 ilmu supaya diulang segala peringatan supaya hati yang berkarat dapat diasah berulang-ulang supaya karatnya hilang. Di asah dan di asah hingga tajam. Supaya menjadi manusia zuhud yang melihat akhirat itu agenda utama. Dunia sebagai medan ujian dan hiburan sahaja. Kalau orang bagi pujian, ucaplah Alhmdulillah. Kalau orang bagi kejian, sebutlah MasyaAllah.

Manusia yang zuhud melihat Allah yang berhak atas segala-galanya. Tiada pergantungan pada yang lain. Rezki yang Allah bagi itu bukan untuk disimpan atau bekal ke kubur tapi dibelanjakan macam air untuk manfaat dan saham akhirat. Bergantung harap hanya pada Allah. Rezki Allah yang maha luas. Tidak bergantung harap rezki dari makhluk tapi dari Allah SWT.

Berapa ramai manusia yang punyai wang banyak tapi tak dapat makan kerana pelbagai penyakit. Namun berapa ramai manusia tidak punyai banyak wang tapi masih dapat nikmat makan hingga kenyang. Maka sangat benarlah kita hanya hamba yang lemah. Allah berkuasa atas segalanya. Bersihkan hati daripada segala karat itu, agar nampak jalan mencapai tahap taqwa dan menuju syurga Allah.

@@@

16 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya akhi..

Ya sebaiknya kita pilih yang sedikit di atas yang banyak. Barangkali atas yang banyak tu, kita turut hanyut di dalamnya. Pasti bila dah hanyut pilihan untuk menambah ilmu agama di dada terpadam terus dan kejahilan terus menguasai..

Syukran atas peringatan..

School Of Tots said...

TQ Abd Razak. Hijrah dari jahil menjadi alim, insyaAllah.

As said...

Moga Allah siram nur ke rumah-rumah yang amal majlis taman syurga.

Peringatan yang panjang dan mendalam. Rasa disiram.

Moga Allah bagi kekuatan amal atas iman yakin secara istiqamah. Ameen.

insan marhaen said...

sayangnya, ramai orang lebih nampak karat di depan mata dari karat di dalam hati..

School Of Tots said...

TQ As. Hati karat bakal bersih berkilat disental oleh majlis2 ilmu taman syurga yg diiringi doa para jin Islam dan para malaikat sekelian, insyaAllah.

School Of Tots said...

TQ insan_marhaen. Ramai pula yg tak nampak taik mata walaupun di depan mata. Semoga pertemuan ini ada barokah, dari mata turun ke hati.

Team Casligas said...

rasa 'cukup' itu nikmat.

IMANNURBALQIS said...

syukran atas perkongsian yang hebat. (^_^)b

ooooooooo said...

alhamdulillah,jzkk ,atas perkongsian ini.

al-lavendari said...

terima kasih banyak atas entri ini. ayat yang pendek2 tapi jelas dan tepat. semuanya yang dikatakan adalah benar belaka.

* saya sedih bila ada kawan2 rajin pergi ke surau. tapi bila ada pengajian agama, mereka lebih suka bersembang sambil hisap rokok secara berjemaah di tempat makan.

School Of Tots said...

TQ team.casligas, semoga terus berbakti pada diri sendiri dan ummat.

School Of Tots said...

TQ IMANURBALQIS. Kerja juga ibadah. Jadikan 24jam itu ibadah, insyaAllah.

School Of Tots said...

TQ Umar Zakir Abdul Hamid. Dalam sendu ada tawa. Dalam renung ada fikir. Teruskan 3M - Muraqabah, Mujahadah & Muhasabah.

School Of Tots said...

TQ Tuan al-lavendari. Doakan agar Allah kurniakan hidayah, pada diri dan kawan2 sekelian. Belajar tasauf itu fardhu ain rupanya, dan kata ustaz khatam Kitab Penawar Bagi Hati insyaAllah bisa memenuhi tuntutan itu.

zul permatang badak said...

entahlah sots....anak2 juga dipecut untuk mengejar kepujian dlm persekolahan,seolah2 sijil itu penentu kejayaan dlm hidup.....

malah sijil juga sudah seperti wang, yg membolehkan /tahap kebahagian telah selesai....

School Of Tots said...

TQ zul. Nampaknya kita kena usahakan sedaya mampu untuk menambahbaik. Kalau biarkan mengikut arus sistem yg ada, maka anak malah kita sendiri mungkin hanyut dgn dunia dan kebendaan semata. Jasad mungkin kenyang tapi ruh kurus kering kelaparan. Teruskan pencarian ilmu termasuklah ilmu tasauf ini.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...