
Rejab sudah di penghujung. Syaaban bakal tiba. Dan Ramadhan sudah tak lama lagi. Itu lah dia, masa ni terasa pantas benar geraknya. Semoga kita sama2 dapat tingkatkan amal dalam perjalanan kita menuju bulan rahmat Ramadhan al-mubaraq. Gear 1 & Gear2 di bulan Rejab & Syaaban. Gear 3 di awal ramadhan, Gear 4 di 10 ke-2 Ramadhan dan seterusnya menuju puncak di 10 terakhir Ramadhan dan meraikan kemenangan pencapaian hebat kita itu di Hari Raya Idil Fitri pada Syawal nanti. Itulah harapan kita, InsyaAllah demi pelaburan maksima menuju redha Allah untuk kebahagian unggul di Akhirat kelak.
.jpg)
.jpg)
Midah ni setiap tahun jadi trader untuk isteri saya dalam bisnez ni. Target market dia ialah teman2 sepejabatnya. Bila kami tanya berapa dia jual per pek, dia kata ada lah sikit2...trade secret la tu. Anyway dia selalu tempah order melebihi 80 pek dari my wife setiap tahun without fail. So kami assume dia dah ada regular customer dia.
+2.jpg)
Basically FZ Homemade Cookies berkembang from the word of mouth.
.jpg)
My wife lak buat sendiri biskut raya ni guna kudrat tulang 4 kerat truly homemade dengan kualiti yang terjaga, kekadang dibantu oleh anak2 dan saya sendiri. Belum expand the production menggunakan tenaga kerja luar. Makanya jumlah production nya sangat terhad mengikut daya upaya. Tempahan kena lah di buat awal2 lagi. Kalau lewat tu sorry lah payah nak merasa..he he.

**
No comments:
Post a Comment