Friday, April 06, 2012

Jalur Cinta Yang Benar

Masih lagi diberi Allah lanjutan usia untuk melalui perjalanan hidup menuju Allah. Semoga perjalanan itu akan terus lurus dan mulus. Jika ada pun halangan dan rintangan sudah tentu sanggup ditempuhi. Makin besar halangan makin besar ganjarannya. Bagi orang yg yakin maka tiada persoalan baginya dalam perjalanan menuju Allah. Halangan walaupun kecil atau besar tetap akan ditempuhi jua. Jadi usah hairan kalau melihat orang beriman dan yakin tidak resah atau berduka kerana mereka sudah mendapat formula ini. Sebaliknya orang yg tidak beriman dan yakin kepada Allah akan selalu resah dan gundah gulana.

Kesayangan kepada Islam jika sekadar di bibir dan tidak sampai ke hati maka ia akan mendatangkan hasil yang binasa. Jika kita tidak kenal Allah, pencipta kita maka mana mungkin kita hendak mengikut dan mengamalkan perintah Allah. Kena faham dan kenal siapa yang layak disembah. Ada orang menyembah hawa nafsu. Ada orang sembah syaitan. Tak solat seseorang itu mesti ada bisik2 syaitan. Ada orang dok basuh kereta bila dengar azan buat tak tahu saja, maka nampaknya lebih membesarkan kereta dari mengadap Allah.

Kalau kita mengaku menyintai Allah maka sudah tentu kita akan utamakan Allah pada segala hal. Orang yang bercinta sanggup membuat apa saja kepada orang yang dicintainya. Bercinta dengan manusia mungkin akan dikecewakan atau dianiaya atau ditipukan. Sebab itu kita selalu rugi kerana dirugikan, selalu marah sebab selalu di hampakan. Orang yang mabuk cinta akan hilang sifat2 semulajadinya. Cinta manusia akan dikecewakan dan dirugikan. Maka jadilah orang yang menyesal. Itulah jalur cinta yang salah.

Kalau kamu cinta Aku maka Aku akan cinta pada mu. Tiada kerugian apabila mencintai Allah dan Rasulullah. Cinta Rasulullah adalah tangga untuk menyintai Allah. Itulah jalur cinta yang benar. Yang penting agama itu benar. Maka kita ikut agama yang benar. Itu keyakinan kita.

Manusia akan mengadap Tuhan mereka satu persatu, akan ditanya selengkap-lengkapnya. CCTV dan pengkalan data Allah sangat terperinci dan menyeluruh. Segalanya akan di paparkan dan dipertanggung jawab di hadapan Allah. Kalau tiada perhitungan Allah yang teliti dan seadil-adilnya itu maka segala perlakuan di dunia ini akan menjadi tidak penting. Maka itulah orang yang beriman dan yakin sangat berhati-hati dan tekun menjalani segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mereka yakin perkiraan dan balasan Allah itu benar.

Pernah seorang mengumpat ahli sufi Hasan Basri dan perkara itu telah dikhabarkan kepadanya oleh seseorang. Maka si pengumpat itu telah dikirimkan sedulang rutop (buah kurma yang paling elok) dan duit 500 dinar oleh Hasan Basri. Apabila ditanya, Hasan Basri memberi penjelasan bahawa orang yang mengumpat itu telah memberi pahala percuma maka salahkah saya membalas dengan sedikit saguhati atas pahala yang diberikan kepada saya.

Biarlah ini menjadi iktibar untuk kita berada pada jalur cinta yang benar. Bukan cinta palsu yang mebawa diri ke bakaran api neraka Allah.

@@@

2 comments:

Danial_arif said...

benar..cinta pada mahkluk sememangnya sudah lahir dlam hati kita semenjak kita kecil lg disebabkan kita tk diajar tentang iman terlebih dahulu..munkin tradisi itu kta boleh ubah untuk generasi akan dtg..

yg menziarah:

org baru.....

School Of Tots said...

TQ Danial-arif sudi ziarah & follow. Kena usha tingkat iman & amal ikut Rasulullah, insyaAllah. Semoga kita sama2 dapat hidayah drp Allah SWT. Hidup dlm iman dan mati dalam iman. Amiin.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...