Sunday, October 30, 2011

Cakna Pemuda

Di malam kedua Ijtimak Tarbawi yang saya hadiri semalam, Ustaz Riduan Mohamad Nor Ketua Penerangan DPPM menjadi pengerusi majlis dan beliau berjaya menghidupkan suasana dan mengawal semangat para hadirin sekelian sepanjang kelangsungan program selama 2 jam itu.

Saya sempat mengikuti slot Ustazah Siti Zailah Ketua Muslimat yang menegaskan bahawa Allah matlamat kita, Rasulullah ukhwah ikutan kita, Qur'an pegangan kita, Jihad cara hidup kita, dan Syahid cita2 kita. Pemuda kena berketrampilan dengan ilmu dan akhlak mulia untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi di medan juang demi menegakkan agama Allah. Sentuh semua golongan dalam berdakwah megajak manusia kepada Islam, bukan mengajak golongan berkupiah semata. Ajak mat rempit, rockers dan kutu jalanan sekelian. Jangan mudah putus asa dalam berusaha. InsyaAllah hidayah Allah akan tiba jua.

Dr Kamal Al-Helbawi daripada Ikhwan Muslimin memberikan ucapan pada tajuk "The Youth Industry Of The Future." Beliau menggariskan 7 strategic thinking yang perlu ada untuk menyiapkan diri dalam perjuangan Islamic Movement.

  1. Understanding of Islam - be a good muslim by properly understand the big picture of Islam. Take lead of scholars the like of Syed Qutb, Hassan al-Banna, Abu Hassan Nabawi, and TGNA.
  2. Understand what around you - Identify your real enemy. Don't fight among muslim. Fight your real enemy outside and inside. For example corruption is your real enemy.
  3. Akhlaq - No Ummah if have no akhlaq. No more family structures in the west. The west with no akhlaq willing to bomb Afghanistan, Iraq, Japan and Vietnam with no mercy. They commited war crimes like nobody business.
  4. The Mission - What is your mission? Hassan al-Banna in his secondary school once said, "I want to be a teacher to guide people to proper Islam." George Bush stated in school days, "I want to see my picture in the White House and I want to change the course of history." Every of us must set a dream.
  5. To fill vacuum - to search for any vacuum in the society and fill up the vacuum. If no clinic than build a clinic, if no teacher then send a teacher. Go to the field and understand the situation. Do you think Allah create the Americans, Germans, British and the France with better mind than Malaysians? Who are better in Mathematics and Accounting - Japanese or Malaysians? We should not waste no time. Be the best you can be.
  6. Setting of priorities - always set the right priority at all level be it at usrah level, party level or global level. Don't waste a minute of your life. Upon graduation, what is your priority? Getting married or perform the Hajj?
  7. Innovative - do you remember when did Islam empowered civilization of the world? 700 years ago? Can it happen again? Can we glorify Islam once again? What had happen can happen again. Get a better future. Create a new writing, new business, new industry. Be innovative. We cannot do it unless we strive the hardest and have full hope and trust in Allah and Rasulullah.

Dato Mahfuz Naib Presiden mengimbau perjuangan PAS yang kini menjangkau usia 60 tahun dan kini dalam proses transformasi ke era 60 tahun yang kedua pula. PAS masih diterima masyarakat dan masih releven sebagai sebuah Islamic Movement. Apa rahsianya? Proses peremajaan parti menjadi agenda penting bagi menarik golongan muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis, tanpa lari dari prinsip dan akidah Islam supaya ia relevan sepanjang masa.
PAS berjaya menarik minat anak2 muda menyertai perjuangannya berbanding dengan parti2 politik yg lain di negara ini.

Kejayaan PAS yang paling utama ialah memerangi pemikiran assobiyah sempit yang menyatakan agama suku politik suku. Kita berjaya menghakis kurafat politik yang menyatakan hanya BN/UMNO yang mampu memerintah. Tanpa sikap lapang dada PAS perubahan landskap politik tidak akan berlaku. Politik adalah amanah, bukan menyalah guna kuasa untuk merembat hak rakyat.

Gerakan Islam menang besar di Egypt, Libya dan Tunisia kerana rakyat inginkan kebebasan dari pemimpin kuku besi yang mengongkong mereka dan mereka inginkan kebajikan yang terjamin. Perbezaan yang jelas ialah persoalan kejujuran, keikhlasan, integriti dan amanah. Untuk terus bergerak ke hadapan Pemuda harus punya kebijakan dalam tindakan berteraskan akidah Islam. Keluasan ilmu dalam menghadapi sepak terajang politik. Penjelajahan ilmu mesti diteruskan. Zaman pemimpin serba tahu sudah berlalu.

Jangan jadi kuda tunggangan. Jockey bantai punggung kuda tunggangan dengan rotan. Kesakitan kuda tunggangan tidak siapa ambil peduli. Hanya sorakan penonton kedengaran di kiri dan kanan. Bila menang pertandingan Jockey menerima hadiah dan balik ke hotel untuk bersantai dengan segala kemewahan. Towkey pemilik kuda tunggangan lagilah lumayan habuannya. Sedangkan kuda tunggangan terpaksa terkurung di kandang kuda menikmati rumput kering.

Anak muda sekelian kena mewakafkan diri untuk tarbiyah dan ilmu agar tidak menjadi kuda tunggangan tetapi menjadi pemacu kejayaan ummah.
Masa depan yang gemilang bersama Islam menjadi taruhan. Allah Hu Akbar !!

@@@

Saturday, October 29, 2011

Ijtimak Tarbawi 2011

Ribuan Pemuda Menyertai Ijtimak Tarbawi 2011
di KUIZM Taman Melewar 28 - 30 Okt 2011

Pada hari pertama Ijtimak Tarbawi ini TGNA dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS menekankan soal mati, latih mati, supaya kalau mati, puas hati. Bukan persoalan pembangunan dunia yang tidak kehabisan hingga membelakangkan terus soal mati. Tidak ingat nak mati. Lupa mati itu pasti, bahawa segala perlakuan di muka dunia bakal dihitung ditimbang amal baik dan amal buruknya. Di sana hanya ada dua kesudahan samada Neraka atau Syurga.

Tasauf itu ialah membersihkan jiwa. Kita diajak mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah Rasulullah bukan sekadar berjanggut, berserban, berjubah, berkain paras betis dan bersugi, tetapi memerintah negara juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak mahu menjadi ahli cerdik pandai tetapi menyalah gunakan cerdik pandai kita untuk melakukan kemungkaran. Abu Jahal juga seorang cerdik pandai hingga di gelar Abu Hakam (cerdik) pada zamannya.

Semua benda dibuat berpasangan melainkan Allah sahaja yang tiada pasangan, Allah itu Esa. Hati yang bersih ialah bersih dari dosa, dapat mengenal dosa pahala, Syurga dan Neraka. Segala gangguan musuh dapat di patahkan dengan penglihatan Qalbu yang bersih, insyaAllah.

Nik Abduh pula menyentuh tafsir surah as-Saff yang membicarakan kepentingan agama yang membina manusia, setiap manusia pula perlu bermasyarakat, dan agama membantu kita menyintai manusia dalam masyarakat dan menjadikannya sebagai instrumen untuk membina sahsiah ummah. Ijtimak Tarbawi mengajak para pemuda untuk berkumpul supaya mendapat kesedaran dengan tarbiyah dan pengisian ilmu dan iman. Barisan pemuda akan menjadi tunjang barisan kepimpinan suatu masa nanti. Memenangi pilihanraya akan datang adalah dengan pertolongan Allah yang mesti didahulukan dengan kerja yang sungguh2, sistematik dan berstrategi.

Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda menegaskan bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam. Ibarat sebuah perniagaan yang memerlukan modal iaitu modal tetap dan modal pusingan. Tanpanya tidak mungkin kita akan berjaya menguruskan sebuah perniagaan yang berjaya. Begitu juga dengan perjuangan Islam ini. Kita perlukan modal. Modalnya ialah ilmu dan keperibadian. Ilmu adalah modal tetap. Setiap kita mesti melengkapkan diri dengan ilmu di dada untuk berdepan dengan masyarakat dan segala cabaran dan rintangan. Keperibadian pula ialah merupakan modal pusingan, sebagai pemikat pelanggan, yang menjadi jejantas yang menghubungkan kita dengan masyarakat. Maka sudah semestinya setiap pemuda dan murabbi sekelian mestilah mendalami urusan agama supaya dapat menghidangkan pekej bersepadu yang laku dan menarik di tengah masyarakat.

