Ust Abdul Hadi Bakri Abdullah sekejap tadi membicarakan perihal tajuk Peribadi Mulia dengan menjelaskan Nabi SAW dengan akhlak dan peribadi terpuji secara umumnya berperanan kepada tiga tugasan pokok iaitu:
- Untuk membebaskan manusia dari mengagungkan sesama makhluk kepada mengagung dan mengesakan Allah SWT.
- Membawa manusia kepada gaya hidup Islam yg adil, hebat, komprehensif dan meninggalkan segala gaya hidup yg lain termasuklah yg di promosikan oleh yahudi dan nasrani.
- Dan yang ketiga mengeluarkan manusia dari memikirkan soal keduniaan yang sempit kepada memikirkan dan beramal untuk keluasan akhirat.
Sudah tentu ramai yang memilih untuk patuh dan taat kepadanya tanpa berbelah bagi lagi. Kerana apa? kerana habuan dunia yang dijanjikan tadi. Sedangkan memang disedari bahawa segala kemewahan dunia itu bersifat fana dan akan ditinggalkan apabila detik kematian menjemput. Tapi manusia tetap mengejar habuan dunia itu.
Maka apatah lagi yang berjanji ini Rasulullah SAW untuk diberikan bukan pangkat dan harta dunia dengan segala kemewahannya yang bersifat fana tetapi apa yang aku janjikan kata Rasulullah SAW ialah Syurga. Syaratnya taatlah kepadaku. Patuhi segala ajaran dan sunnahku. Bagaimana kita?
Apa yang dijanjikan Rasulullah SAW merupakan sesuatu yang kekal dan bukan bersifat sementara. Mengapa kita masih meninggalkan syarat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW itu? Apakah kita tidak mahu habuan yang di janjikan oleh Rasulullah iaitu Syurga?
Apabila kita faham hakikat ini maka adakanlah plan bertindak untuk mendirikan gaya hidup Islam bermula dalam keluarga kita. Kita adalah pemimpin melalui tauladan untuk keluarga kita. Ianya adalah tanggungjawab langsung, tiada kompromi. Hai orang2 beriman, selamatkanlah diri dan ahli keluarga kamu dari siksaan neraka Allah.
Sunnah yang terbesar Rasulullah SAW ialah solat berjamaah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di sepanjang hayatnya. Rasulullah tidak pernah menjadi makmum melainkan ketika solat subuh di hari kewafatan Baginda (waktu dhuha) yang diimani oleh Abu Bakar RA. Rasulullah menjadi imam solat berjamaah, menjadi pemimpin kepada umat Islam.
Solat berjamaah menjanjikan kelebihan 27x ganda. Pasal apa kita mensia-siakan tawaran mega itu? Apabila hidup berkeluarga, itulah jamaah kita. Dirikanlah solat berjamaah bersama anak2 dan isteri. Dan sesekali bawa mereka untuk ke Masjid menghadiri majlis2 ilmu dan solat berjamaah. Latihlah dan kekalkan solat berjamaah sebagai gaya hidup kita. Keluarga yang baik yang patuh pada Rasulullah SAW bakal membentuk sebuah masyarakat yang baik pula.
Bercakaplah dan berdakwahlah pada setiap ruang yang ada kepada keluarga, kawan, jamaah masjid dan ahli masyarakat perihal Rasulullah supaya tersemai dan tumbuh kecintaan kepada Baginda. Kena rajin membaca sirah Rasulullah dan sampaikan kembali kepada orang lain. Tak cukup diserahkan kepda Ustaz sahaja kerja2 penyampaian ini. Setiap kita kena berdakwah.
Guru, Imam, Khatib, Pegawai2, Petani dan Nelayan semuanya berperanan menanam akhlak, tauladan Rasulullah SAW dan jadikan baginda ikon dalam menjalani kehidupan kita, insyaAllah. Inilah sumbangan besar yang mesti dibuat supaya prilaku masyarakat akan bertambah baik.Jadilah professional alim yang tahu halal haram.
Rasulullah manusia luar biasa. Ibarat tebaran batu-batan di muka dunia, Baginda adalah permatanya. Sehinggakan pada saat kelahiran baginda api yang disembah oleh kaum majusi yang tidak pernah terpadam selama ini menjadi terpadam. Itulah petanda Rasulullah membawa manusia keluar dari kegelapan dan kesesatan untuk menuju cahaya kebenaran.
Banyakkan berselawat kepada nabi kerana ia adalah merupakan doa untuk kebaikan kita sebenarnya kerana setiap selawat yang kita lafazkan, Allah akan berselawat 10x untuk kita. Maka ganjaran kebaikannya menjadi milik kita untuk saham akhirat. Peribadi mulia yang dimiliki oleh Rasulullah adalah contoh terbaik untuk kita ikuti bagi memiliki jiwa hamba yang sebenar.
Namun manusia ini tidak suka jadi hamba. Itulah sebab agaknya ramai manusia yang suka mendedahkan aurat. Bermain bola atau badminton dengan memakai seluar pendek yang mendedahkan aurat. Tidak salah beriadah atau bermain, tapi kenapa lupa Allah? Hamba apakah kita ini?
Tidak menutup aurat itu menunjukkan kita main-main dengan perintah Allah SWT. Ingatlah orang yang bermain-main dengan perkara agama mendedahkan diri kepada mati dalam kekafiran. Hendakkah kita mati dalam kafir? Maka marilah kita berdoa agar Allah matikan kita dalam Islam.
- Istiqamah dengan cara hidup Islam.
- Berdoalah kepada Allah agar kita mati dalam Islam.
Jam kini: 1:31am, selamat beradu insan kamil sekelian.Jazakallah.
@@@
No comments:
Post a Comment