Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Saturday, July 19, 2008
Berbudi Pada Tanah
Orang tua2 kata tak rugi berbudi pada tanah. Tanam je apa yg patut, InsyaAllah dapat le hasilnya. Di samping untuk digunakan sendiri boleh lah diniatkan untuk sedekah dan amal jariah. Ada tanaman yg dapat hasil dalam jangka pendek dan jangka hayatnya pun tak panjang seperti sayur2an dan ulam-ulaman manakala pokok buah2an pulak selalunya panjang jangka hayatnya. Semoga hasil tanaman kita dapat dinikmati ramai orang dan kebaikannya dapat berterusan walaupun kita sudah berpindah ke alam barzakh nanti. Atas semangat itu dan menjadi hobi yg berfaedah maka setakat ini alhamdulillah dua pohon rambutan anak sekolah yg saya tanam semenjak 2004 sudah berbuah semenjak 2 tahun yg lalu. Sepohon rambutan gula batu pun subur tapi masih belum belajar berbuah. Pokok mangga harum madu juga sudah berbuah first time tahun ni, manis dan sedap beb. Manakala sebatang mangga epal yg juga subur namun rebah menyembah bumi di baham anai2. Dan kini ku ganti dgn sebatang pohon duku langsat. Dua rumpun pokok pisang nangka dah beberapa kali berbuah. Yang seronoknya pisang berangan yg aku tanam hasil benih yg diberi bapa saudara aku masa balik kampung 3 tahun dulu telah keluar tandan bulan lepas dan insyaAllah sebelum puasa ni masak la kot. Pisang emas di bawa belayar yg anak pokoknya diberi Hj Munir jiran aku jugak subur beranak pinak tapi masih belum berbuah. Apa lagi pokok buah yg saya tanam? Longan ping pong, mata kucing, belimbing madu, ceremai, betik, limau kasturi, limau purut, kelapa gading, kelapa pandan, nangka madu, anggur, dragon fruit, tebu kuning, kedondong & manggis. Ulam-ulaman dan sayur-sayuran banyak jugak yg saya dan isteri tanam termasuklah pegaga, terung, bendi, cili, daun kesum, serai, pandan, pucuk gajus, cekor, lengkuas, dan kacang botol. Bila dah banyak tu kami jual kat En Harun pengusaha kedai basah yg memang looking forward bekalan ulam-ulaman segar kami. Sekali jual dapat le RM15-RM20, seronok gak. Hasil kutipan tu isteri saya masukkan dalam tabung khas. Rasanya dah terkumpul lebih RM150...he he. Jadi kesimpulannya anak2 sekelian - tak rugi berbudi pada tanah, ingat tu ye !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment