Friday, November 25, 2011

Kembali Kepada Islam

Pada siri ceramah perdana bulanan yang berlangsung di syarikat majikan saya pada minggu lalu, Ust Shukri Muhammad bercerita bahawa satu rombongan sekolah yang melawat satu pameran di Penjara Pudu suatu masa dulu begitu gerun malah ada yg termuntah melihat gambar2 banduan yg di jatuhkan hukuman di sana. Apa tidaknya ada gambar daging punggung terlondeh selepas menjalani hukum sebat.

Maka Ust cuba hubung-kaitkan di sini betapa jika hukum hudud dilaksanakan yang hukumannya dijalankan dikhalayak ramai, maka sudah tentulah ini akan memberikan kegerunan kepada ahli masyarakat untuk melakukan jenayah. Dan memang terbukti oleh satu kajian yang menyatakan kadar jenayah setiap 4 minit di bandar Chicago menyamai dengan kadar jenayah 40 tahun di Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud. Menujukkan betapa hukum Allah itu sebagai satu instrumen pencegahan yang sangat ideal.


Manusia dapat dibentuk dengan dua cara iaitu seruan dakwah dan penguatkuasaan undang2. Sebab itu penting untuk Islam itu menjadi pemerintah bukan diperintah. Maka tidak boleh tidak politik menjadi sebahagaian dari Islam itu sendiri. Kembali kepada Islam memerlukan masyarakat untuk berubah, untuk berhijrah. Beberapa persoalan yang mesti dijawab ialah:
  1. Islam ikut zaman atau zaman ikut Islam?
  2. Islam ikut orang atau orang ikut Islam?
  3. Islam berkhidmat untuk kita atau kita berkhidmat untuk Islam?
  4. Islam menurut pemerintah atau pemerintah menurut Islam?
Seorang sahabat menangkap seorang pencuri dan mengadapkan kepada Rasulullah lengkap dengan dua orang saksi untuk dihakimi. Rasulullah menjatuhi hukuman potong tangan ke atas pencuri itu. Maka sahabat tadi agak terkejut dan simpati seraya menyatakan, "Ya Rasulullah, tidaklah aku menyangka sampai ke tahap hukuman potong tangan." Rasulullah SAW terus menegaskan ini bukan hukuman aku tapi hukuman Allah. Potong tangan ini hukum Allah dan tidak boleh ditangguh. Sekiranya Fatimah Zahraa Binti Muhammad yang dibuktikan mencuri, nescaya aku akan potong tangannya.

Maka kembali kepada Islam mestilah dengan cara Allah SWT, bukan dengan cara manusia. Kita dibentuk oleh Islam. Negara dibentuk oleh Islam. Bob Lokman dalam isu tangkapan oleh pihak JAIS dipetik sebagai berkata, "Masa aku jahat kau tak tangkap aku, tapi bila aku jadi baik, kau tangkap aku."  Anak2 muda yang membawa anak dara orang ke hulu ke hilir tidak di tangkap, malah tidak pula menjadi kesalahan. Bila anak2 muda mula berjinak dengan Islam, mula memakai kupiah dan berjubah maka penguasa mula bising. Bila orang nak balik kepada Islam, masyarakat jadi pening.

Yang kedua, untuk kembali kepada Islam kenalah berilmu. Ilmu boleh memandu manusia kepada Islam. Seorang tua di sebuah surau mengambil naskah Al-Qur'an untuk dibaca mengisi ruang menunggu masuknya waktu Isyak. Sambil bersandar di tiang, tiba2 datang seorang budak membawa rahal kepadanya. Terdetik dalam hatinya, "Ya Allah, eloknya peribadi budak ini. Alangkah bagusnya kalau anak aku pun baik seperti ini." Yang tidak terlintas dihatinya ialah betapa eloknya untuk mengaji Al-Qur'an tadi beralaskan rahal kalau nak bandingkan dengan hanya meletakkan Al-Qura'an itu dicelah2 pahanya. Yang tidak berlaku ialah hijrah untuk membuat sesuatu yang lebih baik. Yang dinampak orang lain sahaja. Yang tidak dinampak diri sendiri.

Maka sangat penting untuk kita cintakan majlis2 ilmu. Kerana majlis2 ilmu ini adalah ibarat taman2 syurga. Yang didatangi bukan sahaja oleh makhluk manusia tetapi oleh jin2 Islam dan para malaikat yang akan mendoakan keampunan dan kerahmatan untuk insan2 yg menghadiri majlis2 ilmu. Umur tidak menentukan samada seseorang itu berilmu atau tidak. Acap kali kita lihat orang2 yg sudah dewasa masih berborak ketika khutbah jumaat dibacakan, rancak berbual dan menghisap rokok di foyer masjid ketika azan berkumandang. Untuk kembali kepada Islam kena kembali kepada ilmu.

