Rasa tak puas hati betul. Sebabnya ini sarapan pagi bukannya makan tengahari dan ianya betul2 kejadian bukan cobaan. Saya memang suka berkira dan tak sanggup spend banyak untuk sarapan pagi. Selalunya kalau saya makan kat Keramat tu nasi lemak biasa dan teh tarik baru RM2.50. Kalau terliur sekali sekala pekena nasi lemak sotong dan teh tarik depa charge RM4.50. Jadi bila ditimpa keadaan di KKB ni...ish agak terkilan la pulak. Kalau kat restoran elok mungkin boleh justify la kot sebab kos sewa yang mahal. Tapi ni cuma gerai biasa majlis daerah kat tepi jalan besar.
Sesampai di ofis saya dok tanya dua tiga orang kawan se ofis. You kalau beli nasi lemak sotong biasanya berapa harga? Depa kata dalam lingkungan RM2.80 hingga RM3.80 macam tu. Ni kira harga area KL, bukan area ceruk tok kun. Maka heran bin ajaib jugaklah di hati ini. Baru saya teringat, sebenarnya ini bukan kali pertama kejadian. Beberapa bulan lepas saya pi sarapan macam tu jugak kat kedai yang sama bersama isteri. Isteri order mee kari dan nescafe, saya pulak nasi lemak sotong dan teh tarik. Rasanya kena charge banyak jugak, tak silap saya RM12.50 ke gitu. Tapi masa tu tak lah perasan sangat. Mungkin trademark kedai berkenaan agaknya. Kalau tak suka tak yah pi, betul tak? Alhamdulillah rezki dia, dapat hidup mewah.
Anyway saya nak cerita pulak satu kedai makan di food court Setiawangsa. Masakan makcik ni boleh tahan sedapnya, kata orang ada rasa, bukan jenis hentam kromo aje. Air minuman pun sedap. Yang famous ialah air limau asam bol & teh bunga. Yang saya nak ceritanya harga yang dikenakan memang harga patut. Dah le pinggan besar ala-ala kat hotel gitu. Kebersihan terjaga. Sebagai contohnya saya ambil nasi dengan lauk sambal sotong, paru goreng, sayur pucuk ubi dan minuman air teh bunga. Saya tanya makcik tu, berapa? RM4.50 jawabnya. Alhamdulillah, bagi saya cukup murah kerana kualiti makanan dan minumannya sangat baik. Saya tengok ramai student dari kolej berdekatan makan di situ. Semoga murah rezki makcik ini.
Saya teringat suatu kisah sekira-kiranya begini, pada suatu hari sebelum keluar rumah untuk sesuatu urusan Rasulullah SAW menyuruh Aisyah RA mengagih-agihkan daging seekor kambing yang dihadiahkan oleh seorang sahabat kepada mereka. Sepulangnya ke rumah, Rasulullah bertanya kepada Aisyah, apa yang tinggal untuk kita? Aisyah menjawab, semua telah saya bahagikan kepada jiran2 dan sahabat sekelian. Yang tinggal hanya satu kaki kambing itu sahaja. Maka Rasulullah pun menjelaskan, sebenarnya di Akhirat nanti kita akan miliki seekor kambing yang tiada sebelah kakinya.
Apa barang yang kita sedekahkan? Apa makanan dan minuman yang kita sedekahkan atau jamu orang makan dan minum? Apa hidangan dan juadah yang kita sediakan untuk jamuan saudara2 kita, itulah yang akan menjadi milik kita nanti. Bukannya yang dimasukkan ke dalam mulut untuk dikunyah lumat, kerana hakikatnya itu akan menjadi taik belaka atau pun ditukar menjadi sedikit tenaga yang akan diguna habis semuanya.
Maka sukalah saya menyarankan supaya kita suka belanja kawan2 makan dan minum. Wujudkan agenda untuk menjemput tetamu makan2 di rumah kita. Atau menghantar makanan dan minuman ke surau2 dan masjid bagi di infaqkan kepada para jamaah. Itulah sebenarnya makanan dan minuman yang kekal menjadi milik abadi kita.
Kepada para peniaga makanan dan minuman pula, cuba bayangkan jika di infaqkan 50sen pada setiap harga sepinggan nasi campur yang dibeli oleh pelanggan dengan niat sedekah, alangkan beruntungnya. Itulah pelaburan masa depan. Contohnya harga sepinggan nasi campur dan minuman itu RM5.50 tapi kita cakap harga RM5.00 je, atas niat dalam hati bahawa 50sen lagi tu aku sedekah kepada pelanggan tadi kerana Allah. Ish, ish hebat tu. Kayo kayo. Bukan setakat kayo di dunia. Cuba try tengok. Selamat beramal.
Oh ya teringat pula kisah satu brother penjual air tebu di Pasir Pekan Kelantan. Dia ni mesin tebu dan menjual air tebu di tepi jalan pada bulan Ramadan. Air tebu ni di jual dengan harga RM3 satu pek. Yang uniknya dia juga akan pek kan pek-pek kecil sekira-kira harga 50 sen atau RM1. Setiap pelanggan yang membeli air tebunya akan di hadiahkan satu pek kecil tadi dengan niat sedekah. Alhamdulillah berkat perniagaan Brother ni. Laris perniagaan dia. Untung dunia untung akhirat. Sementelah lagi bersedekah di bulan Ramadan. Peniaga yang sungguh bijak.
@@@
2 comments:
mau untung dunia akhirat
TQ Cikli. Rajin2lah zikrullah, insyaAllah untung.
Post a Comment