Wednesday, January 11, 2012

Misi Amir

Setelah empat posting kebelakangan ini bertemakan politik, dan nampaknya pembaca memilih untuk menjadi 'silent reader' dan tidak mahu meninggalkan jejak pada topik yang di anggap taboo atau sensitif, maka kali ini saya munculkan sebuah posting santai bercerita kisah2 rakyat marhain.

Saya menghantar eMail kepada seorang jiran dan sahabat baik saya yang dulu kini dan selamanya seorang pendakwah yang bergerak dalam jamaah tabligh...

Tuan – bulan ini bila Tuan akan kluar 3 hari?

  • 13-15 Jan

  • atau 20-22 Jan ?

  • Hajatnya nak suruh Amir follow Tuan

  • 29 Jan - Pertandingan PingPong (anjuran AJK surau kami).

Sahabat saya itupun menjawab..

Tuan, InsyaAllah Keluar 3H pada 21 - 23 Jan ni.
Hari Jumaat 20hb Malam akan Iqtikaf di Surau Telipot.
Amir dan tuan sangat dialu-alukan bersama.
Bagi nombor h/p Amir untuk saya hubungi sama...
SEMOGA ALLAH MERAHMATI TUAN DAN KELUARGA.
SAMALAH KITA JADI PEKERJA AGAMA ALLAH.

Saya pun membalas..

Saya hantar wakil dulu…Amir 013-429 xxxx
Mintak Tuan bimbing dan tarbiyah baik punye…agar faham & risau perihal agama.
Jazakallah.

Beliau pun terus respon..

InsyaAllah saya cuba membantu, sebenarnya Allah yang akan tarbiah berdasarkan pergorbanan/keinginan masing2 dan doa restu/kerisauan ibupaba sangat membantu.
Semoga Allah terima niat tuan...

Saya pun terus SMS anak saya Amir...

"Abg klua 3 hari bsama hj munir pada 21-23jan. Iktikaf d msj telipot pd jumaat 20jan mlm. Papa klua lain kali. Abg blaja & cari pengalaman dr hj munir."

Teringat saya kepada salah satu SMS saya kepada Amir..

"Tempat pandang Allah pada makhluk ialah pada hati/qalbu, bukan pada jasad/zahir shj. Elokkan & baiki diri supaya rasa kemanisan."

Amir akan mula bercuti semesta selama 3 minggu. Maka saya cadangkan beliau menyertai misi dakwah bersama jamaah tabligh pada salah satu weekend yang terhidang itu supaya mencapai manfaat dan pengalaman yg penting. Alhamdulillah beliau menyambut baik cadangan ini dan bersedia untuk berkhidmat dan belajar.

@@@

5 comments:

Geng Buku Kreatif said...

Tahniah saudara. Saya teringat kisah sahabiah yang memberikan bayinya yang kecil kepada Nabi utk dibawa ke medan perang. Apabila ditanya,"Apa yang bayi kecil ni oleh buat?"

Jawabnya,"Jadikan dia perisai utk melindungimu."

semoga tuan pun akan keluar bersama-sama.

Temuk said...

Assalamualaikum
Amat insaflah saya akan apa yang sahabat tuan katakan...sebenarnya Allah yang mentarbiah seseorang itu berasaskan hatinya... Benarlah, yang berdakwah hanya membantu. Seronoknya Amir, insya-Allah dapat cemerlang di dunia dan di akhirat.

School Of Tots said...

TQ Khairi Tajudin. Saya memang berhajat untuk klua sama, cuma keadaan masih belum mengizinkan. Hantar wakil dulu, untuk di asuh dan di pancung biar zuhud dan faham agama, risau dan gheti fikir.

School Of Tots said...

TQ Tn Temuk. Cemerlang dunia dan akhirat, itu harapan murni, semoga tercapai. Tarbiyah di medan juang menjadi taruhan berharga, insyaAllah.

School Of Tots said...

YANG PALING PENTING ADALAH BETULKAN NIAT KENAPA KELUAR 3H INI; (Bukan sebab ayah suruh atau menghabiskan masa lapang)

Tapi niatkan;
1. Untuk mendapat/mencari REDHO Allah
2. Untuk memperbaiki diri (Belajar gunakan masa, harta dan diri kerana Allah)
3. Untuk belajar ambil tanggungjawab Agama Islam itu sendiri
4. Untuk belajar menghidupkan SUNAH secara amali dalam kehidupan

SEMOGA ALLAH MERAHMATI AMIR, TUAN DAN KELUARGA.
AMEEN.

Salam...
-sahabat saya-

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...