Pemuda bukan politikus yang objektifnya memenangi pilihanraya semata-mata, tetapi berperanan lebih dari itu. Kita mahu pemuda mempunyai pakej 3 dlm satu iaitu sebagai orang yang implemen politik, tarbiyah dan dakwah. Abdullah Ibnu Mubarak pernah menegur seorang ulamak yg asyik beribadah di dalam masjid supaya keluar di luar sana untuk berjihad di tengah2 masyarakat untuk melahirkan umat yang gemilang di sisi Allah.Setakat bertafakur di atas sejadah tidak akan mengubah masyarakat kepada kebaikan.Kejayaan tidak akan datang bergolek melainkan dengan usaha keras.

Perasmian Ijtimak Tarbawi 2011 di sempurnakan oleh YB Salahuddin Ayub merangkap Naib Presiden dan bekas Ketua Dewan Pemuda. Beliau menyeru supaya pemuda berjuang dengan cara masing2. Orang kaya berjuang dengan cara orang kaya, orang cacat berjuang dengan cara orang cacat, dan orang sakit berjuang dengan cara orang sakit. Kita kena berjuang pada susah dan senang. Kejayaan tidak akan datang bergolek.

Ada sebuah kisah seorang sahabat yang cacat kudung kedua belah kaki dan kudung kedua belah tangan, apabila mendengar seruan jihad dan keutamaann fisabilillah, beliau tidak mahu ketinggalan. Maka beliau pun mengambil upah mengangkut air untuk satu keluarga. Cuba bayangkan kepayahan beliau menjalankan pekerjaan itu. Maka diakhirnya beliau mendapat upah 3 biji tamar. Sebiji tamar dia memakannya untuk memberi tenaga, sebiji lagi diberi kepada ahli keluarganya, dan sebiji lagi di berikan kepada Rasulullah sebagai sumbangannya untuk fisibilillah. Dia berkata, "Ya Rasulullah, inilah sahaja sumbangan yang mampu aku berikan." Rasulullah sangat terharu dan bersabda, "Inilah jihad yang paling afdal pada hari ini."

Ada lagi satu kisah di sebuah kampung pendalaman. Apabila YB melawat rumah seorang Pakcik yang dhaif, tapi masih diraikan dengan hidangan makan malam. Naik saja tangga rumahnya dapat dilihat dinding dapur. Kelihatan di anjung depan tersidai 3 keping getah dan di anjung dapur tersidai 3 keping getah. YB bertanya perihal keadaan itu. Maka Pakcik itu menjawab hasil jualan 3 keping getah di hadapan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga, manakala 3 keping yg di belakang itu akan disumbangkan kepada perjuangan parti. Inilah antara contoh wira2 pejuang 'the unsung hero' yang berjuang tanpa mengharapkan pangkat dan nama tetapi hanya mahu melihat Islam tertegak.

Kita jangan complacent dengan zon selesa. Ambillah iktibar dari syarikat gergasi Honda, Mitsubishi dan Toyota yang suatu masa dulu tidak terlintas ada syarikat2 kereta lain yang boleh mengatasi mereka. Namun dengan kehadiran syarikat2 dari Korea seperti KIA dan Hyundai berjaya menggugat kedudukan mereka. Justru mereka memperuntukkan budget yang besar untuk bidang R&D dan inivosi supaya mereka boleh terus bersaing dalam industri ini.

Berlainan pula dengan Syarikat komunikasi gergasi Nokia yang begitu gah suatu masa dulu tidak mahu menerima nasihat pakar ekonomi industri untuk bergabung denga Android Google, kononnya Nokia ada kekuatan tersendiri. Tapi akhirnya perkongsian pintar oleh Apple dan Samsung dengan Android Google ini telah menghasilkan satu inovasi yang menjadi hit dan berjaya memintas Nokia. Itulah akibatnya kerana gagal membaca kehendak anak2 muda yang inginkan fungsi pelbagai pada handphone mereka iaitu kemudahan voice, application, game, sms, mms, dan email.

Sesiapa yang lalai dan merasakan diri mereka gagah dan kuat akan ketinggalan akhirnya. Inovasi dalam gerakkerja, penyampaian ilmu dan strategi sangat penting untuk memenangi hati rakyat. Seorang panglima yang handal memiliki 10 bilah pedang akhirnya mati juga dibaham singa, kerana apa? Kerana dia tidak menggunakan walau sebilah pun pedangnya. Begitulah walau secerdik mana pun kita atau berilmu setinggi mana pun, kalau gagal menggunakan kepandaian dan ilmu yang dimiliki itu, kita akan tetap kalah di hadapan musuh.

Pendekatan tasauf yang digunapakai oleh para ulama beberapa dekad dulu berjaya mengembangkan agama Islam di Nusantara ini menggantikan pengaruh Hindu dan Budha yang begitu berleluasa. Masyarakat melayu pada masa itu mengamalkan pelbagai mentera hindu. Ulama dengan pendekatan tasaufnya telah memperkenalkan zikrullah, selawat dan marhaban yang bersesuian dengan selera masyarakat pada masa itu. Usaha ini telah berjaya menggantikan amalan mentera hindu tadi. Inilah yang dimaksudkan dengan inovasi dan pendekatan kontemporari tanpa menggadaikan maruah dan agama.

Mengikut kajian AC Nelson, anak2 muda kini sudah tidak mengikuti berita dalam TV atau arus media perdana. Mereka telah beralih kepada media internet. Maka kita mestilah berubah untuk menyediakan content yang sesuai dengan selera mereka ini. Presiden Barrack Obama memenangi kerusi Presiden dengan mendapat banyak bantuan dari kemudahan facebook, twitter, blog, sms dan mms. Gunakan ruang teknologi baru ini sepenuhnya untuk berinovasi.

Contohi negara Iran yang memberi ruang kepada orang2 seni berkarya hinggakan filem mereka seperti "Under The Moonlight" berjaya memenangi award di pesada antarabangsa. Amarah anak muda berjaya menumbangkan kerajaan di Mesir, Libya dan Tunisia. Kini merebak ke Yaman, Syria dan banyak lagi.
Dengan pertolongan dan kehendak Allah insyaAllah Putrajaya akan diambil alih pada pilihanraya yang akan datang ini.

Filem pendek "Gua Ikut Enta" hasil karya DPPM Production yang begitu hot di You Tube mungkin merupakan langkah penting kepada penerokaan ini.









@@@

Friday, October 28, 2011

Jangan Tanya - Buat Sudah

Ust Sidek Nor bilang tak beriman seseorang jika tidak ikut hukum Allah. Iman itu tapak bagi amal. Masuk Islam satu pintu sahaja iaitu pintu syahadah, tapi nak keluar Islam banyak pintunya. Contoh seseorang yang gemar mengomen, "Kalau dipotong tangan macamana dia nak kerja?" merujuk kepada hukum hudud bagi kesalahan mencuri. Ust pun jawab bodoh juga, "Masa ada tangan kenapa tidak mahu bekerja?"

Ada pula mamat ni berborak kat kedai kopi dengan Ah Seng, "Hang untung la, tak payah keluar zakat. Aku kena keluar zakat." Maknanya dia tidak ikhlas menunaikan perintah Allah. Bagaimana status imannya?

Allah SWT tidak mengutus risalah Islam itu melainkan untuk kebaikan manusia. Jangan berburuk sangka pada Allah. Iman duduknya di dalam hati, tapi kesannya nampak di luaran. "Aku tak mahu hudud kerana aku mencuri," itulah hakikatnya.

Iman ini ialah Yes, OK, Alright. No question ask. Tiada dolak dalik dalam menjalankan perintah Allah. Acap kali perintah dan hukum hakam Allah ini tidak tercapai oleh akal untuk memikirkannya. Maka just follow, "I follow."

Tujuan syariaat diturunkan ialah untuk menjaga agama, nyawa, akal, zuriat, maruah dan harta. Indahnya hidup mengikut syariaat Allah. Tak payah tanya, ikut sudah. Allah tidak perlu sebab untuk mengadakan sesuatu. Sebaliknya manusia ni selalu mencari sebab untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Bukan semua hukum Allah kita boleh fikir. Contohnya kentut di punggung terbatallah wudhuk, tapi kena pergi ambik wudhuk tak basuh punggung pun. Kentut di punggung, apasal kau pi basuh muka?

Akal kita terhad. Sampai satu had akal tak dapat nak fikir. Jangan tanya, buat sudah. Persoalan hukum hakam Allah, tanyalah pada ahlinya. Contoh kita nak buat kueh pau, tapi pi tanya mekanik motor, tak kenalah kan. Nak berbicara soal hukum hudud, pi tanya artis tu apa pasal? Ni la orang Kedah kata, "Dok diam nampak macam bodoh, tapi bila dah cakap memang confirm bodoh."

Sifat Yahudi ialah memilih-milih akan perintah Allah, tak ambik semua. Samalah nampaknya dengan orang Islam ni, surah Al-Baqarah ayat 183 pasal Puasa kita ambik, tapi surah Al-Baqarah ayat 178 pasal Qisas kita kata nanti dulu, tak sesuai. Surah Al-Maidah ayat 6 pasal Wudhuk kita OK, tapi surah Al-Maidah ayat 38 pasal Pencuri Kena Potong Tangan (Hudud) kita tolak. Surah yang sama, Al-Qur'an yang sama, daripada Tuhan yang sama, tapi kita tak sama terima semua. Kita pilih2 ikut logik akal dan nafsu.

Tahun ini sudah ada 33 kes simbah asid, tiada penyelesaian. Yang didapati bersalah akan dihukum penjara 5 tahun. Keluar penjara senyum. Tapi penyelesaian Islam dalam kes ini ialah simbah balik asid, biar adil. Hukum Allah bersifat mencegah. Itulah penyelesaiannya. Hukuman di khalayak ramai supaya ada kesan saikologi dan kegerunan pada yang kena hukum dan orang ramai. Tengok ada lagi tak orang nak simbah asid?

Sekarang ini pencuri yang pecah rumah cukup daring. Depa bukak lampu, kejutkan pemilik rumah, ambik tong gas kat dapur untuk pecahkan pintu bilek, dan depa tak pakai topeng muka pun. Pencuri tak takut pada undang2 manusia.

Masalah zina pun sama berleluasa. Akibatnya pembuangan bayi luar nikah yang sudah tidak terkira banyaknya. Tiada penyelesaian selagi tidak kembali kepada mematuhi segala perintah Allah dan menegakkan hukum Allah. Zina hukumnya sebat 100 kali di khalayak ramai. Cuba tengok ada lagi tak manusia yang akan berzina selepas menyaksikan penghukuman itu secara LIVE?


Releven ke tak releven, suka ke tak suke ke, wajib patuh perintah Allah, bukan perintah manusia. Bila datang perintah Allah, no question ask. Tak boleh berdolak-dalik dalam mentaati perintah Allah. Selagi tidak kembali kepada hukum Allah, selagi itulah tidak selesai masalah. Selagi tidak bersungguh2 selagi itulah kejayaan tidak akan tercapai. Kejayaan tidak akan datang bergolek, percayalah. Islam itu tertinggi, tiada yang tinggi lagi daripada Islam.


@@@


Wednesday, October 26, 2011

Anjakan Paradigma

Meeting The Future By Doing The Past ??




Positive Thinking !!




We are Soft Wired !!




Look Beyond Capitalism




Special Thx:
Mr Pena Maya.



Tuesday, October 25, 2011

Peribadi Mulia

Jam sudah menunjukkan pukul 12:11am, dan mata pun sudah mengantuk. Namun digagahi jua untuk membuat posting ini, sekurang-kurangnya ada ilmu yg dapat disebarluaskan ke pesada maya untuk para pembaca blog yg mungkin tersasar ke sini.Sampai-sampaikan segala kebaikan itu.

Ust Abdul Hadi Bakri Abdullah sekejap tadi membicarakan perihal tajuk Peribadi Mulia dengan menjelaskan Nabi SAW dengan akhlak dan peribadi terpuji secara umumnya berperanan kepada tiga tugasan pokok iaitu:
  1. Untuk membebaskan manusia dari mengagungkan sesama makhluk kepada mengagung dan mengesakan Allah SWT.
  2. Membawa manusia kepada gaya hidup Islam yg adil, hebat, komprehensif dan meninggalkan segala gaya hidup yg lain termasuklah yg di promosikan oleh yahudi dan nasrani.
  3. Dan yang ketiga mengeluarkan manusia dari memikirkan soal keduniaan yang sempit kepada memikirkan dan beramal untuk keluasan akhirat.
Satu persolan yang ditimbulkan untuk kita fikirkan, bagaimana jika seorang lelaki yang hebat menjanjikan kepada kita pangkat dan harta termasuklah projek berjuta ringgit dengan satu syarat sahaja. Syaratnya ialah anda kena patuh dan taat kepadanya?

Sudah tentu ramai yang memilih untuk patuh dan taat kepadanya tanpa berbelah bagi lagi. Kerana apa? kerana habuan dunia yang dijanjikan tadi. Sedangkan memang disedari bahawa segala kemewahan dunia itu bersifat fana dan akan ditinggalkan apabila detik kematian menjemput. Tapi manusia tetap mengejar habuan dunia itu.


Maka apatah lagi yang berjanji ini Rasulullah SAW untuk diberikan bukan pangkat dan harta dunia dengan segala kemewahannya yang bersifat fana tetapi apa yang aku janjikan kata Rasulullah SAW ialah Syurga. Syaratnya taatlah kepadaku. Patuhi segala ajaran dan sunnahku. Bagaimana kita?


Apa yang dijanjikan Rasulullah SAW merupakan sesuatu yang kekal dan bukan bersifat sementara. Mengapa kita masih meninggalkan syarat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW itu? Apakah kita tidak mahu habuan yang di janjikan oleh Rasulullah iaitu Syurga?


Apabila kita faham hakikat ini maka adakanlah plan bertindak untuk mendirikan gaya hidup Islam bermula dalam keluarga kita. Kita adalah pemimpin melalui tauladan untuk keluarga kita. Ianya adalah tanggungjawab langsung, tiada kompromi. Hai orang2 beriman, selamatkanlah diri dan ahli keluarga kamu dari siksaan neraka Allah.

Sunnah yang terbesar Rasulullah SAW ialah solat berjamaah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di sepanjang hayatnya. Rasulullah tidak pernah menjadi makmum melainkan ketika solat subuh di hari kewafatan Baginda (waktu dhuha) yang diimani oleh Abu Bakar RA. Rasulullah menjadi imam solat berjamaah, menjadi pemimpin kepada umat Islam.

Solat berjamaah menjanjikan kelebihan 27x ganda. Pasal apa kita mensia-siakan tawaran mega itu?
Apabila hidup berkeluarga, itulah jamaah kita. Dirikanlah solat berjamaah bersama anak2 dan isteri. Dan sesekali bawa mereka untuk ke Masjid menghadiri majlis2 ilmu dan solat berjamaah. Latihlah dan kekalkan solat berjamaah sebagai gaya hidup kita. Keluarga yang baik yang patuh pada Rasulullah SAW bakal membentuk sebuah masyarakat yang baik pula.

Bercakaplah dan berdakwahlah pada setiap ruang yang ada kepada keluarga, kawan, jamaah masjid dan ahli masyarakat perihal Rasulullah supaya tersemai dan tumbuh kecintaan kepada Baginda. Kena rajin membaca sirah Rasulullah dan sampaikan kembali kepada orang lain. Tak cukup diserahkan kepda Ustaz sahaja kerja2 penyampaian ini. Setiap kita kena berdakwah.

Guru, Imam, Khatib, Pegawai2, Petani dan Nelayan semuanya berperanan menanam akhlak, tauladan Rasulullah SAW dan jadikan baginda ikon dalam menjalani kehidupan kita, insyaAllah. Inilah sumbangan besar yang mesti dibuat supaya prilaku masyarakat akan bertambah baik.Jadilah professional alim yang tahu halal haram.


Rasulullah manusia luar biasa. Ibarat tebaran batu-batan di muka dunia, Baginda adalah permatanya. Sehinggakan pada saat kelahiran baginda api yang disembah oleh kaum majusi yang tidak pernah terpadam selama ini menjadi terpadam. Itulah petanda Rasulullah membawa manusia keluar dari kegelapan dan kesesatan untuk menuju cahaya kebenaran.

Banyakkan berselawat kepada nabi kerana ia adalah merupakan doa untuk kebaikan kita sebenarnya kerana setiap selawat yang kita lafazkan, Allah akan berselawat 10x untuk kita. Maka ganjaran kebaikannya menjadi milik kita untuk saham akhirat.
Peribadi mulia yang dimiliki oleh Rasulullah adalah contoh terbaik untuk kita ikuti bagi memiliki jiwa hamba yang sebenar.

