Thursday, April 19, 2012

Orang Yang Beruntung


Hari tu saya ikuti satu tazkirah Jumaat di Masjid Ar-Reduan Ulu Klang yang di sampaikan oleh Ust Muhammad Jim al-Hafiz. Ustaz bertanya, "Siapakah yang beruntung?" Ibarat kita orang berniaga. Mesti nak cari untung, mesti nak kaya, nak senang. Jadi siapakah orang yang beruntung?


Bagi penduduk di area Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung, rasanya agak beruntung juga, kerana bukan saja beruntung tetapi juga sentosa. Berkat nama yang elok, insyaAllah. Namun anggapan orang banyak, mereka ini tidaklah beruntung kerana sudah di cop di minda stereotype menyatakan tempat itu jauh, takdak orang, takdak kemudahan asas, banyak rumah kosong, rumah tak laku, harga tak naik dan macam2 tohmahan. Di tambah lagi dengan tagline "Along Bukit Beruntung". Namun hanya Jauhari yang mengenal maknikam. 


Hanya orang2 Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa menikmati dan merasai serta menghayati keindahan nikmat Allah dan betapa beruntung dan sentosanya mereka. Betapa hidupnya Masjid as-Salam Bukit Beruntung dengan majlis2 ilmu setiap malam, malah mendapat anugerah Masjid kedua terbaik di Selangor pada tahun 2011. Mempunyai tiga sekolah menengah, tiga sekolah agama, dan empat sekolah kebangsaan, dan dua sekolah jenis kebangsaan. Pelbagai kemudahan asas termasuklah Tesco dan supermarket, ada puluhan  kilang, mini market, restoran dan ratusan kedai2 perniagaan. Bersebelahan dengan highway PLUS yang mengambil masa hanya 35 min ke KL. Di tambah dengan suasana kehijauan dan ketenangan alam. Wallahu'alam.


Berbalik kepada Ust Muhammad Jim tadi. By the way kali pertama mengikuti tazkirah Ust ini, agak teruja juga kerana ketrampilan Ust yang agak berlainan sedikit. Maksud saya wajah dan bentuk badan macam 'Pak Hitam'. Ungkapannya agak sleng macam orang Myanmar sikit, bercampur sleng Perak, dan sekali-sekala keluar pelat Kelantan. Rupanya Ust adalah berasal dari benua Afrika dan mempunyai isteri orang Kelantan. Namun penyampaian sangat lancar dan jelas. 


Ustaz menjelaskan orang yang paling untung, yang paling senang, yang paling kaya ialah orang yang dapat masuk Syurga Allah. Kalau tak berjaya masuk Syurga Allah maka jadilah dia orang yang paling rugi, paling siksa, paling susah, dan paling hina. Itulah hakikat sebenar sebuah perniagaan dan sebuah kehidupan. 


Janganlah kita hidup di dunia ini untuk menderita di Akhirat nanti. Dunia tiada nilai dan akan ditinggalkan namun ianya sangat penting untuk penentuan hidup di Akhirat nanti. Justru itu kenalah berhati-hati dan peka akan dosa dan pahala pada setiap perlakuan kita. Sebab itulah hidup ini kena berpandukan Agama. Tanpanya manusia akan menggunakan panduan akal dan nafsu yang bakal mengundang kecelaruan dan membawa kepada kesesatan yang nyata. Apatah lagi dengan pujuk rayu syaitan yang tidak pernah jemu menggoda manusia untuk berbuat dosa dan kemaksiatan.


Siapakah orang yang beruntung? Orang yang tidak memandang dosa sebagai benda enteng , remeh, dan ringan. Lantas dia begitu elergic dengan dosa. Akan di tinggal jauh, akan tidak dihampirinya akan perbuatan yang menjurus pada dosa. Itu orang beruntung. 


Pada masa yang sama dia menjadikan pahala sebagai rebutan, tidak akan dibiar berlalu begitu sahaja segala peluang untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Pernah seorang Ustaz menegur ahli jamaah masjid yang membiarkan sahaja jam masjid rusak tidak berfungsi kerana kehabiasan kuasa bateri. Katanya, "Pahala di depan mata. Mengapa tidak berebut mendapatkannya?"


Maka kesimpulannya orang yang beruntung ialah orang yang menjaga segala tingkah laku nya 24 jam sehari semalam untuk mencari redha Allah. Tidurnya kerana Allah. Bekerjanya kerana Allah. Belajarnya kerana Allah. Bersiratulrahimnya kerana Allah. Berbicaranya kerana Allah. 


Segala yang wajib di jaga dan dilakukanya dengan penuh tawadduk. Segala yang sunnat di ambil berat. Segala yang harus diusahakan dengan niat yang ikhlas ibarat amalan sunnat yang ada nilaiannya di sisi Allah. Segala yang makruh di tinggalkan. Segala yang haram dijauhi. Maka harapnya dan pergantungannya hanya pada Allah tidak pada makhluk. 


Harapnya segala perlakuan dan rutin hidup selama 24 jam itu ada nilaian dan mendapat redha Allah. Doanya mohon di ampunkan segala dosa, menyesali sungguh2 segala perbuatan dosanya selama ini, berazam tidak mahu mengulangi segala perbuatan dosa itu, bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. 


Harap dia dapat pengampunan Allah, mendapat redha Allah, dibebaskan Allah daripada azab Neraka Allah, dan di masukkan ke dalam kelompok manusia yang layak mendapat nikmat Syurga Allah. Inilah orang yang beruntung. Selain daripada itu kelompok orang yang rugi belaka. Berniaga yang rugi, yang muflis di akhirat, kerana akhirannya bukan Syurga Allah. Semoga kita faham Agama. Amiin.


@@@

2 comments:

Cikli said...

taman syurga

School Of Tots said...

TQ Cikli. Allah pinjamkan umur, semakin hari semakin pendek.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...