Alhamdulillah buku Khalid Memburu Syahid karya Abdul Latip Talib yang mula saya membeleknya semalam sempena cuti sakit ghout 2 hari telah dapat saya khatamkan hari ini. Buku ini sebenarnya isteri saya pinjam dari perpustakaan awam KKB semenjak tiga minggu lepas.
Buku ini di olah dalam genre novel sejarah islam sangat menarik dan mengundang penumpuan untuk segera menghabiskan bacaan hingga ke bab terakhir. Banyak tarikannya di situ.
Khalid bin Walid memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dlm perang Uhud pada tahun 3H. Dia kekal menentang Islam hingga tahun 6H. Setelah mendapat hidayah dan memeluk Islam beliau berhijrah ke Madinah untuk bersama Rasulullah SAW dan di lantik menjadi panglima perang dan di gelar Saifullah atau pahlawan Pedang Allah.
Abu Lahab berusaha mengagalkan rancangan Khalid ke Madinah dengan memujuk rayu beliau dengan pelbagai tawaran tetapi semuanya di tolak oleh Khalid. Akhirnya beliau menawarkan hadiah 20 ribu dinar kepada pemuda Quraisy yang sanggup menghalang pemergian Khalid. Yazid seorang pengembara dari Yaman telah menerima tawaran itu tetapi sebenarnya menipu Abu Lahab kerana beliau sebenarnya berhajat melindungi dan menemani Khalid dalam perjalanan ke Madinah dan seterusnya menjadi penolong kanan Khalid dan panglima perang yang hebat.
Khalid Al Walid tidak menemui syahid walaupun memburunya sepanjang hayat di lebih dari 100 peperangan yang disertainya termasuklah peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir, dan menawan Baitul Makdis.
"Saya bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai . Akhirnya saya mati di atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini." Khalid bin Walid merintih ketika di ziarahi sahabat-sahabatnya semasa dia jatuh sakit.
Abu Zanad yang turut melihat parut-parut luka di tubuh Khalid berkata, " Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh."
"Mengapa?" tanya Khalid dengan nada hampa. Matanya mempamerkan seribu harapan yang tidak kesampaian.
"Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan." Abu Zanad menjawab dengan lembut.
Khalid bin Walid terdiam mendengar kata-kata itu, namun wajahnya masih kelihatan sedih dan hiba. Pemergian Khalid di usia 58 tahun diratapi oleh umat Islam. Jasa besar dan pengorbanannya tersemat dalam hati dan sanubari mereka.
Buku ini banyak juga menyelitkan kisah tokoh-tokoh lain yang hidup dan berjuang di jalan Allah pada zaman Khalid Al Walid antaranya:

- Harith bin Umair - sahabat karib Khalid yang ditugaskan oleh Rasulullah menghantar surat perutusan kepada Maharaja Rom. Dia di bunuh oleh Syurahbil bin Amru penguasa Basrah (yang dilantik oleh Penguasa Rom) selepas merampas dan membakar surat perutusan dari Rasulullah itu. Rasulullah kemudian menghantar 3,000 bala tentera di bawah pimpinan Zaid bin Harithah menuju ke Muktah untuk menuntut bela.
- Pahlawan Tiga Serangkai - Tentera berjumlah 200,000 orang akan ditentang oleh 3,000 tentera Islam di Muktah. Rasulullah SAW seolah-olah mengetahui tiga panglima itu akan syahid ketika memerangi tentera Rom . Baginda memberi wasiat sebelum mereka berangkat, "Apabila Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abu Talib menjadi penggantinya dan apabila Jaafar gugur, Abdullah bin Rawahah pula menggantikannya." Di medan peperangan Abdullah bin Rawahah yang juga penyair, mengucapkan bait-bait puisinya, "Saya datang bagi mencapai syahid dan tidak pulang membawa kekalahan. Saya tercium bau yang wangi dan yakin pintu syurga sudah terbuka untuk saya." Setelah Pahlawan Tiga Serangkai syahid, Thabit bin Arqad yang berada berhampiran dengan Abdullah bin Rawahah segera menyelamatkan panji-panji Nabi Muhammad SAW dan menjulangnya sebagai tanda tentera Islam masih mampu menentang musuh walaupun ketuanya sudah tewas, dan beliau menyerahkan panji-panji itu kepada Khalid bin Walid . "Saudara lebih layak memegang panji Nabi Muhammad ini daripada saya," katanya.
- Ikramah Abu Jahal - kawan karib Khalid sebelum Islam, dan mengetuai tentera Quraisy menentang tentera Islam pimpinan Khalid semasa penaklukan Mekah. Setelah memeluk Islam mengetuai tentera Islam memerangi pengikut nabi palsu Musailamah al-Kazab. Menjadi seorang panglima tentera Islam dalam peperangan dengan tentera Rom dengan mengetuai 400 tentera berani mati yang berjaya mengucar kacirkan tentera Rom. "Panglima Khalid! saya pernah memerangi Nabi Muhammad dan saya juga pernah memerangi tentera Islam. Sekarang saya mahu menebus kesilapan saya dengan memerangi tentera Rom pula," teriak Ikramah semasa Khalid cuba menenangkan Ikramah.
