Monday, October 17, 2011

Jiwa Mahasiswa


Sudah agak lama saya tidak membuat posting baru. Tak ada apa2 idea baru yang boleh dikongsi. Mungkin saya nak sentuh sikit pasal anak2 kita. Bila anak2 sudah meningkat remaja dan memasuki pusat pengajian tinggi, banyak masa mereka di habiskan bersama kawan2 dan kesibukan di kampus dengan memenuhi jadual kelas, study, membuat homework, beriadah dan mengurus diri.

Maka fikiran anak ini sibuk dengan suasana itu hingga acap kali terlupa pula kepada tanggungjawab atau peranan sebagai anak, abang atau kakak. Lebih teruk lagi kalau sudah ada pakwe atau makwe. Kotak fikiran anak ini bertambah penuh. Ruang untuk keluarga pula menjadi sempit tanpa disedari.

Peranan ibu dan bapa ialah memberi 'slow talk' kepada anak2 sebegini supaya memahami realiti kerana ibu dan bapa pernah melalui peringkat ini suatu masa dulu. Sebab itulah penting untuk kita mempunyai pandangan 'big picture' berbeza dengan pendekatan pergaulan yang jumud dan taksub kepada kelompok yang kecil.

Saya suka menasihati anak2 supaya suka membaca, mencari ilmu dan mencintai ilmu dan suka kepada majlis2 ilmu. Banyak ilmu sebenarnya boleh kita jumpa di internet. Apabila saya meneroka alam siber dan singgah di pelbagai laman web atau blog, acap kali saya terjumpa dengan kelompok anak2 muda yang punyai wawasan dan melihat kehidupan pada skop yang luas.

Topik yang dikupas atau subjek yang dibincangkan merangkumi perbahasan yang intelek berdasarkan fakta dan analisa dari pelbagai perspektif. Saya salut kepada kelompok anak2 muda ini. Saya punyai harapan mereka ini akan menjadi profesyenal yang bijak dan faham agama .


Seorang mahasiswa di Mesir berkata, "Aku bersyukur kerana masih solo dan tidak ada makwe, kerana sekurang-kurang masa aku untuk bergayut dengan makwe di talipon boleh aku gunakan untuk menalipon ibu dan ayahku di tanahair."

Kekadang kita lupa apabila dilekakan dengan kawan2 dan kehidupan kampus bebas dari kongkongan keluarga, sehinggakan apabila sesekali pulang ke rumah pun, hati kita bukan di rumah, tetapi melayang jauh bersama kawan2 atau makwe dan aktiviti kampus. Sepatutnya kita boleh membahagi masa semasa pulang hujung minggu itu - 1/3 untuk keluarga, 1/3 untuk study, 1/3 untuk rehat. Tinggalkan kawan2, makwe dan hal2 kampus itu sebentar.

Janganlah terganggu pelajaran dek asyik 'bercinta' atau berkhayal perihal makwe dan pakwe.Asyik dok melayan sms setiap 5 minit atau ber'facebook' hingga 3-4 jam. Berkawanlah biar seribu supaya ada banyak pilihan dan dapat membuat pilihan terbaik mengikut ciri2 nilai agama dan akhlak mulia. Di kampus itu adalah peluang terbaik untuk berkenal-kenalan dan menilai pada kelompok mahasiswa mahasiswi yang luas.

Jadilah kita manusia yang berjiwa besar. Tingkatkan skil komunikasi. Dedahkan diri pada suasana pembelajaran dan pergaulan yang intelek. Jangan jadi manusia yang gagal mendapat ilmu yang optima walaupun berada di gedung ilmu. Ingat mahasiswa punya tanggung jawab besar pada diri, keluarga dan masyarakat. Termasuklah hutang PTPTN RM28k yang akan mula dibayar setelah grad nanti RM170 untuk 180 bulan.

@@@

8 comments:

Cikli said...

nasihat yang baik tuan.
akhirnya hutang ptptn yang kena bayar.
saya sendiri kena bayar hutang mara.

School Of Tots said...

TQ Cikli. Harapnya anak2 kita ini faham tanggungjawab besar mereka. Kita sebagai ibubapa juga kena faham amanah kita. Semuanya Allah punya, tiada yg kita punya.

zul permatang badak said...

ada diantara mahassiwa kekok bila menggauli masyarakat kerana mereka sukar untuk memisahkan diri dari kelompok mahasiswa itu sendiri....

pandangan big picture penting,memikirkan jalan terbaik menjerumuskan diri dengan realiti masyarakat luar sebenar.....

menjerumuskan diri bukan bermakna hanyut dengan kealpaan atau tipudaya warganya,itulah pentingnya ketaqwaan sebagai pendinding diri disamping menyuluh nurcahaya untuk masayrakat sekiranya wujud kepincangan......

mahasiswa....harapan masa depan...
sot...slmt menulis....

School Of Tots said...

TQ Zul. Agak risau memikir mahasiswa yg agak kaku & kelam pandangan atau memberi pendapat. Setuju, yg penting takwa. Street smart menempuh hudup. Skil komunikasi perlu di mantapkan.

Hidayatullah said...

nice.. memang trasa ditembak di dahi ble bace post nih.. ha3

School Of Tots said...

TQ Hidayatullah for dropping by. Be the best that you can be !!

"Two roads diverged in a wood, and
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference."

Achu Tra said...

akhi SOT...nok jadi mahasiswa berjiwo besar kena lah lihat dunio dengan pandangan mata HATI...mengukur dunia guno "lensa" fizikal & nafsu...tok leh nok gi mano...

School Of Tots said...

TQ Achu Tra. Ambo setuju !! got to see the world tru bird eyes.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...