Wednesday, November 09, 2011

Makanan Ruh

Antara makanan ruh yg berkhasiat ialah selawat 100x sehari, insyaAllah. Setiap selawat kita kepada Rasulullah SAW, Allah akan selawat 10x kepada kita. Jadi kalau kita istiqamah selawat 100x sehari maka insyaAllah 1000x Allah balas selawat kepada kita. Maknanya Allah kurnia 1000 rahmat-Nya kepada kita. Sihat ruh insyaAllah.

Semasa pulang dari masjid antara perbualan saya dalam kereta dengan anak sulong saya ialah perihal diri manusia ada dua unsur iaitu jasad dan ruh. Kita makan 3x sehari untuk kuatkan dan sihatkan jasad. Namun kita sering lupa untuk bagi makan kepada ruh. Akibatnya ruh kita lemah dan tidak sihat. Sebab itulah kita rasa kekosongan. 24 jam yang Allah bagi itu banyak di isi dgn tidur, facebook, sms dan membuang masa. Dah cukup tidur malah berlebih tidur tapi mengantuk lagi.

Percayalah jasad yg sihat sahaja tidak memadai. Ruh perlukan pengisian. Sebab itu kita tengok fenomena di barat umpamanya, ramai anak muda yang punyai segala kemewahan dunia kini tercari-cari substance untuk ruh yang kekosongan. Seumpama berada di puncak dunia kerana ada segala tapi tiada kepuasan hidup, atau tetap merasa kesepian dan kekosongan. Mereka mencari Tuhan. Dalam pencarian ini, ramai yang berjumpa dengan keindahan Islam. Hingga menjadikan Islam agama yang paling laris di barat.

Manusia yang kekal pada kekosongan tadi, ada yang berpaling kepada arak dan dadah yang akhirnya membunuh jasad. Atau ada yang membunuh diri, atau membunuh orang sekeliling sebelum membunuh diri sendiri. Nampak mewah atau serba cukup pada jasad. Rupanya kosong pada ruh.

Di Malaysia juga nampaknya fenomena para artis yg punyai glamer dunia berhijrah meninggalkan dunia glamer untuk mendapat cahaya agama juga semakin berleluasa. Segala keseronokan yg dikecapi selama ini rupanya penuh kepuraan. Jasad tampak hebat tapi ruh sakit. Maka penyelesaian agama menjadi jalan keluar. Iaitu selepas mendapat hidayah Allah.

Berbalik kepada kuliah maghrib oleh Ustaz Hakim tadi, katanya istiqamahlah kita dalam beramal supaya diri kita ini menjadi semakin dekat dengan Allah. Cubalah bangun bertahajjud di sepertiga malam. Cubalah sekali sebulan. Kemudian sekali seminggu. Kemudian dua kali seminggu. Hingga akhirnya kita dapat istiqamah setiap malam bangun mendirikan solat tahajjud dan bermunajat kepada Allah.

Begitu juga kita cuba amalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan. Benda yang kecil2 seperti minum sambil duduk. Mulai malam ini kalau nak minum air kat dapur tu, duduk baru minum. Tinggalkan minum sambil berdiri. Niat aku ikut Rasulullah. Rasulullah minum sambil duduk. Contoh lain, aku makan ayam sebab Rasulullah pernah makan ayam. Perlakuan yg mengikut perlakuan Rasulullah, InsyaAllah menjadi ibadah.

Ustaz sarankan supaya kita amalkan berselawat kepada Rasullullah SAW sebanyak 100x sehari. Tak susah sebenarnya. Boleh dilakukan sambil naik motor, sambil memandu atau sambil berjalan. Yang penting amalkan. InsyaAllah kalau kita mengharapkan syafaat Rasulullah SAW di akhirat besok maka paraktikkanlah kecintaan kita kepada Rasulullah dengan berselawat kepadanya dan mengikuti sunnahnya bermula dengan perkara yang sekecil mana pun.

Maka saya pun berpesan kepada anak saya tadi, "Bang, amalkan selawat 100x sehari. Nak tidur baca surah 4 Qul, ayat Qursi dan doa. Jangan tidur macam tidur lembu. Beri makan ruh dengan mengaji Qur'an. Barulah tidak rasa payah nak mendirikan solat fardu. Barulah ringan untuk bangun malam. Barulah senang untuk solat sunat."


Apabila ruh sudah segar dan sihat, maka tidaklah rasa hidup ini kosong. Tidaklah sibuk dengan facebook, sms, riadah, kelas akademik, periksa dan makwe atau pakwe semata. 24jam yang Allah anugerah itu akan jadi lebih bermakna. Akan timbul kemanisan iman. Akan rindu kepada masjid, akan cintakan ilmu, suka kepada majlis2 ilmu, suka membaca buku, bersegera untuk bersolat, bersegera untuk ke surau dan masjid apabila mendengar seruan azan.

Mata bukan sekadar untuk melihat tapi pandang dan fikir akan kebesaran Allah pada setiap ciptaan-Nya. Sihat walafiat jasad dan ruh, fisikal dan ruhani.

@@@

4 comments:

Cikli said...

entah dah makan tidak roh hari ini. asyik berblog pula. tapi kalau entry muhasabah dan peringatan amatlah elok.

abah aman said...

salam sot,
Sungguh... menjaga kesihatan jasad dan roh kenalah seiring. Kebanyakan kita menjadikan roh seumpama anak tiri...

School Of Tots said...

TQ Cikli.Jgn lupa bagi mkn. Dah selawat 100x belum hari ni?

School Of Tots said...

TQ abah aman. Setuju, kena seiring dan sejalan. Kena jadikan anak tiri yg di sayangi. Ruh sihat, insyaAllah jasad lagi hebat.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...