Thursday, July 17, 2008

Jangan Tak Ambik Peduli

Bak kata Pak Habib Hussein Al-Attas dlm blognya, kita perlu menghidupkan ‘mata hati’ supaya ada rasa ‘peduli’ dalam diri. Jangan tengok kemungkaran buat tak peduli. Kita jangan takut berdepan dengan petualang bangsa. Kita mesti berani berkata ‘benar’ sekalipun pahit. Setiap rakyat mesti mengingatkan orang ramai supaya berbuat ‘baik’, jadi orang ‘baik’, jangan melakukan kerosakan.

Pagi tadi aku pi minum dgn seorang kawan. Bila ku tanya apa pendapatnya tentang kes Anwar di tangkap semalam. Katanya ya lah Anwar ni menyusahkan orang ramai saja. Sepatutnya dia pergi terus ke balai polis bukannya melencong balik ke rumahnya. Kenapa dia tak terus ke balai polis. Dia memang cari pasal.

Hmmm...aku terkebil. Masih adakah rasa peduli? Atau aku dah tak peduli?

Dalam Islam mengikut kata Ust Ghani Samsuddin yg berceramah perdana di ofis aku minggu lepas ada menyatakan bahawa amanah adalah perkara paling cepat hilang dari seorang muslim manakala solat adalah yg paling akhir. Maknanya di sini solat adalah benteng akhir seorang yg mengaku Islam itu dan solat jugalah amalan pertama yg akan di hisab. Maka layak nya di akhir zaman nanti semasa mana hari kiamat itu datang menjelma di situ kita akan lihat manusia sudah lupa dan meninggalkan langsung solat mereka, dan hancurlah dunia ini sehancur2nya.

Persoalan aku bukan solat yg merupa benteng akhir itu, tapi amanah yg kata Ust Ghani mudah benar hilang atau disalah guna oleh manusia. Bukankah segala yg kita miliki itu amanah dari Allah? Kita lihat sebijik mata ini, atau sebatang jari itu. Bukankah itu milik Allah? Yang nilai nya tidak ternilai. Cuba lihat kawan kita di tepi jalan sana yg buta kedua matanya, kenapa? Apakah kerana Allah memilih untuk tidak meminjamkan mata itu kepadanya. Cuba lihat kembali, alangkah sukar hidupnya yg teraba2 itu. Apa istimewanya engkau darinya sehingga melayakkan engkau menggunakan bola mata itu untuk ke sana kemari. Tapi kau lupa pula menyembah tuhan Mu yg meminjamkan kau mat bola itu. Hingga kau leka bahawa itu adalah amanah. Amanah untuk menjalankan tugas dan tanggung jawab, tidak kira apa.

Bukankah beza antara kau dan aku hanya taqwa? Dan taqwa itu adalah mengikut perintah Allah dan meninggal larangan Nya. Kerana di sana ada "super computer" yg mencatit segala gerak laku mu in and out siang dan malam 24x7. Siapa yg hendak kau tipu? Sesama manusia ini atau Allah? Kau kira dapat menipu Allah? sehingga tergamak kau memecah amanah. Amanah pemimpin berlaku adil kepada yang dipimpinnya no matter what. Itu lah Amanah. Amanah aku menjaga mataku dengan baik, menjaga anakku, menjaga alam sekitarku, amanah dalam kerja ku, dan segala macam lagi. Amanah penguatkuasa ialah tidak menyalah guna kuasa. Ikan bilis di kaki lima Masjid Jamek yg menjaja stokin di bedal tapi tidak towkey babi yg gila babi.

Kalau ada repot polis A maka polis ada amanah untuk menyiasat seadil-adilnya. Kalau ada repot polis B maka polis juga ada amanah untuk menyiasatnya. Sama juga kalau ada akuan bersumpah A yg mahu di siasat maka akuan bersumpah B juga wajib di siasat dengan telus dan penuh amanah. Itulah Amanah. Yang begitu mudah hilangnya dari seorang manusia pemegang amanah.

Jangan tak ambik peduli. Dan melihat saja kemungkaran dan pecah amanah itu berlaku. Paling tidak tegurlah dengan mata hati. Jangan mudah tak ambik peduli lagi. Jangan ada lagi seoarang manusia yg teraniaya yg lebam bijik matanya dan dihumban lagi dalam penjaranya. Atau ada lagi manusia yg bergelak ketawa kerana menyalah guna kuasa dan terselamat dari di bicara. Ingatlah "super computer" itu dengan log file maklumat tepat yg direkod, yg mana "balance-sheet" nya bakal menghumban manusia itu ke neraka atau berbahagia di syurga. Who you try to fool? Engkau hanya menipu diri kau sendiri.

*

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...