Namun manusia ini tidak suka jadi hamba. Itulah sebab agaknya ramai manusia yang suka mendedahkan aurat. Bermain bola atau badminton dengan memakai seluar pendek yang mendedahkan aurat. Tidak salah beriadah atau bermain, tapi kenapa lupa Allah? Hamba apakah kita ini?

Tidak menutup aurat itu menunjukkan kita main-main dengan perintah Allah SWT. Ingatlah orang yang bermain-main dengan perkara agama mendedahkan diri kepada mati dalam kekafiran. Hendakkah kita mati dalam kafir?
Maka marilah kita berdoa agar Allah matikan kita dalam Islam.
  1. Istiqamah dengan cara hidup Islam.
  2. Berdoalah kepada Allah agar kita mati dalam Islam.

Jam kini: 1:31am, selamat beradu insan kamil sekelian.Jazakallah.


@@@

Monday, October 24, 2011

Tengok Bola

Mr Ferguson malu besar bila di belasah MC 1-6. Memang one sided giler. Walhal semua star diturunkan termasuklah Wayne. Aku ingin tabik spring kepada MC. No more a second feeder to MU at Manchester. Merah padam aku tengok muka coach. Malu beb, infront of home crowd. The noisy neigbour indeed created havoc in the neighborhood last nite. But of course he can always blamed Mr Ref for the red card that trigger disaster of the century for them. As a result, MC now sitting pretty 5 points clear at the top. Is this proof that money can buy success? I wonder...hmmm.

Tapi yang aku bengang lagi, Chelsea pulak buat hal. Boleh kalah dgn QPR....ish ish. Tak terbayang dek akal. Mr Tony Fernandez hepi giler...he he. Kalau menang dah boleh potong MU. Chelsea was simply at the wrong stadium at the wrong time last nite.Villas-Boas says "We were superior throughout the game, even with nine men - the best opportunities fell to us. I was very, very proud of the team today. We have two clashes with [Manchester] City where we can make things up eventually."

Piala Malaysia pulak seperti yang dijangka ramai, Terengganu akan bertemu N9 di final. N9 team sangat konsisten di Piala Malaysia kerana ini merupakan kali ke 3 berturut-turut melangkah ke Final. Tapi tahun ni aku ingat the year for the Turtles. Bila dah ngap last year champion TRW like nobody business dan disusuli dengan demolition of '32xchampion' TRG, maka sahlah keutuhan team Terengganu pada tahun ini. Irfan Bakti nampaknya punyai Midas Touch dgn resepi berbisa ala-ala Roberto Mancini di MC.

How about Newcastle FC? They are still undefeated bro, for God sake. With limited budget and average team with no real star, Mr Alan Pardew manage to assemble a reputable team with good attitude and fighting spirits. No obvious star in their team this year actually. Having said that, looks like Arsenal & Liverpool are starting to climb up the tree and positioning themselves at the right place accordingly, top 1/3 of the table. By the way, I wouldn't miss next week game between Chelsea vs Arsenal. Til next time....menang dan Torres.

***Note: SOT is a modest Chelsea fan that still have great hope for Torres to score 20 goals this season.

@@@

Friday, October 21, 2011

Blog Karkun

Saya seronok bila melawat blog karkun ni sebab terdapat banyak address blog2 rakan seusaha tabligh untuk capaian dan banyak posting menarik boleh didapati terutamanya dapat baca kisah2 karkun sekelian menebar kerja dakwah di bumi Allah untuk kepentingan umat sejagat mengajak manusia dari kegelapan dan kemalapan kepada cahaya.

Saya pun didedahkan dengan perkataan2 yg biasa bagi jamaah tabligh seperti nusrah, khususi, ghast, targhib, karkun, taam, rahaba, ikram, taskil, mutakalim, zuminder, muhallah, dan karkuzari. Majoritinya dari bahasa arab. Saya sangat respect kepada jamaah tabligh ini yang sangat besar pengorbanannya untuk menghidup sunnah mengajak manusia kepada jalan Allah dan menyebarluas risalah tauhid ke seluruh pelusuk tanahair dan dunia luas.

Sahabat saya Tn Hj Munir pada masa ini juga sedang berjihad 40 hari di jalan Allah di luar sana bagi usaha taskil dakwah ini. Saya faham pengorbanan besar beliau walaupun terpaksa meninggalkan keluaraga tercinta terutamanya ibunya yang uzur.

Saya sempat juga ber sms dengan beliau beberapa kali:

"Tuan, apa khabar? menghirup udara Allah d mana hari ni?"
"Alhamdulillah, kat daerah baling kedah."

"Tuan sihat? Sudilah sms kata2 hikmah buat makanan ruh saya."
"Sihat, tapi iman masih lemah. Tuan, sekiranya kita dapat Allah, kita dapat segala2nya. Sekiranya kita hilang Allah (tiada dalam hati) kita hilang segala-galanya."

"Jazakallah tuan. Semuanya Allah punya. Tiada yg kita punya."
"Betul itu yg kita kata dimulut, tapi dihati & perlakuan jauh berbeza. Semoga Allah ampun & bagi kita faham. Dgn pengorbanan, Allah akan buka pintu kefahaman, insyaAllah."

Saya terjumpa sebuah coretan di sebuah blog untuk lebih memahami dan saya paparkan di sini.

*****

Pernahkah anda mengikuti jemaah tabligh keluar berdakwah 3 hari, seminggu, 40 hari ataupun 4 bulan? sekiranya pernah pasti ahli jemaah menganggap anda sebagai antara manusia bertuah kerana memperuntukkan sebahagian daripada usia kepada agama, sedangkan masa sekarang ramai manusia berebut2 untuk mendapat habuan keduniaan. Kerana terlalu memikirkan keduniaan sehingga tidak masa untuk memikirkan agama. Untuk sembahyang jemaah di surau berdekatan pun susah, inikan pula sanggup berjauhan dengan anak isteri semata-mata melakukan kerja agama.

Ahli jemaah tabligh amat berkeyakinan bahawa cara dakwah mereka menepati cara yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cara yang dibuat selain cara sedemikian adalah sukar untuk berjaya. Perkara yang paling penting dalam berdakwah mengikut cara tabligh ialah keihklasan pada diri setiap jemaah. Kesabaran juga perlulah kuat dalam diri. Ini kerana bukan sedikit kata-kata daripada orang Islam sendiri yang seolah-olah memperlekehkan kerja-kerja dakwah mereka. Setiap kata-kata yang kadang kala pedas diterima dengan hati yang tenang dan bersangka baik.

Jemaah Tabligh berpendapat gerakan dakwah perlu keluar dari rumah untuk menyampaikan ajaran agama. Semua umat Islam apabila ditemui akan diberi peringatan tentang ajaran agama. Ini kerana manusia sering lupa dan hanyut dengan keindahan serta tipu daya dunia yang sementara ini. Inilah cara yang dibuat oleh nabi SAW dan para sahabat RA. Mereka saling memberi peringatan sesama islam dan dalam masa yang sama memberi semangat dan motivasi supaya tidak patah semangat dalam mengamalkan syariat.

Seperkara yang lebih penting ialah cara melakukan dakwah. Mereka mendakwa cara berdakwah dengan cara berceramah di masjid, surau dan madrasah kurang memberi kesan kepada masyarakat Islam. Salah satu pendekatan dakwah yang paling penting yang amat kurang dilakukan oleh umat Islam hari ni ialah dengan cara keluar berjumpa dengan saudara seIslam. Apabila berjumpa, maka mereka akan saling mengingati pesanan Nabi SAW dan ajaran agama Islam. Golongan yang diziarahi itu bukan hanya golongan tertentu sahaja, sebaliknya semua lapisan masyarakat tanpa mengira status kedudukan.

Dengan cara ini semua golongan akan dapat dijumpai, seterusnya berpeluang untuk bercakap hal-hal keagamaan. Orang-orang yang selalu lepak di kedai kopi yang amat jarang dan liat untuk mengunjungi masjid akan dijumpai dengan cara ini. Anak-anak muda yang biasa duduk di pinggir dengan motosikal sambil mengusik gadis akan ditemui, seterusnya akan ditegur dan disampaikan pesanan agama. Perkara sama ada dia menerima nasihat atau tidak adalah perkara kedua. Ini kerana yang memberi hidayah bukan ditangan manusia. Yang paling penting penyampaian dakwah sudah dilaksanakan.