Usaha dakwah mestilah ditanggung oleh setiap individu Muslim. Tanggapan salah masyarakat ialah apabila meletakkan usaha dakwah ini kepada para ustaz dan tok guru semata-mata. Setiap manusia ini ialah hamba Allah sekaligus Khalifah Allah yang memegang amanah Allah di muka bumi ini. Semua kita punyai tanggung-jawab besar untuk menyampaikan mesej dakwah dan risalah Islam kepada umat manusia. Islam itu membawa cahaya kebenaran. Semua manusia berasal dari datuk nenek kita yang sama iaitu Adam dan Hawa menjadikan kita semua sedarah sedaging. Maka menjadi tugas kita untuk mengajak saudara sedarah sedaging kita yang lain untuk keluar dari kegelapan dan kesesatan dan masuk kepada cahaya Islam. Tiada beza antara kita melainkan taqwa kepada Allah.

Seorang Tok Imam disebuah taman perumahan menjalankan satu usaha dakwah. Dia mengedarkan template mengajak ahli khariah untuk menunaikan solat berjamaah di masjid bersama maklumat perihal kepentingan solat berjamaah dan perintah solat dalam Islam. Pak Imam selalunya mengajak anak lelakinya yang berumur 8 tahun untuk menjalankan tugas murni ini pada setiap hujung minggu. Pada suatu hari hujan agak lebat turun, jadi Pak Imam pun berhasrat membatalkan usaha pengedaran template pada hari itu. Anaknya bertanya, "Pak, kita tidak mengeadar risalahkah hari ini?" Pak Imam menjawab."Tidak nak, sebab hari hujan."

Anak tadi terus memberi cadangan agar dia sahaja yang mengedarkan risalah pada hari itu. Dia boleh membawa payung katanya. Pak Imam pun bersetuju dan membenarkan anaknya menjalankan tugas itu sambil memberi pesanan penaja supaya anaknya menjaga akhlak dan jangan menyakiti hati orang. Dia mengetuk setiap rumah seraya memberikan ucapan salam dan mengedarkan risalah di tangan. Sampai satu rumah, setelah diketuk dan memberi salam agak lama, keluarlah seorang makcik dengan wajah yang agak sugul. Mungkin tidak suka diganggu begitu. Namun dia tetap menerima risalah yang dihulurkan oleh budak itu. Budak itu tersenyum, "Assalamualaikum makcik, ternyata Allah kasihkan makcik."

Pada suatu hari usai solat zohor di masjid, Pak Imam didatangi oleh seseorang. Katanya Pak Imam, "Saya seorang Kristian. Beberapa hari lalu, saya berada dalam keadaan yang amat tertekan dan berhasrat untuk membunuh diri. Saya sudah mengantungkan tali di syiling rumah dan berdiri di atas bangku untuk menjerut leher saya. Kemudian saya diganggu oleh panggilan dan ketukan yang bertalu-talu di pintu rumah saya. Saya pun mengambil keputusan untuk membuka pintu. Saya diberikan sebuah senyuman oleh seorang budak yang menghulurkan sekeping kertas dan mengucapkan bahawa, Allah kasihkan makcik". Makcik ini bercerita dengan linangan airmata dan menyatakan bahawa budak ini telah menyelamatkan dia dan memberikan harapan dan kesedaran kepadanya untuk terus hidup. Dia menyatakan hajatnya untuk memeluk agama Islam di hadapan Pak Imam.

Bersyukurlah kita dengan nikmat Iman dan Islam. Bayangkan jika anda dilahirkan sebagai seorang hindu. Bilakah agaknya nak dapat Islam? Kita diangkat kemuliaan kerana Islam. Selain itu kamu akan dihina. Islam yang angkat kita bukan melayu yang angkat kita. Kembalilah kepada Islam.

