Semalam saya dapat satu eMail daripada seorang rakan seofis yang bertajuk "Sedikit coretan daripada Ustaz Don." Agak terkejut juga kerana rakan ini bukan beragama Islam. Ini merupakan eMail 'Islamic' kedua yang di forwardkan oleh beliau kepada rakan2 sekerja yang lain. Harapnya suatu hari nanti dengan membaca artikel2 atau coretan2 yang 'Islamic' ini, beliau akan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.
eMail berkenaan sebenarnya ialah sebuah petikan daripada seorang tokoh motivasi dan pendakwah iatu Prof Dr Muhaya:
"Jika gaji kita RM5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, maka beza RM3,000 itu Allah akan tarik balik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."
Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat 'give more'. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.
Apabila berbicara soal rezki ramai yang faham ianya berupa wang dan harta-benda semata. Sebenarnya rezki Allah ini maha luas merangkumi pelbagai aspek dan nikmat kehidupan. Ini termasuklah pacaindera dan tubuh badan kita, anak2 dan keluarga, akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan, alam dan suasana sekeliling, dan akhir sekali barulah harta-benda dan wang ringgit.
Allah SWT atas sifat-Nya yang Maha Kaya dan Maha Adil pasti menagatur cara hamba-Nya mengikut acuan yang terbaik, yang acap kali tidak terfikir atau tidak terlintas pada gambaran biasa kita. Namun apabila kita muhasabah diri dan menggunakan mata hati dalam menilai segala kurniaan dan nikmat yang Allah pinjamkan dan amanahkan kepada kita ini, barulah kita mula merasainya, insyaAllah.
Ada orang di beri gaji RM10,000 dan nampak mewah berbelanja, namun Allah SWT tidak memberinya anak, masih duduk rumah sewa, dan sentiasa ditimpa pelbagai panyakit. Mungkin seperti petikan di atas, dia hanya berbuat tugasan yang bernilai RM5,000 sahaja, maka RM5,000 lagi ditarik balik dalam pelbagai bentuk yang tidak langsung itu. Allah itu Maha Adil.
Seorang lagi kawan ini begaji RM6,000 sebulan. Dan Allah tambah lagi pendapatannya melalui bisnes purata RM7,000 sebulan. Maknanya dia dapat RM13,000 sebulan. Tapi dia masih mengeluh tidak cukup. Duitnya habis membayar hutang, bayar yuran anak di IPTS, maintanance kereta, dan dihujani dengan pelbagai masalah peribadi. Bila dikaji memang dia ini liat solat, isteri pun tidak menutup aurat, dan terus menjalani hidup yg lara dan kebendaan. Allah itu Maha Adil. Rezki harta-benda yang banyak itu tidak semestinya barokah.
Ada orang itu dihijabkan dengan keseronokan dan keindahan, contohnya dalam membeli rumah kediaman. Sanggup membeli rumah di lokasi tertentu yang harganya memang gila-gila tinggi, sedangkan rumah itu tidaklah sebesar mana. Maka sebahagian besar duit gajinya terpaksa diperuntukkan untuk membayar ansuran harga rumah itu. Pelbagai masalah lain pula timbul seperti masalah keselamatan, kawasan depan rumah yang tiada ruang untuk parking, kos tinggi penjagaan anak2, masalah jem dan soal2 hiruk pikuk kota yang lain. Begitulah Allah SWT menarik nikmat hidup tanpa disedari.
Berbeza pula dengan seorang kawan ini yang membeli rumah kediaman yang agak 'outskirt', menghirup udara segar, kehijauan, ketenangan, dan pemandangan semulajadi yang hebat. Rumahnya pula bersaiz agak besar siap dengan laman dan kawasan untuk seni taman. Di kurniakan Allah pula dengan Masjid berdekatan yang hidup dan imarah dengan majlis2 ilmu, Alhamdulillah. Allah memberi gaji yang mungkin tidak begitu mencukupi pada pandangan mata kasar tetapi Allah dengan sifat pemurah-Nya mengurniakan pula segala 'value added' yang sepadan termasuklah anak2 yang baik. Maka barokah rezkinya ada di situ, insyaAllah.
Ada seorang kawan memberitahu, "Kita ini gaji besar pun tak cukup, gaji kecik pun lagi tak cukup." Itulah agaknya profil rezki yang tidak barokah. Berbanding dengan orang yang bergaji kecik tapi cukup, atau bergaji besar yang juga cukup.
Hakikat rezki ini ialah semuanya daripada Allah SWT. Dialah pemberi rezki. Manusia kena bekerja tapi rezki Allah yang bagi. Ya Allah, cukupkanlah rezkiku. Aku bergantung harap kepada-Mu. Janganlah Engkau mufliskan aku di Akhirat nanti, dan janganlah Engkau mufliskan aku di dunia-Mu yang fana ini. Amiin.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
4 comments:
ingatan yang sungguh cantik. semoga rakan itu mendapat hidayah.
TQ Cikli. Allah Maha Adil. Don't worry be happy.
dr muhaya slalu bg ceramah kt ikim.fm pagi2. Dgr la ye. Sama2 doakan tuk sy gak yg lemah ini huhu
TQ hainur hapis. Dosa jgn dipandang ringan, pahala jadi rebutan. InsyaAllah yg lemah akan gagah.
Post a Comment