Ini berbeza sekiranya penyampaian nasihat agama hanya dilakukan di masjid, surau ataupun madrasah. Golongan pemuda nakal, golongan yang liat untuk berjamaah di masjid dan orang islam yang tidak bersembahyang tidak akan dapat mendengar nasihat agama ini. Keadaan ini seolah-olah akan terus membiarkan mereka dengan dunia mereka tanpa dinasihati oleh orang yang memehami agama. Ini akan merugikan ummat Islam keseluruhannya.

Niat adalah perkara yang penting. Mereka sentiasa mengambil berat berkaitan niat. Niat keluar tabligh adalah kerana melakukan urusan agama, menyiarkan sunnah nabi yang semakin dilupakan dan menyampaikan ajaran Islam dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan apa-apa, melainkan keredhaan Allah Taala. Sekiranya tidak diniatkan betul-betul, maka perbuatan mereka adalah sama seperti melancong. Ini kerana golongan tabligh akan berjalan ke mana sahaja ada kumpulan manusia. Setiap negara di dunia semua sudah dimasuki oleh jemaah tabligh. Walau sesulit manapun cara untuk memasuki sesuatu tempat, mereka tetap akan mencari jalan untuk sampai ke sana.

Sebenarnya jika diperhatikan pada Ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW, akan didapati betapa banyak ayat dan nas yang memberi galakan dan pujian kepada cara dakwah melalui kaedah jemaah tabligh. Dalam Surah Al-Asr dikatakan bahawa mereka mereka yang sentiasa saling memberi peringatan agama adalah orang yang beruntung dan tidak rugi. Dikatakan lagi dalam suatu Hadith Nabi SAW bahawa apabila dua orang lelaki berjumpa kerana Allah, bercakap dan memperkatakan tentang agama dan kebesaran Allah, dan berpisah kerana Allah, maka Allah akan memberkati hidupnya.

Seorang yg aktif dengan kumpulan tabligh menegaskan bahawa kumpulan tabligh sekarang amat aktif memasuki negara China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Korea Utara. Penerimaan masyarakat bermata sepet tersebut terhadap Islam amat menggalakkan. Rupa-rupanya ramai daripada mereka yang masih belum mendengar dan melihat dengan sendiri seruan dakwah Islam.

Negara Korea Utara yang berfahaman komunis walaupun sekarang berdepan dengan sekatan antarabangsa kerana isu nuklear, tetapi jemaah tabligh tetap tidak berputus asa untuk masuk ke sana. Negara itu dapat dimasuki dengan jalan darat melalui negara China. Saudara-saudara seIslam dari yang berbangsa Korea dan China dengan senang hati mempermudahkan kemasukan jemaah tabligh ini. Inilah semangat persaudaraan Islam yang amat tinggi nilainya. Jemaah Tabligh amat menyakini bahawa sekiranya sesuatu amalan dibuat dengan ikhlas, maka Allah akan mempermudahkan urusannya dan meneguhkan pendiriannya serta memantapkan semangatnya.

Jemaah tabligh tidak akan menghebahkan kegiatannya. Mereka tidak mahu amalan mereka menjadi riak. Bagi Mereka, biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya. Wang ringgit yang dibelanjakan ketika mereka keluar akan dianggap sebagai infak di jalan Allah tanpa mengharapkan balasannya. Apabila keluar, maka mereka tidak akan menceritakan kerjaya mereka walaupun amat ramai dari mereka yang memiliki kerjaya profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan ahli perniagaan yang berjaya.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa selepas tragedi tsunami melanda Acheh beberapa tahun dahulu, golongan tabligh dari seluruh pelusuk nusantaralah yang mula-mula sampai menghulurkan bantuan. Beribu-ribu dari mereka terus mengumpulkan duit dan terjun ke Acheh menghulurkan bantuan kepada warga Acheh yang sudah berputus asa untuk hidup. Di sana jemaah tabligh digelar sebagai kumpulan pemburu mayat. Mereka melakukan fardhu kifayah mencari ribuan mayat dan menguruskannya seperti yang dituntut oleh Islam.

Di sini dapat dilihat betapa kuatnya semangat persaudaraan se Nusantara yang bila-bila masa bersedia menolong saudaranya yang kesakitan. Sebahagian dari mereka terkena penyakit bawaan bangkai dan mayat dan meninggal dunia. Namun keadaan ini langsung tidak mematahkan semangat ribuan lagi jemaah untuk terus memburu mayat dan dikebumikan. Mereka juga menyediakan hidangan makanan untuk penduduk Acheh yang sudah tidak ada keyakinan diri.

Setelah 2-3 hari jemaah tabligh bertungkus lumus membersihkan kampung, menolong memberikan makanan setakat termampu dan menguruskan jenazah, maka barulah bantuan antarabangsa sampai. Maka surat khabar menyiarkan betapa banyak pihak antarabangsa datang menolong Acheh yang sedang menangis.

@@@

Ibadah Haji

Ceramah perdana di tempat kerja saya pada hari rabu lalu disampaikan oleh Ust Sapawi Che Mat dari Lembaga Tabung Haji di bawah tajuk "Ibadah Haji". Quota jamaah dari Malaysia pada tahun ini berjumlah 28,000 orang. Masa menunggu terkini setelah mendaftar ialah 30 tahun, maka Ust menyarankan supaya kita segera mendaftar untuk anak2 dan cucu2 kita. Jika bapa budak tak kacau 'duit raya' budak2 ni, insyaAllah setakat RM1,300 dalam akaun mereka ni tak ada masalah kot. Itu cerita peringkat anak2 dan cucu2 kita. Tapi kita bagaimana? Yang belum berdaftar tu harap dapat segera mendaftar. That is the first step.

Bertuahlah mereka yang tahun ini dijemput Allah menjadi tetamu-Nya ke Tanah Suci. Mungkin tempoh menunggu sehingga 30 tahun, tapi jemputan Allah hanya Dia yang menentukan. InsyaAllah sebelum 30 tahun sudah dapat pergi jika nawaitu kita ikhlas dan bergantung harap tidak pada yang lain tapi semata-mata kepada Allah SWT.

Sebagai perbandingan quota untuk Indonesia kini sekitar 280,000 orang setahun. Tempoh menunggu mereka pun sudah meningkat kepada 8 tahun, berbanding dengan sebelum ini yang tiada pun tempoh menunggu kerana quota mereka yang agak banyak, sehinggakan ramai jamaah dari Indonesia terdiri dari kalangan umur yang masih muda. Jarang kelihatan jamaah Indonesia yang disorong dengan 'wheelchair' semasa ibadah haji. Berbeza dengan jamaah Malaysia yang 30% terdiri dari warga emas dan kurang sihat.

Terdapat 50,000 org yang membuat rayuan kepada Tabung Haji tahun ini. Terdapat quota 'under table' 10,000 lagi sebenarnya untuk memenuhi golongan yang membuat rayuan ini, yang akan dapat diberikan kepada 20% sahaja daripada kumpulan ini. Kebanyakannya untuk jamaah yang berdaftar dengan 'pakej' haji dengan bayaran yang berganda dari jamaah muasasah. Artis glemer kita Aznil khabarnya mengerjakan ibadah hajinya melalui pakej bernilai RM120,000...wow. Jumlah perbelanjaan yang normal bagi mengerjakan ibadah haji melalui muasasah ialah RM10,000 dan duit poket RM2,000. Khabarnya mengikut Tabung Haji sejumlah RM100juta pengeluaran telah dibuat oleh para jamaah pada tahun ini untuk 'duit poket' itu.

Yang penting ialah niat yang tulus kerana Allah dalam menjalani ibadah haji ini. Jangan ada elemen riak, mengambil hak orang, dan segala sifat yang boleh mencacatkan. Bersihkan diri secara fisikal dan ruhani. Perkara remeh pun kena diambil perhatian, contohnya berebut-rebut naik bas atau naik lif sehingga menidakkan hak orang lain apatah lagi warga tua yang agak uzur. Mengambil bekalan pek makanan atau minuman yang diberi secara percuma melebihi dari jumlah yang diperuntukkan bagi setiap orang. Membuang air kecil ke dalam botol dan membiarkan botol2 itu berselerak di tepi2 khemah. Memotong Q untuk menggunakan tandas atau menyalahgunakan tandas untuk mandi sedangkan ramai orang yang beratur di luar untuk membuang hajat.

Kesabaran dan keikhlasan sangat berperanan penting bagi mencapai kesempurnaan dalam ibadah haji ini. Semoga para jamaah berjaya mencapai haji yang mabrur.