- Zubair bin Awam - mengetuai salah satu dari empat kumpulan tentera Islam untuk penaklukan Kota Mekah.
- Abu Ubaidah bin Jarah - mengetuai salah satu dari empat kumpulan tentera Islam untuk penaklukan Kota Mekah.
- Adi bin Hatim - utusan Khalid bin Walid untuk memujuk pengikut nabi palsu Tulaihah al-Asadi supaya bertaubat. Juga menjadi perunding dengan ketua penduduk bandar Qaryat.
- Tiga Pahlawan - Dalam peperangan dengan tentera Rom antara mereka yang cedera parah ialah Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisham, dan Ayas bin Abu Rabiah. Mereka adalah pahlawan berani mati yang berjaya mengucar-ngacirkan tentera Rom. Harith yang terbaring di sebalah Ikramah berasa haus lalu meminta air. Seorang petugas datang membawa bekas berisi air dgn menyerahkan kepada Khalid bin Walid bagi diberikan kepada Harith. Belum sempat dia meneguk air itu, Ayas yang terbaring di sebelahnya pula meminta air. Harith memberi isyarat supaya air diberikan kepada Ayas terlebih dahulu. Ketika Kahilid bin Walid mahu menuangkan air itu ke mulut Ayas, tiba-tiba Ikramah pula meminta air. Mendengar suara Ikramah, Ayas berkata, "Berikan air itu kepada Ikramah. Dia lebih memerlukan daripada saya." Khalid beralih kepada Ikramah. Belum sempat dia meminum air, Harith pula berkata, "Saya berasa dahaga. Masih adakah air untuk saya?" Ikramah tidak jadi meminumnya. "Berikan air itu kepada Harith," ujarnya. Apabila Khalid berpaling kepada Harith, dia sudah meninggal dunia. Kemudian diikuti oleh Ayas dan selang beberapa saat kemudian, Ikramah pula menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kisah tiga panglima Islam yang lebih mengutamakan sahabatnya daripada diri sendiri itu menaikkan semangat jihad tentera Islam untuk bertempur dengan tentera Rom pada keesokan harinya.
- Amru bin As - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk bandar Ailah di teluk Aqabah dan Palestin yang berada di bawah jajahan kerajaan Rom.
- Syahrabil bin Hasanah - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk kota Tbuk dan Jordan.
- Yazid bin Abu Sufyan - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk Damsyik.
- Abu Ubaidah bin Jarah - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk kota Homs, kota Antiookia dan utara Syria.
Ungkapan Khalid ketika berdepan pihak musuh ialah memberikan tiga pilihan demi untuk mengelakkan pertumpahan darah, "Kami memberi saudara tiga pilihan. Pertama, saudara memeluk Islam dan seterusnya dibebaskan. Kedua, membayar jizyah sekiranya enggan memeluk Islam dan ketiga, kita berperang sekiranya kedua-dua syarat enggan dipatuhi."
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pernah memberi wasiat perang, "Jangan berlaku khianat, jangan menipu, jangan bunuh lawan secara kejam, jangan bunuh anak-anak, lelaki yang lanjut usia, dan wanita. Jangan tebang pohon kurma ataupun pohon yang sedang berbuah, jangan lakukan pembakaran, jangan sembelih sapi, unta atau ternakan kecuali sekadar keperluan untuk dimakan dagingnya. Sekiranya bertemu dengan orang-orang yang sedang beribadat dalam biara atau gereja, biarkan mereka dan jangan ganggu mereka."
Islam bukannya tersebar melalui mata pedang. Hanya orang yang buta hatinya menilai Islam itu ganas dan bernadi dengan darah musuhnya. Khalifah Abu Bakar menceritakan, "Selepas kami berpindah ke Madinah, orang-orang Quraisy Mekah terus mengancam kami. Nabi Muhammad masih belum membenarkan kami berperang sehingga turun ayat al-Qur'an yang membenarkan kami memerangi mereka yang memusuhi kami. Ini menjelaskan kepada kita agama Islam bukan disebarkan secara kekerasan ataupun dengan mata pedang."
Buku ini berjaya mengupas siapa Khalid bin Walid dan perjuangannya menegakkan panji-panji Islam bersama panglima-panglima Islam yang lain dengan slogan kemenangan atau syahid di medan juang. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun." (riwayat Tarmizi)
@@@

3 comments:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatauh
Terima kasih dengan ulasan yang panjang. Ternyata tuan menghayati pembacaan dengan begitu tekun dan teliti. Semoga sama-sama memdapat manfaatnya.
Saya mencadangkan tuan baca pula Salahudin al Ayubi Penakluk Jerusalem. dan yang terbaru Hulagu Khan Khabar HItam Dari Timur.
Selamat membaca.
salam.
satu sinopsis yg baik. buku ini sudah saya miliki tetapi masih terperuk di rak buku di rumah. semoga catatan abe hisham ini memberi semangat utk membaca nya.
TQ Pak Latip kerana sudi komen. Saya tgh baca buku Salahudin Al Ayubi.
Bro Yushida - saya pun dulu pernah ada buku ni tapi tak baca. Skrg baru sapa seru dan berjaya menyudahkan nya.
Post a Comment