Sunday, October 25, 2009

Santai Pagi Minggu dan Anak2

Semalam saya bersama isteri dan anak lelaki kami Amir pi la breakfast kat Salam Sentosa, bistro tersohor di BS ni. Amir pekena 2 keping roti kosong manakala kami lak roti telor dan teh tarik.

Hari ni Amir akan kembali ke UIA di PJ untuk meneruskan perjuangan di semesta keduanya. Alhamdulillah keputusan semesta yang keluar dua hari lepas memberikan kelegaan kepada kami sekeluarga kerana beliau berjaya lulus semua matapelajaran dengan CGPA yang agak baik. Tahniah anakku dan kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Tingkatkan usaha agar lebih berjaya pada semesta baru ini. Sepanjang tiga minggu cuti yang akan berakhir hari ini, emaknya layan makan-minum depa ni cukup2. Semalam petangnya siap buat popia dan malamnya pi pasar malam beli durian D24 lagi bagi rasa. Maklumlah bila dah balik marhalah Abu Bakar kat UIA tu, makan pun kena berjimat cermat dan ala kadar saja. Semoga Amir faham dan menghayati matlamat seorang mahasiswa pra-universiti ini. Janganlah lara dengan perkara remeh yang lain. Cukuplah semesta pertama untuk jadi pengajaran.

Kakak pula berada di rumah hujung minggu ini walaupun plan asalnya tak dapat balik dari hostelnya kerana ada program di Shah Alam. Semalam adalah hari lahir kakak yang ke-17 yang kami raikan seminggu awal pada minggu lepas. Selamat Hari Lahir anakku. Semoga matang dan jelas tentang erti sebuah kehidupan. Sudah tentu perjuangan kini tertumpu kepada persediaan untuk menghadapi SPM yang kan bermula 23 hari lagi. Papa berpesan supaya solat sunat hajat setiap malam memohon restu dan pertolongan dari Allah agar di beri kemudahan buat Kakak, kesihatan yang baik, minda yang tajam, daya ingatan yang kuat, dan pemahaman pada setiap matapelajaran. Yang penting ulangkaji secara sistematik dan tersusun supaya dapat cover semua subjek. Jangan panik, cool & steady. Usaha yang terbaik dan banyak2 berdoa pada Allah dan tawakal pada-Nya. Papa doakan Kakak mendapat keputusan cemerlang 10A, insyaAllah.

Anakku Iman, apa lagi di tunggu? Ayuh tunjukkkan kebijaksanaanmu. Takkan asyik nak dok dengar leteran mama je kan? Rajinlah study setiap hari. Papa know you can do it. Remember the other day you are among the Top 5 of your class. Go for it. Peperikasaan akhir tahun akan bermula minggu depan.

Well today selesai solat subuh, isteri mengajak saya menikmati suasana pagi di laman. Okid butterfly 'purple' tu sungguh indah di pandang mata. Buah2 rambutan yang bergayutan itu memberi keseronokan. Saya betulkan pucuk pokok longan ping-pong yang sudah mencecah bumbung sebelah kiri rumah. Buah2 betik pula ada yang kuning di pokok. Daun2 kering berguguran perlu dibersihkan. Kemuncup pulak dan menjadi-jadi, rungut isteri. Nak di mesin rumput tak dapat la pulak sebab tanah lembab pagi ni. Buah2 kelapa pandan pun ada dua tandan kat pokok yang agak saya dah tak muda malah mungkin terlebih tua. Itulah kadang rindu sangat dengan kelapangan masa bersantai di hari minggu sambil menyelenggara apa yang patut di laman ini. Kalau hari2 kerja, rutin selalunya keluar di kala langit masih gelap dan pulangnya tika langit gelap juga. Maka kadang tu lupa perihal laman ini.

@@@

7 comments:

amir acap said...

so, abg akan balik ari ni..insya'Allah kalo xde pape mggu dpn, abg blik umah..

to kakak, gudluck la spm.. gune tip2 yg papa bg tu..

to silah, jgn bgn lewat..n bgus la next year skola sesi pagi..ahah..

to papa n mama, jge lah kesihatan.. mnumlah jus pegage..hee..

kakak said...

insyallh 10A+!!!!
yeah!!!!
heeeeee~

School Of Tots said...

Abg - yes teruskan perjuangan di UIA semesta kedua. Be the best you can be. Solat, ngaji Qur'an & jaga akhlak.

Kakak - what can I say, its up to u now. Go for it !!

Iman - jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Mama - sila arobik. Ajak shilah sekali.

abah aman said...

Salam sot,
Terserlah... indahnya sebuah keluarga yang bahagia...

School Of Tots said...

abah aman - terima kasih tuan, semoga hidup bahagia di bawah nilaian Allah SWT.

al-lavendari said...

membaca entri ini tergambar keserasian berkeluarga dan keharmornian dengan alam serta kebijaksanaan berinteraksi menggunakan kemudahan IT. tahniah. elok diteladani.

sot said...

TQ tuan al-lavendari. Kemudahan IT ni ibarat pisau, boleh diguna untuk potong bawang dan aneka yg lain, tapi juga boleh membunuh jika di salah guna. Semoga memberi manafaat, tapi budak2 ni kadang tu takde keja lain ber mySpace je...naik risau pulak.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...