Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Saturday, October 29, 2011
Ijtimak Tarbawi 2011
Pada hari pertama Ijtimak Tarbawi ini TGNA dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS menekankan soal mati, latih mati, supaya kalau mati, puas hati. Bukan persoalan pembangunan dunia yang tidak kehabisan hingga membelakangkan terus soal mati. Tidak ingat nak mati. Lupa mati itu pasti, bahawa segala perlakuan di muka dunia bakal dihitung ditimbang amal baik dan amal buruknya. Di sana hanya ada dua kesudahan samada Neraka atau Syurga.
Tasauf itu ialah membersihkan jiwa. Kita diajak mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah Rasulullah bukan sekadar berjanggut, berserban, berjubah, berkain paras betis dan bersugi, tetapi memerintah negara juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak mahu menjadi ahli cerdik pandai tetapi menyalah gunakan cerdik pandai kita untuk melakukan kemungkaran. Abu Jahal juga seorang cerdik pandai hingga di gelar Abu Hakam (cerdik) pada zamannya.
Semua benda dibuat berpasangan melainkan Allah sahaja yang tiada pasangan, Allah itu Esa. Hati yang bersih ialah bersih dari dosa, dapat mengenal dosa pahala, Syurga dan Neraka. Segala gangguan musuh dapat di patahkan dengan penglihatan Qalbu yang bersih, insyaAllah.
Nik Abduh pula menyentuh tafsir surah as-Saff yang membicarakan kepentingan agama yang membina manusia, setiap manusia pula perlu bermasyarakat, dan agama membantu kita menyintai manusia dalam masyarakat dan menjadikannya sebagai instrumen untuk membina sahsiah ummah. Ijtimak Tarbawi mengajak para pemuda untuk berkumpul supaya mendapat kesedaran dengan tarbiyah dan pengisian ilmu dan iman. Barisan pemuda akan menjadi tunjang barisan kepimpinan suatu masa nanti. Memenangi pilihanraya akan datang adalah dengan pertolongan Allah yang mesti didahulukan dengan kerja yang sungguh2, sistematik dan berstrategi.
Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda menegaskan bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam. Ibarat sebuah perniagaan yang memerlukan modal iaitu modal tetap dan modal pusingan. Tanpanya tidak mungkin kita akan berjaya menguruskan sebuah perniagaan yang berjaya. Begitu juga dengan perjuangan Islam ini. Kita perlukan modal. Modalnya ialah ilmu dan keperibadian. Ilmu adalah modal tetap. Setiap kita mesti melengkapkan diri dengan ilmu di dada untuk berdepan dengan masyarakat dan segala cabaran dan rintangan. Keperibadian pula ialah merupakan modal pusingan, sebagai pemikat pelanggan, yang menjadi jejantas yang menghubungkan kita dengan masyarakat. Maka sudah semestinya setiap pemuda dan murabbi sekelian mestilah mendalami urusan agama supaya dapat menghidangkan pekej bersepadu yang laku dan menarik di tengah masyarakat.
Pemuda bukan politikus yang objektifnya memenangi pilihanraya semata-mata, tetapi berperanan lebih dari itu. Kita mahu pemuda mempunyai pakej 3 dlm satu iaitu sebagai orang yang implemen politik, tarbiyah dan dakwah. Abdullah Ibnu Mubarak pernah menegur seorang ulamak yg asyik beribadah di dalam masjid supaya keluar di luar sana untuk berjihad di tengah2 masyarakat untuk melahirkan umat yang gemilang di sisi Allah.Setakat bertafakur di atas sejadah tidak akan mengubah masyarakat kepada kebaikan.Kejayaan tidak akan datang bergolek melainkan dengan usaha keras.
Perasmian Ijtimak Tarbawi 2011 di sempurnakan oleh YB Salahuddin Ayub merangkap Naib Presiden dan bekas Ketua Dewan Pemuda. Beliau menyeru supaya pemuda berjuang dengan cara masing2. Orang kaya berjuang dengan cara orang kaya, orang cacat berjuang dengan cara orang cacat, dan orang sakit berjuang dengan cara orang sakit. Kita kena berjuang pada susah dan senang. Kejayaan tidak akan datang bergolek.
Ada sebuah kisah seorang sahabat yang cacat kudung kedua belah kaki dan kudung kedua belah tangan, apabila mendengar seruan jihad dan keutamaann fisabilillah, beliau tidak mahu ketinggalan. Maka beliau pun mengambil upah mengangkut air untuk satu keluarga. Cuba bayangkan kepayahan beliau menjalankan pekerjaan itu. Maka diakhirnya beliau mendapat upah 3 biji tamar. Sebiji tamar dia memakannya untuk memberi tenaga, sebiji lagi diberi kepada ahli keluarganya, dan sebiji lagi di berikan kepada Rasulullah sebagai sumbangannya untuk fisibilillah. Dia berkata, "Ya Rasulullah, inilah sahaja sumbangan yang mampu aku berikan." Rasulullah sangat terharu dan bersabda, "Inilah jihad yang paling afdal pada hari ini."
