Friday, January 13, 2012

Ikhlas Kerana Allah, InsyaAllah Allah Akan Balas

Sesampai di ofis pagi ini, rakan sekerja memberitahu bahawa tender Clixter yg di hantar pada minggu lepas telah di senarai pendekkan. Tanya saya berapa vendor yg di shortlist? Katanya tiga. Cuma kini kena nego baik punyer supaya projek ini dapat dimiliki. Katanya lagi margin keuntungannya agak besar.

Alhamdulillah kata saya. You can do it Bro. Hopefully tahun 2012 ini bisnes dan keuntungan syarikat akan jauh lebih baik. With you around I think we can do better, kata saya. What about the other salesman? Tanya beliau. Don't worry if you perform better, then the rest also will pressured to do better. Therefore we can achieve better result as a whole. Hmmm...betul gak katanya. Thanks for the explanation. Saya pun menambah don't worry be happy, yang penting ikhlas kerana Allah, InsyaAllah Allah akan balas. Dia pun terkedu.

Hari jumaat tiba lagi, penghulu segala hari. Pada posting terdahulu saya ada kata Ikhlas ni kena dari hati yang bersih, niat melakukan sesuatu perkara itu hanya kerana Allah, tidak kerana sebab lain atau kepada sesama makhluk. Tahap ikhlas ini ialah melakukan kebaikan itu tanpa mengharap balasan walaupun ungkapan terima kasih. Tu dia. Ikhlas bro !!

Kalau tak ikhlas maka akan terserlah pengharapan kepada sesama makhluk. Suatu hari ia akan terzahir jua walau pun berjaya disembunyikan selama ini. Buat baik dah tapi bila tidak menerima pujian atau orang lain buat tak tau je atas kebaikan tadi, maka hati tersentak dan emosi menggelabah hingga jiwa tidak lagi tenang malah menjadi kacau dan sakit hati. Maka mulut pun mula mengungkit segala kebaikan yang pernah dia lakukan supaya orang tahu dan mengerti akan segala pengorbanannya. Sayang, segala keihklasannya selama ini terpinggir begitu saja menjadi debu yang berterbangan.

Jika dia bersabar pada ujian Allah dan berterusan ikhlas membuat kebaikan dan kebajikan, maka ganjaran Allah akan melimpah ruah. Kini segalanya musnah, kerjanya bukan lagi menjadi ibadah kerana keikhlasan kepada Allah sudah berubah menjadi keikhlasan kerana mengharap balasan sesama makhluk.

Saya kongsikan di sini satu artikel mengenai ikhlas hasil tulisan Ust Hasrizal. Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah SWT dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah SAW.”

Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah SWT tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :


  1. Ikhlas

  2. Bertepatan dengan sunnah dan syara’



Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.”

Allah SWT telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al-Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah SWT (al-Mulk : 2) yang bermaksud :

“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”

“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”

Kemudian Fudhail membaca firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :

“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.”

Dari perkara di atas dapatlah kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak memadai supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan sunnah dan syara’. Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.

@@@

4 comments:

zul permatang badak said...

sukar menzahirkan iklas,tapi ia ada......
perbandingan seperti molikul,ia bergerak dalam diam.......

School Of Tots said...

Hanya Allah dapat menilai ikhlas. Nilaian Allah Maha Adil.

Temuk said...

Assalamualaikum SOT
Acapkali berlaku begini. Dalam melakukan sesuatu, niat memang mahu ikhlas. Dalam hati memang dipasakkan kuat-kuat begitu. Namun sukarnya mahu diyakini sendiri apa yang diri lakukan benar-benar ikhlas jadinya, sebab terasa ada juga kepentingan dunianya. Kemudian hati pun segera digagahkan melawan, menyatakan, "Tidak... semua ini kulakukan kerana Allah!". Kemudian datang lagi... datang lagi... rasa syak sendiri, yang keihlasan sudah berpalit kepentingan lain.

Cuma ustaz ada pesan, itu adalah godaan syaitan, kerana sebenarnya niat kita memang mahu ikhlas. Sememangnya Allah lebih mengetahui niat dan usaha kita.

School Of Tots said...

TQ Tn Temuk. Bisikan syaitan memang ada untuk menidakkan segala keikhlasan. Amalan zikrullah antara antibodi berkesan untuk pertahanan diri dari bisikan2 syaitan ini. Semoga kita tidak terperangkap dgn muslihat syaitan (termasuklah yg bertopengkan manusia).

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...