@@@

Monday, October 17, 2011

Jiwa Mahasiswa


Sudah agak lama saya tidak membuat posting baru. Tak ada apa2 idea baru yang boleh dikongsi. Mungkin saya nak sentuh sikit pasal anak2 kita. Bila anak2 sudah meningkat remaja dan memasuki pusat pengajian tinggi, banyak masa mereka di habiskan bersama kawan2 dan kesibukan di kampus dengan memenuhi jadual kelas, study, membuat homework, beriadah dan mengurus diri.

Maka fikiran anak ini sibuk dengan suasana itu hingga acap kali terlupa pula kepada tanggungjawab atau peranan sebagai anak, abang atau kakak. Lebih teruk lagi kalau sudah ada pakwe atau makwe. Kotak fikiran anak ini bertambah penuh. Ruang untuk keluarga pula menjadi sempit tanpa disedari.

Peranan ibu dan bapa ialah memberi 'slow talk' kepada anak2 sebegini supaya memahami realiti kerana ibu dan bapa pernah melalui peringkat ini suatu masa dulu. Sebab itulah penting untuk kita mempunyai pandangan 'big picture' berbeza dengan pendekatan pergaulan yang jumud dan taksub kepada kelompok yang kecil.

Saya suka menasihati anak2 supaya suka membaca, mencari ilmu dan mencintai ilmu dan suka kepada majlis2 ilmu. Banyak ilmu sebenarnya boleh kita jumpa di internet. Apabila saya meneroka alam siber dan singgah di pelbagai laman web atau blog, acap kali saya terjumpa dengan kelompok anak2 muda yang punyai wawasan dan melihat kehidupan pada skop yang luas.

Topik yang dikupas atau subjek yang dibincangkan merangkumi perbahasan yang intelek berdasarkan fakta dan analisa dari pelbagai perspektif. Saya salut kepada kelompok anak2 muda ini. Saya punyai harapan mereka ini akan menjadi profesyenal yang bijak dan faham agama .


Seorang mahasiswa di Mesir berkata, "Aku bersyukur kerana masih solo dan tidak ada makwe, kerana sekurang-kurang masa aku untuk bergayut dengan makwe di talipon boleh aku gunakan untuk menalipon ibu dan ayahku di tanahair."

Kekadang kita lupa apabila dilekakan dengan kawan2 dan kehidupan kampus bebas dari kongkongan keluarga, sehinggakan apabila sesekali pulang ke rumah pun, hati kita bukan di rumah, tetapi melayang jauh bersama kawan2 atau makwe dan aktiviti kampus. Sepatutnya kita boleh membahagi masa semasa pulang hujung minggu itu - 1/3 untuk keluarga, 1/3 untuk study, 1/3 untuk rehat. Tinggalkan kawan2, makwe dan hal2 kampus itu sebentar.

Janganlah terganggu pelajaran dek asyik 'bercinta' atau berkhayal perihal makwe dan pakwe.Asyik dok melayan sms setiap 5 minit atau ber'facebook' hingga 3-4 jam. Berkawanlah biar seribu supaya ada banyak pilihan dan dapat membuat pilihan terbaik mengikut ciri2 nilai agama dan akhlak mulia. Di kampus itu adalah peluang terbaik untuk berkenal-kenalan dan menilai pada kelompok mahasiswa mahasiswi yang luas.

Jadilah kita manusia yang berjiwa besar. Tingkatkan skil komunikasi. Dedahkan diri pada suasana pembelajaran dan pergaulan yang intelek. Jangan jadi manusia yang gagal mendapat ilmu yang optima walaupun berada di gedung ilmu. Ingat mahasiswa punya tanggung jawab besar pada diri, keluarga dan masyarakat. Termasuklah hutang PTPTN RM28k yang akan mula dibayar setelah grad nanti RM170 untuk 180 bulan.

@@@

Saturday, October 08, 2011

Nur Penyuluh Kegelapan

Alhamdulillah saya sekeluarga berpeluang mengikuti kuliah maghrib oleh Ust Zahazan Mohd di surau Ros-2 tadi. Tajuk kuliahnya ialah "Memasukkan Nur ke Dalam Rumah". Cahaya (Nur) Islam itu adalah singular, cahaya kebenaran, satu2nya akidah yang benar. Nur ini akan menerangi kegelapan2 (plural) di luar sana. Justru itu jangan kita kesampingkan ilmu Allah yang diberikan terutama sekali ilmu agama. Kita tak mau melahirkan anak2 yang pandai dalam bidang masing2 tapi tiada akidah. Kita mau melahirkan profesyenal yang pakar dalam profesyen mereka sekaligus tahu pula halal haram, dan dosa pahala.

Diceritakan Imam Bukhari tidak pernah mengumpat sepanjang hayatnya. Apabila di tanya oleh muridnya "Mengapa Tuan tidak pernah menyebut nama2 orang ketika mengajar?" beliau menjawab "Saya tak akan mengumpat mana2 manusia yang sudah berpuluh tahun masuk syurga dahulu daripada saya." Muridnya bertanya, "Semenjak bila Tuan tidak pernah mengumpat?" Beliau menjawab, "Semenjak saya tahu bahawa mengumpat itu haram." "Bilakah itu?" "Sejak saya di beritahu oleh ibu saya pada masa saya berumur 5 tahun".

Tidak akan terusik Islam ini melainkan akan ada orang yang mempertahankannya. Asuhlah anak2 untuk cintakan ilmu. Makin tinggi ilmu makin tawadduk. Bukan makin tinggi ilmu makin takabbur. Ustaz menceritakan pengalamannya 12 tahun mengajar di UIA, "Kebanyakan student yang cemerlang ini ialah kelompok late starter, yang dulunya dalam UPSR/PMR/SPM pencapaian sederhana saja, tetapi di peringkat universiti mereka cemerlang." Jadi jangan putus harap apabila mendapati anak kita tak dapat semua A dalam akademik. Yang penting pendidikan dan kesedaran untuk cintakan ilmu Allah yang luas ini.

Menuntut ilmu ini kena mujahadah. Jangan cakap banyak tapi amal tak banyak. Saya pencinta ilmu. Saya pejuang ilmu. Fikirkan sama permasalahan umat. Buat ibadah itu jangan tak fikir untuk orang lain sama. Kita semua punyai tanggungjawab untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu dalam pelbagai bentuk media.

Kalau media arus perdana banyak memilih program2 yang bercorak hiburan semata untuk ditonjolkan kepada masyarakat. Maka kita jangan hanya berpeluk tubuh dan berserah kepada takdir semata. Banyak sudah kerosakan dalam masyarakat yang berlaku hari ini kerana syahwat yang di bela dan dibajai subur. Kita kena 'think positive' usahakan atas kemampuan yang ada untuk menyebar ilmu dan mendidik masyarakat melalui media2 alternatif dan sebagainya. Kita pilihlah untuk menjadi burung pipit yang berusaha menebarkan air menggunakan paruhnya untuk memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim.


Satu kajian di USA menyatakan mereka kini pening kerana kebanyakan para cendiakiawan di sana kini terdiri dari orang yang berhijrah atau berasal dari Soviet, Germany, Pakistan, India dan Egypt. Sedangkan rakyat USA terutamanya golongan anak muda mereka berebut-rebut untuk menjadi artis glemer Hollywood. Kita bicara ini perihal USA iaitu sebuah negara maju, maka kita di Malaysia ini yang begitu terkebelakang berbanding USA mestilah lebih2 lagi risau dalam mempromosikan masyarakat untuk mencintai ilmu agar tidak kepupusan cendiakiawan. Yang lebih penting lagi ialah usaha untuk melahirkan para bijakpandai yang cakna agama.

Majalah Solusi dan Gen-Q (generasi Qur'an) keluaran Telaga Biru adalah antara bahan cetak yang mengajak masyarakat untuk mendekati ilmu bermanfaat bagi mendidik hati2 yang leka dan kacau balik mencari Nur untuk menyuluh kegelapan. Majalah ini mengambil kira faktor Al-Qur'an dan Hadis, Fatwa, Kisah Ulama, Illustrasi, Tips dan petua, dan kisah2 professional muslim sebagai ramuan untuk tatapan pembaca.

Saya lihat Radio IKIM dan terbaru kehadiran TV Hijrah sedikit sebanyak memberi harapan baru dengan program2 Islamik. Kita sama2 berdoa semoga suatu hari nanti media2 aliran perdana akan berhijrah kepada dimensi baru untuk mendidik masyarakat kepada ilmu bermanfaat, insyaAllah.

Pencarian Nur penyuluh kegelapan akan berterusan. Terpulanglah kepada diri sendiri sebenarnya untuk nak jadi baik atau tidak?


