Mengapa harus di kumpulkan 100,000 manusia lagi kali ini untuk duduk membantah? Apakah segala isu yang dibangkitkan tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak berkuasa? Atau kalau ada tindakan yang diambil, mungkin tidak begitu ikhlas? Atau apakah sememangnya isu2 ini tidak mahu di selesaikan atau di cari penyelesaiannya? Penyataan bantahan yang bagaimana lagi yang dimahukan?
Bila di tengok pada senarai lapan tuntutan yang dibangkitkan ini, maka rasanya tidak satu pun yang berjaya diberi reaksi positif setakat hari ini. Mungkin hanya satu mendapat tindakan iaitu gunakan dakwat kekal. Itu pun belum tentu dilaksanakan, kerana pada PRU12 dulu penggunaan dakwat kekal telah dibatalkan pada saat2 akhir.
Sebenarnya kalau ditengok secara rasional apa yang dibangkitkan adalah isu2 yang straight forward saja. Rakyat mahukan pilihanraya yang bersih dan adil. Itu saja. Saya rasa ini sangat logik dan patut disokong oleh semua.
Sebuah pilihanraya demokrasi yang dimenangi tanpa penipuan dan platform yang berat sebelah akan lebih berkat dan memuaskan. Yang menang akan teruja dan bahagia. Manakala yang kalah akan puas hati juga dan akan berusaha dengan lebih gigih. Sistem pemerintahan negara akan lebih mantap kerana ditunjangi oleh kelompok pemimpin yang berintegriti dan tidak rasuah.
Bila ditanya kepada pemimpin BN, maka dikatakan pilihanraya kita memang sudah bersih dan adil. Jika tidak mana mungkin lima negeri mampu jatuh ke tangan PR? Itu bukti kita bertarung di gelanggang pilihanraya yang betul.
Bila diminta pandangan pemimpin PR, maka dinyatakan ya benar lima negeri dapat kita tawan melalui sistem yang punyai kelemahan tadi malah majoriti votes yang PR perolehi menjangkau 48% berbanding 52% kepada BN. Jika segala kelemahan yang ada itu diperbaiki PR yakin keputusan yang lebih baik akan dicapai, malah Putrajaya tidak lagi mustahil di tawan.
Apakah ini yang ditakuti oleh kerajaan BN? Sehinggakan tuntutan yang sangat baik oleh gabungan NGOs atas nama Bersih ini dibakul sampahkan begitu saja? Mengapa mahu dikekalkan sistem yang korup itu walaupun bukti demi bukti dikemukakan saban hari? Mengapa? Mungkinkah BN takut kehilangan kuasa memerintah jika gelanggang bertarung sama rata?
Pihak kerajaan BN tempoh hari memberi kenyataan bahawa Bersih 3.0 tidak membahayakan keselamatan awam dan memberi lampu hijau untuk diadakan. Namun pihak DBKL pula tunjuk belang untuk tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan. Kenapa? Bukankah pihak kerajaan sudah beri kebenaran? Lagipun pihak menganjur menegaskan ia cuma dalam format 'duduk bantah' selama dua jam sahaja. What is the fuss?
Sekarang nampak gayanya back to square one. Pihak polis pula diminta campur tangan untuk mengawal keadaan. Masalahnya ia boleh bertukar menjadi medan provokasi hingga berlaku kekecohan, kecederaan, dan seumpamanya. Apa yang berlaku pada Bersih 2.0 akan berulang. Kalau benarkan saja Bersih 3.0 berlangsung dalam keadaan aman selama dua jam itu, bukankah elok. Tiada rakyat yang susah. Pihak berkuasa juga dapat tidur lena. Hak berhimpun secara aman, bukankah termaktub dalam perlembagaan Negara?
@@@
No comments:
Post a Comment