Apakah memang masa berjalan semakin pantas di akhir zaman ini? Apakah 24 jam duapuluh tahun dulu tidak sama dengan 24 jam pada hari ini? Rasanya jam Tissot di tangan masih berdetik sama seperti dulu, tiada beza. Maka teori bahawa detik waktu makin pendek atau makin cepat berlalu itu tidak betul. Boleh kita buat konklusi begitu?
Justru mengapakah kita ini merasakan bahawa "cepat sungguh masa berlalu" di mutakhir ini? Bukan kita saja merasa, malah kawan2 seofis juga merasa, manusia lain juga terasa begitu.
Ada juga saya dengar penjelasan iaitu detik waktu masih sama langkah laluannya cuma aktiviti harian atau urusan rutin manusia sudah padat dan banyak kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu. Maksudnya kita disibukkan dengan kesibukan kerja, dan rehnah dunia ini dengan lebih banyak kalau dibandingkan dengan aktiviti atau urusan di kampung dulu. Kita telah disumbat dengan teknologi dan produknya, sistem kapitalis dan korupsinya, iklan dan perniagaan, media massa dan multi medianya serta sukan dan hiburan.
Ada yang memberi kategori iaitu manusia di larakan dengan kelompok 5 S iaitu Screen, Sport, Smoke, Sex dan Song. Itu agenda yahudi dan nasrani untuk menyesatkan umat dan menjauhkan diri dari Allah, kata mereka. Apapun masa yg berlalu hilang sudah. Masa2 yg berbaki ini kembalilah pada Allah dgn taubat nasuha. Islamkan diri kita sebelum ajal tiba di depan mata.
Terbaca saya sebuah posting di blog Pandangan Kasih perihal jangan bazirkan usia, yang menyeru supaya berdoa mohon Allah kurniakan keberkatan dalam umur kita, agar sisa-sisa umur kita terpenuhi dengan segala macam kebaikan sehingga lah kita sampai ke detik terakhir usia.
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian."
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi)
Tabiat suka tidur atau bangun lambat terutamanya buat anak2 muda, sangatlah merugikan. Dalam hadith di atas diperingatkan supaya manfaatkan masa muda tika tenaga masih kuat minda masih tajam kepada pencarian ilmu dan usaha2 pelaburan akhirat sebelum tiba hari tua tika penyakit sudah banyak, tenaga sudah lesu, dan upaya sudah tiada. Anak2ku ubahlah gaya hidupmu. Menyesal ketika tua nanti tidak dapat mengembalikan nikmat masa muda yang berharga itu.
Pernah saya sebut pada posting terdahulu bahawa jika 1 hari (24 jam=1,440 min) di akhirat itu bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia, makanya 100 tahun (agak2 umur maksima manusia mutakhir ini) umur di dunia bersamaan dengan sekejap sahaja umur di akhirat, iaitu sekadar 2 jam 24 min. Kita disibukkan dengan urusan dunia siang dan malam sedangkan pada hakikatnya segala pengisian masa di dunia itu bersamaan sedetik waktu di akhirat sahaja. Maka mana yang lebih utama hidup sementara di dunia yang fana atau hidup kekal abadi di akhirat yang baqa? Sendiri mau ingat. Sendiri cari jawapan yang tepat. Baru dapat skor straight A.
Detik waktu semakin pendek? Dalam erti kata detik kematian semakin hampir. Setiap pagi pabila kita bangun daripada tidur, istighfarlah dan muhasabahlah bahawa sesungguhnya umur aku ini pendek lagi sehari, dan mendekatkan aku sehari lagi pada sebuah kematian. Maka insaflah dan kembalilah meletak yang haq kepada tempat yang haq, yang batil kita humbankan ke lembah kebatilan.
Peringatan dari sebuah posting di blog Pena Maya perihal the do & dont's bagi seseorang yang membuat posting di blog masing2 bagi usaha dakwah dan mengajak kepada kebaikan sangat bermanfaat bagi saya untuk kita sama2 buat peringatan sebagai tips & panduan bersama. Katanya:
- Janganlah menulis kerana perkara lain, selain dari niat kerana Allah (Elakkan riak dan ujub atau nak cari populariti).
- Janganlah menulis berdasarkan semangat sahaja. Jangan menulis untuk meluah emosi memaki hamun orang sahaja. Tulislah sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai, terutamanya Umat Islam.
- Blog mestilah kemas (bukan carca-marba). Hendak berdakwah mestilah ada audiens. Jangan terlalu berat untuk load (maksudnya remove unnessary link bagi mencepatkan akses internet).
- Yang paling penting, kongsikanlah bahan-bahan yang sahih. Jangan jadikan blog sebagai medium menyebar fitnah. Jangan kongsikan hadis-hadis palsu (atau yang diragui), jangan kongsi riwayat2 palsu, jangan kongsi berita palsu dan yang sewaktu dengannya.
Detik waktu semakin pendek? Hari ini hari jumaat penghulu segala hari dalam seminggu. Marilah kita iltizam sama2 untuk mengisi setiap detik nikmat waktu nikmat masa yang Allah pinjamkan ini untuk berbuat ibadah kepada Allah. Kerja juga ibadah apabila nawaitu nya kerana Allah dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dengan menunaikan segala syarat dan tuntutan-Nya. Beruntunglah apabila 24 jam yang Allah pinjamkan setiap hari ini dapat kita isikan dengan aktiviti dan urusan yang dapat ditafsirkan sebagai kategori ibadah kepada Allah. Maka tidak sia-sialah detik waktu yang semakin pendek ini.
Semoga ketibaan hari jumaat penghulu segala hari dalam seminggu pada minggu hadapan ini akan menceriakan. Ceria kerana setelah di muhasabah diri, ibadah kita bertambah. Pahala jadi rebutan dan dosa tidak dipandang ringan lagi. See you next Friday !!
@@@
6 comments:
untuk memperbaiki taraf hidup,kita memerlukan banyak masa untuk mencari wang......sehingga jiran sekeliling pun kita tidak pandang......
kita menyalahkan masa,kerana dalam satu hari kita menyumbat terlalu banyak perkara yg perlu dibereskan....
kita tidak pandai mengatur masa........
kita mengharapkan satu hari yg panjang.....
begitulah ....aturan tetap...tirai petang tetap datang......
TQ zul, maksudnya kena improve time management kot. Sebab Allah bagi pinjam sama je 24jam untuk semua orang termasuklah Presiden Obama & Ust Azhar Idrus.
sayapun ada 24 jam, sama dgn ustaz azhar idrus
Is time going shorter? Not to my way of thinking. I believe in we ourselves making time. Surah Wal Asr signifies the very importance of managing our time. The hadith you made reference to, in connection with the five opportunities, can only be achieved if we decide to take advantage of the time we have NOW.
I believe in dakwah, but not in writing and giving lectures on religious matters.
What is so important about dos and don'ts in blogging? We have our objectives in blogging, not necessarily for dakwah purposes.
Apart from making the best of the time available to us NOW, I believe in DOING rather than writing or talking. In Quran we find questions such us "Why do you say what you do not do?". The key is DOING, setting examples rather than giving advice and showing how "much I know".
There are enough books and kitabs on all subjects on earth; and we should not kid ourselves that we can do better in giving advice. The most difficult thing as a way of dakwah is DOING and setting good examples.
I hope I am allowed to write my comments freely, much as I expect visitors to my blog to do.
Salaam to you.
TQ sir Al-Manar. I appreciate your comment. We all have our part insyaAllah in doing good deeds. And we hope to get redha Allah. We can fool among ourselves but definitely cannot fool Allah. May Allah provide us His guidance to the true path. Amiin.
TQ Cikli. Enjoy your 24 hrs building dana akhirat.
Post a Comment