Kembalilah kepada ilmu. Sikap masyarakat kena berubah kena berhijrah. Untuk kembali kepada Islam kena ada ilmu. Seorang ustaz dijadualkan untuk memberi tazkirah maghrib di sebuah surau. Kebetulan petang tu hujan lebat. Maka sesampainya di surau itu hanya ada seorang Pakcik tua. Tunggu punya tunggu tak ada jamaah lain yang hadir. Pakcik tu berkata," Nampaknya kita berdua sahajalah Ustaz orang kampung tak datang sebab hujan." Maka memandangkan waktu maghrib sudah lama masuk, maka Ustaz pun meminta Pakcik tadi untuk azan. Pakcik itu berkata dia tak gheti azan. Maka Ustaz pun azanlah. Lepas tu Ustaz mintak Pakcik supaya jadi imam, tapi itu menolaknya. Jadi Ustaz pun mintak di supaya iqamat. Sekali lagi Pakcik kata tak gheti. Dipendekkan cerita Ustaz pun iqamat. Kemudian Ustaz pun menjadi imam solat maghrib yang dimakmumkan oleh Pakcik tadi. Selepas solat Ustaz pun bertanya, "Nak ngajar apa ni?" Pakcik tadi pun dengan selamba rocknya menjawab, "Tak payah ceramah la hari ni Ustaz, saya pun dah tau semua."

Seorang ulama di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid apabila diminta oleh Khalifah untuk memberi sepotong nasihat berkata, "Wahai Amir, sesungguhnya dunia ini tidak ada nilainya melainkan segelas air sahaja." Khalifah pun kehairanan, "Bagaimanakah itu?"  Ulama itu pun menjelaskan pada satu masa dahulu ada seorang hartawan yang sesat di padang pasir. Beliau begitu keletihan dan sangat dahaga. Kemudian dia terjumpa seorang pengembara dan meminta segelas air untuk di minum dan menunjukkannya jalan untuk keluar ke pekan terdekat. Pengembara itu bersetuju tetapi dengan syarat hartawan tadi menyerahkan separuh dari hartanya. Hartawan tadi yang begitu kehausan tiada pilihan lagi melainkan bersetuju dengan syarat yang dikenakan itu.

Beberapa ketika kemudian setelah meneguk air itu hingga habis, dia terasa hendak kencing pula. Tetapi dia menghadapi masalah besar kerana dia tak dapat kencing, mungkin kerana ada masalah penyakit pundi2 kencing. Pengembara tadi menyedari masalah yang dihadapi oleh hartawan itu dan menawarkan penawar tetapi dengan syarat. Syaratnya ialah hartawan tadi menyerahkan baki hartanya yang separuh lagi tadi kepadanya. Hartawan tadi agak terdesak dan tiada pilihan lagi lalu bersetuju dengan syarat yang dikenakan. Maka setelah memakan penawar yang diberikan oleh pengembara tadi, dia pun berjaya membuang air kecil sekadar segelas air. Maka benarlah, "Sesungguhnya dunia ini tiada nilai melainkan sekadar segelas air sahaja."

Ketika mana kita begitu payah dan liat untuk kembali kepada Islam, maka tanyalah diri kenapa sebenarnya? Maka jawabannya ialah kita begitu sayang kepada dunia, begitu payah nak meninggalkan dunia, terlalu menjaga kepentingan dunia dan kebendaan. Sedangkan segala susah payah kita mencari harta dunia ini akan menjadi sia-sia sahaja kerana semuanya akan ditinggalkan. Apa yang akan dibawa meninggalkan dunia ini ialah amal ibadah kita. Penghujung kita ialah neraka atau syurga Allah, tiada pilihan lain. Maka kembalilah kepada Islam.

Sempena Hijratul Rasul ini yang akan jatuh pada hari esok, marilah kita berhijrah untuk menjadi manusia yang hebat yang kembali kepada Islam, cintai ilmu dan faham agama. Muslim yang bukan sekadar kaya dengan teori tetapi mestilah mengamalkan ilmu di dada untuk menyebar luas aqidah, shariah dan akhlak Islam. Jangan putus harap. Teruskan perjuangan !!

@@@

6 comments:

Hidayatullah said...

disebabkan iman yg lemah.. orang islam sndri takut untuk tegakkan hukum Allah

School Of Tots said...

TQ Hidayatullah. Semoga kita dilimpahi hidayah Allah.

Norsha said...

benar, cinta dunia masih tebal dihati berbanding cinta akhirat....Allahukbar

Cikli said...

pengajaran yang baik tuan sot. salam maal hijrah

School Of Tots said...

TQ Norsha. Dunia itu nampak. Manusia suka benda yg dia nampak dpat rasa dapat lihat dapat pegang. Akhirat tu benda ghaib. Banyak manusia percaya tapi tak yakin pada benda ghaib. Semoga dapat hijrah untuk menjadi insan yg faham agama.

School Of Tots said...

TQ Cikli pengomen tetap SOT. SOT doakan Cikli dapat hijrah tahun ni. Termasuklah melabur dalam dinar & dirham.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...