Friday, October 21, 2011

Ibadah Haji

Ceramah perdana di tempat kerja saya pada hari rabu lalu disampaikan oleh Ust Sapawi Che Mat dari Lembaga Tabung Haji di bawah tajuk "Ibadah Haji". Quota jamaah dari Malaysia pada tahun ini berjumlah 28,000 orang. Masa menunggu terkini setelah mendaftar ialah 30 tahun, maka Ust menyarankan supaya kita segera mendaftar untuk anak2 dan cucu2 kita. Jika bapa budak tak kacau 'duit raya' budak2 ni, insyaAllah setakat RM1,300 dalam akaun mereka ni tak ada masalah kot. Itu cerita peringkat anak2 dan cucu2 kita. Tapi kita bagaimana? Yang belum berdaftar tu harap dapat segera mendaftar. That is the first step.

Bertuahlah mereka yang tahun ini dijemput Allah menjadi tetamu-Nya ke Tanah Suci. Mungkin tempoh menunggu sehingga 30 tahun, tapi jemputan Allah hanya Dia yang menentukan. InsyaAllah sebelum 30 tahun sudah dapat pergi jika nawaitu kita ikhlas dan bergantung harap tidak pada yang lain tapi semata-mata kepada Allah SWT.

Sebagai perbandingan quota untuk Indonesia kini sekitar 280,000 orang setahun. Tempoh menunggu mereka pun sudah meningkat kepada 8 tahun, berbanding dengan sebelum ini yang tiada pun tempoh menunggu kerana quota mereka yang agak banyak, sehinggakan ramai jamaah dari Indonesia terdiri dari kalangan umur yang masih muda. Jarang kelihatan jamaah Indonesia yang disorong dengan 'wheelchair' semasa ibadah haji. Berbeza dengan jamaah Malaysia yang 30% terdiri dari warga emas dan kurang sihat.

Terdapat 50,000 org yang membuat rayuan kepada Tabung Haji tahun ini. Terdapat quota 'under table' 10,000 lagi sebenarnya untuk memenuhi golongan yang membuat rayuan ini, yang akan dapat diberikan kepada 20% sahaja daripada kumpulan ini. Kebanyakannya untuk jamaah yang berdaftar dengan 'pakej' haji dengan bayaran yang berganda dari jamaah muasasah. Artis glemer kita Aznil khabarnya mengerjakan ibadah hajinya melalui pakej bernilai RM120,000...wow. Jumlah perbelanjaan yang normal bagi mengerjakan ibadah haji melalui muasasah ialah RM10,000 dan duit poket RM2,000. Khabarnya mengikut Tabung Haji sejumlah RM100juta pengeluaran telah dibuat oleh para jamaah pada tahun ini untuk 'duit poket' itu.

Yang penting ialah niat yang tulus kerana Allah dalam menjalani ibadah haji ini. Jangan ada elemen riak, mengambil hak orang, dan segala sifat yang boleh mencacatkan. Bersihkan diri secara fisikal dan ruhani. Perkara remeh pun kena diambil perhatian, contohnya berebut-rebut naik bas atau naik lif sehingga menidakkan hak orang lain apatah lagi warga tua yang agak uzur. Mengambil bekalan pek makanan atau minuman yang diberi secara percuma melebihi dari jumlah yang diperuntukkan bagi setiap orang. Membuang air kecil ke dalam botol dan membiarkan botol2 itu berselerak di tepi2 khemah. Memotong Q untuk menggunakan tandas atau menyalahgunakan tandas untuk mandi sedangkan ramai orang yang beratur di luar untuk membuang hajat.

Kesabaran dan keikhlasan sangat berperanan penting bagi mencapai kesempurnaan dalam ibadah haji ini. Semoga para jamaah berjaya mencapai haji yang mabrur.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...