Saturday, November 05, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H


Alhamdulillah, kekenyangan betul. Apa taknya makan macam2 ada. Saya dan anak baru balik rumah. Tadi lepas isyak terus bertakbir raya rumah ke rumah. Bermula dengan kunjungan ke rumah Tuan Pengerusi surau. Kat situ makan mee goreng.

Kemudian jamaah berpecah kepada dua group. Group A dipimpin oleh Imam Hj Md Nor. Group B dipimpin oleh Ust Roslan. Saya dan anak ikut Group B. Ada 5 rumah yang akan
dikunjungi bagi setiap Group selepas keluar dari rumah Pengerusi Surau tadi. Rumah pertama ialah Hj Nawawi. Takbir solo oleh Hj Khairi. Doa dibacakan oleh Ust Roslan. Makan nasi dagang.

Rumah kedua ialah rumah Ust Roslan sendiri. Takbir solo oleh Sdra Asri. Kami dijamu bubur ubi. Rumah ketiga ialah Hj Azmi. Takbir solo oleh Ust Roslan. Makan satay dan martabat. Seterusnya rumah Hj Kalil. Takbir solo oleh Sd
ra Asri. Makan pulut kuning gulai daging dan mihun goreng.

Rumah terakhir ialah rumah Hj Said. Takbir solo oleh SOT. Jamuannya bermacam2 dari buah2an, koktel, jagung rebus, laksa penang, ketupat, rendang dan serunding. Kenyang betul. Target program tamat sebelum pukul 11 mlm menjadi nyata.

Besok raya. InsyaAllah di surau kami, solat raya bermula 8:30 pagi. Ibadah korban menyusul dengan 4 ekor lembu
korban. Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk seluruh umat Islam khasnya buat pengunjung laman SOT daripada SOT sekeluarga. Selamat berkorban untuk Islam.

*****


Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan Maha Agong
dan segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan Allah

Tiada yang kami sembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah



@@@

6 comments:

zarch said...

Eid Adha Mubarak saya ucapkan buat tuan dan keluarga.

kinakona said...

Slmt hari raya juga. :D
Terpandang laksa penang tu. alahaii sedapnyaa ^^

School Of Tots said...

TQ zarch. Life is a blessing. Forever and ever. Keep up the good work. Pandang & Fikir !!

School Of Tots said...

TQ ank_ayah. 'Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku'. Therefore jadikan hidup ini ibadah kepada-Nya 24hrs a day. Kerana banyak jin & manusia gagal memenuhi maksud ayat ini malah hidup penuh kesesatan dan kekufuran, nau'zubillah.

Cikli said...

selamat hari raya tuan.
hari haji boleh takbir puas-puas.

School Of Tots said...

TQ Cikli. Selamat Hari Raya untuk Tuan sekeluarga. Ibadah korban penuh makna yg simbolik. Semoga kita dapat memahami dan menghayatinya.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...