- Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم) - Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
- Safar - Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
- Rabiulawal - Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
- Rabiulakhir - ﻴﻊﺜﺎﻧ Bulan kedua musim bunga.
- Jamadilawal - Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
- Jamadiakhir - Bulan kedua di musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
- Rejab - Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
- Syaaban - Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
- Ramadan - Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
- Syawal - Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
- Zulkaedah - Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
- Zulhijah - Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
Majoriti umat Islam kini lebih mengingati bulan2 tahun masehi iaitu January hingga December, berbanding dengan bulan2 tahun Islam iaitu bermula dengan Muharram hinggalah ke bulan Zulhijah. Maka pada tahun baru 1433H ini marilah kita berhijrah untuk menggunakan dan mengingati bulan2 tahun Islam ini, serta tarikh2 penting dalam Islam. Cukuplah kita lalai dan tidak ambil peduli selama ini. Tahun Hijrah adalah tahun kita, umat Islam sekelian. Apa erti kita menganut Islam jika masih gagal menghayati Islam. Bermula dengan mengambil cakna bulan2 dan tahun Islam, insyaAllah.
@@@
6 comments:
cepat masa berlalu....sedar2 dah tahun baru......
slmt menyambut tahun baru...Maal Hijrah......
Moga SOTS.....terus aktif menukis....
Rasa baru semalam aje Ramadan berlalu, tapi hari ini, raya haji pun dah lepas dan Muharam nak mula balik...begitulah kehidupan kita, dari ramadan keramadan, jumaat kejumaat, solat kesolat dan sehingga menghembus nafas terakhir dalam waktu yang cepat berlalu.
salam maal hijrah sot,
jangan lupa doa awal tahun dan doa akhir tahun nanti...
TQ zarch. Time seem to move faster nowadays and we became older everyday. Hope the older the better Iman & the better Taqwa. InsyaAllah.
TQ zul. Yes i will keep writing. Thats one way to communicate and to send the good message across the globe. Hopefully it will fall under the category of ilmu bermanfaat.
TQ abah aman. Salam Maal Hijrah to abah aman & family too. Lets doa for the blessing from Allah SWT. We have live far too long. Death is around the corner. Let's do nothing but good things.
Post a Comment