Friday, October 02, 2009

Salahudin Penakluk Jerusalem


Malam tadi saya berjaya menghabiskan bacaan buku Salahudin Penakluk Jerusalem karya Abdul Latip Talib, sebuah lagi novel sejarah Islam terbitan PTS Fortuna edisi 2007 (kulit biru).

Sultan Salahudin bin Ayubi menunaikan solat subuh di tempat pembaringannya sesudah berwudhuk. Orang ramai datang menziarahinya lagi selepas solat subuh. Keadaaannya bertambah tenat dan Imam Abu Jaafar menyambung lagi bacaan ayat-ayat Al-Qur'an. Ketika sampai kepada ayat yang bermaksud, 'Tiada Tuhan Melainkan Allah,' kedengaran suara Sultan Salahudin bin Ayubi mengucapkannya lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berita kemangkatannya menggemparkan umat Islam di seluruh dunia. Sebagaimana pemburu syahid Khalid Bin Walid, pemimpin agung Islam ini mati di katil bukan di medan perang.

Walaupun Salahudin bin Ayubi adalah sultan yang memerintah dari Mesir hingga ke Yaman namun dia tidak hidup mewah. Ketika meninggal dunia dia tidak memiliki walau sebuah rumah dan wang simpanannya empat dinar sahaja.

"Kami setuju berdamai apabila syarat-syarat ini dipenuhi," kata Sultan Salahudin bin Ayubi. "Setiap lelaki perlu membayar tebusan sepuluh dinar seorang. setiap perempuan pula dikenakan bayaran lima dinar manakala kanak-kanak lelaki ataupun perempuan dua dinar. Bayaran ini perlu diselesaikan dalam masa empat puluh hari. selepas tarikh itu, mereka yang tidak membayarnya menjadi tawanan."

Raja Balian (Raja Kristian di Jerusalem) menyatakan persetujuannya lalu menandatangani perjanjian pada pagi hari Jumaat, 27 Rejab, 583H, iaitu tarikh peristiwa Israk' dan Mikraj. Salahudin bun Ayubi dan pasukan tenteranya bersiap sedia mahu memasuki Jerusalem.

"Pada hari ini kita memasuki kota Jerusalem dengan tenang. Saudara-saudara perlu menahan diri daripada melakukan maksiat kepada kaum wanita mereka. Lindungi kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya. Sesiapa yang melakukan penganiayaan akan dihukum," pesan Sultan Salahudin bin Ayubi kepada tenteranya.

Kejayaan Sultan Salahudin bin Ayubi menawan Jerusalem tanpa pertumpahan darah mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat Islam. Semua lambang salib diturunkan dan diganti dengan bendera-bendera Islam selepas semua orang Kristian keluar dari Jerusalem. Azan berkumandang semula di Masjid Aqsa buat pertama kalinya selepas lapan puluh tahun. Mereka mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam masjid itu selepas lapan puluh tahun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Sifat penyayang dan belas kasihan tentera Islam semasa menawan Jerusalem jauh berbeza dengan tentera salib. Salahudin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya amat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika Kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh tentera Kristian. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera Kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang Kristian tumpah semasa tentera Islam menawannya.

"Itulah yang membezakan kita dengan mereka. Kita berperang bagi mencari keredhaan Allah dan mereka berperang bagi mencari kemegahan dunia", kata Sultan Saluhudin bin Ayubi, tokoh tersohor penakluk Jerusalem.

@@@

5 comments:

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi membaca novel sejarah Islam Salahuddin al Ayubi Penakluk Jerusalem.

Selepas ini boleh membaca yang lain pula. Baru terbit Bilal bin Rabah dan Hulagu Khan. Pasti tidak rugi membeli dan membacanya.

sot said...

TQ Pak Latip. InsyaAllah saya akan cari buku2 yg Pak Latip rekomen tu.

al-lavendari said...

semoga Allah memberi kemenangan kepada orang2 Islam dan kemusnahan kepada orang2 Yahudi.

Unknown said...

..salam singgah, sot..dan selamat hari raya dari saya...

School Of Tots said...

TQ al-lavendari...muslim wajar mencari kekuatan iman dan takwa untuk menangkis pencerobohan yahudi dan nasrani secara luaran dan dalaman itu.

TQ pakmat...salam raya semoga bahagia.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...