Musuh sentiasa nak bunuh Islam. Mereka merancang dan Allah juga merancang maka rancangan Allah yang terbaik. Kemuncak penentangan mereka ialah di satu persidangan di Dar an-Nadwah untuk memikirkan langkah membunuh Rasulullah dengan memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah bagi mengepung rumah Rasulllah dan membunuh Baginda secara serentak.
Allah akan sentiasa memelihara Islam. Allah akan sentiasa menghantar manusia-manusia yang akan membela Islam. Rasulullah berjumpa dgn 72 orang dari Madinah di Mina yang mana setiap mereka berbai'ah untuk menolong dan menjaga Rasulullah apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Perjalanan Rasulullah ke Madinah yang melebihi 300km itu memakan masa 12 hari berjalan kaki. Hijratul Rasul bermula dengan Rasulullah keluar dari rumahnya dan bersembunyi selama 3 hari di Gua Thor bersama Abu Bakar. Jarak antara rumah nabi dengan Gua Thor itu lebihkurang 10km.
Islam sampai kepada kita bukan dengan bergolek tetapi hasil dari pengorbanan dan perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Islam sampai kepada kita hasil jerih payah dan usaha generasi terdahulu. Ali Bin Abi Talib sanggup mati kerana nabi. Baginda telah meminta Ali untuk tidur di tempatnya itu. Rasul SAW telah meninggalkan rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuhnya.
Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi penunjuk jalan ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy.
Rasulullah SAW dan Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis,1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda SAW. Anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Abdullah bin Abu Bakar pula bertindak sebagai spy akan menyampaikan apa-apa rancangan jahat terhadap Rasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada orang Quraisy.
Kenapa Madinah? Nabi telah berdakwah selama 13 tahun dan orang Madinah telah menerima dakwah Rasulullah, manakala orang Mekah tetap memusuhi Baginda. Orang Mekah tahu Nabi orang yang baik2 tapi tidak mahu menerima Islam yang dibawa kerana kepentingan dunia. Madinah dapat menerima Islam kerana pengkhabaran berita kelahiran Nabi telah mereka ketahui daripada ahli2 kitab mereka.
Madinah yang didiami ramai ahli2 kitab merupakan bumi yang subur untuk agama Islam. Islam adalah benih kualiti terbaik sangat bersesuaian dengan bumi yang subur untuk terus tumbuh subur menguasai seluruh pelusuk dunia.
Sedangkan Mekah ketika itu adalah pusat maksiat dan Islam tidak subur. Arak, judi, zina, bunuh terus berleluasa. Pemerintahnya menggalakkan program2 maksiat kerana bagi mereka lagi banyak maksiat lagi bagus kerana mereka akan dapat terus berkuasa. Imarah masjid disekat dari berkembang. Ibarat ulat taik yang hidup segar dan gemuk dalam timbunan taik. Pabila dipindahkan ke tempat bersih, kurus dan merana dia. Bagi hidup aktiviti masjid, dakwah dan kebajikan, maka akan tersiksalah penguasa zalim ibarat cacing kepanasan.
Apa hukum hijrah? Kisah lima orang Islam yang tidak ikut Rasulullah berhijrah ke Madinah sebaliknya menetap hidup di Mekah di bawah pemerintah kafir boleh dijadikan renungan bersama. Dalam peperangan Badar mereka dipaksa dengan akujanji untuk menyertai angkatan tentera Quraisy menentang tentera Islam. Hati kami bersama Rasulullah tetapi pedang kami bersama Abu Jahal. Kami golongan tertindas, kata mereka.
Bukankah bumi ini luas? Maka kesemua mereka dicampak ke neraka jahannam. Itulah balasannya kerana mengingkari dan memusuhi Nabi. Jika mereka turut berhijrah dulu maka mungkin mereka bisa selamat, sudah tentu nasib mereka tidak begitu.
Hukum hijrah menjadi wajib apabila:
- Bila duduk di negeri yang tidak boleh amalkan Islam. Contohnya tidak boleh menutup aurat, solat, berpuasa atau syiar Islam yg lain.
- Apabila berada di kawasan yang tiada ulamak, tok guru atau majlis2 ilmu sehingga menjadikan kamu jahil. Maka wajib kamu keluar menuntut ilmu. Tiada alasan kenapa mesti kekal dalam jahil.
- Seluruh umat Islam wajib hijrah jika dikuasai pemerintah yang tidak berhasrat untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Hijrah dengan menubuhkan kesatuan atau parti yang ingin menegakkan syiar dan pemerintahan Islam, pertubuhan politik dengan objektif nak menubuhkan negara yang melaksanakan hukum Allah.
- Wajib hijrah dalam kehidupan di alam ruh, masuk ke alam rahim, keluar ke alam dunia, menuju ke alam barzakh dan akhirnya hidup di alam akhirat yang kekal abadi. Mengikut satu kajian purata umur orang Malaysia ialah 72 tahun. Ibarat hidup di masa kecederaan, referee asyik dok tengok jam untuk tiup wisel penamat.
Mengambil iktibar dari peristiwa Hijratul Rasul 1433 tahun yang lalu, marilah kita siramkan hati dengan Al-Qur'an dan hadis supaya hidup kita yang sementara di dunia yang fana ini akan terus subur menjana iman dan taqwa dan membenci maksiat dan segala kemungkaran.
Tiga hari yang perlu direnungkan ialah kelmarin yang jika dipenuhi maksiat maka ia bukan hak kita tapi jika kelmarin dipenuhi dengan amal soleh maka ada hak kita di sana, insyaAllah.
Esok pula belum pasti boleh jumpa dan belum tentu hak kita. Doakan semoga kita ditemukan lagi dengan esok dan esok masih ada untuk kita, bukan tiada esok bagi mu.
Hari ini kita sendiri kena bantu diri sendiri hidup di bumi Allah memegang amanah Allah sebagai hamba-Nya sekaligus berperanan sebagai khalifah-Nya. Bantu diri sendiri untuk berubah sikap daripada mendekati maksiat kepada mengingati Allah.
Ubah sikap untuk rajin mengaji, cintai ilmu, dan berusaha menjadi manusia yang alim, yang faham agama. Hanya agama yang bisa menjadi asas kukuh untuk menjana semangat dan ruh Hijratul Rasul ke dalam jiwa ini.
@@@
4 comments:
I salute you for the patience to compile a lengthy posting on this subject. Hopefully your readers will benefit from your effort.
I had a glance through your earlier postings and noticed that you are quite open to revealing your thoughts and ideas. It is a pity that readers and visitors choose to be passive. I would have liked to see a lively response. Anyway, carry on in the name of maal Hijrah.
I choose to write comment in English because my Bahasa belongs to the old timers, unable to conform to the modern tatabahasa and spelling. And, seeing your earlier postings in English, I know you do not mind this.
Selamat tahun baru Hijrah
memang artikel yang baik tuan. setuju dengan tuan al-manar di atas. termasuklah saya yang pasif.
TQ sir Al-Manar for your kind remark. I just wanna share and do my little part. I need to do it so that one day when I'm gone, at least I got this blog as my day in history for the world to see. One ready answer that I can give at Mahsyar, "I spread the words via my blog". Hijratul Rasul keeping us alive with Islam today. Lets istiqamah selawat to Rasulullah at least 100x a day. May Allah bless us all.
TQ Cikli for the compliment. You always light up my day. Hope there is a point or two that can bring home.
Post a Comment