Saya pun didedahkan dengan perkataan2 yg biasa bagi jamaah tabligh seperti nusrah, khususi, ghast, targhib, karkun, taam, rahaba, ikram, taskil, mutakalim, zuminder, muhallah, dan karkuzari. Majoritinya dari bahasa arab. Saya sangat respect kepada jamaah tabligh ini yang sangat besar pengorbanannya untuk menghidup sunnah mengajak manusia kepada jalan Allah dan menyebarluas risalah tauhid ke seluruh pelusuk tanahair dan dunia luas.
Sahabat saya Tn Hj Munir pada masa ini juga sedang berjihad 40 hari di jalan Allah di luar sana bagi usaha taskil dakwah ini. Saya faham pengorbanan besar beliau walaupun terpaksa meninggalkan keluaraga tercinta terutamanya ibunya yang uzur.
Saya sempat juga ber sms dengan beliau beberapa kali:
"Tuan, apa khabar? menghirup udara Allah d mana hari ni?"
"Alhamdulillah, kat daerah baling kedah.""Sihat, tapi iman masih lemah. Tuan, sekiranya kita dapat Allah, kita dapat segala2nya. Sekiranya kita hilang Allah (tiada dalam hati) kita hilang segala-galanya."
"Jazakallah tuan. Semuanya Allah punya. Tiada yg kita punya."
"Betul itu yg kita kata dimulut, tapi dihati & perlakuan jauh berbeza. Semoga Allah ampun & bagi kita faham. Dgn pengorbanan, Allah akan buka pintu kefahaman, insyaAllah."
Saya terjumpa sebuah coretan di sebuah blog untuk lebih memahami dan saya paparkan di sini.
*****
Pernahkah anda mengikuti jemaah tabligh keluar berdakwah 3 hari, seminggu, 40 hari ataupun 4 bulan? sekiranya pernah pasti ahli jemaah menganggap anda sebagai antara manusia bertuah kerana memperuntukkan sebahagian daripada usia kepada agama, sedangkan masa sekarang ramai manusia berebut2 untuk mendapat habuan keduniaan. Kerana terlalu memikirkan keduniaan sehingga tidak masa untuk memikirkan agama. Untuk sembahyang jemaah di surau berdekatan pun susah, inikan pula sanggup berjauhan dengan anak isteri semata-mata melakukan kerja agama.
Ahli jemaah tabligh amat berkeyakinan bahawa cara dakwah mereka menepati cara yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cara yang dibuat selain cara sedemikian adalah sukar untuk berjaya. Perkara yang paling penting dalam berdakwah mengikut cara tabligh ialah keihklasan pada diri setiap jemaah. Kesabaran juga perlulah kuat dalam diri. Ini kerana bukan sedikit kata-kata daripada orang Islam sendiri yang seolah-olah memperlekehkan kerja-kerja dakwah mereka. Setiap kata-kata yang kadang kala pedas diterima dengan hati yang tenang dan bersangka baik.
Jemaah Tabligh berpendapat gerakan dakwah perlu keluar dari rumah untuk menyampaikan ajaran agama. Semua umat Islam apabila ditemui akan diberi peringatan tentang ajaran agama. Ini kerana manusia sering lupa dan hanyut dengan keindahan serta tipu daya dunia yang sementara ini. Inilah cara yang dibuat oleh nabi SAW dan para sahabat RA. Mereka saling memberi peringatan sesama islam dan dalam masa yang sama memberi semangat dan motivasi supaya tidak patah semangat dalam mengamalkan syariat.
Seperkara yang lebih penting ialah cara melakukan dakwah. Mereka mendakwa cara berdakwah dengan cara berceramah di masjid, surau dan madrasah kurang memberi kesan kepada masyarakat Islam. Salah satu pendekatan dakwah yang paling penting yang amat kurang dilakukan oleh umat Islam hari ni ialah dengan cara keluar berjumpa dengan saudara seIslam. Apabila berjumpa, maka mereka akan saling mengingati pesanan Nabi SAW dan ajaran agama Islam. Golongan yang diziarahi itu bukan hanya golongan tertentu sahaja, sebaliknya semua lapisan masyarakat tanpa mengira status kedudukan.
