Friday, October 23, 2009

Surah Al Waaqi'ah

Isteri saya sering berpesan supaya mendirikan solat sunat dhuha dan membaca surah Al Waaqi'ah dan bergantung harap kepada Allah untuk dibukakan pintu rezki-Nya. Pagi ini setelah sampai sekitar pukul 8:00 pagi di pejabat, saya pun ke surau syarikat dan mengambil wudhuk, mendirikan solat dhuha dua rakaat, berdoa dan kembali ke meja pejabat dan membaca surah Al Waaqi'ah dan terjemahannya. Alhamdulillah.

Surah Al Waaqi'ah ini terdiri atas 96 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah diturunkan sesudah surah Thaa Haa. Di namai 'Al Waaqi'ah' (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ia menerangkan tentang keadaan hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang2 mukmin dan orang kafir. Kemudian diterangkan penciptaan manusia, tumbuh2an dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.


Antara pokok isinya ialah:
  • Tentang Keimanan - digambarkan huru-hara di waktu terjadinya hari kiamat;
  • manusia di waktu berhisab terbahagi kepada 3 golongan serta balasan yang diperoleh oleh masing2;
  • iaitu golongan yang paling dahulu beriman yang tempatnya di syurga,
  • golongan kanan yang menerima buku2 catatan dari tangan kanan yang bakal menerima kenikmatan syurga,
  • dan golongan kiri yang menerima buku2 catatan dari tangan kiri yang akan menerima azab dan tempelak;
  • bantahan Allah terhadap keingkaran orang yang mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit, dan adanya hisab;
  • Al Qur'an itu kitab Allah yang terpelihara di Lauh Mahfuzh.
  • Dan gambaran tentang Syurga dan Neraka.
Surah Al Waaqi'ah ini diakhiri dengan perintah bertasbih dengan menyebut nama Tuhan, "Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar". (Al Waaqi'ah: 96)

Marilah kita rajin membaca Al Qur'an dan memahami terjemahan nya. Seterusnya mempelajari tafsirnya dan mengamalkan dalam kehidupan kita. Surah Al Waaqi'ah ini adalah satu dari 114 surah Al Qur'an yang mana Al Qur'an ini diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW oleh malaikat Jibrail dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah, agar mudah dimengertikan dan dilaksanakan. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Amiin.
@@@

3 comments:

al-lavendari said...

salam
saya menghargai tazkirah ini. apa pandangan tuan kalau surah ini di baca menggantikan surah yasiin yang selalu dibaca pada malam jumaat di surau/masjid. ataupun di baca berselang2 dgn surah yasiin. t.kasih.

School Of Tots said...

TQ al-lavendari atas komen penghargaan ini.

Pandangan saya, surah2 Al Qur'an sangat elok dan dituntut untuk kita baca (faham & amalkan), kerana ianya adalah wahyu Allah kepada kita hamba-Nya. Sangat elok kalau kita dapat faham dan amalkan dalam kehidupan. Manual lengkap dari Allah (Yang Maha Pencipta) kepada yang diciptanya iaitu manusia. Rujukan nombor uno.

Amalan membaca surah Yaasin di malam Jumaat yang diamalkan dari dulu kini dan selamanya itu elok dan bermanafaat & ada nilaiannya di sisi Allah jika nawaitu kita kerana Allah, bukan kerana yg lain seperti adat dan rutin semata.

Begitulah jua jika kalau kita membaca surah Al Waaqi'ah yg juga salah satu surah iaitu wahyu Allah dari 114 surah yg ada di dalam Al Qur'an itu, jika nawaitu kita hanya kerana Allah maka insyaAllah ada nilaiannya di sisi Allah.

Jadi cadangan nak selang seli kan amalan membaca surah Yaasin dengan surah Al Waaqi'ah di surau/masjid pada malam Jumaat, pada pandangan saya tiada masalah. Kita membaca kalam Allah. Yang tak OK nya kita tidak membaca (dan memhami) Al Qur'an, any surah. Wallahu'alam.

al-lavendari said...

t.kasih. tak tahu ajk surau tempat saya setuju ke tak !

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...