@@@

Friday, October 07, 2011

Cintai Masjid

Pada hari ini Oktober 7, aku rasa ingin berbicara di skrin maya perihal tiga kuliah maghrib yang aku hadiri minggu ini di Masjid as-Salam.

Kuliah maghrib oleh Ust Hafizi tempoh hari mengkhabarkan perihal bidang tasauf, tentang memagari diri dari larangan Allah. Perihal iman yg tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Orang munafik juga solat di belakang Nabi di zaman para sahabat. Maka iman itu membongkar apa yang ada pada hati manusia. Aku ingin tuntut ilmu tasauf. Itu haq aku. Haq aku menuntut ilmu. Ilmu yang maha luas daripada Allah yang Maha Mengetahui. Yes, go tasauf !!

Ustaz Fauzi pula menyeru supaya bagilah peringatan kepada kita atas segala sifat kelalaian. Jadilah hamba kepada Allah bukan hamba kepada Ramadan. Di Ramadan yang baru lalu, orang yang tak solat pun berpuasa sakan. Selepas Ramadan ini, kemana kita? Sepatutnya setelah melalui 30 hari kursus intensif sepanjang Ramadan, makin bertambah ilmu di dada, makin bertambah tahap takwa. Sesungguhnya orang bertaqwa sahajalah yang layak mendapat nikmat syurga Allah.

Jangan makin hari tudung makin singkat, baju makin nipis, solat makin tak khusyuk. Orang yang ada ilmu, sepatutnya penuh akhlak dan amanah. Teringat kisah Imam Ahmad yang mendirikan 300 rakaat solat sunat harian. Dia ulamak akhirat yang patut menjadi idola. Ilmu di dada itu punyai hak untuk dituturkan dan diluah sebagai ingatan demi ingatan untuk elokkan umat mengikut syariat.

Ustaz Salman pula berbicara soal cinta masjid. Panggilan Allah ke rumah-Nya 5x sehari. Apakah bersambut? Di Mekah dan Madinah, di Mesir wujud suasana manusia berebut-rebut ke masjid. Label 'Tutup Untuk Solat' menjadi kebiasaan di premis2 perniagaan mereka. Masjid hidup dengan pelbagai aktiviti malah menjadi pusat masyarakat. Harapnya suatu masa nanti, suasana ini wujud di tempat kita pula.

Masjid sepatutnya menjadi rumah kedua untuk seseorang muslim. Kita patut selalu lepak di masjid, bukan di shopping2 komplek. Masjid itu ialah rumah bagi orang yang bertakwa. Antara 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah di hari kiamat ketika mana tiada naungan lain ialah lelaki yang hatinya di masjid. Tiga ganjaran orang yang menjadikan masjid sebagi 'rumah' ialah Allah bagi kekuatan jiwa, Allah limpahkan rahmat, dan kemudahan melepasi titian sirat.

Allah memanggil kita ke rumah-Nya saban waktu. Sudah tentulah jika kita sayang Allah maka kita akan pergi menyahut panggilan Allah untuk ke rumah-Nya. Ibarat cinta Majnun kepada Laila, jika tidak dapat berjumpa Laila, dapat pergi atau melihat rumah Laila pun jadilah. Jadi jika kita ini cintakan Allah maka sudah tentulah kita akan banyak menghabiskan masa di rumah Allah. Kita mesti bertamu ke rumah-Nya 5x sehari semalam, bukan di waktu malam time maghrib dan isyak sahaja.

Kita sayang dia dan dia juga sayangkan kita. Tapi bila di ajak kenduri kerumahnya, kita tidak kunjung tiba. Maka apakah perasaan dia? Jamuan yang disediakan untuk 1,000 orang tetamu, tetapi yang muncul di hari kenduri itu cuma 100 orang, apa perasaan hati?

Saban waktu kita ini lebih mementingkan rumah orang dari rumah Allah. Walhal setiap langkah menuju rumah Allah akan diberikan 10 kebaikan. Di zaman Rasulullah seorang sahabat ingin membina rumahnya berdekatan dengan masjid supaya senang untuk dia ke masjid, tapi apabila sampai ke pengetahuan Rasulullah, maka Rasulullah melarang dia berbuat demikian. Rasulullah lebih suka dia tinggal di rumahnya yang asal kerana setiap tapak dia melangkah ke masjid itu, Allah akan kira. Setiap langkah, setiap pusingan tayar atas usaha kita untuk ke masjid itu, akan di balas dengan 10 ganjaran pahala oleh Allah SWT. Hebat hebat, Alhamdulillah.

Kita juga mestilah menjaga adab-adab bila berada di rumah Allah. Antaranya ialah:
  1. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran masjid
  2. Jangan mengganggu orang lain dengan bau2 yang kurang menyenangkan seperti bau nafas dan bau ketiak
  3. Berpakaianlah dengan elok dan terbaik mengikut kemampuan
  4. Beribadah tanpa mengganggu orang lain contohnya elakkan mengaji Qur'an dengan suara nyaring takut mengganggu orang tengah solat sunat.
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita menanam azam untuk menjadi pencinta Allah yang sejati dengan berusaha semampu mungkin untuk memakmurkan masjid, rumah Allah.

Ada seorang wanita tua berkulit hitam di zaman Rasulullah yang saban hari bertugas membersihkan masjid hinggalah pada suatu hari ajal menjemputnya. Rasulullah agak marah apabila berita kematian wanita tua ini tidak disampaikan kepada Baginda. Rasulullah sangat memuliakan orang yang berbakti menjaga rumah Allah. Kisah itu menunjukkan betapa mulianya wanita tua yang membersihkan rumah Allah ini di sisi Baginda.


Semoga kita tergolong ke dalam kelompok manusia yang mencintai rumah Allah dan menjaganya dengan penuh tertib dan adab. Semoga kita ini lelaki yang hatinya senantiasa terpaut pada masjid dan rindukan untuk berkunjung ke masjid lagi dan lagi.

@@@

Tuesday, October 04, 2011

Koleksi Sajak SOT



Misteri Malam



Malam Kelam Penuh Misteri

Afdal Untuk Muhasabah Diri
Setelah Enak Di Pelukan Isteri
Bangun Sebentar Untuk Menyendiri.



Nasihat Ayah

Mat, hang jangan hisap rokok !!
Pesan seorang ayah kepada anaknya

Walaupun dia sendiri penghisap rokok.


Mat, jangan lupa solat !!
Pesan seorang ayah kepada anaknya
Walaupun dia sendiri sering tak solat.


Mat menjawab, baik Pak !!
Angguk anak yg baik pada ayahnya
Walaupun agak konpius juga.




Kawanku

Kawan atau sekadar Kenalan?
Kawan bukan lawan...
Kawan masa susah dan senang.
Kenalan, sekadar sapaan di jalanan.



PMR

Buatlah yg terbaik anak2 kita.
Doa dan Tawakkal pada Allah.
Hikmah Allah di mana-mana.
Semoga puas atas segala usaha.
Apa pun keputusannya nanti.




Selamat Hari Raya

Kepada Mat sekeluarga.
Daripada SOT sekeluarga:
Salam Raya & Maaf Zahir Batin.
Pandu Cermat InsyaAllah Selamat.
Berbahagia Bersama Orang Tersayang.




Hudud

Biarkan Karpal Terjun Dengan Labu2nya
Hukum Allah Tidak Akan Berubah
Ia Sesuai Untuk Manusia Dulu Kini Dan Selamanya.

Sangat Fitnah Kalau Di Kata...
Ia Tidak Sesuai Lagi Sekarang Ini.

Di Muzium Melaka...
Aku Lihat Hukum Hudud Berjalan
Pada Zaman Kerajaan Melaka Suatu Ketika Dulu.
Pabila Hukum Allah Di Tinggalkan
Maka Kerajaan Hebat Pun Merundum Jatuh.


Hukum Allah Tetap Tidak Berubah.
Manusia Yang Berubah
Dan Menyalah Gunakan
Akal Yang Di Beri Allah.



Kita Cakna?

Aku sering perhatikan:
1. Budaya tak ambik kisah.
2. Budaya bertindak setelah berlaku musibah.
3. Budaya tak ambik tindakan, walaupun dah berlaku musibah.
4. Rujuk no.1



Sementara

Semuanya Allah Punya
Tiada Yang Kita Punya
Esok Lusa Kita Tinggal Semua.




Nota: Posting ini diransang blog sajak2 pendek Zul Permatang Badak.

SAJAK: Puisi Melayu moden, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.

@@@

Monday, October 03, 2011

Penyakit Liat

Agak liat untuk ke majlis ilmu kebelakangan ini. Tidak seperti sepanjang bulan Ramadan dulu. Bila di fikir-fikir kenapa ye? Kalau nak kira kerja pi ofis macam biasa. Balik ofis dapat pi masjid juga sepatutnya. Maka benarlah tahap iman ini turun naik rupanya macam bursa saham. Agaknya sekarang grafnya tengah menurun. Kalau dah tau berada di bawah ni, takkan biarkan saja? Naiklah balik ye tak?

Alhamdulillah malam tadi saya ajak isteri, “Yang, jom kita pi kuliah maghrib malam ni.” Isteri tersenyum dan terus memberi persetujuan, “Jom !!”. Kena bersiap dan masak dinner cepat. Oklah dipendekkan cerita berjayalah kami menjejakkan kaki ke Masjid as-Salam untuk menghadirkan diri ke sebuah majlis ilmu, walaupun agak terlewat dan terpaksa berjamaah ‘masbuk’ solat maghrib.

Hj Anas yang biasa menjadi pengerusi majlis tidak kelihatan malam ini. Dalam hati berkata, “Eh, jangan-jangan ustaz tak datang dan majlis ilmu cancel, nayaa.” Selepas solat sunat baadiyah, bilal bangkit dan mengumumkan bahawa Ustaz yang dijadualkan tidak hadir, namun sebagai pengganti dijemput Ustaz Yusuf Din.

Alhamdulillah, saya pernah mengikuti kuliah Ustaz Yusuf Din ini sebanyak dua kali sebelum ini. Penyampaiannya memuaskan hati. Ustaz memulakan kuliah dengan ucapan syukur kerana diberi kesenambungan nikmat umur, kerana di luar sana ramai yang sedang uzur, ada yang sedang nazak, dan ada yang akan ditarik nyawa mereka sekejap masa lagi. Tarikh lahir orang gila pun tahu, tapi tarikh mati tidak siapa yang tahu.

Ustaz mengajak kita semua untuk berselawat kepada Rasulullah. Tidak akan ada alam ini jika tidak ada Rasulullah. Siapa yang tidak bersyahadah kepada Rasulullah maka kafirlah dia. Kita diperingatkan supaya menjaga Rasulullah seperti menjaga Allah. Jangan sesekali memperlekeh atau memperleceh Rasulullah. Sebagai misalan sekiranya ada pameran di muzium yang mempamirkan pedang nabi, rambut nabi, baju nabi, dsb. Tiba-tiba kita beri komen, “Eh, tak canggih kasut nabi. Canggih lagi kasut bata”, maka kata Ustaz itu sudah cukup untuk memesongkan akidah seseorang itu.

Kita disaran untuk berselawat banyak2 kepada Rasulullah. Setiap selawat kita kepada Rasulullah, Allah akan selawat 10 kali. Maka selawatlah banyak2 dan zikirlah banyak2 bagi meraih laba yang berpanjangan dunia dan akhirat. Banyak berselawat akan menambah cinta kita pada Rasulullah.

Di musim haji ini, umat Islam berpeluang menziarahi Madinah yang mana fadilatnya seolah-olah berziarah Nabi semasa hayatnya. Begitu juga menziarahi Mekah iaitu melihat Kaabah itupun sudah menghasilkan pahala. Beruntunglah kita yang terpilih untuk mengerjakan ibadah haji. Ustaz menambah lagi ada empat objek yang bila kita lihat saja pun sudah dapat pahala iaitu Kaabah, Tok Guru kita, Al-Qur’an, dan kedua ibubapa kita.

Ustaz Yusuf meneruskan pengajian perihal takwa. Syurga itu dijadikan bukan untuk orang Islam tetapi untuk orang yang bertakwa. Takwalah yang membezakan umat manusia di sisi Allah. Orang yang selamat di Akhirat ialah orang yang bertakwa. Allah menjadi pemimpin orang2 bertakwa.

Antara ciri-ciri takwa ialah:
1. Hati terbuka kepada Islam.
2. Faham tentang Islam.
3. Yakin apa yang dipelajari.
4. Melaksankan apa yang kita tahu.
5. Mengawal nafsu.
6. Istiqamah dalam beramal.
7. Mesti ada guru untuk memim[pin kita.
8. Selalu berdoa kepada Allah.

Rajin2lah membaca buku-buku agama. Apa yang tak faham, bertanya. Tidak rugi kita membaca buku2 agama. Tidak sesat kita membaca buku-buku agama, insyaAllah. Yang penting jika musykil jangan malu untuk bertanya kepada tok2 guru kita.

Kita kena faham bahawa Islam ini Syumul atau menyeluruh. Bukan ambik separuh tinggal separuh. Islam mengajar manusia untuk hidup berlandaskan syariat dari sekecil-kecil urusan sehinggalah kepada soal politik dan pentadbiran Negara.

Agama Islam ini ialah agama ukhwah yang mementingkan kasih-sayang dan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Mukmin ibarat satu badan. Jika sakit ghout, seluruh anggota badan berkongsi kesakitan itu. Ibarat sakit gigi, maka kepala turut sakit, mata turut sakit, mulut turut sakit, dsb.

Islam ini agama jamaah. Ia merangkumi soal iman iaitu aqidah yang sama, tepat kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Akhirat, dan Qada Qadr. Merangkumi kasih sayang dan ukhwah sesama muslim. Dan akhirnya kesefahaman dan keseragaman dalam syariat menuju redha Allah. Sebarkan elemen positif umat ini. Bukan sebaliknya iaitu menyebar dakyah negatif. Marilah kita suburkan dengan baja yang positif supaya pokok iman kita tegak utuh menghasilkan buah2 kemanisan iman dan takwa.

Hukum hakam yang ditetapkan Allah itu tetap dan mutlak sifatnya. Tiada pertikaian di situ. Segala kelemahan untuk melaksanakan atau ketidak sepakatan untuk melaksanakan di bumi Allah ini adalah kelemahan umat ini sendiri. Usahlah pandai bercakap memberi pendapat mengikut akal. Kerana dikhuatiri kerana mulut santan binasa. Kerana celupar memberi kata rusak terus akidah diri. Tanpa sedar sudah murtad rupanya.

Teringat saya kata2 Ustaz Ayub pada kuliah maghribnya dua hari lepas. Segala kalam Allah yang termaktub di dalam al-Qura’an itu wajib diterima pakai keseluruhanya tanpa syak atau ragu2. Kegagalan berbuat demikian hatta menolak atau menidakkan walau satu huruf pun, maka dianggap terkeluar sudah akidah seoarang muslim itu. Contoh pada kalimah alif-lam-miim di permulaan surah al-Baqarah itu, sekiranya seseorang itu meninggalkan kalimah mim itu saja, sedangkan dia sedar bahawa itu adalah kalam Allah maka murtadlah dia. Walaupun manusia tidak faham pun apa sebenarnya maksud alif-lam-mim pada kalimah itu. Dari itu berhati-hatilah kawan bila bertutur supaya hidup tidak sia-sia dalam kemurtadan di sisi Allah, walau sehebat manapun kita di sisi manusia.

Janganlah kerana perkara remeh-temeh kita bergaduh sesama Islam. Ustaz Yusuf menyebut demokrasi itu sebenarnya agenda Yahudi untuk melihat umat Islam berpecah-belah. Kalau direnung agak betul juga kerana kita sering bergaduh kerana demokrasi, kerana pilihanraya, kerana politik, kerana kuasa memerintah. Betul tak?

Agama Islam juga adalah agama akhlak. Rasulullah sendiri menghabiskan 13 tahun usaha dakwahnya di Mekah itu untuk memperbaiki akhlak manusia. Akhlak kita ini bukan sekadar dengan Allah tetapi sesama manusia. Jaga disiplin dalam mendirikan solat maka diharapkan kita lebih berdisiplin di luar solat. Umar RA memukul dirinya dengan pelepah tamar setiap malam kerana muhasabah diri dan koreksi diri pada segala kelemahan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Kita bagaimana?

Allah jadi pemimpin orang bertaqwa. Kalau orang hebat hubungannya dengan Allah, maka dia akan hebat hubungannya dengan sesama manusia. InsyaAllah marilah kita berusaha untuk mendayung sampan ke destinasi yang sama…Mencari redha Allah. Ya Allah tingkatkanlah iman kami supaya menjadi manusia yang bertaqwa.

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...