Dengan cara ini semua golongan akan dapat dijumpai, seterusnya berpeluang untuk bercakap hal-hal keagamaan. Orang-orang yang selalu lepak di kedai kopi yang amat jarang dan liat untuk mengunjungi masjid akan dijumpai dengan cara ini. Anak-anak muda yang biasa duduk di pinggir dengan motosikal sambil mengusik gadis akan ditemui, seterusnya akan ditegur dan disampaikan pesanan agama. Perkara sama ada dia menerima nasihat atau tidak adalah perkara kedua. Ini kerana yang memberi hidayah bukan ditangan manusia. Yang paling penting penyampaian dakwah sudah dilaksanakan.
Ini berbeza sekiranya penyampaian nasihat agama hanya dilakukan di masjid, surau ataupun madrasah. Golongan pemuda nakal, golongan yang liat untuk berjamaah di masjid dan orang islam yang tidak bersembahyang tidak akan dapat mendengar nasihat agama ini. Keadaan ini seolah-olah akan terus membiarkan mereka dengan dunia mereka tanpa dinasihati oleh orang yang memehami agama. Ini akan merugikan ummat Islam keseluruhannya.
Niat adalah perkara yang penting. Mereka sentiasa mengambil berat berkaitan niat. Niat keluar tabligh adalah kerana melakukan urusan agama, menyiarkan sunnah nabi yang semakin dilupakan dan menyampaikan ajaran Islam dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan apa-apa, melainkan keredhaan Allah Taala. Sekiranya tidak diniatkan betul-betul, maka perbuatan mereka adalah sama seperti melancong. Ini kerana golongan tabligh akan berjalan ke mana sahaja ada kumpulan manusia. Setiap negara di dunia semua sudah dimasuki oleh jemaah tabligh. Walau sesulit manapun cara untuk memasuki sesuatu tempat, mereka tetap akan mencari jalan untuk sampai ke sana.
Sebenarnya jika diperhatikan pada Ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW, akan didapati betapa banyak ayat dan nas yang memberi galakan dan pujian kepada cara dakwah melalui kaedah jemaah tabligh. Dalam Surah Al-Asr dikatakan bahawa mereka mereka yang sentiasa saling memberi peringatan agama adalah orang yang beruntung dan tidak rugi. Dikatakan lagi dalam suatu Hadith Nabi SAW bahawa apabila dua orang lelaki berjumpa kerana Allah, bercakap dan memperkatakan tentang agama dan kebesaran Allah, dan berpisah kerana Allah, maka Allah akan memberkati hidupnya.
Seorang yg aktif dengan kumpulan tabligh menegaskan bahawa kumpulan tabligh sekarang amat aktif memasuki negara China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Korea Utara. Penerimaan masyarakat bermata sepet tersebut terhadap Islam amat menggalakkan. Rupa-rupanya ramai daripada mereka yang masih belum mendengar dan melihat dengan sendiri seruan dakwah Islam.
Negara Korea Utara yang berfahaman komunis walaupun sekarang berdepan dengan sekatan antarabangsa kerana isu nuklear, tetapi jemaah tabligh tetap tidak berputus asa untuk masuk ke sana. Negara itu dapat dimasuki dengan jalan darat melalui negara China. Saudara-saudara seIslam dari yang berbangsa Korea dan China dengan senang hati mempermudahkan kemasukan jemaah tabligh ini. Inilah semangat persaudaraan Islam yang amat tinggi nilainya. Jemaah Tabligh amat menyakini bahawa sekiranya sesuatu amalan dibuat dengan ikhlas, maka Allah akan mempermudahkan urusannya dan meneguhkan pendiriannya serta memantapkan semangatnya.
Jemaah tabligh tidak akan menghebahkan kegiatannya. Mereka tidak mahu amalan mereka menjadi riak. Bagi Mereka, biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya. Wang ringgit yang dibelanjakan ketika mereka keluar akan dianggap sebagai infak di jalan Allah tanpa mengharapkan balasannya. Apabila keluar, maka mereka tidak akan menceritakan kerjaya mereka walaupun amat ramai dari mereka yang memiliki kerjaya profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan ahli perniagaan yang berjaya.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa selepas tragedi tsunami melanda Acheh beberapa tahun dahulu, golongan tabligh dari seluruh pelusuk nusantaralah yang mula-mula sampai menghulurkan bantuan. Beribu-ribu dari mereka terus mengumpulkan duit dan terjun ke Acheh menghulurkan bantuan kepada warga Acheh yang sudah berputus asa untuk hidup. Di sana jemaah tabligh digelar sebagai kumpulan pemburu mayat. Mereka melakukan fardhu kifayah mencari ribuan mayat dan menguruskannya seperti yang dituntut oleh Islam.
Di sini dapat dilihat betapa kuatnya semangat persaudaraan se Nusantara yang bila-bila masa bersedia menolong saudaranya yang kesakitan. Sebahagian dari mereka terkena penyakit bawaan bangkai dan mayat dan meninggal dunia. Namun keadaan ini langsung tidak mematahkan semangat ribuan lagi jemaah untuk terus memburu mayat dan dikebumikan. Mereka juga menyediakan hidangan makanan untuk penduduk Acheh yang sudah tidak ada keyakinan diri.
Setelah 2-3 hari jemaah tabligh bertungkus lumus membersihkan kampung, menolong memberikan makanan setakat termampu dan menguruskan jenazah, maka barulah bantuan antarabangsa sampai. Maka surat khabar menyiarkan betapa banyak pihak antarabangsa datang menolong Acheh yang sedang menangis.
@@@
16 comments:
Assalamualaikum,
jazaka ALLAH hu khair
dari admin GERBANG UTAMA (blogkarkun)
TQ hainur hapis. Keep up the good work !!
Assalamualaikum tn,
moga2 Allah membalas segala pengorbanan mereka serta isteri & anak2 yg sedang ditinggalkan itu, dgn hidayah yg terus tersebar ke seluruh alam. Sungguh bukan mudah utk melakukan suatu usaha yg seringkali dpandang hina oleh segelintir manusia,dilabel selekeh, jumud, kolot dan seringkali pula disalahanggap sebagai meninggalkan dunia....moga Allah terus memberi kesabaran kpd mereka.......
sungguh bertuah orang yang mana dpt agama.. tp lagi bertuah kalau orang tu dpt usaha atas agama.. untuk dpt usaha nih.. mesti ada tolab(keinginan).. tu kne bagi penerangan kat org di luar sane. smoga Allah bagi taufiq kpd sy dan tuan untuk korbankan ape yg ada lagi dan lagi
keluar ke jalan Allah banyak kelebihannya.
TQ Norsha. Pengorbanan ke jln Allah, insyaAllah akan mendapat lindungan Allah.
TQ Hidayatullah. Semua kita punyai amanah & peranan menegak agama Allah. Teruskan perjuangan & pengorbanan semampunya.
TQ Cikli. Pengalaman membuat praktikal dgn pengalaman dari teori memang banyak bezanya. InsyaAllah tebaran dakwah akan berterusan.
alhamdulillah.terima kasih jzkk perkongsian..
seharusnya semua umat islam ambil semangat mereka.dan tak kira kita dalam bidang apa pon,sebarkanlah islam even satu ayat macam kata Rasulullah SAW dalam hadis Baginda SAW.
insyaAllah Islam akan bangkit.kita perlu sama2 membantu dan menasihati.yang paling penting,doa jangan sesekali ditinggal.
"hanya kepada Engkau kami menyembah,hanya kepada Engkau kami memohon"
TQ Umar Zakir. Yg saya sgt impress ialah usha jamaah yg melangkaui seluruh pelusuk dunia termasuk Brazil, Argentina, Russia, Jepun, Australia dan USA. Memang respect habis.
assalamualaikum tuan, terima kasih kerana sudi menjengok ke blog saya yg tak seberapa..
terima kasih atas sokongan tuan keatas jemaah tabligh, pujian tuan kpd kami, cukup utk mmotivasikan kami utk lebih berkorban utk belajar2 sebarkan agama. smoga Allah berkati tuan n seluruh umat :)
Amin.....
TQ Ibnu Hatari. Allah is watching. Setiap perlakuan diri ada CCTV yg merakam, yg akan didedahkan di hari perhitungan (judgement day). Diri sendiri yg rugi pada setiap maksiat yg dilakukan. Pilihan untuk tidak rugi di akhirat merupakan setepat-tepat pilihan. Teruskan perjuangan anak muda !!
TQ hainur hapis. Segala kepayahan dan segala kesenangan itu daripada Allah belaka. Cintai Allah dan Rasulullah pada setiap detik hati. Segala kenikmatan ini hanya setitis sahaja dari kenikmatan Syurga. Akhirat destinasi kita semua, yg di sana ada kenikmatan Syurga dan keazaban Neraka. Buatlah pilihan tepat.
mari belaja2 korban untuk agama..
TQ Ziarah76. Kejayaan tidak dtg bergolek. Perjuangan untuk agama perlukan pengorbanan dan usha gigih.
Post a Comment