Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 Lagi Gambar

Suara rakyat suara keramat. Laungan dan bantahan tidak kurang daripada 300,000 rakyat marhain untuk pilihanraya yang bersih disaksi seluruh anak muda dan rakyat jelata. Rakyat datang ke ibukota dari seluruh pelusuk negara. Kerana apa? Kerana ingin melihat perubahan. Tanpa pengorbanan dan kesusahan maka tiada perubahan. 


Rakyat benci penipuan dan manipulasi sistem pilihanraya hingga menjadi kunci untuk kekal bergayut pada kuasa untuk memerintah negara. Yang sadis polis di cucuk hidungnya untuk menjadi barua pihak pemerintah untuk membantai rakyat, menyembur air kimia dan gas pemedih mata tanpa rasa belas lagi. Mengapa begitu kejam? Bukankah suara rakyat harus didengar dan di bela? Bukan sebaliknya. Apa bahayanya membenarkan rakyat duduk bantah selama dua jam di Dataran Merdeka?


Melihat video yang di tayangkan pada skrin besar di majlis ceramah selepas BERSIH 3.0 'Menentang Kezaliman' di Taman Melewar pukul 11 mlm tadi yang memaparkan puluhan polis membelasah seorang anak muda seperti binatang, sangat melukakan jiwa ribuan yang hadir. Di mana perginya rasa kasih sayang dan pembelaan kepada rakyat marhain?


Namun jangan pelik kalau di muka depan akhbar2 perdana hari2 berikut ini akan terpapar gambar2 dengan tajuk sensasi peserta BERSIH 3.0 yang menyerang pihak berkuasa beserta cerita2 one-sided yang lain. Bukankah coverage seimbang di media perdana merupakan salah satu tuntutan BERSIH yang masih gagal di layan?


Ratusan ribu rakyat berbilang kaum yang membanjiri KL hari ini adalah mewakili rakyat banyak yang inginkan satu sistem pilihanraya yang telus dan adil. Supaya kemenagan dalam pilihanraya manjadi kemenangan yang hak, bukan kemenangan yang palsu akibat penipuan demi penipuan. Ini perkara asas. Ini isu nasional. Sebab itulah pihak penganjur mahu adakannya di Dataran Merdeka yang mengikut Datuk Bandar KL memang dikhaskan untuk program2 bartaraf Nasional (walaupun acap kali juga program senamrobik di adakan di situ secara sengaja).  


Bukan permintaan yang di ada-adakan. Seluruh rakyat inginkan ini. Mengapa tidak? Berilah suatu penyelesaian yang ikhlas, win win situation. Mengapa berdalih itu dan ini. PSC yang ditubuhkan setelah diasak hebat selepas BERSIH 2.0 dulu juga gagal memberi penyelesaian yang ikhlas. Segala cadangan dan pandangan dari 14 siri mesyuarat yang diadakan gagal diterjemahkan dalam rang undang2 yang dibentangkan secara last minute di hari terakhir persidangan dewan rakyat. Lapuran minoriti yang dikemukan juga gagal di ambil kira atau diberi pertimbangan wajar. Rakyat ditipu lagi setelah sekian lama ditipu.


Seluruh dunia menyaksikan BERSIH 3.0 yang mencatat sejarahnya hari ini melalui You Tube, Laman2 Sosial Facebook, Laman Web, dan Lapuran Berita pelbagai TV Utama dunia. Momentum kini di pihak rakyat banyak. Parti pemerintah terpukul hebat, kemungkinan besar bakal membawa rebah. Maka pernyataan tentang PRU13 menjadi pilihanraya terkotor bukan sekadar omong2 kosong. Kuasa yang ada mesti dipertahan walau dengan apa cara sekali pun oleh parti pemerintah.


Harapan perubahan adalah pada pengorbanan dan perjuangan Rakyat semua. Bangkitlah Rakyat Malaysia sekelian daripada tidur yang panjang, mungkin sepanjang 54 tahun. Kebangkitan Rakyat yang tercetus oleh titik sejarah BERSIH 3.0 ini bakal menyemarak sebagai unggun bersih, membakar segala kemungkaran yang ada. InsyaAllah.














DUDUK  BANTAH


3 comments:

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...

TQ Umar Zakir Abdul Hamid. Manusia penipu hanya menipu diri sendiri, kerana Allah Maha Adil, tiada sekumit kuman akan terlepas dari hisaban Allah. And that's the fact.

School Of Tots said...

Isu yg di bangkitkan seharusnya di beri penyelesaian munasabah selepas Bersih 2.0 jika ada ikhlas. Kerana di kala itu tidak kurang daripada 100,000 rakyat sudah meluahkan rasa mohon perubahan dari sistem yg kotor kpd yg lebih bersih dan elok. Namun apabila sistem yg kotor mau di kekalkan atau tiada usha ikhlas dijelmakan untuk menangani tuntutan yg dibuat, maka Bersih 3.0 pun lahir sebagai kesenambungan usha mohon perubahan ini. Its only natural.

Cumanya pabila tidak kurang drp 300,000 rakyat peduli yg keluar drp kepompomg selesa untuk sama2 mengexperesi duduk dan bantah pada kekekotoran sistem yg ada, masih dianggap tidak releven, itu yg sedih. Yg timbul ialah rakyat memberontak. Yg timbul adalah cobaan gulingkan kerajaan. Yg di highlight rakyat bantai polis. Seolah2nya Bersih 3.0 tidak dipandang sebelah mata oleh pemerintah? Demokrasi yg amat jauh dari matang dan gentleman rasanya. Cakap tidak serupa bikin. Masih berlindung pada propaganda media berat sebelah. Rakyat yg bodoh. Namun di sana ada juga rakyat yg tidak bodoh. Rakyat yg tidak bodoh akan peka untuk mencetus perobahan, insyaAllah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...