Ada lagi satu kisah di sebuah kampung pendalaman. Apabila YB melawat rumah seorang Pakcik yang dhaif, tapi masih diraikan dengan hidangan makan malam. Naik saja tangga rumahnya dapat dilihat dinding dapur. Kelihatan di anjung depan tersidai 3 keping getah dan di anjung dapur tersidai 3 keping getah. YB bertanya perihal keadaan itu. Maka Pakcik itu menjawab hasil jualan 3 keping getah di hadapan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga, manakala 3 keping yg di belakang itu akan disumbangkan kepada perjuangan parti. Inilah antara contoh wira2 pejuang 'the unsung hero' yang berjuang tanpa mengharapkan pangkat dan nama tetapi hanya mahu melihat Islam tertegak.
Kita jangan complacent dengan zon selesa. Ambillah iktibar dari syarikat gergasi Honda, Mitsubishi dan Toyota yang suatu masa dulu tidak terlintas ada syarikat2 kereta lain yang boleh mengatasi mereka. Namun dengan kehadiran syarikat2 dari Korea seperti KIA dan Hyundai berjaya menggugat kedudukan mereka. Justru mereka memperuntukkan budget yang besar untuk bidang R&D dan inivosi supaya mereka boleh terus bersaing dalam industri ini.
Berlainan pula dengan Syarikat komunikasi gergasi Nokia yang begitu gah suatu masa dulu tidak mahu menerima nasihat pakar ekonomi industri untuk bergabung denga Android Google, kononnya Nokia ada kekuatan tersendiri. Tapi akhirnya perkongsian pintar oleh Apple dan Samsung dengan Android Google ini telah menghasilkan satu inovasi yang menjadi hit dan berjaya memintas Nokia. Itulah akibatnya kerana gagal membaca kehendak anak2 muda yang inginkan fungsi pelbagai pada handphone mereka iaitu kemudahan voice, application, game, sms, mms, dan email.
Sesiapa yang lalai dan merasakan diri mereka gagah dan kuat akan ketinggalan akhirnya. Inovasi dalam gerakkerja, penyampaian ilmu dan strategi sangat penting untuk memenangi hati rakyat. Seorang panglima yang handal memiliki 10 bilah pedang akhirnya mati juga dibaham singa, kerana apa? Kerana dia tidak menggunakan walau sebilah pun pedangnya. Begitulah walau secerdik mana pun kita atau berilmu setinggi mana pun, kalau gagal menggunakan kepandaian dan ilmu yang dimiliki itu, kita akan tetap kalah di hadapan musuh.
Pendekatan tasauf yang digunapakai oleh para ulama beberapa dekad dulu berjaya mengembangkan agama Islam di Nusantara ini menggantikan pengaruh Hindu dan Budha yang begitu berleluasa. Masyarakat melayu pada masa itu mengamalkan pelbagai mentera hindu. Ulama dengan pendekatan tasaufnya telah memperkenalkan zikrullah, selawat dan marhaban yang bersesuian dengan selera masyarakat pada masa itu. Usaha ini telah berjaya menggantikan amalan mentera hindu tadi. Inilah yang dimaksudkan dengan inovasi dan pendekatan kontemporari tanpa menggadaikan maruah dan agama.
Mengikut kajian AC Nelson, anak2 muda kini sudah tidak mengikuti berita dalam TV atau arus media perdana. Mereka telah beralih kepada media internet. Maka kita mestilah berubah untuk menyediakan content yang sesuai dengan selera mereka ini. Presiden Barrack Obama memenangi kerusi Presiden dengan mendapat banyak bantuan dari kemudahan facebook, twitter, blog, sms dan mms. Gunakan ruang teknologi baru ini sepenuhnya untuk berinovasi.
Contohi negara Iran yang memberi ruang kepada orang2 seni berkarya hinggakan filem mereka seperti "Under The Moonlight" berjaya memenangi award di pesada antarabangsa. Amarah anak muda berjaya menumbangkan kerajaan di Mesir, Libya dan Tunisia. Kini merebak ke Yaman, Syria dan banyak lagi. Dengan pertolongan dan kehendak Allah insyaAllah Putrajaya akan diambil alih pada pilihanraya yang akan datang ini.
Filem pendek "Gua Ikut Enta" hasil karya DPPM Production yang begitu hot di You Tube mungkin merupakan langkah penting kepada penerokaan ini.
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment